campus life yang dirindui.

fikir2

cuti 6 bulan ni buat aku banyak berfikir la pulak

first step into university level - best moment ever. banyak perkara aku belajar kat sini. yeahh, terlalu banyak, daripada duk sekolah TKC dan sekarang, banyak sangat perkara yang aku belajar. sekarang pun tengah cuti tunggu nak masuk degree, sambil tunggu nak masuk degree buat lesen kereta dulu dan kalau sempat bleh try nak apply keje part time.

boring jugak duk rumah lama-lama ni. dah la kena deal dgn kakak yang satu tu.

finishing diploma was hard, 
i wonder how degree will be?

UiTM Puncak Perdana, Diploma Pengurusan Seni, Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA). kih kih. gonna miss it.

sedihlah jugak impian nak capai ANC tak terlaksana, satu sem sangkut, ouuuchhhh *dangg!!!*

memori ketika diploma memang bittersweet.

1) how lucky am I to get such good friends.

aku agak memilih dalam membuat kawan. aku sangat tak sociable dan suka menyendiri jugak kekadang. 

first sem dari awal first step masuk ke UiTM. aku ditempatkan utk duk dalam satu rumah dengan accountings students. oh maiiii. aku sorang je budak FiTA kat sini?? tapi diorang accept aku gila-gila. diorang sangat pandai menghargai kewujudan aku yang suka membuat huru hara dalam rumah dan mengacau ketenteraman mereka study hahahahah lol. the most sweetest part is, daripada nama aku Hazirah diorang panggil nickname 'IRA'. wehh family punye panggilan tuuuu :'D

selain daripada kanak-kana akaun yang skema tapi cantik2 belaka ni, aku pun jumpa banyak jenis org la. classmate semua 40 orang lebih. daripada 40 org tu aku hanya rapat dgn 6 org je. wakakakakkaa. aku plak susah nak percaya orang.

sayang2 aku sekalian. 2 org hilang hiks

6 orang ni lah yang buat group assignment dengan aku, group discussion, study group, keluar sama-sama, kutuk orang sama-sama, hahahahaha. dalam 6 orang ni ada sorang je laki. ada 2 orang yang setia gila dgn aku ni *perasan*

2) don't judge a book by its cover.

macam2 orang leh jumpa. jauh jenak la dengan kehidupan SBP yang umpama penjara tu dengan kehidupan yang ini, bebas gila. kalau tak reti control mampuih la hang

pandai2 la cari kawan. salah pilih, binasa la badan.

contoh2 orang yang boleh jumpa - pondan, orang yang freehair seksi2 tu, orang yang kuat sosial tu. mula2 first impression memang tak suka dengan diorang. tapi bila dah kenal leklok diorang ni sebenarnya ada yang baik betul pekertinya. kenal diorang ni dulu, background rosak tu ke belakang kira maa. jangan ingat kita ni perfect sgt. *note that hazirah.

diorang pun manusia juga k.

3) jatuh cinta kali pertama. puihh

first sem dah jatuh cinta da. jatuh cinta je. tak bercinta pun. tersuka pulak kat sorang ni. tapi course lain2. haihhh. rosak rosak

fitrah kan? it comes naturally bak kata selena gomeshshh. tapi masalah aku tak pandai nak deal benda2 macam ni. mungkin ada hikmah la kena reject ngn si dia tu. beci la kawe lagu nih, asa kecek pasal goni jah kawe tensen. perah tunggeng nyor doh kawe. 

aku lepas ni berazam tanak dah layan benda2 cam ni. memang terkezut zapp jugak bila dah terkena, lebih2 lagi aku yang jenis tak kenal lelaki ni camne luar dalamnya. asal sekolah perempuan je kot. tapi insyaAllah aku amik iktibar dari kisah ni. alah lambat lagi pun nak kahwin. ape pun time belajar jgn fikir pasal cinta - nasihat utk diri sendiri dan kawan2. kehkehkeh. let bygones be bygones.


hmph.
sudah merasa ape tu cinta dan lepas ni boleh la buat novel mcm twilight saga giteww kahkahkah

ingat... jangan tertipu dengan crush anda

4) pengalaman berharga

Diploma Pengurusan Seni - dah nampak pun pengurusan, for sure la memang akan mengurus itu ini. manusia jenis aku ni bukan pengurus, serius, aku memang tak reti nak mengurus. kalau aku nak urus sendiri takpe, tapi nak kena urus yang melibatkan orang lain aku jadi lain macam sket. aku terima course ni pun sebab tanak teruskan bidang sains da. serik bohh.

banyak benda praktikal yang aku belajar. uruskan konsert, uruskan pementasan teater, uruskan itu uruskan ini blalalaaalala. memang best tapi penat la. selain dari pengalaman, at the same time dapat tingkatkan confidence level ngn communication skills. Alhamdulilah.

jadi event manager la paling berharga. aku tak pernah terfikir pun nak jadi orang plg atas ke ape ke. sebab aku lebih suka buat kerja aku sorang je. memang tak suka sgt la group work. 

5) jagalah diri

to those yang dah pernah masuk asrama penuh, takdela bermasalah sgt dengan kehidupan campus yang baru ni. tapi yang tak pernah duk asrama, kat sini la banyak belajar tentang penjagaan diri sendiri.

bila dah 2 tahun setengah duk sini aku belajar jaga diri. jaga kebersihan dan sebagainya. jaga penampilan dan sebagainya. how to deal with other people and so on.

banyak sangat benda yang dirindui. tapi dapat taip yang ni je T_T
tapi kehidupan degree nanti mungkin tak sama dgn yang ni kan? hhmppph T_T

pewpewpewpew!

8 comments:

ezyra daniel said...

kisah kita lebih kurang sama je..yg tak tahan tu fisrt sem dah suka kat budk course lain ahaha

Liza Licha said...

masa study paling best sbb boleh explore macam2..
:) tapi masa kerja lagi best sbb boleh dapat duit tiap bulan. haha

tsumiki hajira said...

ngehhhh time first sem tu innocent lg katanya.. masa kerja tu mmg best, dpt rasa duit kt tgn sndiri :')

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

bertuah oh bertuah,

Suhailah Salahuddin said...

Assalam sayang..

Do feel free to follow me back ya.. :)

http://apleasureligghts.blogspot.com

Suhailah Salahuddin said...

Sorry typo.. http://apleasurelights.blogspot.com

akubercerita said...

satu sem je sangkut nak ANC?

TERER!..

tsumiki hajira said...

i will kak suhailah...
akubercerita, biasa2 je XD bidang arts kalo dah minat mmg nak buat betul2 :D

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com