Pages

just be yourself

"kalau duk asyik bandingkan kelebihan diri dgn org lain, sampai bila nak maju.
Allah dah buat cantik2 dah tu. nak dengki pasaipa? just be yourself ok. kalau nak jadi yg terbaik, kau takkan jadi yg terbaik kat dunia ni. kat celah mana pun pasti ada yang lebih hebat dari kau."

luahan hati seorang sahabat..

gua angguk je sampai kepala pun nak tercabut.

problem yg sama aku hadapi. hmm bukan nak kata kita ni hebat sgt la sampai org nak lawan, tidakkk, cumanya kenapa benda ni boleh berlaku.



apa2 pun berbalik pada diri sendiri jugak. aku pun pernah jugak ada feels yg sama, yg mana aku rasa geram bila ada org lagi upp dari aku.

buang rasa tu ye, buang.

berbalik pada Quran, sumber segala benda, Allah dah ciptakan kita sebaik2 kejadian. that means kelebihan kekurangan sudah diletakkan oleh Allah secara adil dan bijaksana. Allah yang letak ye, bukan kita sendiri. jadi setiap apa yg ada pada kita adalah ketentuan Allah. malah jasad, roh, dan segala benda yg ada tu pun milik Allah one hundred percent beb.

just to make us celik akal sket, guna mata, telinga ngn hati tu elok2.

kadang2 kita tengok kawan2 lagi terer or lagi pandai dari kita, kita pun rasa jeles semacam dan mula rasa macam nak up dari dia. lagi teruk bila time kita nak up tu boleh plak hancurkan prestasi dia.

ayoyo... itu mmg salah sgt. kau nak up, kau up jela janganlah duk kacau idop org lain. adoi

aku pun pernah la alami benda ni. pengkhianatan, tikam belakang tu semua dah berbekas dalam kamus idup aku ni. sedangkan aku tak mintak apa2 pun dari mereka yang berbuat tu. apa yg aku buat, aku tak aim pujian dan pengiktirafan manusia.

NO. lama2 boleh jadi riak pastu mula2 nak bermegah-megah. 

so sekarang pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah perkara ini berlaku. orang nak dengki, memang takleh halang. itu hal dia, kita pun takleh nak bash dia sukahati. tapi tulah kan, sakit hati memang sakit hati, apakan daya manusia pun tak sempurna dan ada cacat cela.

the conclusion is, tak payahla dengki2 dgn kelebihan yang ada pada org lain. cukuplah kamu hisab diri sndiri kamu. bersyukur dengan apa yg ada, dan buat apa yg Allah suruh tu. tu pun kira okey la.

Hamka prnah kata, syukur lebih besar makamnya dari sabar. means that syukur tu lah benda yang amat penting untuk kita semai dalam diri. bukan setakat hang bersabor lama2 je.

bila aku perasan benda tu ada di sekeliling, aku buat dono je. biar orang baling taik, kita baling bunga-bunga cinta yg mewangi. kalau dulu aku baling bunga juga, termasuk la dengan pasu2nya sekali. but now, i keep practicing to not membalas dendam dengan orang2 sebegini.

Rasulullah pun tak balas dendam kan. orang buat apa kat dia pun dia rilek je. sampai tahap orang nak cuba bunuh dia. perghhhhh cam mana tu??? XD

waaaaaarghhhhhhh




buat sesuatu tu jangan fikir nak orang puji, nak lecturer puji, nak kawan2 semua sayang. you know what, PANDANGAN MANUSIA takkan berkekalan. apa yang berkekalan? 

PANDANGAN ALLAH juga.

jadi, buat benda tu ikhlaskan hati kerana Allah. contohlah, buat artwork ke, buat assignment ke, buat dengan niat contohnya..

ya Allah, aku buat ni untuk kau, aku tak mntak apa2 pun cuma usaha ini untuk Kau sahaja ya Allah.. permudahkanlah urusanku dan permudahkan usaha aku untuk aku menjadi lebih baik demi masa depan aku.......

dan sekian2.

dan segala rasa jahat tu akan perlahan2 hilang dan no more usaha untuk impress orang lain semata2.

kuatkan diri! kuatkan keikhlasan! bila timbul je rasa dengki tengok org lain lebih berjaya, cepat2 tepis rasa tu! tu semua setan! fuhhhhh fuhhh!!! XD

#selfreflection

0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com