degree, tak seindah yang kusangka.

haishhh asyik tak sempat je nak update belog sekarang! sorilah kawan2, internet laju macam kura2 plus banyak benda nak kena setel ni :'O

oleh itu, izinkan aku buang masa korang kejap untuk luahan perasaan jiwa dan raga aku nih~

degree ni bukan seperti mana yang aku bayangkan masa aku kat diploma dulu. perbezaan pun memang ketara walaupun baru SEMESTER 1. grrrrr

kajian tempatan

benda yang paling aku steress ialah... kerja berkumpulan. aaaaaaarggghghghhh honestly aku memang tak suka tak suka tak suka tak suka kerja berkumpulan sejak dari dulu! sebab aku lebih senang bersendirian. tapi as long as kumpulan tu ok, aku takdelah tak suka sampai tahap taknak buat kerja langsung kan. kadang2 kita takde ruang nak perform, takde ruang nak menyerlahkan diri.

yang paling sedih bila walaupun aku dah masuk kelas animasi, aku tak tau ntah kenapa hati aku masih kat performing arts. setahu aku, aku takdelah belajar mendalam sgt pasal tu, tapi mungkin masa diploma dah terbiasa menyanyi menari berlakon semua tu. kali ni aku dah stop, tapi cuba cari peluang nak aktifkan balek. malangnya aku tak de masa dan kerja pack sangat2 T__T


tambah-tambah bila dah tukar course ni, nak sesuaikan diri dengan persekitaran tu ambik masa sikit. dengan cara belajar. dengan kawan-kawan. dengan lecturer.

iyelah, dulu belajar kemain bising gila nak mampuihhh. dah biasa dikelilingi dengan orang-orang yang cuba cari gado.. masuk degree aku dah start jadik skema balek hahaha 

kali ni banyak betul melukis. tak kisah langsung melukis banyak-banyak ni, cuma tulah rasa sedih sikit sebab takde basic langsung. rupanya ada beza melukis untuk seni dan melukis untuk animasi. selama ni kemain redahhhhhh je. risau betul dengan markah nanti bila lecturer kata lukisan tak berapa nak menjadi. uwaaaaaaa serius takde basic

kekadang adalah terselit rasa nak give up. rasa macam menyesal pun ada la sebab tak sambung Pengurusan Seni tu. tapi try jugak motivate diri la. cuba igtkan diri, Allah tahu apa yg terbaik untuk aku dan tahu mana nak letak aku ni.. kalau di sini lah aku, aku kenalah buat sesuatu kan. mana taknya aku dah lama berangan nak jadi part of animation industry suatu hari nanti. 

whwhwuuwuwuukusssssss sfufususufshhshshshhsshhhhhhh pergi mati rasa itu!!! pergi matiiiii!!!!!!!!

*tiup diri sendiri*

aku cubalah buat yang terbaik, insyaAllah aku cuba. aku cuba usaha pastikan pointer lebih 3.5 at least.. aku betul2 nak maju time degree ni T__________T

huishhh time degree ni memang kena serisuusususususuusus!! aku banyak betul buat onar kali ni~ itulah, dah terbiasa sangat buat assignment last minute! buat drawings pun last minute jugak! pendek katanya aku ni "mother of last minute"! haaiaiaiaiiaiaaiiaiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

*berteriak sampai bergegor bilik*

dan akhirnya aku baru tersedar lagi terantok last minute tu lah yang memakan diri aku.

-THE END-


Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6)

2 comments:

Nurul Syuhadah said...

serius. degree ni mencabar. seb baek dah ditahun akhir. heee

tsumiki hajira said...

itulah... baru sem 1 dah dilanda pelbagai godaan dan cobaaan.. T_T

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com