my heart

tak kisah sejauh mana pergi.

tak kisah sejauh mana jaraknya.

usaha tu dah ada.

tapi semua tu kerja yang di atas. *tunjuk atas*

agak terkejut sebab selama beberapa kali mencuba dalam mencari teman,

kali ini pertama kali dapat rasa diterima!

perasaan dia mcm hantar assignment kena reject banyak kali pastu akhirnya assignment diterima jua.

*cehh

walaupun tak tahu sejauh mana pergi... haha

perubahan daripada seorang stranger yg menakutkan yang tetiba mintak air dari aku

kepada seorang yang aku sayang...

i will always praying for us. just do the best okay. =D


run baby run

aku pun tak expect aku akan jatuh kerusi dekat kau. hoho.

0

perasaan itu

that moment i see my childhood photos

hehehehehehehe




















kbai hahahahahahahahahhaa












0

3rd semester

yuuuhuuuuuuuu

tak sangka dapat bertahan lagi

BOOOOOOYEAHHHHHHHHHHHHHH

conteng2 sat


sekarang dah masuk semester ketiga
tapi apasal la rasa macam dah lama dah masuk degree ni lol

nampak sangat stress belajar, hahahaahahahhaa! hahahaha -.- *gelak awkward

tapi seriously masa ni dah mula rasa pelik semacam. perasaan bercampur baur macam dalam blender. kihkihkih

semester ni subjek ada 6. walaupun sikit tapi setiap satu itu pun dah mencabar kesabaran yeah ey.

dah namapun pelajar kan. so kerjanya belajar aje la.

datang sini memang motif utama adalah belajar. ingat tu Hazirah.

gonna improve myself day to day

gonna be more independent and keep mingling with people. the right people :)

wehhhh cepatlah habis sem 3 >_<

*sebenarnya tengah buat assignment esei. bosan sgt terus terbukak blog. kbai





2

confusion level up!

aku tanya,
"masa zaman universiti ni, kalau kita menaruh perasaan kat seorang lelaki, apa yang kita perlu buat?"

orang A : bagitahu dia la yang kau suka kat dia. (confess)

orang B : buat leklek je. buat dono.

orang C: ehhh jangan... itu langkah menghampiri zina.. Astaghfirullahalazim~

orang D: just keep being friends with him okey?

orang E : sembunyikan, jangan bagitahu dia. bukannya boleh kahwin terus pun....

orang F: cari orang tengah la itu lagi afdhol.

orang G : buang perasaan tu! tu setan merasuk tu! hish!

orang H : cuba kenal dan perhati dia dulu sebagai seorang kawan...

orang I : tengah belajar lagi kan? rilek dulu..... malam masih muda...

orang J : ajak dia kahwin!! oh yeah~

orang K: pergi culik dia dan bawa lari ke Siam.

orang L : banyakkan berdoa semoga Allah jodohkan dia dengan kau...

orang M : stalk dia dalam diam. pastu ekori dia ke mana saja dia pergi. :3

orang N : tangkap gambar dia dari jauh

orang O : curi drawing tablet or handphone dia

orang P : lukis muka dia!

orang Q: update blog banyak2 pasal dia.... kihkih

orang R: nyanyi lagu jiwang, pastu pergi nyanyi kat dia. nanti dia paham la

orang S : ajak dia jogging satu round puncak perdana, pastu propose kahwin la.

orang T: bagi dia hadiah, pastu tulis "i hate you"

orang U: pergi jerit depan dia, "I LOVE YOU"

orang V: simpan perasaan tu sampai jadi belacan

orang W: just wait and see....

orang X: jadi invisible dan larikan diri daripada dia

orang Y: buat-buat tak kenal terus. (kejam la)

orang Z: eh kau dah kenapa suka laki?

amik kau. dari A sampai Z dapat macam-macam pilihan nak buat apa. kihkihkih
dah macam-macam orang kita tanya, masing-masing keluarkan jawapan yang berbeda. 
tapi persoalan sekarang ni, yang mana satu pilihan kalbu??

aku dah mula conpius ni X'D

ada certain jawapan tu aku dah try buat tapi kebanyakannya tak berjaya pun.

then, apa yang perlu aku buat ni??
aku bukannya nak kapel dengan orang tu pun. -.-

at last aku biarkan. buat dono. tapi still, sakitnya tuh disini dong~ :(



0

panjat bukit

"Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar."

"Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?"

(Al Balad : 11-12)

haaa seram? seram? huh? huh

takdelah. just nak share happy gilaaaaaa sebab impian nak explore benda baru tu tercapai satu satu. memang best gila. walaupun baru 0.00000000001% daripada dunia yang sudah diexplore. yeay. yeayyyy ehhhhh.

baru-baru ni Tsumiki and the geng pergi mendaki bukit beserta jungle trekking sekali. Jungle trekking tu biasalah, sebab masa kecik2 dulu pun pernahla (alaaa ada kem kokurikulum main khemah2 tu) tapi yang ni memang payah sikit sebab jaraknya agak jauh. tapi ni baru sikit bak kata sorang sahabat tu. ada yg lagi ekstrem. wuhuuu

sebelum ni mana ada suka buat benda-benda macam ni. asyik ngadap game dan menepek2 menenggek2 kat rumah je la taunya. tapi lepas dah tekad nak jadi orang yang lebih berguna dan merahmatkan seluruh alam ni, Tsumiki memang dah mula mupuk minat nak cuba benda-benda baru ni. macam aritulah Tsumiki duk bebel, Tsumiki dah mula suka bersukan! yuhuuuuuu

pengalaman dia. pergh. memang kalau ikutkan hati kecil dan badan Tsumiki yang bambam ni, memang tak mampu buat sebenarnya. tapi tak taulah dari mana datang keberanian dan kekuatan fizikal dan mental tu. aik? tak semput pulak? selalu semput je kalau buat benda-benda cam ni :O

Alhamdulilah, Allah permudahkan urusan program mendaki bukit hari tu. Memang happy gila sebab lepas! yuuhuhuuuuu

lagi best dah sampai atas sana, perghhhhhhh ada air terjun siot. dah la sejuk, segar, nyaman, aaahhhh sedap, bersih, bla bla bla (takkan habis cakap ni) -.-

the gengsheng

konon nak mengelak la haha

dah macam poster filem (TH kat tengah2 tu)

sampai sana terus bukak beg ngn kasut pastu masuk dalam sungai tu. Allah je tahu betapa bahagianya Tsumiki bila terjumpa air. Tsumiki sangatlah sukaaaa berendammmm dalam airrrrr bersihhhh aaarghhhhhhh lagi-lagi air sungai bersih yang indah lagi nyaman ni.

amik kau. nak dekat sejam lebih jugak berendam dalam tu sampai menggigil. tapi takleh blah kat situ ada sarang lebah, so lebah pun berterbangan la. banyak pulak tu lebah, tapi diorang tak gigit plak. diorang just terbang-terbang main hinggap-hinggap. tapi still, Tsumiki takut dengan lebah. heeeee

naik bukit bukan saja2 tau. siap kutip sampah sekali. banyak gila sampah atas tu O_O

next time memang nak pergi lagi. kalau la dapat camping sekali. aaarghhhhh
mungkin kerja ni nampak kecil bagi sesetengah orang, tapi yang kecil2 tu lah akan terkumpul jadi besar. pengalaman tu penting!

0

how to deal with your crush

kali ni, pakar cinta fail datang kembali bersama tips cintanya yang hambar.

hahahahaha hambar gila la kan~

zaman belajar di universiti ni memang banyak ujian dan dugaan. ujian itulah yang menggugatkan fokus dan minat anda ketika anda belajar tu kadang-kadang. antaranya ialah.... crush.

boooyeahhhhhhh

yeahhhh. yup yup. crush. bila terminat pulak kat seseorang kan. haiyaaaaa wachaaaaaa! *sepak laptop

ada kawan pernah tegur

"kau minat dia, asal kau tak layan dia dowh?"
"kalau suka dia, cakap je la, kenapa nak simpan2?"
"macammanaaaaa kau boleh tahan geram dan simpan rasa suka tuuuuuu oh em geeeeeeeee"

hahaha. nampak rileks kan. tapi dalam hati, ya Allah, masyaAllah, astaghfirullah, Allah je yang tahu bolak balik hati gua wo.

tengah belajar takkan nak kahwin kot. nak kahwin tu pun lambat lagi. takpe. meh sini Tsumiki nak share sedikit tips untuk menghadapi masalah ini.

kalau orang lain beriya nak mendekati dan berusaha merapatkan diri dengan crushnya supaya hubungan cinta dapat diikat, walhal Tsumiki pulak secara automatiknya akan terbuat semua benda kat bawah ni.

sapa yang mampu buat cara Tsumiki, kita geng ah. hahahahahahaaha -.-

1) jangan banyak cakap dengan dia

kalau boleh, jangan approach pun dia tu. jangan cakap pun. bukanlah takleh cakap langsung. tapi bergantung pada situasi la. kalau dia tanya pasal assgnment pun jawab ah.

2) jangan selalu pandang dia 

bak kata orang tuo tuo dari mata jatuh ke hati. jadi kalau taknak hati tu jatuh gedebuk, janganlah cuba mengskodeng si dia tu lama-lama. kan jatuh dalam longkang, padan muka.

3) jangan kacau dia

kalau boleh, biarkan dia. don't be so nosy about what's he/she doin, just be natural. (nak jadi natural tu yang payah tu)

biarkan dia dengan dunianya

4) jgn memulakan langkah pertama

jangan tegur dia la. jangan. jaaaa... ajngannnnnananjangngan.

mesej ke telepon ke. biar je. biar.

5 larikan diri secepat mungkin

ni tips khas untuk lone ranger macam Tsumiki ni haa. Tsumiki suka jalan sorang-sorang daripada berjalan dalam group or crowd, bergantung pada situasi juga. Tsumiki akan selalu lari daripada yang tersayang tu, untuk mengelakkan perasaan menguasai diri.

#dramasangat

6) kurangkan fangirling

mende pulak fangirl hokoloh~

okey good2

korang mesti selalu buat benda-benda macam ni? okey okey takyah tipu eh. 
kalau boleh cuba la kurangkan gejala ni. kalau duk buat setiap hari, memang tak habis sampai ke sudah.

7) "ingatlah ku dalam doamu"

doakan semua orang tersayang termasuk dia. agar sentiasa diberkati Allah dan dapat capai apa yang dia nak dalam hidup dia. korang pun happy kalau dia happy kan. ecehhhh

orait. serius. kalau selalu buat tips-tips yang Tsumiki bagi ni, memang jadik sebenarnya. cuma kadang-kadang ia agak diluar batas kemanusiaan sikit la. macam taknak bagi muka. tsundere la konon. bwek. bleghghhghhghghghh.

ada sebab kenapa Tsumiki buat cam ni sebenarnya. Tsumiki tak nak fokus belajar terganggu dengan masalah macam ni, yup, perasaan untuk ada pasangan tu memang selalu membuak-buak tambah-tambah lagi Tsumiki selalu menyendiri. rasa suka kat orang lain jantina tu fitrah, jangan risau. kalau suka kat org sama jantina, itu kena risau. haha

tapi Tsumiki percaya, kalau betul la orang yang Tsumiki suka tu jodoh Tsumiki suatu hari nanti, insyaAllah la. no need to worry. tapi jangan duduk bertenggek je tunggu jodoh datang. usahalah sikit eh. suka jugak kadang-kadang buat benda merepek.

aaarghhhh geramnya

apapun, jangan risau. kalau ada jodoh, tak ke mananya.

huehuehuehuehuehuehue

2

don't judge a book by its cover




jadi macam mana nak pilih kalau semua dah berbalut?

sekali ambik satu, lepas tu bila dah bukak balutan buku macam tak best pulak... haiyaa
pastu buang macam tu je

perumpamaan ini memang ada kaitan dengan hidup aku.

setelah hampir bertahun memikirkan masalah gila ni.
aku dapat lihat pelbagai reaksi.

bila aku dah berubah dari segi penampilan
yang mana aku dah mula tutup satu badan aku.

bila aku dah start pakai tudung labuh,
kebanyakan orang akan menyangka aku seorang gadis yang lemah lembut, innocent, sopan santun dan berakhlak baik.

nahh, tak ada yang betul, tak ada yang salah.
itu pandangan orang, dan ia subjektif lagi berbeza-beza.

mungkin masalah aku jugak, susah sangat nak tutup perangai buruk walaupun aurat dah tertutup.
dari situ orang dah mula melihat aku seakan-seakan aku ni sempurna dari atas sampai bawah.

aku bukan gadis bertudung labuh yg tipikal,
yang kau fikir akan selalu berbuat baik,
yang kau fikir akan selalu berlemah lembut, sopan santun.
kalau semua tu tak ada kat aku, cari lah orang lain.

lepas tu kan..
aku dapat lihat...
kebanyakan manusia suka benda yang bertutup.. *of course la

so maksudnya aku kena belajar jadi lemah lembut la kan? baru align dengan cara pemakaian aku.

perghh susah oiy

*to be a Uswatun Hasanah, it is not an easy job by the way.


2

memperkasakan tubuh badan

antara perubahan besar dalam hidup



AKU EXERCISE DOWHHHHHHHHHHH!!!!!!!

*teruja sendiri

wehhh, serius, aku tak sangka aku dah mula minat untuk bersukan dan exercise bagi memperkasakan badan supaya jadi fit!

nak pupuk minat tak susah pun, cuma kena kuat dan sabar sikit la. eh tak eh tak, sabar banyak jugak la. semuanya bermula dari dalam diri andaaaaa.

bagi aku yang sangat beginner yang innocent yang tak tau apa-apa, aku mula dari bawah. kalau kau tak biasa bersukan dan buat exercise bagai tetiba nak angkat dumbbell 10 kilo tu haiyaaa baik jangan dulu ah. tu namanya membunuh diri.

apapun, kita mulakan dari bawah.... kalau tak ada bawah, tak ada yang atasnya. *cehhhh

# azam yang kuat dan lakukannya kerana...

kalau tak bersungguh-sungguh, kejap nak kejap taknak, baik tak payah la. kena betul-betul bersungguh tau. jangan laaaa bila dah exercise berjuta kali, pastu dengan bahagianya telan cheesecake 10 bijik.

fitkan badan tak sama dengan menguruskan berat badan. fitkan badan adalah untuk orang yang berat badan dia dah okey, cuma ada certain part tu menggeleber ke ape ke, perut buncit gila ke.. stamina kurang ke, jadi kita fitkan.

lakukannya kerana Allah. sebab dalam Quran, Allah jugak yang suruh kita memperkasakan badan. nak jadi orang yang hebat, badan kena perkasa, sihat pastu nanti otak pun cerdas. bukan sekadar menepek nepek menenggek nenggek kat meja membaca dan duduk bersimpuh beribadat tanpa henti.

so, sweat it out men!

# buat sikit sikit pastu jadi bukit

kalau tak biasa, buat sikit-sikit, pastu lama-lama nanti naikkan tahap exercise tu. macam Tsumiki suka buat aerobics, sebab Tsumiki sangat suka menari. dulu masa zaman diploma aktif menari, memang boleh fitkan badan, cuma stamina masih perlu ditingkatkan.

bila kita menari atau aerobics, memang tak bosan sebab kita dapat enjoy bergerak, tak sama macam exercise biasa yang dekat gim tu. sebab kadang-kadang selalu nampak orang kat gim pakai MP3 ke earphone ke nak bagi diorang tak cepat rasa penat.

Tsumiki buat aerobics pun imitate video Youtube je. daripada beli CD mahal-mahal tu, sebagai seorang pelajar yang takdak duit, Tsumiki hanya download video aerobics tu la.

Youtube Channel yang Tsumiki boleh cadangkan ialah 

- BombayJam - sapa duk suka gila bergelek hindusetan tu try yg ni lah

...dan lain lain lagi

tapi serius, memang best oi berjoget dalam rumah. kawan rumah duk pelik je tengok orang melompat-lompat macam orang gila yeah ey.

# disipin diri

inilah benda paling penting, macam Tsumiki sendiri, memang kadang-kadang Tsumiki malas gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak berdiri tegak buat exercise semua tu. dahlah joging pun malas, main badminton pun malas, semua benda malas... buat kerja assignment kebanyakannya duduk kat meja lama-lama sampai mereput, memang wajib exercise eh.

untuk mengurangkan kemalasan, keep motivating yourself okay. setkan bila nak exercise, bila waktu free yang tak mengganggu aktiviti lain.

buang persepsi animation student pemalas gila bersukan!!!

# jaga makan

jaga makan bukan maksudnya tak makan langsung, kalau tak makan langsung nantikan jadi aneroxia orang skeleton penjahat tu. jaga makan, jangan makan makanan segera macam maggi, jajan, jangan terlalu banyak makan manis-manis macam gula-gula, air manis kurangkan, banyakkan air putih. nak amalkan makan makanan halalan toyyiban tu memang amik masa jugak la. halalan toyyiban tu kan halal lagi baik, yeahh maggi memang halal, tapi adakah baik untuk kita? 

cuba praktis, cuba, cuba! nak diet atkins pun boleh, kalau nak kuruskan badan la.

kadang-kadang kita pun tak tau makanan-makanan tu yang menghalang proses pemerkasaaan tubuh badan kita.

okey sampai situ dulu membebel. sama-sama amalkan, jom!
dah nak masuk sebulan lebih jugak Tsumiki dah amalkan exercise setiap minggu.
nampaklah bahagian yang berlemak degil tu dah makin fit sikit...

satu! dua! yeah yeah!!

0

kecelaruan identiti 2

again keliru dengan diri sendiri dah macam org sakit multipersonality disorder 

the truth is being revealed

lompat

sejak dari umur 13 tahun (tingkatan satu) memang dah ke luar negeri, duk sekolah jauhhhh kat Seremban sana nuh. kat sekolah jumpa plak orang dari seluruh Malaysia. sabah sarawak semua ada juga.

jadi seperti yg dijangkakan kita memang akan berkenalan dan ada ice breaking sesama sendiri

masa ice breaking haruslah tahu asal negeri mana

dengan penuh cool dan stailo aku menjawab aku dari Terengganu.

"ohh, Terengganu kat mana?"

"Besut...."

setakat orang tak pernah dengar nama tempat 'Besut' tu pun aku redho dan mmg boleh terima lagi. 
memang everytime orang buat muka pelik aku akan explain sepenuh hati

"Alaa... Besut tu sempadan negeri Terengganu ngan Kelantan..huk aloh"

ni ayat yg slalu digunakan. setiap kali orang tanya Besut tu kat mana.

so disebabkan sempadan Kelantan, dekat dengan Kelantan, memang orang yang tinggal kat Besut, Terengganu ni mothertonguenya loghat Kelantan.

JADI. ramai yang mula conpius dengan identiti aku yang sebenarnya

lorh buat pe diorang nak conpius. dah memang begitu faktanya.

"cakap Kelantan, tapi orang Terengganu?"
"orang Terengganu tapi tokleh cakap Terengganu?"

...dan lama-lama akhirnya bertukar

"KAU NI SAPA SEBENARNYA?"

lol. tak pasal-pasal conpius dengan diri sendiri haha

i can talk in both loghat.. but my mothertongue is Kelantanese bebeh.
i still can understand Trganu but not so fluent
because i have many relatives in higher Trganu area...

*eit cakap omputih plak XD

haha

2

making choices

making choices.

buat pilihan.

untuk memutuskan.

haaaaaaaaaa dilemaaaaaaaaaa



mwehehehehehhe

awak awak awak tu yg sdang pening2 tu, haa meh sini meh sini~

sejak dari dulu ramai orang tanya macam2 kat Tsumiki, tentang pilihan mereka.
pilihan apa plak ni?
ehhhhhh pilih2 ni pilih calon suami keeeeee

booyahhhhhh!
ehhhhhh. gatai

takdelah, pilihan course diorang bila nak masuk U nanti. yang post diploma pun conpius juga. hehe

budak lepas SPM, conpius, kadang2 mereka tersepit. kadang2 mereka tersangkut. antara pilihan keluarga dengan pilihan sendiri. kan kan kan

mostly bila aku ada chance borak dgn budak lepasan SPM, aku mmg akan tanya psl pilihan bidang mereka bila nak masuk U nanti. jawapan clichenya..

"kita hanya merancang, Allah yang menentukan..."

hahahaha adeh. memang la Allah yang tentukan kemana kamu pergi.. tapi takkan nak benda tu simply jatuh depan mata je. buat pilihan betul2 la. istikharah.

ehhh

1) apa yang kamu suka dan minat

satu benda je nak share ngn adik2. satu benda je. bila buat pilihan. fikirkan apa yg kamu betul-betul minat.

apa yang kamu betul-betul minat.

ahh? whhhyy?? sebab memang penting sangat dik. gila r kalau amik bidang yang awak tak minat. sama la macam kalau awak kena paksa kawin dgn orang yang awak tak suka. *eh

pilihlah berdasarkan yang kamu suka dan kamu minat. meski bidang tu ntah apa-apa sekalipun. meski bidang susah sekalipun. macam Tsumiki sekarang, Tsumiki pilih bidang animasi, yang mana antara bidang yang agak mencabar jugak la. yang Tsumiki memang minat sejak dari kecik.

daripada sains tulen masa sekolah menengah, terus masuk bidang seni kat universiti. actually memang dah aim nak masuk bidang seni. pada awalnya famili macam krik krik krik je bila mereka macam tak yakin Tsumiki pilih bidang seni.

mungkin tak semua family adik-adik tak seperti family Tsumiki, yang mana mereka betul-betul nak adik-adik di jalan yang lurus dengan masa depan yang cerah, haaaaa, memang akan ada isu tu la.
kena yakin pada diri!

so, adik-adik, kalau minat seni, go for it!

2) dalam negara atau luar negara? mehhh

Tsumiki dulu sekolah aliran sains tulen juga ye. SBP plak tu. yang mana produknya memang akan ramai ke luar negara, tapi Tsumiki masih di dalam negara.  haha

jeles juga tengok mereka yang berjaya sampai tercampak ke luar negara... itu rezeki diorang kan? well, i am okay here in Malaysia dan memang taknak sambung luar negara lg pun. lagipun Tsumiki belum lepas lg nak gi oversea. hehe

pada awak-awak yang nak apply oversea tu, plan elok-elok, follow up dengan info-info yang toing toing keluar kat internet. well zaman sekarang dah maju kot. plan elok2 ye

3) ikut kemampuan dan kebolehan

pilih bidang ikut kemampuan... kadang-kadang ada orang minat akaun tapi kemampuannya -  dia tak pass addmath la plak.... (ade ke orang camni)

ade juga sesetengah orang pilih bidang yang susah (contohnya doktor) hanya sekadar nak impress orang lain.

oh no... jangan seksa diri sendiri ye. kalau terer melukis, go for arts ke animation ke... gitu

macam kes Tsumiki, agak struggle lebih juga untuk bidang animasi sebab dah lama tak melukis. tapi Alhamdulilah, disebabkan minat, memang Tsumiki boleh push kebolehan dan kemampuan yang ada tersorok. hehe

4) fikir jauh

fikir jauh bukannya termenung. bukannya berangan. eh, berangan pun okey je cuma jangan berangan sampai tahap nak jadi orang terbang.

fikir jauh maksudnya, plan dari sekarang nak kerja jadi apa. KERJA JADI APA.

contoh; nak jadi komposer lagu.... amiklah course berkaitan muzik or what so eva

plan! plan! if u fail to plan, u plan to fail. *CEHHHH


*                                  *                                    *

mwehehehe. okey tu je nak pesan kat adik-adik yg conpius dalam memilih bidang masuk belajar lebih tinggi nanti.

jgn risau, semua ilmu tu milik Allah, even ilmu berlakon atas pentas sekalipun.
jangan menilai ilmu, dan jangan sesekali pandai-pandai tentukan mana ilmu yang baik dan yang tak baik. kalau tak mana nak wujud semua ilmu dan bidang-bidang ni ye dop?

belajar kat mana-mana pun, dlm negara ke luar negara ke, yang penting buat yang terbaik.
ke mana pun awak awak dicampak, buat yang terbaik.

if dapat kos yang mungkin pelik semacam, jangan risau, mungkin itu pilihan Allah untuk awak awak semua.

doa banyak-banyak ye sayang :)
2

kecelaruan identiti

selalunya..

kalau keluar pegi mana-mana

mesti anda akan mengalami kecelaruan identiti

kecelaruan identiti camne tu? kecelaruan orang lain menentukan siapakah anda sebenarnya.

"err, kak dah kahwin ye?"
"kak umur berapa ye?"

dengar panggil kak tu pun dah tahu org tu dah keliru dgn identiti kita.

*padahal baru je umur 22 tahun....boyren pun tak ada lg pun kata dah kawin.. hampeh

hmmm sangatlah selalu terkena kes macam ni, tak taw la pasaipa, mungkin muka ni nampak matured semacam kot.

situasi 1

ada suatu hari tu pergi klinik dgn abang, tgh check dgn doktor,

"dah kerja ke?"
"saya baru form 4, doktor."


okey.... rasa tua sangat

pastu pergi amik ubat kat kaunter ubat plak dgn abang, berjumpa plak dgn nurse ubat yang agak friendly

"nah kak, ini ubat blalblblblblablabla. yang tgh duduk kat kerusi tu suami ek?"
"erk... tak.. tu abang saya puan."

abang aku = suami aku? omaimaimaimaigod. sumpah aku takmau.

situasi 2

suatu hari pergi open house kawan Abah. satu family pergi.
dalam family, akulah perempuan paling tinggi. sedang akulah paling bongsu. haha
jadi dengan riang rianya kami semua berjalan masuk ke pagar open house tu

adalah sepasang suami isteri sambut tetamu sambil bagi duit raya. perasan diorang bagi duit raya kat bebudak muda je.

pastu kami satu family berjalan masuk mcm seolah2 beratur la kot. dan aku last

kakak2 aku semua dapat duit raya. tetibe aku tak dapat duit raya.



what???? sebab orang tu ingat aku dah tua, nampak tinggi.

manaaaaa aciiiiii!!!  kakak2 aku tu semua dah tuaaaaaaa aaaarghrhbzlzkdlakrlakrkrkrrzzzr

situasi 3

kat institut memandu, tengah tunggu nak belajar driving.
hampir seminggu jugak la ulang alik practice driving kt situ.

berjumpa la dgn beberapa orang yg lain turut sama nak belajar driving. kadang-kadang naik kereta sekali sebab cikgu mengajar tak cukup org.
biasalah, mula-mula jumpa mesti la tanya macam-macam kan.

takleh blaa bila tgh borak tiba-tiba budak tu tanya

"lepasan spm ek?"
"eh tak, dah degree da..."
"haaah??"

memang takleh blaa jugak muka terkezut budak tu. 

hari seterusnya pun orang ingat benda yang sama.

"umur berapa ye?"
"22 tahun..."
"hah??? ingatkan baru lepas SPM.."
"eh yeke... adeiiii... "

*padahal dalam hati rasa happy semacamm hahahahhaha XD

so kesimpulannya kecelaruan identiti aku ni agak mengerikan

kejap orang kata nampak tua, kejap orang kata nampak muda nampak macam baby

aku rasa aku tak pernah buat plastic surgery atau ubah penampilan ka apa

hmmm.. rare betul pemikiran org zaman sekarang ye.
0

Luna dan anak2

lol

dah lama tak update pasal si Luna Carina, mere miaouw hai.

masuk tahun 2015 kiranya umur Luna dah lebih kurang 4 tahun.
drp awal2 masuk U, sampai arini siap dah amik degree, so memang agak lama jugak Luna dah ada ngn family. :D

masa pertama kali Luna bunting, x silap masa tu dia agak remaja lagi.
kiranya dia ni teen mom la kot. hahahahahahahhaa

sampai hari ni dah masuk 8 kali la Luna beranak. tapi daripada semua anak2 dia tu 4 ekor je yg masih survive. yg lain ada yg hilang la, masuk dlm longkang la, kena penyek la, kena langgar la, tersepit dlm enjin kereta la dan bla bla bla lalalalala shalalala. ada dalam 2 ekor yang dah remaja, nama diorang Lulu Victoria dan Majin Boo. Lulu dah bunting. mcm dia la masa muda dulu2. sama je semua. gatai nak mampos

Majin Boo tu pun kecik lagi, tapi agak risau sebab nampak dia mcm dah bunting.
yelah, tetek dah terkeluar pastu perut bulat, keras semacam.... (erkkk)

setelah berbulan tak balik rumah tetiba balik rumah tengok dua2 ekor kucing betina yg suci murni lagi innocent ni dah bunting? omaigodddddddd.

Luna baru beranak lagi sebulan lepas, dapatlah dua ekor, aku bagi nama Putu Mayang dan Puyu Goyeng. sebab tak tau nak bagi nama apa, bukan xde idea nak bagi, padahal byk je idea nama tu cuma takut Abah dan Ummi susah nak sebut.

ikutkan hati nak je bagi nama Lee Min Ho dan Park Shin Hye. 

Boo (tgh baring) bertepek dengan Luna

rupa memang lain gila

mcm poster filem la plak

alolololololololo.

walaupun ada anak kecik tapi Luna masih memberikan perhatian kepada dua ekor anak betina yang sudah membesar. selalu la jugak berkepik dgn si Boo ni... dah besar cam gajah pun mintak susu lagi. eeeeeee tak malu ahhahahahah

sekarang ni si Lulu tengah sarat bunting bulat... tengah fikir nak jaga dan simpan baby2 tu kat mana nanti. dah la sebulan lebih je cuti. memang tak terjaga la diorang semua ni.

okey tunggu si Lulu beranak. beberapa hari je lagi kot.

erkkk
2

turning 22

hey aku rasa baru je aku post pasal baru masuk umur 18

sekarang dah 22. pastu 23 plak. pastu 30 plak. pastu 40 plak. pastu bla bla bla shalalalalalaala.

nk cakapnye kita ni makin tua, bukan makin muda.

HAPPY 22ND BIRTHDAY TSUMIKI HAJIRA!! :3

yeahhh

plan nak buat birthday party untuk diri sendiri, buat kek cokolat feveret untuk diri sendiri tapi tak jadi la plak.

apepun, nak wish happy birthday kat diri sendiri

"assalamualaikum hazirah, selamat hari jadi!"
"oh waalaikumussalam, terima kasih lah!"
"dah umur 22 tahun. dah tua da ye?"
"ehhh ehhh mana de... muda lagi okey... hahahahah *gelak awkward

(borak sorang2 dalam bilik)

Alhamdulilah, dapat peluang hidup sampai ke hari ni. dapat bernafas lagi. sihat lagi.
Alhamdulilah Alhamdulilah!

angan semata. haha

harap2 dapat la capai apa yang dikehendaki dan harap2 semakin matang dalam apa jua yang dilakukan.
semoga dapat kurangkan kebengongan dan ketidakwarasan dalam diri, dan dapat menjadi lebih waras dan ayu bertambah anggun lagi, amin.


bak kata Abah,
"umur bertambah 22 tahun bukan badan makin matang tapi fikiran tu kena makin matang ye irah."


nampak sangat belum matang ye.

insyaAllah akan berusaha untuk jadi lebih matang!

time birthday ni tak dapat hadiah xpe, da dapat ucapan pun dah cukup menggembirakan daaa.

LAGI BEST KALAU DAPAT KEK COKOLAT... OHYEAHHHH
4

2015


walaupun sebenarnya dah lama tahun baru (Hijrah).

tapi sekarang baru masuk tahun baru Masihi.

benda pertama terlintas dalam kepala hotak ialah...

AKU DAH MASUK UMUR 22 TAHUN NI.

YA ALLAAAAHHHHHHHH

syukur memang syukur, Allah bagi peluang hidup sampai tahun ni.
tapi dapat rasa ketuaan semakin merebak dalam diri. woohooo~

cepat betul masa berlalu kan. mehehe

sekarang baru masuk bulan RabiulAkhir 1436..
kalau tahun Masihi ni dikira lepas kelahiran Nabi Isa a.s
tahun Hijrah ni plak dikira lepas penghijrahan Rasulullah s.a.w

perghhhhh memang dah lama sangat dah ni...
oleh itu, sudahkah anda berhijrah? *cehh

macam biasa. seperti yg sudah dijangka, asal post pasal tahun baru je mesti ada azam tahun baru kan.
dah tak tau nak post mende, kita post la cenggitu ye.

okeylah target tahun baru ni,

# jadi manusia yang lebih baik..
# jadi yang lebih baik
# improve
# tingkatkan prestasi

hmm so target tahun ni cam rare sikit. takpe, yakin boleh. :)

*cuti sem bosan gila
2

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com