jgn rasa diri purrfect sgt

"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut".
(Riwayat al-Tirmizi)

memang kita patut benci dgn maksiat tapi jangan terlalu membenci. boleh jadi kebencian itu menyumbang kepada dosa kita sendiri.

hoh???

macam petikan hadis di atas.... aku memang tak paham sampailah aku kena sendiri. sebab dulu aku benci sgt dgn perbuatan jahat dan maksiat orang lain buat. memang menyampah senyampah nyampahnya. benci sgt tengok org berkapel berpegang2. benci sgt tengok org bersosial sesuka hati like a boss.

at last aku tak nafikan aku terdorong buat perkara2 ni. memang aku pernah buat dah pun. tapi Alhamdulilah Allah buka hati untuk berubah dan sedar.

jadi nak cakap kat sini, jangan terlalu membenci dan menyampah bila tengok org buat maksiat dan perkara jahat di mata, lebih2 lagi kawan sendiri. just be cool. jangan ingat kita ni purrrrrfect dan suci sangat. sebab apa Allah telah berfirman,

"Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa."

(Surah An Najm ayat 31-32)

kekadang bila dah menyampah gila babun tu, semua benda nak tegur. ye ye tak salah menegur kesalahan tapi janganlah tegur depan org ramai. 

kalau betul2 ikhlas nak betulkan kesalahan, tegurlah secara peribadi. bukannya kat public ye. kalau dah kat public tu dah masuk kes menghina. tambah2 pulak kita sekarang dah suka gila pakai social media. eyhhhh ramai pulak jadi keyboard warrior kat situ. geram gua geram.

tau tak sebab apa jadi lagu tu. sebab rasa diri dia purrrrfect dan suci sangat la.

kalau rasa diri tu dah baik sangat, jangan jadi manusia lah. jadilah angel guardian sailormoon.

Wallahu'allam bissawab

No comments:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com