Is this a love letter?


If you're reading my blog now...

I just wanna tell you this,

I've been thinking a lot about you lately

And I really don't know what to do.

The only thing I can do is,

Saya selalu berdoa kepada Allah, moga dipertemukan jodoh, dipermudahkan segala urusan.

Entah mengapa sejak saya pertama kali bertemu awak

saya mula ada rasa tak sedap hati.

perasaan pelik mengganggu dan membelenggu.

Saya tak tahu kenapa saya selalu berdebar setiap kali terdengar nama awak,

ternampak kelibat awak,

selalu dengar perkara yang baik tentang awak,

tertarik untuk mengambil tahu pasal awak,

tergerak hati untuk mengenali awak.

Meskipun keadaan tak mengizinkan.

Walaupun begitu, saya selalu berharap dengan izin Allah,

ditemukan awak dalam keadaan yang baik,

didekatkan awak dengan cara yang baik,

dan disatukan dengan awak pada masa yang terbaik.

Jikalau bukan awak pun,

saya harap awak tahu, yang saya tetap gembira bertemu dengan awak.

Sekurang-kurangnya hati saya terubat pabila saya mula sukakan awak.

Awak buat saya lebih bersemangat dalam pekerjaan harian saya,

Awak buat saya kagum dengan segala perkara tentang awak.

Meskipun jarak usia itu agak membebankan.

Andainya awak pun rasa apa saya rasa...

Akan saya terima dengan hati yang terbuka.

Please let me know one day

So that I will stay

Tapi sekarang saya tak nak memaksa,

menyukai awak dari jauh pun dah buat saya cukup selesa.

Saya tak minta lebih pun..

Apa yang penting,

Asal awak gembira dan bahagia.

Meskipun keadaan semakin tegang

Semoga bekerja dan hidup dengan tenang bersama orang tersayang.


No comments:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com