childhood please come back

mengelamun mengelamun dan mengelamun sampailah teringat zaman kecik dulu macam2 hal.
ya Allah rindu gila masa kecik2 dulu! T_T how i wish childhood please come back to mehhhhhhh

jangan tipu laa kalau korang pun rindukan benda yang samaaaaa

jom naik mesin masa doraemon jommmmmm! :D

1) cartoons.

zaman2 tadika dgn sekolah dulu. pagi2 kekadang ada kartun. Tom and Jerry, Bunny, Tweety, Felix semua tu la. kekadang Dragon Ball. kekadang Sailormoon. pastu Cardcaptor Sakura. Pokemon. Digimon. Shin Chan. Doraemon. fuhhhhhh memang aku beku depan tv masa pagi Jumaat ngan Sabtu.

pingu

Teletubbies pun aku layan jugak. hahahahahahhaa ^ ^"

Usop Sontorian, Anak-anak Sidek, Kluang Man. INGAT LAGI TAK?
perghhhhhhh memang aku dah jadi patung cendana depan tv :D

hahaha teringat dulu pernah berangan nak jadi Bezita.

2) wuxia and chinese dramas.

dont tell me you dont know what wuxia is. mungkin ramai tak tau term ni tapi orang suka cuma tak tau apa benda tu sebenarnya. ok, wuxia tu cerita cina zaman dahulukala. alaaaaa yang kungfu2 terbang situ sini tuuuu XD ya Allah aku rindu sangat nak tengok cerita2 cina ni dulu!!!! warghhghghhh

ada 3 sebab kenapa aku mengagumi wuxia ni. i) jalan cerita menarik. aksi pun menarik. kadang2 ade unsur humor. ii) kostum and set cantik! it looks real and amazing. iii) pelakon dia mantoppp. yang hensem tulah yang aku tak tahan T_T

yang aku ingat, aku tengok sampai habis cerita2 ni. cerita favourite kita - Square Peg. Perish in the Name of Love. Witness of Prosecution. Gods of Honour. A Step in The Past. Storm Rider (ni syiokkkk gilaaaaa). The Legend of Condor Hero. Whatever It Takes. Lofty Waters Verdant Bow. Wars of In Laws. My Fair Princess. aaaarghhhhh dan banyak lagi laa. yang bukan wuxia pun best juga.

bapak besar hahahaha

tepat pukul 6 ptang, isnin-khamis. balik je dari kelas kafa terus bukak tv3 hahahahaha. ish3 -_-
best sangat cerita dulu2. padat dgn mesej dan action yang smart2. walaupun masa tu HD pun tak wujud lagi. Astro pun family tak subscribe lagi.

tapi.. asal sekarang dah tak best haa? :'(

3) dramas and tv shows.

dulu aku minat gila tengok drama Melayu. sekarang dah kureng sangat. yelah, asyik2 adaptasi novel, asyik2 cinta kahwin paksa lepas kahwin cinta korporat la ape benda la. aku pun suka baca novel Melayu tapi not these type of novels... konsep klise sangat... maaf cakap (just an opinion, jangan marah Tsumiki ek :p )

adaptasi novel memang banyak agak trending sekarang ni but only love stories. why don't buat adaptasi novel thriller pulak. Tombiruo tu ke, Bagaikan Puteri tu ke, Semangat Hutan ke (fulamak Ramlee Awang Murshidddd sangattttt)

drama english pun. aku sangat suka tengok Honey I Shrunk The Kids, Nightman, Night Vision, Charmed, Angel bla blalalallaa dadidu didadu.

still remember drama Cinderella, Romeo dan Juliet, Salam Taj Mahal, Cili Padi, Senario and many more.. haiyooooo makin disebut makin rindu der. Ahmad Idham hensem sangat masa tu lol. and ingat lagi tak ada sorang artis budak2 ni nama dia Siti Musliha? dia pun memang femes la masa tu. ada satu drama dia berlakon, cerita dia sedih bangetttt T___T

hmmm what about rancangan kat tv. A,L,O,N,G, ALONG! pastu Siti Sifir. thanks Siti Sifir, i got sifir in my heavy brain because of youuuuuu hahahaha X'D

i wish i can marry Along

4) video games

tak payah cakap aahhhh pasal video games. sori lah perempuan ke laki ke main jugak video games ni. cuma beza laki main lagi hebattt (true story kan)

anyone has tried Duck Hunt? Mario? pastu game sukan2 tu?

tembak itik tak kena pastu dia gelak -.-

pastu game gaduh2 tu. haihhhhh. ce check blog ni. mostly video games yang aku pernah main tu ada kat sini ^_^

5) gajet

dalam kita leka dibuai arus modenisasi ni sebenarnya kita terlupa DISKET sudahpun lenyap dari pandangan (CEHHH AYAT STAILOOO)

wehhhh dulu suka nor pakai nak simpan file tapi tak muat. pergi download pun kat cybercafe aje. sekarang Alhamdulilah dah ada laptop

henpon pun besor2. radar siap boleh tarik panjang pendek lagi tuuuuuu. brick game, video game, pastu ada satu benda ni. macam telur, kita panggil tamagotchi tapi tak tau apa nama melayu dia. 

bajet cangggih ha tu.

6) makanan dan cikedis

kat tempat kita orang panggil cikedis. ada orang panggil jajan. dalam kamus english dia panggil junk food. ummi marah memang tak elok tapi makan jugak. haha

banyak lagi. tak larat nak carikkkk huwaaaa

dulu masa sekolah rendah naik basikal pergi balik. emangnya selalu ke kedai membeli benda2 yang tak sepatutnya... memang tak reti nak simpan duit. duit lebih belanja sekolah beli air la, beli gula2 la, beli jajan la. sampai tauke kedai pun dah kenal muka kita ni haa

gi mana2 pun naik basikal. memang rindu nak naik basikal. rumah kat dalam pekan tepi muara laut Kuala Besut je, senang nak pergi kedai semua tu. sekarang dah pindah, rumah kat taman perumahan yang sunyi sangat. hanya boleh dengar bunyi lembu dengan kambing jeee

T____T

takpelah. life must go on

4 comments:

Dalila Samsudin said...

gah rindunya kat semua ni !

tsumiki hajira said...

@Dalila sangat sangat kan? T_T

zaza zehra said...

nostalgia kalau ingt semua ni..heee....dulu semua layan..lg2 cite cine, sailormon tu.. hehehe... :) rindu

tsumiki hajira said...

@zaza zehra haha.. sailormoon tu perghhh best :D

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com