antara perubahan besar dalam hidup
AKU EXERCISE KOTTT
*teruja sendiri
wehhh, serius, aku tak sangka aku dah mula minat untuk bersukan dan exercise bagi memperkasakan badan supaya jadi fit!
nak pupuk minat tak susah pun, cuma kena kuat dan sabar sikit la. eh tak eh tak, sabar banyak jugak la. semuanya bermula dari dalam diri andaaaaa.
bagi aku yang sangat beginner yang innocent yang tak tau apa-apa, aku mula dari bawah. kalau kau tak biasa bersukan dan buat exercise bagai tetiba nak angkat dumbbell 10 kilo tu haiyaaa baik jangan dulu ah. tu namanya membunuh diri.
apapun, kita mulakan dari bawah.... kalau tak ada bawah, tak ada yang atasnya. *cehhhh
# azam yang kuat dan lakukannya kerana...
kalau tak bersungguh-sungguh, kejap nak kejap taknak, baik tak payah la. kena betul-betul bersungguh tau. jangan laaaa bila dah exercise berjuta kali, pastu dengan bahagianya telan cheesecake 10 bijik.
fitkan badan tak sama dengan menguruskan berat badan. fitkan badan adalah untuk orang yang berat badan dia dah okey, cuma ada certain part tu menggeleber ke ape ke, perut buncit gila ke.. stamina kurang ke, jadi kita fitkan.
lakukannya kerana Allah. sebab dalam Quran, Allah jugak yang suruh kita memperkasakan badan. nak jadi orang yang hebat, badan kena perkasa, sihat pastu nanti otak pun cerdas. bukan sekadar menepek nepek menenggek nenggek kat meja membaca dan duduk bersimpuh beribadat tanpa henti.
so, sweat it out men!
# buat sikit sikit pastu jadi bukit
kalau tak biasa, buat sikit-sikit, pastu lama-lama nanti naikkan tahap exercise tu. macam Tsumiki suka buat aerobics, sebab Tsumiki sangat suka menari. dulu masa zaman diploma aktif menari, memang boleh fitkan badan, cuma stamina masih perlu ditingkatkan.
bila kita menari atau aerobics, memang tak bosan sebab kita dapat enjoy bergerak, tak sama macam exercise biasa yang dekat gim tu. sebab kadang-kadang selalu nampak orang kat gim pakai MP3 ke earphone ke nak bagi diorang tak cepat rasa penat.
Tsumiki buat aerobics pun imitate video Youtube je. daripada beli CD mahal-mahal tu, sebagai seorang pelajar yang takdak duit, Tsumiki hanya download video aerobics tu la.
Youtube Channel yang Tsumiki boleh cadangkan ialah
- BeFit
- BombayJam - sapa duk suka gila bergelek hindusetan tu try yg ni lah
- GymRa
...dan lain lain lagi
tapi serius, memang best oi berjoget dalam rumah. kawan rumah duk pelik je tengok orang melompat-lompat macam orang gila yeah ey.
# disipin diri
inilah benda paling penting, macam Tsumiki sendiri, memang kadang-kadang Tsumiki malas gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak berdiri tegak buat exercise semua tu. dahlah joging pun malas, main badminton pun malas, semua benda malas... buat kerja assignment kebanyakannya duduk kat meja lama-lama sampai mereput, memang wajib exercise eh.
untuk mengurangkan kemalasan, keep motivating yourself okay. setkan bila nak exercise, bila waktu free yang tak mengganggu aktiviti lain.
buang persepsi animation student pemalas gila bersukan!!!
# jaga makan
jaga makan bukan maksudnya tak makan langsung, kalau tak makan langsung nantikan jadi aneroxia orang skeleton penjahat tu. jaga makan, jangan makan makanan segera macam maggi, jajan, jangan terlalu banyak makan manis-manis macam gula-gula, air manis kurangkan, banyakkan air putih. nak amalkan makan makanan halalan toyyiban tu memang amik masa jugak la. halalan toyyiban tu kan halal lagi baik, yeahh maggi memang halal, tapi adakah baik untuk kita?
cuba praktis, cuba, cuba! nak diet atkins pun boleh, kalau nak kuruskan badan la.
kadang-kadang kita pun tak tau makanan-makanan tu yang menghalang proses pemerkasaaan tubuh badan kita.
okey sampai situ dulu membebel. sama-sama amalkan, jom!
dah nak masuk sebulan lebih jugak Tsumiki dah amalkan exercise setiap minggu.
nampaklah bahagian yang berlemak degil tu dah makin fit sikit...
satu! dua! yeah yeah!! |