panjat bukit

"Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar."

"Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?"

(Al Balad : 11-12)

haaa seram? seram? huh? huh

takdelah. just nak share happy gilaaaaaa sebab impian nak explore benda baru tu tercapai satu satu. memang best gila. walaupun baru 0.00000000001% daripada dunia yang sudah diexplore. yeay. yeayyyy ehhhhh.

baru-baru ni Tsumiki and the geng pergi mendaki bukit beserta jungle trekking sekali. Jungle trekking tu biasalah, sebab masa kecik2 dulu pun pernahla (alaaa ada kem kokurikulum main khemah2 tu) tapi yang ni memang payah sikit sebab jaraknya agak jauh. tapi ni baru sikit bak kata sorang sahabat tu. ada yg lagi ekstrem. wuhuuu

sebelum ni mana ada suka buat benda-benda macam ni. asyik ngadap game dan menepek2 menenggek2 kat rumah je la taunya. tapi lepas dah tekad nak jadi orang yang lebih berguna dan merahmatkan seluruh alam ni, Tsumiki memang dah mula mupuk minat nak cuba benda-benda baru ni. macam aritulah Tsumiki duk bebel, Tsumiki dah mula suka bersukan! yuhuuuuuu

pengalaman dia. pergh. memang kalau ikutkan hati kecil dan badan Tsumiki yang bambam ni, memang tak mampu buat sebenarnya. tapi tak taulah dari mana datang keberanian dan kekuatan fizikal dan mental tu. aik? tak semput pulak? selalu semput je kalau buat benda-benda cam ni :O

Alhamdulilah, Allah permudahkan urusan program mendaki bukit hari tu. Memang happy gila sebab lepas! yuuhuhuuuuu

lagi best dah sampai atas sana, perghhhhhhh ada air terjun siot. dah la sejuk, segar, nyaman, aaahhhh sedap, bersih, bla bla bla (takkan habis cakap ni) -.-

the gengsheng

konon nak mengelak la haha

dah macam poster filem (TH kat tengah2 tu)

sampai sana terus bukak beg ngn kasut pastu masuk dalam sungai tu. Allah je tahu betapa bahagianya Tsumiki bila terjumpa air. Tsumiki sangatlah sukaaaa berendammmm dalam airrrrr bersihhhh aaarghhhhhhh lagi-lagi air sungai bersih yang indah lagi nyaman ni.

amik kau. nak dekat sejam lebih jugak berendam dalam tu sampai menggigil. tapi takleh blah kat situ ada sarang lebah, so lebah pun berterbangan la. banyak pulak tu lebah, tapi diorang tak gigit plak. diorang just terbang-terbang main hinggap-hinggap. tapi still, Tsumiki takut dengan lebah. heeeee

naik bukit bukan saja2 tau. siap kutip sampah sekali. banyak gila sampah atas tu O_O

next time memang nak pergi lagi. kalau la dapat camping sekali. aaarghhhhh
mungkin kerja ni nampak kecil bagi sesetengah orang, tapi yang kecil2 tu lah akan terkumpul jadi besar. pengalaman tu penting!

No comments:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com