dilema wanita #1


Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.


Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.


Muslimah itu,
Terkadang over bila minat artis Korea,
Terkadang main game sampai naik gila,
Terkadang terlalu sukakan seorang lelaki bukan muhrim tanpa disedarinya,
Terkadang leka dengan buaian budaya yang tak sepatutnya,
Terkadang leka dengan arus dunia,
Sampai iman semakin haus dalam jiwa.



Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk perbaiki diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.

T___T

reading these beautiful and meaningful words really makes me touched.
ada tambah2 sikit supaya lebih dekat dengan diri sendiri,,

ni kita share2 je. daripada FB Page Super Akhawat thanks :)

TETIBE

Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah SWT. Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah SWT adalah kaum kafir.”
(Surah Yusuf, ayat: 87)

3 comments:

zaza zehra said...

indahnya mjadi wanita muslimah..sedang berusaha.. :)

Nurina Izzati said...

subhanallah.. bait2 kata yg indah

tsumiki hajira said...

@zaza zehra insyaAllah kita boleh.. :D
@Nurina kan? sangat indah! :)

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com