bulan puasa tapi tak dapat puasa?

haihhhh, dah masuk bulan Ramadan tapi tak boleh puasa?

oh why why why?

oh tidak~

oh men. mesti wanita2 smua terfikir.. asal masuk je bulan puasa mesti akan fikir pasal period.
iyelah, kalau dah datang period, pastu kena tinggal puasa, pastu nak kena ganti plak

 “laaa, janganlah period serang time 10 malam terakhir tu hoiiiiiii "

“ haa? period datang double bulan ni? awal bulan dgn abis bulan? omggggggg"

"dua kali datang dalam sebulan? what the...???? time bulan tak puasa takdela plak macam ni wehhhh"

Pastu takkan nak makan ubat plak taknak bagi period. fuhhhh

pastu nak terbalikkan meja. pastu nak gi hempok orang tetibe

pastu nak simbah air sirap kat semua org yg puasa

pastu nak gi koyakkan kalendar rumah

pastu nak merenget macam baby pastu cakap kat laki
"untungla hang jadik lelaki! aaarghrhghh! *kuar api dari mulut*"

haaa baca ni, Allah ada berfirman:

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(An-Nisa’: 32)

faham x ape dia cakap tuuuu?

jadi.... banyak lagi benda yang kite boleh buat time tengah not available tuuuu sayang2 sekalian.

1. Sediakan juadah berbuka puasa

meleleh air lioq hingus sume

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

cian kat org puasa. diorang penat pi bazar jalan2 cari makanan. takkan kita nak melongong je kan. hahhh pi tolong diorang sediakan makanan sikit.

sambil2 tu masuk mulut la. *k jahat gila

2. Bangun Sahur bersama-sama

tu diaaaa

yang ni pun boleh je buat... kekadang bila tak dapat puasa pun sama je macam org puasa. memang susah nak cari makanan siang2 tu. so?

berlakon je la puasa.

3. Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran

alolololo
tadabbur tu mende ek? ohohoho. tadabbur ni maksudnya kita membuat penelitian terhadap ayat2 AlQuran. bila tak dapat baca, bacalah translationnya. rasa tu lagi baik daripada main game. *ok sentap gua

banyak je tafsir kat kedai tu beli la satu dan baca. hehe

try la. tak rugi pun.

4. Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi

fuhyo
bwk mengucap sikit. jangan jadi macam aku dulu.. karaoke head banging dalam shopping mall kemain

kasi lapang dada tu dik. jangan kena rasuk sudah. hihi

kalau dh slalu sgt menyebut tercarut ke tersebut benda yg tak sepatutnya slow2 la buang tabiat tu.

5. Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.

mcm busy main game je. huhu

oh definitely... org kata masuk je bulan Ramadan syaitan semua kena ikat. kalau macam tu adakah bererti kita takkan rasa nk buat jahat bulan2 pose ni

oh tidak.. dalam diri tu ada lagi. lawan la sebaik mungkin.

jgn biarkan diri anda diselubungi kegelapan.

*k ayat skema gila

6. Infaq/ sedekah

huk aloh

buatlah apa yg termampu. ikhlas kerna Allah tu yg penting. try to put urself in other people's shoes.

jgn curik kasut org k

7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan

mcm xde kena mengena je -.-

teruskan melakukan apa yang boleh dilakukan.
janganlah pergi kaco org yang puasa pulak. siannn dia.

*                                                 *                                           *

pesanan untuk saya dan semua yang membaca posto ini. saje nak post sebab keadaan ni kan selalu sgt berlaku dan takleh dielakkan. bulan kalau dia nk datang, datang la.

apepun selamat berpose la semuaaa~

*share from kak Musyirah Hanan Zulkarnain, Pelajar Perubatan, Universiti Al-Azhar

5 comments:

Syahirah Ismail said...

terbaik. nice entry =D thanks for sharing

tsumiki hajira said...

hehehee.. insyaAllah. thanks! ^_^

Hans said...

alhamdulillah
entry yang bagus :)

M Faridzuan Majid said...

Lawaknya gambar-gambar yang saudari paparkan. :D Apapun, terima kasih atas perkongsiannya ;)

tsumiki hajira said...

Alhamdulilah. terima kasih semua. saya cuma ingin menceriakan pembaca yg berduka. hehe XD

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com