Pages

One Piece Asia Tour

Actually tak taulah boleh share ke tak sebab benda ni related dengan kerja. Tapi since I have my own blog, I really wanna share this. Manalah tau orang google google nak tahu apekebenda kan? Kan? Kan? 😳

Nampaklah ada pameran One Piece yang berlangsung kat Skytropolis Genting. Ni kira pameran jelajah kat Asia (memang rasmi daripada One Piece). Tsumiki bukanlah peminat One Piece yg tegar tapi banyak layan movie je sebab tak sempat kejar tren jauh sangat. Episod panjang oi. Sesiapa yg layan One Piece dari dulu memang hebat ah.

Tapi still, berminat nak datang. Bukannya selalu. Selagi ada masa + peluang, pergi jelah kan. So dapatlah pergi. Tapi ini atas dasar kerja ya. Alhamdulillah rezeki. Hihi

Cemana nak pergi tu? First, beli tiketnya kat ticket2u. Pastu, kalau korang macam Tsumiki yg tak ada kereta sendiri pergi Genting, belilah tiket bas (online atau kat kaunter). Tsumiki pergi dari KL Sentral ke terminal bas Awana. Btw, kalau teringin nak naik kereta kabel Awana Skyway, bolehlah ambik tiket sekali dengan bas. Kalau tak nak, beli je tiket bas terus ke Resorts World Genting ok. Tak mahal pun, RM10 (bas je). Kalau beli online maybe ada caj tambahan ye.

I love this view. Dengan sejukkkkknyaaaa

Okey setel part kenderaan. TBH Tsumiki sangat takut tinggi ye. Jadi naik kereta kabel tu agak menakutkan sebenarnya. Tapi bila tengok view gunung ganang tu kuranglah sikit takut tu. Pastu dia takdelah laju dan seteruk ferris wheel. Omg I hate ferris wheel 😭 

Alhamdulillah selamat naik kereta kabel, sampai Resorts World Genting terus ke Skytropolis. Nilah indoor theme park yang meriah tu. Pameran One Piece memang betul2 kat situ. Since kita kat dalam mall, tak sejuk sgt la. Sebelum sampai situ, korang boleh je download app diorang siap2 untuk game interaktif kat dalam pameran tu. Download kat sini ya. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tcreative.onepiece25thexhibition 

Okey dah masuk. Alhamdulilah tak tepu sangat tapi ada je orang beratur. Tak silap Tsumiki, ada 21 zon kat dalam pameran ni. Rasanya hampir sejam lebih jugak berjalan2 tapi dah kira laju jugak sebab takleh lepak lama sgt. Tapi kalau korang jenis nak ambil gambar, nak beraksi macam2 dalam ni mungkin lagi lama kot. 😂

Tsumiki tunjuk sikit2 je. Takleh tunjuk semua nanti tak surprise la. Banyak sangat. Tak tau nak tunjuk yg mana. 

Part paling Tsumiki suka part dalam bilik pening pening ni. Cantik sangatttttttt.

My verdict? Kalau tanya aku semua best hahaa. Takde energy nak criticize apa2. Haha. Ada banyak tarikan kat dalam ni. Kalau bagi Tsumiki yg tak berapa tegar minat One Piece rasa pameran ni best, apatah lagi korang yang minat giler kan. Mesti lagi enjoy sebab ada banyak benda korang boleh relate. Pastu jangan lupa main game kat dalam ni tau. Ada banyak games. 

And paling scary is the last one. Duit terbang terbang. Ada kedai merchandise ye. Kalau rasa nak beli tu simpanlah sikit duit ye. Pameran sampai bulan Mei so sempatlah lagi nak simpan tu hahaahaha. Highly recommended buat peminat One Piece!

Thanks for reading peeps! Harap membantu ☺️
1

storytime: aku dikecam burung gagak

Okey cerita ni merepek tapi aku nak cerita jugak.

ko sabarjap gagak


Satu hari aku balik kerja. Masa aku nak lintas jalan depan ofis aku tu, aku ternampak seekor burung gagak duk tengah jalan raya. Mula-mula aku ingat dia saja je duk situ. Tapi bila pandang dekat lagi, gagak tu injured rupanya. Macam takleh jalan. 

Pastu aku kesian pulak tengok dia kat situ. Aku pun pergilah kat dia untuk angkat dia dan alih ke tepi. Belum sentuh lagi tiba-tiba dah bunyi aaakkkk aaaakkk aaakkkkk kuat gila ya Allah.

Aku pun tengoklah kat atas wayar elektrik dgn pokok sebelah sebelah tu. Rupanya berderet burung gagak kat situ.

Makin aku dekat makin diorang aaakkkk aaakkk aakkk macam nak marah tau. WEHHH AKU NAK SELAMATKAN KAWAN KORANG LAAAAAA T_____T

lakon semula


Makin kuat aaakk aaakkk aakk tu. Wehhh sedih giler kena marah dengan gagak. Pastu aku cuba jugak nak pegang gagak cedera tu tapi ada sekor datang macam nak serang aku. Aku pun cam AKU NAK SELAMATKAN DIA KAU FAHAM TAKKKK T_____T

Masa tu nasib baiklah tak ada kereta lalu lalang. Pastu sebab aku takut sangat dengan ramai ramai gagak tu, maka aku terpaksa biarkan gagak cedera tu dan terus berjalan ke depan.

Bila aku berpaling, ada kereta dah lalu, rupanya gagak tu dah kena langgar T_____T sorry gagakkkkk!!!! SORRRYYYYYYYY 

sebelum jadi camni baik wa chow dulu


Ps: gagak is such a weird creature tapi diorang punya kerjasama memang padu. The end.
0

storytime: it's me hi i'm the problem

 Tsumiki dah masuk umur 30 tahun dah this year, mestilah sentiasa dimomokkan dengan soalan

Bila nak kahwin? Dah berpunya ke belum?

Tak takut ke kahwin lambat?

Muka everytime kena tanya pasal kahwin XD

Kalau difikirkan balik, rasanya ramai lagi wanita yang jauh lebih tua dari Tsumiki yang masih bujang. Dan mestilah diorang ada sebab masing-masing kan? Samalah kita pun...

Sekali dua tanya tu takpe lagi. Tapi kalau jenis yang tanya macam nak marah, macam ingat kita ni tak nak kahwin tu memang annoying sangat. Haha. Dia ingat kita ni tak nak kahwin ke? Dia dah kahwin tu oklah, pastu macam nak downgrade orang yang lambat kahwin ni hah. Haih sabor jelah.


Of course la nak. Mestilah nak. Cuma jodoh belum sampai, nak buat macam mana. Haih.

Sibuk tanya pasal jodoh, cuba fikir pasal ajal pulak. Tanya bila nak kahwin macam tanya bila nak mati tau. Jodoh & ajal di tangan Tuhan tau. Manalah kita tau ajal yang sampai dulu. Nauzubillah. Insaf tak insaf tak? Haaaaaaaaaaaaa

Okay okay enough rant. Tak apalah, Tsumiki dah berada di fasa "redha dengan everything, whatever happens, happens". Sedar banyak benda lately ni. Kadang2 kita sendiri pun kena muhasabah diri jugak ye dok?

Actually, dulu Tsumiki plan betul-betul bab ni. Ingat masa masuk universiti, masa tu nak cari calon suami terus. Pernah betul-betul in relationship 2 kali. By the age of 24-26 memang nak kahwin terus. Kumpul duit sikit-sikit. First relay dah siap jumpa family si dia dah. Tapi last-last tak jadi sebab gaduh pastu ada masuk campur org lain, benda jadi teruk. Pastu putus jelah sebab dah serabut. 

2nd relay pun pernah jumpa parents si dia juga. 6 tahun bersama. Tapi hampir tiap-tiap tahun, asal nak bincang pasal kahwin je macam nak gaduh. Macam nak mengelat. Sampailah suatu masa, Tsumiki sedar yang dia sebenarnya tak serius & tak bersungguh. Dah byk kali tanya tau. Pastu takpelah, sebab dah buntu sgt, I did istikharah. And si dia pulak pergi umrah. Told him to doa banyak-banyak untuk masa depan bersama, a few months later tiba-tiba putus. Uishhh.

Couple 6 tahun pastu tiber single balik. Hahaha tulah orang cakap. Jangan bangga sgt bercouple tu, kang single balik haha. Tulah banyak sangat bermaksiat ni, kang dah kena warning dengan Tuhan. Sepanjang bercouple tu memang tak tenang. Harap lepas ni taknak la couple geli2 tu. Taknak tambah dosalah weh T____T

Okey sorry tau ungkit cerita lama. Just nak explain kenapa single sekarang. Masuk tahun ni dah 4 tahun single. Alhamdulilah, lama2 Tsumiki sedar hikmah Allah tu. Mungkin banyak sangat dosa ni. Banyak lagi kena perbaiki. Tsumiki pun dah tak contact ex dan sekarang maju ke depan. Istikharah, doa banyak2 semoga dibimbing dalam memilih pasangan terbaik. Tak expect sempurna pun. Dulu kemain nak itu nak ini. Tapi bila dah 30 ni, you will know what the most important adalah... Kewangan stabil, acceptance + communication. Memang nak settle down dalam setahun dua ni. Cuma tengoklah dulu calonnya bagaimana. Dah ada strong force sikit untuk ke arah fasa perkahwinan. Siapa tak nak kahwin, ada famili semua? Wehhh aku nak sangat tau. Jadi isteri, mak, nenek, tu impian aku tau. Haihh bayangkan ada suami & anak semua tu. Can't wait la for that moment. T_T

Bila selalu sangat gagal dalam cinta, kadang2 terfikir jugak pasal kekhilafan diri. Tsumiki ni takde daya tarikan ke? Emotionless sgt ke? No jam ke? Penakut sgt dgn male strangers ke? Terlalu berhati2 ke? Banyak sebenarnya. Plus Tsumiki plak byk sh*tposting kat social media. Selalu terfikir, am I being judged coz of that? Padahal I am not serious, dah nama pun sh*tposting, IRL serius gila (kawan cakaplah). Banyaknya benda nak fikir haih. Boleh jadi stress bila fikir pasal diri sendiri ni haha.

Maybe... I am the problem.

Apapun, redha jelah. Tsumiki pun takut sangat kalau ajal yg tiba dahulu, maka banyakkanlah berbuat kebaikan. Korang yang membaca ni doakan Tsumiki ye! Tsumiki memang nak fokus ke kahwin, insyaAllah dalam tahun depan (2024) kalau dah ada calonnya. Sekarang tbh single lagi. Doakan semoga dipermudahkan semuanya, Amin ya Rabbal Alamin. (Tiber insaf ni dah kenapa XD)

0

(REVIEW TH) CosRX Snail Mucin Essence

Produk ni merupakan salah satu holy grail Tsumiki. A must have. Sentiasa ada kat vanity tu. Yassssssssssss ✊✨


Sebab apa? Meh la sini nak bagitau...... Sudi sudi ler baca review Tsumiki setelah bertahun menggunakan CosRX Snail Mucin Power Essence ni. Tsumiki kenal CosRX sejak awal kemunculannya, masa tu tak banyak produk. First time beli tu memang duit tak banyak la, maklumlah masih student. Tapi bagi Tsumiki sangat berbaloi. 5 sebab kenapa Tsumiki suka produk ialah.... (Drumrolls)

1) Economic = lambat habis

Nampak kurus je botolnya tapi percayalah, satu botol ni cukup untuk 3 bulan. Memandangkan konsistensinya pun pekat likat, pakai sikit pun dah cukup. Tak perlu banyak2 pun. Sebab tu la tak kisah harga makin mahal. So far takdelah mahal sangat. Masih bawah RM100 lagi.


2) Lendir siput babi yang mujarab???

Apaaaa?? Lendir siput babi? Apa ni Tsumiki rekemen produk bukan2... (-____-) heiii hear me out, banyak khasiat dalam lendir ni. Waduh bila translate dalam BM pelik bunyinya. Kalau panggil snail mucin tu orang tak terasa geli sangat haha. Mesti tertanya2 kan mana sumber lendir tu. Don't worry, CosRX pernah nyatakan bahawa no snails were harmed during the process. Diorang ada cara untuk stimulate snails2 ni supaya keluarkan lendir secara natural. Dia ada antimicrobial + healing properties. Bagi kulit Tsumiki sesuai ler.


 3) dah boleh beli kat drugstore.

Sebelum masuk drugstore (Watsons), Tsumiki selalu beli kat Hermo atau Shopee. Okeylah takde masalah setakat ni. Cuma bila masuk drugstore, harganya naik sikit la. Tapi insyaAllah original, bukan fake. Risau jugak lately ni banyak betul fake. Hati hati ye korang. Bila umur dah makin tua ni, kalau boleh semua benda nak senang. Senang beli.

4) sangat moisturizing

Helok laaaaaa untuk pipi kering ni. Berlendir tu takdak la annoying sangat, yang penting dia mampu lembapkan kulit. First impression, macam air liur (hahahha yekkk). Yeee sticky. Lagi lagi takde fragrance. But okey je bau dia, tak de bucukkkkk.


5) legakan jerawat.

Ada suatu masa tu Tsumiki stop pakai produk ni sebab tengah simpan duit. Memang jerawat mudah naik, muka merah merah. Rasa geram jugak. Nampak ketara di situ & membuatkan Tsumiki yakin, produk ni sangat bagus untuk maintain kulit kita daripada jerawat. Pernah ya jerawat besor tu naik (yang bengkak tu la) sakit gila. Everytime pakai produk ni, jerawat surut perlahan2, maka kurang sakit. Bestlah kat situ.

Kulit tanpa mekap. Better. Less redness, less acne. Kedut2 beshe laaa hehe dah 30s.

Yes that's my review for CosRX Snail Mucin Essence. Memang akan lock sampai bila-bila la. Teringin jugak nak try versi cream tu pulak. Sebab dah selesa dengan Hada Labo punya cream kan. Malas nak tukor2. 
0

skincare products that saved my skin (2023)

Halu everynyan nyan nyan. Sudah berabad kita tak berjumpa wahai followers.

Maklumlah dah bekerjaya ni banyak perkara yang nak dikejar. Tak mengapalah, Tsumiki ada benda nak kongsi sikit ni! Excited tak excited tak? HAHAHAHAHA

Suka bunga peonies... Nanti nak tukar blog theme pakai peonies la.

Selama 2-3 tahun menyepi ni, actually Tsumiki dah cuba banyak beauty products untuk maintain kulit. Masa tahun 2016 -2018, muka Tsumiki breakout teruk. Tak tahu kenapa tapi memang breakout ni paling teruk Tsumiki pernah alami. Mungkinkah terlalu stress? Mungkinkah ketidakstabilan hormon? Ataupun makan tak jaga? Mari kita sama-sama rungkai misteri ini, jeng jeng jeng~

Nak kata tak jaga tidur, rasanya dah terlebih 8 jam kot. Makan? Pengambilan gula? Tak selalulah minum air manis. Dah berliter-liter air putih Tsumiki minum. Tapi.... Kenapa kulit masih bermasalah? Sepatutnya kena consult dermatologist tapi masa ni, Tsumiki masih stay kat kampung. Memang susah nak cari klinik kulit.

Oleh itu, Tsumiki kena usaha sendirilah untuk perbaiki kulit sebelum ia menjadi bertambah parah.... Haa tengoklah para pendatang asing yang 'menumpang' atas muka saya ni! HMPHHH!!

Masa ni Ya Allah. Terus self-confidence drops to zero! Dahlah kita tak suka pakai mekap! NO! Takkanlah nak mekap untuk cover semua ni?!! Memang taklah! Kang muka makin teruk pulak aaaaaaaaaaaaaaaah

Panik terus. Okey cuba produk satu-satu. Ingat! Kalau nak cuba produk baru, jangan cuba sekaligus! Pastikan ada gap masa sebelum masukkannya dalam skincare routine kita ya. Nanti terkezzzuuuuut kulit kita tau.

Nah perubahan selepas 2 tahun lebih, Alhamdulillah syukur! Dengan izin Allah, muka saya bertambah okaihhhhhh

Apa rutin penyelamat Tsumiki tu? Berdasarkan pengalaman sendiri, ada 3 perkara penting yang korang kena alert. Pertama, listen to your skin. Apa masalah kulit? Kering? Berjerawat? Merah-merah? Ada bintik-bintik hitam? Bila korang tau apa masalahnya, baru korang tau apa nak buat. Paling bagus, jumpalah dermatologist. Tapi in my case, susah nak cari dermatologist. Jadi, Tsumiki sedar, actually kulit sebenarnya kering gila dan sangat mudah jadi merah-merah.

Kedua, hydration. Pernah dengar kan pepatah beauty gurus - HYDRATION IS THE KEY! YES! TRUE! 1 markah untuk anda! Memang hydration sangat penting untuk kulit. Bila Tsumiki fokuskan pada hydration, seriously memang ada beza yang sangat ketara kat kulit! 

Ketiga, pilihlah produk yang sesuai. Biasanya kalau kulit bermasalah sangat, cuba jangan buat rutin 10 steps terus. Mulakan dengan basics dulu. Sebab kulit kan tengah sensitif, konon tengah 'merajuk' lah, jadi korang bagi dia 'chill' dulu. Kukuhkan basic skincare routine, pastu kalau muka dah okey sikit barulah tambah actives atau apa-apa yang menambahkan keberkesanan.

And here goes skincare products that saved my skin.

Double cleansing:
GARNIER Micellar Water (Sensitive)
SENKA Perfect Whip (Acne Care)


Toner/Essence:
KLAIRS Supple Preparation Toner

HADA LABO Mild Peeling Lotion

HADA LABO Premium Gokujyun Lotion


Eye Care:
AHC Ageless Eye Cream for Face


Ampoule/Serum:
SKIN1004 Madagascar Centella Asiatica Ampoule
IUNIK Propolis Vitamin Synergy Serum

COSRX Snail Mucin 96 Power Essence


Moisturizer:
HADA LABO Premium Hydrating Cream


Sunscreen:
COSRX Aloe Soothing Sun Cream


Exfoliator (bergilir):
COSRX BHA Blackhead Power Liquid
NEOGEN Cica Dermalogy Pad


Simple je kan! Haaaaaaa bila Tsumiki tekankan hydration, memang jerawat berkurangan. Pastu tambah soothing products sikit. Sebab muka memang merah menyala! 

0

Pameran Van Gogh Alive

 Lama betul tak pergi pameran seni. Rasanya kali terakhir pun masa pergi Balai Seni Negara tu la. Haha.

TBH, Tsumiki sukaaaaaaaaaaaaa gilaaaaaaaaaaaaaaaa tengok lukisan, ukiran, kraftangan. Terutamanya batik & apa-apa seni yang maximalism (padat & penuh). One day, ternampaklah ada tweet pasal pameran Van Gogh Alive ni. Katanya kat luar negara dah buat dah. Lepas tahu tu terus beli early bird ticket yang murmur sikit.

Tsumiki pun pergilah ke sana untuk belajar lagi pasal Van Gogh. Kalau korang tak kenal dia, dia sebenarnya antara pelukis yang sangat famous di dunia. Dia pelukis Belanda yang guna stail impressionist sedang hot masa tahun 1880 - 1890 gitu. Tak lama pun, 10 tahun je aktif tapi banyak giler paintings yang dia hasilkan. Di mata Tsumiki, karyanya memang cantik & bermakna.

Namun, sebenarnya kisah hidup Van Gogh ni sedih sangat. Bila pergi pameran tu tengok pasal kisah hidup tiba-tiba kita pulak yang emo hahahaha. 

Makanya teruslah terbang ke Pavilion Bukit Jalil. Yang takleh blahnya, masa tu Krismas. Boleh pulak Tsumiki datang hari Krismas. Eventnya sampai Mac ni. Jadi, ramai gila orang beratur. Tsumiki pun pergi la ke kaunter tepi tu untuk redeem ticket. Pastu, kru bawak ke dewan sebelah, bukan yang orang beratur panjang2 tu. Sempat la kru tu tegur kenapa datang sorang-sorang, kenapa tak bawak pakwe sekali? Tsumiki macam... loohhhh kalau ada pakwe, memang akan bawak la tapi masalahnya tak ada hahaha. Kebetulan haritu Tsumiki ada terbeli tripod fon. Rupanya tak dibenarkan bawak apa2 tripod monopod selfie stick segala pod pod tu. Bawa diri je ok (of cozlah dengan beg sekali XD).


Dewan pertama tu macam pameran seni yang korang selalu tengok. Ada gambar, perkataan, cerita segala susur galur perjalanan Van Gogh sebagai pelukis. Ada juga ruang untuk korang bergambar. Hahaha ni masalah utama kalau datang sorang-sorang. Susoh nak bergambor!!! Haih. 


Tsumiki suka part banyak bunga-bunga matahari ni. Langsir manik-manik pun. Actually ada jugak ruang untuk workshop kecik tapi ramai orang jadinya tak dapat. Pameran okeylah, boleh belajar something, ada replicate dunia Van Gogh tu. Tapi sebenarnya sedih jugak sebab dah baca pasal Van Gogh ni. Sangat kesian. Rupa-rupanya melukis ni escape bagi dia ya. 


Okey setel dewan ni. Dah kata pameran, memanglah pameran. Tak expect lebih, tapi cukuplah sebagai pameran. Let's go to next dewan. Kena beratuqqqqq. Aku perasan mostly yang beratur tu couples. Aku je ke sorang ;_; (lonely mode tiberrrr)

Masukkkkkkk ke dewan seterusnya. Jadi inilah dia kemuncak acara. Awal-awal dah terkejut dengan potret muka Van Gogh bergerak. Masuk ke dalam lagi. Kat dalam nilah yang ada projection semua tu. Memang cantiklah, dah confirm cantik sebab Van Gogh punya painting kot. 


Again, masalah betul nak ambik gambar bila sorang-sorang ni. Nasib baiklah ada kru banyak membantu. Maceh maceh.

Aku suka part projection yang dia cerita kronologi Van Gogh tu. Orang semua duduk atas lantai macam menghayati la (iyalah tu), kat sini boleh juga bergambar. Kat dinding, kat lantai semua ada. Lama sikit.


Okey, pergi ke seksyen seterusnya. Projection gambar paintings yang berinspirasikan Van Gogh. Ada jugak tempat ambik gambar, hasilnya seolah-olah kita ni dilukis Van Gogh. And guess what, Tsumiki memang cuba dan beli gambar tu untuk dijadikan kenangan, berserta poskad sekali. Part ni memang enjoylah.


Cehhh. Dah jadi masterpiece gitewww. Lepas tu adalah lagi projection, bolehlah ambik-ambik gambar lagi. Great experience la untuk jadikan pameran lebih menarik. Tapi tulah, Tsumiki mungkin expect lebih kot. Macam tak cukup pulak. Rasa macam nak lagi merasa dunia Van Gogh tu. Sebab dia punya paintings kan replicate apa yg dia rasa, suasana di mana dia berada pada ketika tu. Seolah-olah kita pakai VR goggles. Rasa sekejap sangat hmmm :(

 

Apapun, not bad la. Satu percubaan yg helok untuk pameran seni. How many stars? Tsumiki bagi 4 ⭐⭐⭐⭐. Haa satu lagi, kru diorang sangat bagus & helpful. Thanks for organizing this exhibition!



0

INFJ problems

 Tsumiki bukannya percaya sangat pasal MBTI ni. Tapi kan Tsumiki teringin nak share benda ni dengan korang.


Sejak kecik, Tsumiki selalu ada masalah untuk buat keputusan, untuk judge sesuatu disebabkan Tsumiki ni terlalu highly sensitive. Maksud highly sensitive ni ialah

Pastu lagi satu, Tsumiki pun ada masalah nak memahami diri sendiri. Pendiam tapi dalam otak ni bising je memanjang. Potpetpotpetpot. Hey jangan ingat kita ni schizophrenic pulak. EH BUKAN BUKAN... TSUMIKI TAK GILAAA LAAAA XD

Dia punya potpetpotpet be like: "Penatnya hari ni, nak buat apa eh? Nak makan apa eh? Rasa macam tak lapar pulak. Ke nak makan ringan je? Hmmm malas pulak nak membeli" Cuma tak terkeluar kat mulut je. Korang ada tak yang macam ni? Jenis yang banyak berfikir, pastu pendam sorang-sorang. Pastu kadang-kadang terlupa nak cakap.

Oh, berbalik pada MBTI tu tadi, for those yang tak tahu, actually MBTI ni ujian personaliti universal. Tapi ramai juga ahli psikologi tak setuju dengan kesahihan ujian ni, sebab yang hasilkan pun bukanlah pakar psikologi sebenar. Maksudnya tak boleh bergantung sangatlah. Selepas Tsumiki buat, dapatlah result yang mengatakan Tsumiki tergolong dalam INFJ. Dulu selalu fikir, kenapa aku kisah sangat apa orang lain rasa? Kenapa aku cepat sgt notice benda yg aku taknak notice? Rasa macam eeeee serabutnya lah. Rupanya INFJ memang ada ciri-ciri tu. Takpelah buat ghaso2. At least I know myself better.

Okeylah, meh dengar rintihan Tsumiki sebagai seorang INFJ. Masalah utama ialah overthink to that point suka fikir bukan-bukan. Jadi caranya ialah busy kan diri sendiri. Memujuk diri sendiri pun sgtlah perlu lagi-lagi bila kita terlebih fikir, terlebih risau, dan needs a lot of confirmation, affirmation semua tu. That's why la selalunya Tsumiki sangat appreciate orang yg ekspresif, dan tahu cemana nak explain tentang diri dia. Sebab Tsumiki akan take note pasal tu. Contoh; ada sorang kawan terus terang yg dia tak suka bila orang banyak tanya pasal hal cinta. So aku memang takkan tanyalah. Tu pun salah satu sebab kenapa ada beberapa kenalan salah faham dengan Tsumiki tapi tak bagitau hal sebenar. Sorry, bukan nak salahkan ke apa, tapi alangkah bagusnya if you let people know what you honestly feel, daripada nak jaga hati ke apa2.


Salah faham yg selalu kena ialah Tsumiki ni emotionless, nampak nak marah je all the time. Padahal muka kita memang macam tu. Plus kita pulak tak banyak cakap, memang kenalah cop begitu. Kadang2 paksa diri untuk jadi lebih mesra supaya org senang berkawan. Tapi hakikatnya I am struggling inside. That's why jugak aku channel-kan segala benda melalui tulisan, blog or Twitter semua tu. But still ada yg salah faham jugak. Orang tak cakap pasal dia pun, tp dia nak terasa pulak. Padahal cakap pasal diri sendiri je, sh*tposting all the time. Janganlah jadi pembaris yg hanya judge org dari sns je ye. 

Meskipun bergelut dengan kepelikan diri sendiri, Tsumiki masih ada orang-orang yg menyayangi & terima seadanya. Paling best bila kita ada someone yg selalu husnudzon terhadap kita, yg percaya kat kita. Lagi best bila kalau ada apa2 salah faham atau ketidakpastian, diorang tanya laju2 untuk dengar drp side Tsumiki. These people kan, memang kena treasure + must be protected at all cost, sepanjang hayat. Ni pun kira rezeki jugak tau.

Right now, selain menjadi potato + introvert,  Tsumiki sedang belajar husnudzon & tak mudah sentap dengan orang. Belajar untuk jadi lebih ekspresif & jujur dalam berkata-kata sebab itu sgt penting dalam komunikasi. Yelahhh salah faham berpunca daripada diri sendiri jugak, kena sedar tu haha. Manusia lain otak lain, maka lainlah cara berfikir. Kalau jumpa dgn yang sengaja cari pasal tu, lain dah ceritanya. Tu tak payah kesah sangat, lantaklah dia haha.

So, how about you? Adakah korang rasa benda yg sama????

0

how to reduce makeup

Perempuan dengan mekap memang takleh dipisahkan. Tambah lagi mekap ni dah macam satu keperluan dan satu kemahiran yang boleh dipelajari untuk menghasilkan ilusi cantik kat atas muka.

Tapi.. tau kan mekap tak elok untuk muka?

"Ehhh suka hatilah orang nak mekap ke apa... Tak kacau hidup orang lain pun laaaa"

Hehe, rileks la. Post ni sekadar untuk kongsi pengalaman dan ditujukan khas buat orang yang tengah usaha nak berhenti pakai mekap. Yang suka pakai mekap janganlah offended tau. Kita bukannya benci orang pakai mekap~ hihi peaceee

Orait, berikut adalah 5 cara Tsumiki berhenti pakai mekap;

1) kurangkan mekap sedikit demi sedikit

Mula-mula kurangkan yg mana tak perlu. Contoh, eyeshadow, blusher, contour, highlight tu semua. Kalau nak pakai sgt, pakai ringan2 je dulu. Yang paling paling paling penting sekali, pastikan bersihkan mekap tu betul2. Pakailah micellar water ke, oil cleanser, makeup remover ke yg bersesuaian, janji muka bersih dgn sempurna. Kalau suka tidur dgn mekap, rasanya dah boleh stop. 😝

2) fokus terhadap kesihatan kulit

Pilihlah skincare yg bersesuaian dgn kulitmu dearies (ewahhhh 💁). Kalau ada masalah, jumpalah pakar. Elakkan produk timbang kilo ye. Kenalpasti bahan yg tak okey utk kulit. Contoh, sejak dulu, kulit Tsumiki sangat cocok dgn produk Hada Labo & CosRX. So sampai sekaranglah Tsumiki pakai brand tu. Kulit kering, so carilah produk yg sesuai utk kulit kering. Jaga makan, jaga tidur, exercise sikit2, (eceh eceh, pandai nasihat orang ye)...😂

3) sedar akan kelebihan bila tak pakai mekap

Ni lebih pada kesedaran sendirilah. Sebab kalau selalu sgt pakai mekap, pori boleh tersumbat. Yelah nanti kita mungkin tak cuci betul2, itu yg boleh memudaratkan kulit. Pastu kalau rasa kulit aku tu licin, tak byk jerawat, tak payah ler mekap2 tu. Dah lawa kan 😂 (okey dah start merapu).

4) keyakinan diri

bila tak pakai mekap memang akan rasa macam insecure la, sebab dah selalu sangat pakai. kita akan bergantung kat mekap je untuk nampak lawa. memang biasalah kalau rasa insecure dengan muka sendiri, tak kisahlah dilahirkan cantik atau tak, semua perempuan ada tahap insecure dan inferiority sendiri. nanti bila suruh buang mekap, terus keyakinan diri jatuh merudum.

yup, memang jatuh merudum. tapi itu awal-awal la. bila dah lama-lama tak pakai, serius, keyakinan meningkat dua kali ganda bila dah biasa keluar tanpa mekap.

"alaaa kau dah lawa, dah putih, dah flawless, boleh la tak pakai mekap..."

bila ada orang cakap macam tu, ambil positif je. memanglah cemburu tengok orang yang dah semulajadi cantik tak pakai mekap, tapi yang tu lagi bagus daripada orang yang semulajadi cantik nak mekap-mekap lagi sebab tak bersyukur dengan diri dah cantik. satu lagi cantik ni subjektif, lain-lain bagi setiap orang.

bersyukur atas apa adanya. sekarang muka Tsumiki dah naik jerawat pun bila jerawat dah makin lega terus rasa macam cuba untuk bersyukur sekurang-kurangnya muka Tsumiki takdelah teruk sangat.

belajar bersyukur.

5) mindset perlu diubah

mindset adalah bahagian yang sangat penting untuk mengubah diri. mekap sebenarnya tak salah, cuma apa yang salah bila selalu sangat pakai sehingga memudaratkan kulit. lagi satu, bila selalu sangat pakai nanti orang terkejut bila tengok muka tanpa mekap (ingat orang lain la, tak cam la).

kenapa Tsumiki sarankan kurangkan pakai mekap?

Tsumiki dulu pun suka pakai mekap.... Memang suka sampai sanggup beli semua tu, tapi dulu-dulu produk mekap takdelah secanggih sekarang. Siap pernah guna bulu mata palsu lagi tuu. Tapi bila selalu mekap, muka makin kusam dan berjerawat, nak tanggal pun satu hal. Satu lagi mekap ambil masa sikit. Kalau selalu sangat pakai nanti lama-lama kita akan bergantung pada mekap untuk nampak cantik di mata orang. Sejujurnya memang selalu juga layan video tutorial mekap semua tu. Plus, muka Tsumiki takde masalah, so kena lebih yakin dgn kecantikan sendiri!


Jerawat ada je. Tapi Alhamdulilah tak banyak. Muka masih okey. 

Sekarang lepas dah buat semua benda kat atas ni, bertahun jugak nak latih diri tak pakai mekap kalau pergi mana-mana. Sekarang pakai sunblock dengan lipbalm yang ada SPF je (yang ni penting untuk perlindungan cahaya matahari).

Kalau nak pakai untuk special occasions (majlis kahwin, majlis formal etc) tu takde masalah.. Tapi kalau tiap-tiap hari tu macam rasa berat gak muka ni..hmmphh hmmh


Alicia Keys dah makeup-free. Kita bila lagi?

Gonna update pasal skincare lagi pasni kehkeh.
0

Tak ngam dengan low pH cleansers....

Banyak jugak terbaca low PH cleansers sangat elok untuk kulit. Tapi itulah, bukan untuk kulit aku hmmm... T____T
Aku pernah cuba 4 low PH cleansers dan ketiga-tiganya tak sesuai utk aku. Lepas dah try ketiga-tiga tu, aku yakin dan percaya bahawasanya low PH cleansers memang tak ditakdirkan untuk aku (cehhhh!!). Cleansers yg dimaksudkan itu ialah:

1) CosRX Low PH Good Morning Cleanser
2) Hada Labo AHA BHA Cleanser
3) Cetaphil Gentle Skin Cleanser 
4) Innisfree Blueberry Cleanser
Aku bukan nak menidakkan kelebihan low PH cleansers ni, cuma aku nak cerita yang tak semuanya sesuai dgn kulit sendiri (kalau cerita pasal diri sendiri la). Mungkin ada orang masuk dgn cleansers kat atas ni. Tapi aku tak kot. Semua bagi kesan yg sama - muka gatal, merah, rasa kering tak best. Padahal kulit aku tak sensitif asalnya. Maka aku terpaksalah elak cleansers jenis ni.

Tapi tapi tapi kan. Ada satu cleanser ni aku dah pakai bertahun-tahun. Since aku ni orangnya setia, malas pening2 tukar produk, aku suka sangat Senka Perfect Whip ni.

Lucky me! Dapat edisi Hello Kitty punya 🥰

Selalu ambik yg warna hijau sebab dia cam calming sikit. Dari dulu asyik yg ni je. Berbuih macam whipped cream, ala macam dalam iklan yg korang tengok kat tv tu. 😂

Aku suka the cleansing effect lepas cuci muka tu. Tak terlalu kering. Pastu sedaplah cuci2 sebab buih padat. Cerita pasal cleansing ni, biasanya aku akan remove sunscreen + light makeup pakai Garnier Micellar Water. Pastu bagi kering, urut dgn Hada Labo Cleansing Oil, pastu baru cuci dgn Senka ni. Muka kena cuci betul2! Senang nak cari, kat drugstores ada banyak produk Senka.
0

Random thoughts #4



Darah daging berpisah tiada, bercerai tiada,
Tatkala darah panas mengalir deras, darah pun disangkakan air

Ya, air dicincang takkan putus. 
Putus-putusnya kerna kemarau melanda, dengan berbungakan harapan,

 kemarau pun pasti tak berpanjangan.

0

Permulaan baru!

AGAIN. BLOG SENDIRI DIBIARKAN BERHABUK BERABAD LAMANYA.
Rasanya labah-labah siap ada 7 generasi dah XD



Salam peeps! Sorry for a very long hiatus! Memandangkan Tsumiki sudah semakin dewasa (makin tua) dan bertambah sibuk lagi selepas dah kerja, blog memang jarang diupdate! Maaf sekali lagi, sobs!



Apapun terima kasih kepada semua yang sudi baca blog Tsumiki ni tau! Sebenarnya, banyak je draf posts yang masih WIP dan tak ingat langsung nak siapkan. Dahlah banyak lagi skincare review dan animation stuffs nak perlu dikongsi....

But now, Tsumiki nak share 1 perkara. For those who wonders apa Tsumiki buat sekarang, now I am a journalist/creative writer kat Kadokawa Gempak Starz. Jangan tanya kenapa dulu belajar animasi lepas tu tetiba sekarang menulis. Jangan tanya! Tsumiki pun tak ada jawapan untuk soalan tu! HAHAHAHAHA (gelak shython)



Tak lari jauh pun dari animation, sebab menulis pun always about animation, games and comics which are SUPER AWESOMEEEEE!!! I am glad because I love these hobbies! Sekarang nak main lagi banyak game dan tonton banyak anime tapi.........Dah tak banyak masa terluang, kekekeke.

OKAY berbalik kepada perkara yang Tsumiki nak share sangat tu sebenarnya, majalah GEMPAK yang korang selalu baca dolu-dolu tu dah habis terbitkan. Sekarang, kita ikut arus teknologi lah - we moved to online portal + A YOUTUBE CHANNEL! Whoa! Fabulus tak guys.

My biggest concern for this was, I had to be one of the MC lah but asalnya, I am not really a talker (SAYA SANGAT MEMBOSANKAN, SUMPAH!). Biasalah awal-awal create contents bukan terus orang suka dan orang ramai-ramai subscribe! Mulakan dari bawah lah. hahahahaha

KORANG TENGOKLAH APA AKU BUAT NI.


I mean, seriously Zira? Kau memang sentiasa nampak awkward dalam apa jua pon. HAHAHA. Malu gila tengok diri sendiri depan kamera weh. malu wehhh hahahaha. Challenge ni. Challenge dalam hidup ni... Banyak kena improve ni.. banyak... hehehhehe (gelak tak ikhlas)


Sebenarnya banyak lagi konten kita nak tunjuk tau. Lawak Kampus, Aku Dengar semua akan bersiaran kat sini. Kalau nak tahu perkembangan, kenalah ehem, subscribe, ehem. NAH AMBIK LAWAK KAMPUS! HAHAHAHA




NEXT POST Tsumiki nak tulis pasal my perspective for bidang animasi sekarang la. Stay tuned okay!
0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com