Pages

macam mana nak lupakan crush

hari tu dah melalut pasai crush.
sekarang ni aku nak melalut pasai macam mana nak lupakan crush plak.

amboi. bab ni memang terer la kan~ gatai tak habeh2 XD

oh biasalaaa~
hmmm biasalah. kekadang bila sukakan seseorang, bila dah tau kita brtepuk sebelah tangan memang conpem menonggeng tahap gimnastik berirama tu kan. alaaaa manusia yang ada hati dan perasaan memanglah gitu kan.

ada jugak kes sukakan seseorang walaupun x pernah confess tapi dah boleh agak dia pun takde interest dengan kita. hmmm tu pun boleh kasik menonggeng  jugak tu.

ada jugak kes tarik tali. sama2 suka tapi sama2 tak mengaku dan tunggu sapa nak mula dulu

ada jugak kes yang paling aman. sama2 suka tapi sama2 buat dono.

ada jugak kes kasi pecah rumah. sama2 suka tapi sama2 gadoh.

banyak betul kes. dah macam sherlock pulak aku ni hoho

hmm aku pun tak tau aku tergolong dalam kes mana.

takpe. semua kes ini boleh dihandle sebenarnya k.

okey2, jgn mengamok, mari kita scroll sikit ke bawah ye uolls

1) cuba untuk elakkan berfikir tentang dia

cuba buat muka camni kat crush.

haaa itulah. biasa dah suka seseorang yang berlainan jantina ni memang setiap masa dia duk berlegar2 dalam kepala macam makanan berlegar2 kat otak time bulan puasa.

sekali fikir terus angau koma tidur krokkkk2 sampai masuk dalam mimpi.

mimpi pulak mimpi pelik2

2) kalau ada benda yang mengingatkan kita kepada dia, buang.

k melampau gila la
contoh la kalau ada gambar dia ke, ada brg yg dia bg kat kita ke ape ke, mesej ke, whatsapp ke semua tu segera buang la kalau boleh. tapi kena jugak. serius.

kalau disimpan benda2 tu korang akan rasa macam nak tengok balik benda tu pastu mulalah teringat kat dia.
pastu emo tetibe sampai terbalikkan meja hahahaha

3) tukar mindset dan tetapkan pendirian

ulala~

pendirian kena mantop. bila dah nak lupa tu, tetibe si dia datang kat kita. pstu terus tak jadi lupa.
tukar mindset tu memang saaaaangat penting. jika hari ni kita fikir dia crush kita, cuba esoknya tu tukar mindset he is only your friend. iye, friend.

pastu lusa he is your teacher. eh?

tak tukar memang susah beb.

4) dahulukan Allah dalam segalanya.

haaaaaaaa. yang ini yang paling penting. yes! Allah. korang semua tau Allah yang cipta kita kan. Dia cipta kita untuk apa? mestilah untuk kembali pada Dia - sembah Dia, cinta Dia. tapi kita lebih cintakan manusia berbanding Dia. agak2 apa Allah rasa ye? mestilah Dia kecewa kan.

antara crush kita dgn Allah, pilihlah Allah. sebab Allah tu Maha Sempurna. kau nak bahagia, mintak dengan Dia. kau nak gembira, mintak dengan Dia.

tp yang menciptakan crush kita pun Allah juga kan. yang memegang hati crush kita pun Allah juga.

*ustazah tsumiki mai daaaah


5) sabar

sabor cik sabor

ulang lagi sekali, sabar! memang nak kena sabar weh. dah hilang sabar pun, kena sabar juga.

sabar menanti waktu yang sesuai untuk bernikah ye anak2.

cc : diri aku sendiri

6) berfikir secara rasional

O_O

fikirlah secara rasional. jangan duk biar perasaan tu control dia sampai tahap gila nak terjun tingkap buat stunt macam2.
kalau nak lupakan buatlah cara nak lupakan. kalau dulu rajin pergi serbu dia, cuba jgn serbu dia lagi da. buat biasa2 sudah.

kalau dah lalok sangat tu mengucap banyak2 ye nak.

7) cari perkara yang lebih menggembirakan dari dia

cuba cari perkara yang kita boleh buat sampai kita boleh lupakan dia. macam contohnya, sibukkan diri ke, join apa2 aktiviti ke, paling best skali join program kerohanian la.

tengah gila2 terus kena pergi ceramah ugama hahahahha. conpem sentap seribu duka.

8) kurangkan bercakap tentang dia

mmmmpppppbbbbppph

yang ni memang aku selalu buat la. kalau dah suka seseorang tu, haaaa macam2 aku borak pasal dia. borak pun gurau2 gitu je, tapi still memberi impak pada hati sendiri. perasaan pun jadi semakin bertambah2.

kalau dah kurang bercakap pasal dia, kita pun boleh lupakan.

kalau tak boleh jugak? kbai

*                                               *                                       *

jadi itu sajalah dari saya pakar cinta tak berapa la sgt. semua tips ini bukan direka atas dasar suka2, semuanya 100% pengalaman hidup. hah? what? tsumiki pernah ada crush?? opkos la~

kalau rasa nak lupakan, baik lupakan perasaan tu.

kalau kita dah tersuka seseorang pada waktu yang tak sesuai untuk kahwin, memang dugaan Allah bagi. pandai2 lah control dan tak terlalu fikir pasal dia.

aku pun taknaklah kecewa lagi. kena rely on Allah completely, sambil2 berusaha.

10 ulasan:

RaksasaBaik berkata...

yaa.. betul tu.. setuju.. heehe

tsumiki hajira berkata...

kan kan kan? :D

hati yg tabah berkata...

Dah buat dah smua dah setahun lpas~tpi x bleh gak...~ :'(

hati yg tabah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hati yg tabah berkata...

Dah buat dah smua dah setahun lpas~tpi x bleh gak...~ :'(

Unknown berkata...

susahlah nak lupakan.dahlah die tu presiden kt skolah...stiap hri berucap kt depan....adoiiii......x pe...taon ni last year skolah...pasni dah x jumpe dah...hohohohohoho.....6 bulan je lagi... ;)

Unknown berkata...

Saya sudah confess tapi ditolak...kami bekerja dalam satu department sekarang hubungan macam agak awkward sedikit tidak seperti boleh bergurau senda...

Ilusi tak bertepi berkata...

Aduuhh pedih amat. lagi lagi bila da tersayang tuu diam diam pulakk. nangis sendiri.. hmm hmm hmm

Unknown berkata...

motivasi awak unik sangottttttttt

tsumiki hajira berkata...

thanks for commenting!!! kita kena kuat tau!! kumbang bukannya seekor, bunga bukannya sekuntum <3

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com