meow meow.

tajuk tak tau nak letak ape, tapi letak je la meow meow sebab nak cakap pasal meow.

dalam rumah ade 5 ekor kucing. mula2 ada sekor je. pastu ada 7 ekor. pastu kekadang 10. kekadang 8. pastu ada yang mati. ada yang jatuh dalam parit. 

last-last ade 5 ekor je. tu pun dah ramai bebenor da tu

mula2 bela sekor kucing jantan namanya Putih Fernando Jose. ni kira generasi yang terkini la. dulu bela ibu si Putih ni, namanya Acha. sekarang dah masuk generasi baru, generasi Putih pulak. dari lahir sampai dah umur almost 9 tahun Putih duk dgn aku :)

comot sikit budak ni

ada satu hari Putih bawak balik sekor betina ni. comel dan nampak muda lagi. sebelum2 ni selalu jugak dia bawak balik betina mana ntah, tapi semuanya annoying. tapi yang ni, tak annoying. manja gila. berkenan la boleh wat menantu.

*cehh. konon Putih tu anak aku la. cari menantu katanya.

yang betina tu selalu singgah rumah lama-lama family pun rasa macam nak bela dia. sebab dia manja sgt! terus bela and bagi nama Luna Carina. manja dia sampai tahap sudi tidur ngn aku sekali dalam bilik. awww. aku tak tahan sungguh ngn kucing manja ni!

luna carina sayang <3

dah bela lama2 tu dia bunting. first time bunting, semua baby dia tak survive. second time, ada sekor survive, tapi last2 mampuih jugok. third time bunting, ade 2 ekor survive sampai sekarang. dua2 jantan. nama dia Kabi Ricardo dan Pupu Capunto. 4th time bunting, ade lagi 2 ekor survive, macam kembar jantan betina. Pipi Papaya dan Lunina Noni. pastu si Kabi tu hilang ntah ke mana plak, tinggal la 5 ekor je.

asal si Luna beranak je, family kata aku dapat cucu. lorh, sejak bila la plak wkwkwkkwk

pun boleh



aku suka betui bagi nama panjang2 kat kucing. hahahahaha. konon nak daftar warganegara la ni. dari dulu semua kucing aku nama panjang2 kot. hohoh

Pupu yang seksi.

pandang org mcm nak makan org

Pipi kat sebelah kanan, Luni kat sebelah kiri. Luni la yg plg penakut. *nampak kan dlm gambar tu* tapi aku geli hati betul tengok gelagat diorang ni. Luna tu memang ibu kucing yang baik. pandai betui jaga anak dia yang sekarang ni. masih kenal anak2 dia dan anak2 dia masih kenal dia. sekarang ni pun aku tgh nak membendung taknak bagi dia bunting banyak kali... tak larat nak jaga anak2 dia. yang 5 ekor ni pun dah tak terjaga kot. si Pipi dan Luni tu pun ganaih nak mampus! pernah la jugak laptop aku jatuh dari meja sebab dia duk main tarik2 wayar. haaaishhhh.

Pipi dan ibunya

ada nya diorang ni xdela sunyi sgt rumah aku ni... cuma kekadang geram ngn dua ekor yg kecik tu buas sgt. Pipi ngn Luni ni lahir time aku tak ada kat rumah, sibuk memanjang kat kampus, pastu xdek org nak main and interact dgn diorang. bila aku balek, diorang kemain lg takut ngn aku pastu siap cakar2 berdarah lagi. ouchhhhhhh siot.

lepas dah didik leklok diorang dah okey at last. kena pegang slow2. berkat usaha nenek ni berjaya juga akhirnya.

time2 hujan ni tido pun sedap juga.


7 comments:

Teena Tna said...

Chumil lah nama2 tu. dah macam kucing mexico pulak. Hehe

tsumiki hajira said...

aah kan. mcm nama mexico gitu. senang nak kenal mana satu XD

Atika Baharudin said...

omnomnomnom! comelnya kucing2 tuu ^^ cat lover eh? kita geng! ^^

tsumiki hajira said...

yeayy! boleh bukak cat sanctuary ler lepas ni hee :D

Mia Liana said...

comelnya yang putih tu...

Liza Licha said...

gambar super nenek tu super klakor ok.. hihi

tsumiki hajira said...

heee mmg dah jadi supernenek dah ni.. thnaks liza licha :D

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com