hikayat seorang LONER.

sukanyaaaa diaaaaa


dulu dulu seorang LONER.

betul tak kawan2?

yeahh, bermula sebagai seorang budak yang suka berlagak, bongkak, tak tahu menjaga hati orang sekeliling, sombong, sehingga aku jadi loner. loner maksud aku dia tak ada kawan, pergi mana-mana pun sorang-sorang, semua benda buat sorang-sorang.

memang best jadi loner, sebab kau takkan terikat dengan sapa-sapa, takkan dikacau oleh sapa-sapa. tambah-tambah pulak bila pernah merasa tiada apa-apa, tiada sahabat yang menyokong diri ini, ia menambah kekuatan diri, yang mana kat situ kau akan tahu BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI (berdikari la kan?) dan tak terlalu bergantung pada orang lain. kau tahu buat benda tu sendiri.

tapi yang tak bestnya, bila kau sepi, sedih, ada masalah, kau pun kena TANGGUNG SENDIRI.


T______T

masa duduk asrama di sekolah menengah, terus terang aku cakap aku sebenarnya loner. ke'loner'an itu makin kurang bila aku belajar mengapa aku jadi loner - maksudnya, mengapa orang tak nak berkawan dengan aku. aku sedar diri, sedar ruang la jugak kan, akhirnya aku menjadi diri aku seperti hari ini.

daripada seorang yang suka cakap lepas, terlalu pendiam, anti-socialist, aku belajar untuk ramahkan diri untuk mendekati orang, belajar bersosial *bukan pergi night club okaayhh*. at the same time cuba jadi diri sendiri, bukan orang lain.

Alhamdulilah, sejak masuk belajar di universiti, i've learned a lot. kat sini belajar menjaga hati orang, menghargai orang yang menyayangi kita seadanya..

seriously kalau la aku ada record zaman-zaman dulu aku loner, dan korang try bandingkan dengan sekarang, sumpah korang akan rasa pelik dan tak percaya betapa besarnya perubahan dalam diri aku nihhh -,-

sekarang memang aku sangat bersyukur, aku dah ada kawan di sekeliling aku, aku tak sorang-sorang. Thanks Allah for everything. setiap orang yang muncul dalam hidup aku adalah untuk memberi pengajaran tidak kira secara tersirat mahupun tersurat.

suka gitu

No comments:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com