Luna dan anak2

lol

dah lama tak update pasal si Luna Carina, mere miaouw hai.

masuk tahun 2015 kiranya umur Luna dah lebih kurang 4 tahun.
drp awal2 masuk U, sampai arini siap dah amik degree, so memang agak lama jugak Luna dah ada ngn family. :D

masa pertama kali Luna bunting, x silap masa tu dia agak remaja lagi.
kiranya dia ni teen mom la kot. hahahahahahahhaa

sampai hari ni dah masuk 8 kali la Luna beranak. tapi daripada semua anak2 dia tu 4 ekor je yg masih survive. yg lain ada yg hilang la, masuk dlm longkang la, kena penyek la, kena langgar la, tersepit dlm enjin kereta la dan bla bla bla lalalalala shalalala. ada dalam 2 ekor yang dah remaja, nama diorang Lulu Victoria dan Majin Boo. Lulu dah bunting. mcm dia la masa muda dulu2. sama je semua. gatai nak mampos

Majin Boo tu pun kecik lagi, tapi agak risau sebab nampak dia mcm dah bunting.
yelah, tetek dah terkeluar pastu perut bulat, keras semacam.... (erkkk)

setelah berbulan tak balik rumah tetiba balik rumah tengok dua2 ekor kucing betina yg suci murni lagi innocent ni dah bunting? omaigodddddddd.

Luna baru beranak lagi sebulan lepas, dapatlah dua ekor, aku bagi nama Putu Mayang dan Puyu Goyeng. sebab tak tau nak bagi nama apa, bukan xde idea nak bagi, padahal byk je idea nama tu cuma takut Abah dan Ummi susah nak sebut.

ikutkan hati nak je bagi nama Lee Min Ho dan Park Shin Hye. 

Boo (tgh baring) bertepek dengan Luna

rupa memang lain gila

mcm poster filem la plak

alolololololololo.

walaupun ada anak kecik tapi Luna masih memberikan perhatian kepada dua ekor anak betina yang sudah membesar. selalu la jugak berkepik dgn si Boo ni... dah besar cam gajah pun mintak susu lagi. eeeeeee tak malu ahhahahahah

sekarang ni si Lulu tengah sarat bunting bulat... tengah fikir nak jaga dan simpan baby2 tu kat mana nanti. dah la sebulan lebih je cuti. memang tak terjaga la diorang semua ni.

okey tunggu si Lulu beranak. beberapa hari je lagi kot.

erkkk
2

turning 22

hey aku rasa baru je aku post pasal baru masuk umur 18

sekarang dah 22. pastu 23 plak. pastu 30 plak. pastu 40 plak. pastu bla bla bla shalalalalalaala.

nk cakapnye kita ni makin tua, bukan makin muda.

HAPPY 22ND BIRTHDAY TSUMIKI HAJIRA!! :3

yeahhh

plan nak buat birthday party untuk diri sendiri, buat kek cokolat feveret untuk diri sendiri tapi tak jadi la plak.

apepun, nak wish happy birthday kat diri sendiri

"assalamualaikum hazirah, selamat hari jadi!"
"oh waalaikumussalam, terima kasih lah!"
"dah umur 22 tahun. dah tua da ye?"
"ehhh ehhh mana de... muda lagi okey... hahahahah *gelak awkward

(borak sorang2 dalam bilik)

Alhamdulilah, dapat peluang hidup sampai ke hari ni. dapat bernafas lagi. sihat lagi.
Alhamdulilah Alhamdulilah!

angan semata. haha

harap2 dapat la capai apa yang dikehendaki dan harap2 semakin matang dalam apa jua yang dilakukan.
semoga dapat kurangkan kebengongan dan ketidakwarasan dalam diri, dan dapat menjadi lebih waras dan ayu bertambah anggun lagi, amin.


bak kata Abah,

"umur bertambah 22 tahun bukan badan makin matang tapi fikiran tu kena makin matang ye irah."


nampak sangat belum matang ye.

insyaAllah akan berusaha untuk jadi lebih matang!

time birthday ni tak dapat hadiah xpe, da dapat ucapan pun dah cukup menggembirakan daaa.

LAGI BEST KALAU DAPAT KEK COKOLAT... OHYEAHHHH
4

2015


walaupun sebenarnya dah lama tahun baru (Hijrah).

tapi sekarang baru masuk tahun baru Masihi.

benda pertama terlintas dalam kepala hotak ialah...

AKU DAH MASUK UMUR 22 TAHUN NI.

YA ALLAAAAHHHHHHHH

syukur memang syukur, Allah bagi peluang hidup sampai tahun ni.
tapi dapat rasa ketuaan semakin merebak dalam diri. woohooo~

cepat betul masa berlalu kan. mehehe

sekarang baru masuk bulan RabiulAkhir 1436..
kalau tahun Masihi ni dikira lepas kelahiran Nabi Isa a.s
tahun Hijrah ni plak dikira lepas penghijrahan Rasulullah s.a.w

perghhhhh memang dah lama sangat dah ni...
oleh itu, sudahkah anda berhijrah? *cehh

macam biasa. seperti yg sudah dijangka, asal post pasal tahun baru je mesti ada azam tahun baru kan.
dah tak tau nak post mende, kita post la cenggitu ye.

okeylah target tahun baru ni,

# jadi manusia yang lebih baik..
# jadi yang lebih baik
# improve
# tingkatkan prestasi

hmm so target tahun ni cam rare sikit. takpe, yakin boleh. :)

*cuti sem bosan gila
2

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com