haluu degree.

adoi, busy betul sekarang ni, iyelah, cuma nak habaq yang Tsumiki sudah pun naik rocket menuju ke gerbang ijazah sarjana mudaaaaa!!!! :D


AAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH~~~
DAH TAK SEMPAT NAK UPDATE BELOG LEPAS NIHHH!!! >_<

happy, teruja, anticipated, gila, takut, nervous segala benda benda semua bercampur macam blender dalam hati. dari Diploma Pengurusan Seni masuk Ijazah Sarjana Muda Animasi kot. memang lenggang lenggok lari jauh2 terus dari bidang teater sebelum ni. setelah hmpir 6 bulan tido makan tido makan tido makan, memang berat jugak nak tinggalkan rumah yang ibarat istana kayangan tu.


buat preparation ape semua benda tu, dejavu sangat. teringat zaman awal2 diploma dulu. daftar kolej, daftar fakulti, daftar segala mak nenek semua yang perlu didaftar, taknak la nanti kan kena penyepak free dari UiTM.

Alhamdulilah sangat, sebab urusan dipermudahkan, tambah2 lagi family ikut sekali mai hantor baby kecik ni sambung study. dejavu lagi. teringat zaman sekolah asrama dulu kena hantar dgn family pastu nangis2 lepas kena tinggal. tapi kali ni dah umur 21, takkan nak nangis lagi kot. walaupun masa family dah nak balik tu, mata still akan rasa agak berair dan muka tahan senyum je. lol

*bajet emo sangat*

daftar kolej takde masalah. sebab dah ade geng sepakat duk sekali, yeay! satu rumah supposed to be 8 orang semuanya, tapi  kami semuanya 7 orang saja. okaylah. pakat nak duk dengan budak satu batch diploma FiTA dulu. bila dah daftar, dapatlah tingkat 4. danggg!!! ayyyooooooo. tingkat 4 beb. memang kurush gua sem ni. hhmm, okaylah daripada dapat tingkat 5, lagilah aku sanggup beli jetpack untuk keselamatan. barang2 pulak dah macam nak pindah rumah.

meja katil locker semuaku balut.

kolej Jasmine UiTM Puncak Perdana ni memang macam rumah, dalam satu rumah ada 3 bilik, dan ada 2 jenis bilik. satu bilik untuk 4 org, dan satu lg bilik untuk 2 org. masa diploma, free of charge. dah naik degree, mmg kena bayar dah. kalau duk bilik jenis utk 4 org tu harga dia rm210 per head per sem, manakala yang utk 2 org (which is lebih privasi laaa kot) harga dia rm420 per head per sem. mata aku terbeliak mcm hape, nak bandingkan dgn rumah sewa, mmg ada rumah sewa yang lebih murah, tapi parents aku lebih prefer aku duk dalam kolej agar lebih selamat la. maka, gua ikut sajooo.

aarghhghghhhhh.

apepun nasib baik la dapat kolej. kalau tak camping la dengan campus hohohooho.

*tengah hurry up ni gelabah sgt byk benda tak setel lagi*

0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com