FiTA Animation Showcase '14.

fuhhhh~ baru bleh hembus nafas lega. hembus sikit la. bukan sepenuhnya. sebab banyak lagi benda yang menanti wehhhhh.

macam biasalah, setiap sem Fakulti Filem Teater & Animasi kesayangan gue ni memang akan ada event. tu yang best tu. :P

setiap sem memang akan adakan Minggu KaryaOne, di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM. event ni merangkumi macam-macam event kecik2, alaaaa macam festival citrawarna aneka warna warni negara tu. Event ni memang diuruskan oleh pelajar dibantu oleh lecturers, memang khas untuk pelajar, untuk meraikan karya-karya pelajar, dan ada juga exhibition yang ada di sini. So memang aku takkan lepaskan peluang la kalau ada event macam ni. hohohohohoho mesti kena pergi beb.

fuhh aku kan suka pergi mencapab kat event orang. memang sukaaaaaaaa sangat

tapi aku bukan mencapab je. memang kena ada kat situ. kalau tak tunjuk muka memang siap la. kena laser weh. hihihihi. *k merepek

dari opening yang dah macam siti di alam fantasi

antara salah satu event kecik bawah Minggu KaryaOne ni ada exhibition dan final showcase khas dari pelajar Degree Animasi part 6. selain tu ada jugak beberapa showcase dari pelajar sem 5 dan sem 3. so kiranya setiap batch main peranan. macam kami sem 1 tolong-tolong sikit la. ada jugak final projek under subjek Visual Culture yang kena pamer kat sini, dan akulah antara orang yang mempamer di situ. 

bosan weh
yelah duduk bertepek je kat situ. last2 aku lah pameran kat situ.

macam macam adoooo

ramai jugak la manusia kat sini. dari pagi sampai malam berkampung kat sini 2 hari jaga booth masing-masing. tahap kebosanan tu... hmm takyah cakap. dah biasa da since Diploma dulu jaga event. nasib baik dah terbiasa. 
NASIB BAIK. =..=

selain exhibition bla bla bla so on ada jugak cosplay. pun under subjek "Acting For Animation". 

budak animation pun belajar berlakon jugak ghupenye. ohoho

yang ini pelajar sem 2 yang buat. mereka akan pair2 lepas tu pilih karakter kesukaan untuk dilakonkan bersama kostumnya sekali. pastu apaaa lagi, macam2 aksi aku tengok la kat atas stage tu. fuhhhh. plg takleh bla naruto lawan itachi. pastu ada ryu ngn ken. pastu kirito. pastu elsa let it go let it go pun ada.  dialog pun rojak abis lol XD

ryu ngn ken buat show
elsa muslimah. hoho

next sem aku pulak. yeahhh cumanya tak tau nak karakter apo

ada jugak pameran lukisan. serius weh..... lukisan semua cantik2! pun under subjek jugak

aku pun tak mampu lukis camni -.-

apepun best sebenarnya dapat join apa2 event fakulti. iyelah tambah2 lagi dah degree ni kena longgar2kan sendi2 tulang belulang belalang tu sikit. hohohohohhoho

mensibukkan diri = hidup seksa tapi bahagia

habis final project ni satu legalah sikit. tapi masih lagi pending beberapa assignment yang lain.

serabut jugak tapi macam best

oh yeah


No comments:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com