Pages

meow meow #2

hari tu kemain post pasal kucing2 kesayangan... 

previous post pasal diorang ---> meow meow #1

selalu kita mendengar, yang terindah hanya sementara...

saat gembira juga akan hilang juga...

kucing2 aku pergi macam tu je

ini dah kali ke berapa? oh why why why??????

*nanges berbaldi baldi*

tsumiki nak share... kan hari tu duk cerita pasal 5 ekor kucing yang aku bela. 3 ekor dah mati, sekor mati tak tau sebab apa, 2 ekor lagi mati sebab kena virus (parvo kot)

nak cakap aku tak pandai jaga kucing, tak tahu la kot. bila diorang lapar, bagi makanan. bila diorang sakit, bawak pi jumpa vet. bukan tak care langsung. biasalah kan, dah ajal diorang nak buat camne haa

T_____T

dalam kenangan

sekarang dah tinggal 2 ekor, nama si Puteh Fernando Jose dan Luna Carina. yang mati tu Pupu Capunto, Pipi Papaya dan Lunina Noni... Pupu dah nak jadi adult cat da, memang manja gila dengan aku. time aku tengah duduk rilek2 boleh je dia naik atas kerusi duk purr2 sebelah aku. haishhh aku sayang betul ngn dia ni. Pastu ada satu masa ni, dalam 3 hari Pupu tak balek rumah. aku takde la risau sangat masa tu, sebab dah biasa kan jaga kucing jantan, biasanya kalau dah lama tak balik tu sibuk menggatai la cari betina. bak kata abang

"Pupu dah besar kan.. dah jadi anak teruna da dia.. biar la dia berdikari sikit cari pasangan"

= ="

okey fine aku rileks je la. pastu beberapa hari kemudian dia tak balik2, tetiba aku dikejutkan dgn berita yang Pupu dah mati oleh kakak aku. rupa-rupanya kakak aku terjumpa bangkai dia kat belakang rumah! pelik betul! macam mana leh mati tuuuu? aayooooooo dah kembung dah berulat semua dah tak jadi apa da tuuuuuuuu. aku scan betul2, haah la memang ya la tu Pupu Capunto yang kusayangi

*tadi nangis tadah baldi. tukar besen pulak*

si Pipi dan si Luni ni plak lain ceritanya. sehari lepas Pupu mati, diorang macam berkabung dan termenung plak da. tak lalu makan la, dah tak ceria la. pastu bulu2 semua dah macam tak terurus sgt. pastu pi la bawak jumpa vet, kasi suntik sikit, vet kata diorang kena virus infection. hmmm

mula2 nampak si Pipi tu lagi teruk, si Luni tu nampak okey lagi. tapi esoknya tu si Luni mati dulu. adoi

si Pipi survive boleh tahan lama jugak la. memang kaw2 jaga dia ni. paksa makan, paksa minum, bagi ubat yang vet suruh bagi, memang betul2 nak selamatkan dia. dah nak hampir sembuh tapi at last tiba2 menghilangkan diri ntah ke mana. sampai ke hari ni tak balik. memang dah assume yang dia ni dah mati rasanya. T_T

sampai la abah pernah berkata

"kucing kalau dia nak mati, dia takkan mati dalam rumah"

betul tu. betul sangat tu. T___T

sekarang dah tinggal 2 ekor je kucing Tsumiki. si Luna Carina tu plak sarat bunting. kali ni dah kali kelima dia bunting. lepas ni dia beranak tengah consider nak letak nama apa plak. Papa ke, Popia la kot?

tapi kesian tengok dia macam sepi je lepas semua anak dia mati. memang susah nak kasi semua survive sampai ke tua kan.

masih blur dgn keadaan sekarang
sian luna. duduk pun dah macam org tak betul

aduihhh, rindu sangat dengan mendiang kucing2 kesayangan kita ni. sampai termimpi2 diorang duk celah kaki kita. pencinta kucing je faham betapa sedihnya bila kucingnya mati.

*sambung nangis*

huwaaawaaaa

10 ulasan:

Unknown berkata...

Sedihnya cik meow baca cerita awk, huuu :'(
Faham sgt2 cane perasaan bile meow mati.cik meow pon salu alami. Ni 3 ekor sekali berturut2 pulak tu.. huu.
Pape pon, asalkn kita dah ikhtiar yg terbaik utk jage kucing kita. kalau mati jugak itu dah ajal die, kite redha je k :')

tsumiki hajira berkata...

thanks cik meow... memang sedih giler dah ni.. macam tu je diorang pergi :'(

MrJocko berkata...

comel nye kucinggggg,,, mintak anak buleh???

nurul shyazwanie berkata...

comeyy kucing

Jejari Menaip berkata...

kesian kat ibunya ya..

boleh lawat:Renungan Jumaat

tsumiki hajira berkata...

@Rosmadi dia tengah pregnant lg haha
@ikhwan yusuff memang pun..
@wanie ou memang comey hehe

Pha Is berkata...

sabar je la..

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
(Al-Munaafiquun 63:11)

tsumiki hajira berkata...

thanks for the reminder @Pha Is !
feel much better :')

Syira Lokman berkata...

comel...kucingg sweet je...smoga terus berjaya ye :)

tsumiki hajira berkata...

terima kasih @sYiRa LoKMaN! :)

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com