Luna seakan sepi

fikir masa depan

Luna Carina semakin sarat bunting sekarang. ni dah kali kelima dia bunting, semua anak2 dia tak hidup lama. cian Luna. isk isk

Luni Carini, Pupu Capunto, Kabi Ricardo, Labu Ronaldo, Lunina Noni, Pipi Papaya, Puma Kadana..
ramai lagi tapi mati sebelum nak daftar nama kat jpn

takpe la Luna, beranaklah selagi kau boleh. haha

taulah sexy tak payah nak tunjuk body sgt la

perut dah bulat sangat. lebih besar dari biasa. nak masuk rumah, lalu celah lubang pintu gril pun sangkut. sebab perut besar sangat. 4-5 ekor jugak la ni

macam biasa, Abah dan aku akan sediakan satu kotak khas utk dia beranak nanti. lapik dengan tuala buruk pastu letak kat tempat yang tersembunyi sket. kekadang kat luar rumah. kekadang kat dalam rumah.

satu hari letak kotak dekat luar rumah. tengok-tengok Luna dah beranak dalam tuuuuu XDXDXD
awwwwww happy gila! ada 4 ekor wo! memang happy sangat dah ni sampai nak angkat kotak tu dan baling



nak try gosok2 dan ingin zoom lebih dekat then bila tengok dia berpaling padaku...



OH, KUCING LAIN RUPANYA.

rasa macam pernah tengok ibu kucing ni. corak kat body pun saling tak tumpah dengan Luna.

(GARU KEPALA)

sooo nak jadikan cerita, nama kucing ni Meknab. ni kucing betina datang dari mana ntah. sebelum ni dia selalu curi2 datang rumah pastu gaduh dengan si Luna. akhirnya aku find out yang dia ada affair dengan si Putih. kiranya Meknab ni macam orang ketiga la dalam rumahtangga Luna dan Putih.

pernah sekali Meknab tengah lepak dengan Putih bawah kereta Ummi. sekali Luna ternampak, pastu apa lagi, Luna mengamuk la. terus gadoh dengan Meknab tu. Putih pula undur diri, tengok dua-dua bini gaduh macam tengok wayang

Meknab ni mungkin boleh jadi sedara Luna jugak la kot. Sebab corak bulu nak dekat sama, dan muka pun. Yelah, Luna ni pun asalnya liar jugak, kena bela dengan orang pastu kena buang pastu kita jaga sama dia. Meknab pula dapat nama Meknab sebab Ummi yang kasi nama Meknab tu. Dia nakal sangat sampai Ummi marah-marah terus panggil dia Meknab.

amboihhh punya la lawa nama Luna Carina, yang ni pulak namanya Meknab. Meknab? bunyi dia macam hape

takpelah, dah terberanak dalam tu nak buat macam mana kan. cari kotak yang lain la utk mu Luna. takut jugak si Luna nampak Meknab nanti dia mengamuk lagi haha

sabar ye luna

5 comments:

Izzaty Azma said...

Nasihat kat Luna, lelaki boleh kahwin 4, kiranya kuota Putih ada lagi 2 xD

tsumiki hajira said...

hehehee, boleh sgt tu @Izzaty... biasalah wanita tak mau berkongsi kasih syg. XD

sYiRa LoKMaN said...

singgah sini lagi..heheehe

adk dayah said...

singgah dengar cerita cinta 3 segi..hehe sian luna t_t

tsumiki hajira said...

@sYiRa thanks! ^_^
@adk dayah aah sian luna... dah digantung tanpa bertali :(

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com