Pages

(Animasi di UiTM) Sem 1 & 2

Disclaimer: Terlebih dahulu nak bagitau... Minta maaf sangat Tsumiki tak terbalas komen-komen/ pertanyaan adik-adik yang begitu curious dengan course Animasi UiTM ni.  Siap mintak nombor semua tu (Tsumiki tak bagi nombor kat strangers, sorry ==")  Yang kat bawah ni je Tsumiki boleh kongsi dengan adik-adik. Pengalaman setiap orang berbeza-beza, jadi, jangan berharap/expect benda yang kat bawah ni sama je akan berlaku nanti ye. Apa yang dikongsi tu jelah yang termampu nak bagitau, banyak dah lupa sebenarnya XD So other than that, I think it should be better for you to experience it differently by yourself okay :)

jap jap. duduk sini jappp ni nak membebel lagi ni. hehehehe

alang-alang tengah mood nak mengupdate ni, eloklah Tsumiki kongsi lagi lebih lanjut tentang course pilihan Tsumiki.

Alhamdulilah. masuk bulan Oktober 2017 nanti Tsumiki bakal graduasi, insyaAllah kalau tiada aral wooooooooohooo! (^_________^) (baling confetti kat diri sendiri)

haa sukaaaa. sukaaaaaa


apapun, Tsumiki nak kongsi sikit (mcm banyak je) pasal pengalaman sepanjang bergelar pelajar animasi UiTM. Yang Tsumiki maksudkan adalah Ijazah Animasi UiTM kat UiTM Puncak Perdana. Kalau diploma tu, tak sempat sebab baru buka tahun ni (jeles! hee).

Awwuhh, dari diploma lagi Tsumiki duk menenggek kat sana. Jadi, hampir 5 tahun juga la Tsumiki duk sana. Ceittttt super duper senior laaa ni. ceitttt. (eleeee berlagak! XD)

cakap pasal seniority - juniority, seriously, pergi mampos. anggap macam famili dan kawan-kawan sendiri sudahlah. orang malas nak layan, tak berkawan, buat donno jelah. nak bajet senior2 sangat fikir dulu ye. kau fikir kau siapa kau fikir kau raja? (haihh haha) karang duk senior junior kat U, balik-balik kerja kat syarikat sama.

Hahahaha~ Pengalamannya...Best la jugak.. Haaaa. Tak percaya? hehehe. percayalah. Memang perit tu ada, tapi selagi hati ni masih kuat berpegang untuk tidak putus asa, insyaAllah memang boleh atasi rasa perit tu. Ada je orang menderita belajar lagi teruk dari kita tau! Malah, ada yang tak berpeluang macam kita untuk sambung belajar. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat yeeee :D

Nak lahirkan rasa bersyukur, hargailah setiap apa yang kita dapat dalam hidup. Maksud Tsumiki, Tsumiki dapat masuk course ijazah Animasi, yang mana Tsumiki fikir ini adalah jalan yang betul bagi Tsumiki. Ini yang telah disusun untuk Tsumiki.

Oleh itu.. Tsumiki cuba cerita mengikut semester by semester. Senang sikit buat panduan sapa-sapa yang bakal nak belajar ijazah Animasi di tempat yg sama. Makaaaaa bermulalah senaman jari jemari Tsumiki yang gebu tembam ni uoolls~

SEMESTER 1

First impression - nampak gloomy gila hidup masa ni. Susah betul nak cari kawan. Sebab kebanyakan rakan kelas adalah lepasan Diploma Art & Design dan juga STPM.

Sooo,  I took a long time to get along with them (aku je kot) hahahahha

Masa ni clueless gila pasal animation. Dahlah baru nak belajar lukis pakai tablet, pastu laptop kodi je. Yelah, ram 2 gb jeeee T_T. Memang taklah nak jadikan konon macam workstation. Pastu mulalah ada sedikit self-confidence issue memandangkan kita pun tak banyak tahu pasal teknik animasi dan sebagainya, berbanding dengan rakan kelas lain. Kita pun diam jelah tak tau nak bebel pasal apa sobs. Perlahan-lahan menghalimunankan diri sendiri.

suasana dalam kelas melukis. gilir-gilir lah jadi model kat tengah2 tu haha

Awal-awal memang banyak belajar teori dan sejarah pasal animasi. Bosan, tapi cuba jugak lawan perasaan bosan untuk kebaikan diri sendiri. Awal-awal ni jugaklah tak pakai drawing tablet lagi. Kena fokus pada lukisan tradisional. Lukis atas buku sketch saiz A3 dengan pensil. Yeahoooo. Belajar pasal anatomi dan perspektif juga. Memang lenguh tangan kerja nak berlatih melukis jeww. Masa tulah baru sedar sebenarnya banyak lagi benda yang Tsumiki kena belajar (Tapi itulah, pemalas).

siap buat wayang kulit sendiri lagi (tapi tak guna kulit betul la)

Salah satu keadaan lecture yang serius (sekadar gambar hiasan)

Masa sem ni jugaklah, kena organize satu acara makan malam untuk seluruh animation department - dari lecturers sampailah semua batch. Memang tradisinya begitu sejak budak sem 1 pun kenalah memperkenalkan diri dan kenalah jugak kenal satu department. Mana taknya, kalau takde event dinner yang macam ini memang taklah nak nampak muka diorang semua pelajar animasi ni. hehe. Enjoylah jugak makan malam masa tu. Batch kami buat stail BBQ Night gitu je ler.

Dah nak habis sem, memang akan kena terlibat dengan acara besar untuk animation department iaitu Animation Kingdom. Memang setiap sem akan ada event ni dan memang kena libatkan diri, kalau tak habislah kauuuu XD. Animation Kingdom ni bertujuan untuk mempamerkan hasil-hasil kerja pelajar Animasi semua batch dan paling utama adalah sesi pembentangan projek akhir pelajar semester 6. Pembentangan ni akan dinilai oleh orang industri - maksudnya orang luar ler. Bukan lecturers kita sendiri yekkk. Selalunya event ni dibuat kat Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam (bergantung pada perubahan jadual dan keadaan).

kena buat pameran untuk belajar budaya visual.

Disebabkan kejutan budaya dalam course ni, Tsumiki memang tak perform sangat semester ni (rasanya semua semester tak perform kahkah). Itupun sikit jekk lagi kalau nak dapat dean list pun. Tsumiki slack banyak kat drawing, sebab masa tu memang jenis tak selalu sangat berlatih melukis, tak buat betul-betul plus sikap malas bertambah degil yang menguasai diri pastu memandai buat assignment last minute hoooo loooohhh. Well I am not a perfectionist, but I really focus on contents and artistic aspects. cehh puihhh

serious warning here. KAU JANGAN BERANI BUAT ASSIGNMENT ANIMATION LAST MINUTE.
kalau nak mampuih boleh la XD
melainkan kalau anda adalah the flash!

Selain animasi, ada jugak beberapa subjek yang kena ambil termasuklah bahasa ketiga - boleh pilih samada Mandarin, Jepun & Itali. Tsumiki ambik Bahasa Mandarin. Standard budak animasi akan ambik bahasa Jepun :P lol (nak lari dari classmates, awkward).


SEMESTER 2

Dah masuk semester 2, konon nak buat lagi baik dari sem lepas (obviously). Sem ni pulak lain sikit, tapi dia dah mula ke arah teknikal. Memandangkan Tsumiki lepas diploma dari fakulti yang sama, jadi banyak subjek Tsumiki dapat pengecualian kredit. Maksudnya di sini, Tsumiki dah ambik dah subjek-subjek ni masa diploma sebab fakulti sama, cuma course berbeza. Jadi kes Tsumiki ni pelik sikit lah dan begitu juga susunan course plan Tsumiki dah lain macam gamaknya.

beberapa minit sebelum kuliah
Disebabkan beberapa subjek dapat pengecualian kredit, Tsumiki terpaksa tarik satu-dua subjek yang dari semester 3 - kiranya Tsumiki belajar awal sikit dari rakan kelas. Salah satunya adalah subjek pengenalan untuk 3d animation. Kussssss. MASYAALLOH.. Advanced2 la, tapi aku yang lelah. Memang gila waktu ni sebab kerja pun agak banyak nak kena buat sebab kena jugak belajar modelling background bagai. Dahlah tak ramai geng, satu kelas dengan senior atas, kooo raseeeeee? XD

konon buat 3D

Alaa takde apapun. Kena kuatkan diri sikit la yee (Maluunya kita sekelas dengan senior aww).

trip ke Balai Seni~ (cari ilham)

trip ke FINAS. (haaa mana satu Tsumiki agak2?)

Pasal drawing pulak, sem ni dah start belajar drawing pakai tablet, tapi masih ada subjek kena pakai tradisional. Masa ni kena belajar asas-asas kepada penghasilan animasi 2D yang simple mimple, contohnya buat bouncing ball and etc etc. Simple la sangat, yang simple tu pun macam nak pengsan buatnya XD. Lagi best Tsumiki baru nak biasakan diri pakai tablet (bijak kan kan? XD) Memang gila nak catch up masa tu sebab blur sangat. Tak tau nak buat apa. Nampaklah minat naik turun. Minat animasi pun jenis ke arah secara teknikalnya. Tapi kandungan dan konsepnya. hahahahahaha. Tapi buat apa minat namun takleh buat langsung T_T

Cakap pasal drawing lagi, ada subjek tu kena buat lukisan tradisional betul atas kanvas (macam fine arts gitu ler), berdasarkan konsep dan idea animasi kita sendiri. Kita belajar sedikit asas melukis, penggunaan warna semua tu.

nampak tak rajin melukis tuu

Yang paling best sem ni pun belajar pasal lakonan animasi. Yeay! Hahahaha, suka pun sebab rasa mcm bolehlah badan ni bergerak2 sikit. Kebanyakan exercise adalah ke arah berlakon dan voice acting. Yang paling best lagi, final assignment kebiasaannya adalah acara cosplay~ (^_^)
Acara ni akan menyelit masa Animation Kingdom nanti. Masa tulah boleh pakai kostum fancy2~
Kalau nak tau pasal cosplay yang Tsumiki dah buat, boleh la tengok kat post ni.


---------------------------------------------------

Alright everyone! That's it for Part 1.
Stay tuned for another part~~ teeeeheeee =)
Sorry tak banyak gambar. Tsumiki bukan jenis yang rajin tangkap gambar, mehwehehehe


9 ulasan:

episodes berkata...

Assalamualaikum tsumiki,saya farah.Sy nak tanya dulu kan sy amik dip pendidikan,tp skrg sy nk smbung deg animasi sbb sy minat course tu.Tp dri apa yg tsumiki cerita degree animasj mmg mncabar.Persoalannya,pd tsumiki adkh sy patut lanjutkan pelajar sy dlm bidang animasi ni.Sy lukis boleh sikit2 tp kna praktis dan bab tablet tu sbb xprnh guna so xtau.Dan pasal iv,kna lukis dpn dorang,mcm mna sy nk laluinya.Huaa,sy dlm dilema,tolong sy tsumiki hajira

tsumiki hajira berkata...

sorry for the late reply >_<

wassalam dear, you tak perlu risau pasal bidang yang ambil dulu. ambil je kalau dah minat. cumanya, kena BETUL BETUL MINAT. saya dulu pun tak pandai melukis, tapi disebabkan nak animate lawa2, nak asah skill, kena paksa diri berlatih melukis. bila rasa terpaksa nanti mula pressure. Jadi makesure kalau nak pilih bidang biar BETUL BETUL MINAT tau. :)

sun berkata...

Salam nak tanya boleh , klau masuk course nie belajar berapa tahun ye ? lepas tu nak tanya boleh tak kalau kita nak minta plan pengajian kat awak ....sebab kita tgh nak compare couse dgn AD233 (creative game ) kat fakulti seni lukis uitm nie ...if awak sudi share emel saya kat sini nursuriasetamam@gmail.com..tq sgt kalau awak sudi jawab n tlg saya ...sebab say mmg tak dapat nak buat decision nak masuk course mana.

Unknown berkata...

Assalam... Kak... Nama says syazwan... Skang ni saya masih belajar kat sek men sains(x berapa minat sains pon) saya more kepada melukis n animasi yg minat... Says cuma nk Tanya... Sementara masih sempat.. ::>_<:: at least kene ada brape A dlm spm.... Baru blh mintak bidang ni.. X berapa faham la

Qila berkata...

Assalamualaikum. Kak tsumiki.. saya nak tanya mcm mana nak ambil bidang animasi ni ya? Saya memang minat sngat animasi. Saya suka lukis2 ni tapi kalau guna tab saya tak pandai lagipun takde pun tab tu. Tapi sekarang saya ambik dip acc. Huaaa tak minat langsunggg. And u mana je yg ada tawarkan course animation ni? Apa nasihat akak utk saya? 😭🤔😊

Zach berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zach berkata...

Kak nak tanya ni.....bolehkah saya menggunakan tablet selain daripada wacom & huion. Sebab sekarang ni saya ada tablet jenama veikk(veikk A15). Laptop pun sy guna acer E14(bukan laptop gaming) tapi 4 gb RAM dan adakah ia sudah cukup untuk digunakan atau perlu laptop gaming juga? Bagaimana pula kalau saya tambah RAM kepada 8GB RAM? Adakah ramai yg dioplma course lain degree ambik animasi ni? Sekarang ni sy ambik teknologi maklumat(digital teknologi) sem 4 dah... 2 tahun lagi sambung degree kalau boleh nak cuba yang ni pula.

Zach berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

salam akak, akak sekarang kerja apa? jujur bole tak kak, sebab saya takut gak nak ambik animasi sebab ada sepupu ambil animasi tapi kerja takdak lagi.. akak macam mana? maaf kalau soalan macam peribadi

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com