(REVIEW TH) Oil Cleansers

Dah lama dah duk mencari oil cleanser yang sesuai dengan muka (konon nak menjaga pori-pori tersumbat)



 jadinya, Tsumiki has came across with INNISFREE. 
Sebagai titik tolak kepada permulaan menggunakan oil cleanser sebagai rutin, kita mulakan dengan INNISFREE APPLE SEED CLEANSING OIL. Lepas oil-cleansing kita pakai pencuci muka.

Apa motif nak pakai double cleansing method ni sedangkan Tsumiki tak pakai mekap? Sebenarnya tak pakai mekap pun boleh je pakai. Untuk pembersihan pori secara mendalam.

Tsumiki pernah cuba Hada Labo punya olive oil cleanser tu tapi rasa macam nak cuba something yang lebih ringan (sebab baru first time nak berkecimpung dalam minyak-minyak ni).
Jadi... Macam biasalaaaaa kita order kat Hermo.

Besar jugak la. Bau macam jus epal
Terdetiknya hati bila nak pakai oil cleanser sebab kadang-kadang ada jugak punat2 kecik keras macam butiran pasir yang keluar dari muka. It was oddly satisfying bila kau pakai oil cleanser, urut-urut muka pastu ada pasir-pasir kecik keluar. At the same time, muka pun rasa sedap je kena urut tu.

Macam yang lain, berat 150 ml standard la, memang cukup la untuk 3-4 bulan I guess, sebab sekali pakai takdelah lebih dari dua pam sebab Tsumiki tak pakai heavy makeup, hanya sunscreen. First impression - rasa slippery dia cukup la untuk Tsumiki (ye, rasa ni sangat penting untuk urut-urut muka, kurangkan daya geseran supaya tak kasar dengan kulit), bau memang bau epal la. Lepas bilas dengan air, dia tak tinggalkan sisa.

Pada masa yang sama juga, Tsumiki ada beli oil balm cleanser (sama jugak cuma dalam bentuk balm) which is HEIMISH ALL CLEAN BALM. Tbh, munculnya keinginan rasa nak beli yang besar punya adalah lepas dah cuba trial size yang percuma masa beli barang Hermo previously. Yang bangangnya, masa dapat trial size tu memang tak tau pun tu adalah cleansing balm. Ingat kan balm macam tiger balm buat urut2 pening kepala tu. HAHAAHAHA.

yang ni pun besar jugak. ada spatula kecil sekali.

So bolehlah bandingkan antara dua. Lagi best, dua-dua ni tak menyebabkan breakout yang teruk. Jadi memang Tsumiki berjaya habiskan.

And here goes my final verdict (after 3-4 months usage);

Innisfree Apple Seed Cleansing Oil

Pros:
Bau sedap rasa macam nak makan
Boleh tanggalkan mekap-mekap ringan
Tak breakout
Membantu untuk buang bijik2 kecil (whiteheads kot?)
Hydrating

Cons:
Mungkin terlalu cair
Packaging dia agak panjang (boleh tumpah la)

----------------------------------------------------------------------------

Heimish All Clean Balm

Pros:
Mekap berat boleh tanggal
Lagi slippery untuk mengurut muka
Tak breakout
Lebih travel friendly (baling bekas dia pun tak tumpah)

Cons:
Bau macam Tiger Balm

Jadi yang mana yang paling best sebenarnya?? DUA DUA. Dua dua best. Tapi bergantung pada tahap mekap atau kekotoran muka la. Rasanya kalau mekap tebal seinci boleh cuba balm, sebab dia lagi slippery dan berat. Ada beza jugak la lepas amalkan double cleansing method tu. Yang bijik2 kecik atas muka tu memang dah berkurang.

Repurchase or not? Hmmm kalau tak jumpa lagi yang lebih okey dari dua-dua ni, rasanya adalah kemungkinan untuk repurchase tu. XD

No comments:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com