adik beradikku kukumalu.

tengah membelek2 post2 lepas oh oiy ohhhohoo,
lupanya tak pernah lagi bercerita pasal adik beradik

mcm ni la gamaknye

woihohohohihihoihohoihh. kemain post banyak2 apa pasailah tak post langsung pasal adik beradik sendiri.

for the past 21 years, aku dah sedar rupanya ada 5 org kuat dalam hidup sepanjang hidup. disebabkan aku anak paling bongsu dalam family, memang sudah tentulah akan dibelai dimanja dicintai oleh 5 orang ini.

sudah tentu sekali aku menjadi rebutan mereka

namun, bukan pintaku untuk dilahirkan sebagai anak bongsu

gambar diorang masa kecik. aku tak wujud lagi -.-

btw I MISS THEM SO MUCH. MISHUUUUU UOLLSLLSS.

mari kita mulakan ceramah ini.

*drumrolls*

1) abang sulung

cerianya~~

diberi nama Azmidi, dengan nama glemernye Ironman (kerana terlalu melampau minat Ironman Transformers dan sebagainya). Umur dah masuk 33 tahun tapi perangainya menunjukkannya org muda. *mudala sangat -.-
biasalah. peminat anime, games dan gadget. orangnya skema, berdisipilin dan workaholic. (berpadanlah dengan gelaran anak sulung)

dulu dia nilah yang rasuk aku sampai main game dan baca manga. dia banyak koleksi manga, komik Cina, ngn majalah kreko utopia gempak semua. suka gila menyakat aku, selalu main game dgn dia masa kecik2. gila karaoke.

sekarang dah kahwin dengan seorang cikgu, dan dah dapat sorang anak laki yang sungguh hensem lagi poyo.

2) kakak no.2

muka garang nak mampoih

nama dia pelik - Haznita. hidung paling mancung dalam family. umur dah 32 tahun. perangai pun paling pelik, degil dan sebagainya. luar nampak keras tapi dalam hati seindah taman tasik shah alam.

banyak tolong aku, banyak bebel macam ummi, dan mostly characteristics yang ada pada ummi turun kat dia ni lah. semua tagline, perangai semua ikut ummi. suara sedap macam fauziah latiff. dia ni la belajar kt uitm jugak dulu. garang giler kot.

dah kahwin dengan org Ampang poyo. haha

3) abang no.3

atototototo

nama dia Azmizi. yang ni buleh dikatakan clown dalam family. penghibur hati dengan gurau senda dan gelak dia yang ntah pape. yang ni naughty sikit, sangat berbeza dengan abang yang first tu. masa kecik dia selalu bawak jalan2 pusing kampung naik basikal. 

peminat bola, soccer and racing games. umur 30 tahun. dah kahwin dengan gadis Kuala Terengganu dan, kebaaaboooom.... anak dah tiga weh.

4)kakak no.4

mcm anak org puteh. bwek

nama dia Hazimah. dia ni cikgu maths kat sekolah rendah, ngajar kat Perak. garang giler jugak.
boleh dikatakan... dalam family, dialah paling rapat dan memahami aku. walaupun selalu bebel dan cubit aku kalau aku buat perkara yang ntah pape. dulu dia nilah yang paksa aku pakai tudung dan solat (haa ler dulu kecik2 liat gila nak buat semua tu). suara sedap sampai tahap menyanyi dalam jamban.

dia ni lah duk selalu gelak bila aku buat lawak ke hape. dia ni lah yg suka sakat aku.

aah dulu selalu duet dengan dia ni laaaa. dulu toilet rumah bersebelah2 je. pastu bila dia nyanyi aku sambung. bila aku nyanyi dia smbung. pastu melalak selama2nya. lalalalala.

dah kahwin dengan orang Pahang. baru dapat anak first aritu. hihi.

5) kakak no.5

comelnye. sekarang? hmm

hahhaha yg ni panjang ceghitanya. namanya Haziyah. umur 24 tahun. yang ni paling special. duduk rumah je, tak sambung belajar, tak kerja. memang special.... adoi, dia ni memang penyeri hidop aku.

dia penghidap Dyslexia, memang boleh dikatakan troublemaker la dalam famili hehehehe. Dyslexia ni seangkatan dengan down syndrome, autism dan sebagainya as penyakit gangguan yang mengganggu cara pembelajaran dia la. berbanding dgn yang dua tu, Dyslexia lagi normal, yup, dia memang nampak normal, boleh borak macam biasa, cuma cara pemikiran dia tu tak berapa nk matang lagi la.

walaupun dia kakak aku, tapi nampaknya aku dah macam kakak dia kena tengok2 kan dia. masalah dia yang alami sekarang ni, dia obese la plak. kuat makan macam monster! hadoi... pastu suka betui kacau aku, buat aku mengamuk sampai pernah aku pukui dia dengan penyapu (jahat gila la kan) hahahahaha.

tapi sekarang tak buat dah. sebab dah sedar yang dia memang macam tu, dan dia takkan berubah. tapi walaupun bagi masalah, kadang2 dialah penyelamat keadaan. XD

walaupun masalah pembelajaran, dia terer benda lain. kelebihan dia, dia pandai main komputer, online, main game, fb dan cepat ingat sesuatu benda. dan juga.. pandai masak. camne tak temok???? adoi

belum kahwin lagi yang ni. tapi dia suruh aku kahwin dulu

*                            *                       *                        *                                  *

ni gambar terkini. yg kecik tu anak sedara.

hahahahaaahhaha tu je adik beradik aku. tak ramai pun, 5 orang jerwwwwww. plus dgn anak2 bulus aku 8 ekor. 

sebenaqnye adek kecik ni rindu gak abang2 kakak2 semuaaaaaa. alaaaa semua dah kawin dan bawak haluan masing2. SEMUA DAH KAWINNN!!! why??? whyyyyyyyyyyyyy

sebab tulah hidup aku bertambah bosan sepi sunyi siang bagaikan mentari.

dan aku tak sangka aku dah besar sekarang ni. dah degree dah sekarang ni. 

macam mimpi jer

No comments:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com