diet caraku

sedap bak hang!!!

dari dulu lagi berusaha untuk kuruskan badan dan turunkan sikit berat badan supaya tak terlebih berat.
usaha punya usaha gila gila research kat internet. cuti memang lama, so duduk kat rumah memang cari macam2 cara utk menyihatkan badan kembali, sebelum beberapa minggu lagi nak masuk degree.

bila dah masuk degree memang dah tak layan diet2 utk turunkan badan ni haaa. apa je kat depan mata terus sapu je. confirm.

tapi dengan cara diet ni memang agak berkesan tanpa aku sedari. daripada berat 56kg sehingga sekarang dah 49kg. dan akan diturunkan lagi sampai tinggal tengkorak. uhuk uhuk

meh nak share la sikit diet cara Tsumiki Hajira yang tak berapa nak diet sangat ni.

*drumroll*

1) waktu dan kuantiti makan yang sesuai

bagi aku, first thing nak ubah adalah waktu aku makan. kadang2 makan lepas tu tidur. kadang2 makan lepas tu mandi. tidur atau mandi lepas makan boleh buncitkan perut. sapa yang nak perut buncit omey2 boleh la cuba ye.

orang selalu ingat diet ni TAK PAYAH MAKAN LANGSUNG supaya boleh kurus dengan sekelip mata. oh no, you're wrong bebeh! berat badan lagi la cepat naik kalau buat macam tu. cara yg betul berdasarkan apa yg aku research ialah makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. bukan TAK MAKAN LANGSUNG. contohnya, makan roti sekeping ke dua keping ke. jangan makan sekali 3 pinggan nasik pastu makan lagi dan lagi sampai perut dah jadi belon yang meletop kebaboom tu.

aku trylah buat macam tu, dan dapatlah kawal diri yang nafsu makan tinggi ni kan. haha. biasanya dalam sekali sehari je aku makan makanan berat, macam nasi berlauk ke, nasi goreng ke. yang lain makan roti sekeping, makan oat ke, cereal ke, nestum ke ataupun produk2 shake yg mengenyangkan.

sekali dah makan, berhentilah sebelum kenyang. asal perut tu terisi dan tak berlubang disebabkan byk asid dalam tu. ingat! makan ketika lapar je. bila dah makan, tunggu minimun 4 jam kemudian baru boleh makan lagi. bila dah makan, jangan terus tidur! hahahhahahahhaha

2) minum air kosong

hahaha
masa berat badan aku 56kg dulu, aku sedar masa tu aku suka gila minum air manis2. air berkarbonat macam 100plus ngn mirinda tu. perghhhh aku ni memang suka gila gila gila minum air tu sampai kadang2 tiap2 hari rasa nak minum dah mcm ketagih

bila dah ada kat rumah, stok air kosong memang banyak. mula2 memang tak suka minum air kosong sebab bila minum, rasa hidup aku ni kosong sgt -.- aku paksa diri minum air kosong je setiap hari sampai sekarang, air manis tak sentuh dah, sebab apa, utk turunkan berat badan dengan cepat, memang kena minum air kosong banyak2. tapi ingat, kalau 24 jam minum air kosong pun kekadang takleh juga, sebab body pun perlukan gula utk tenaga. kalau tak minum air kosong, aku minum fresh milk atau air milo.

3) hentikanlah makan maggi

okehhhhh this is the TOUGHEST part. aku ni dahlah peminat fanatik maggi, semua jenis maggi mamee cintan cintun citiok cucuk semua aku pernah sapu since duk asrama sekolah menengah. sampai kawan panggil aku ratu maggi dan Masterchef Maggi. memang sedap makan maggi, dan senang dihidangkan. bila tiap2 hari dapat makan maggi aku rasa bahagia sangat seolah2 di syurgaaaaa

sampailah aku dikejutkan dengan fakta yang mengatakan maggi memang bahaya utk kesihatan. mula2 buat2 tak kisah, sebab I will never leave u my maggi sayang buchuk buchuk. I akan buat apa saja asal I dapat makan u.

pastu ada plak fakta maggi boleh menyebabkan kegemukan...

omg

maka dengan itu, aku stop. aku tahan dan tahan, memang seksa gila la bagi seorang pemakan maggi tegar macam aku ni. ohh

4) motivasi itu penting



nak berdiet biarlah motivated. jangan sekejap diet, pastu makan banyak2, pastu diet balek. bak kata Ummi, tak istiqomah ler tu. nak diet ni biar istiqomah! jangan on off! biar dah start, habiskan sampailah dah capai berat badan yang diidam2kan tu.

macam aku, aku niat nak turunkan badan sebab diri sendiri. bukan sebab nak body cantik pastu nak tonjol2 kat org. just want to preserve my healthy lifestyle pastu nak berlatih makan benda2 yg menyihatkan.

jangan ikutkan nafsu. nampak cheesecake, air liur meleleh. nampak big apple, air liur mengalir macam air paip. nampak pizzahut air liur dah macam air terjun. bawak bersabar nah! air liur meleleh okey lagi tapi jangan makan sudah la. nak makan boleh, tapi lebih baik jangan hahahahahah XD

5) sayur, I LOVE YOU.

kawan2, jom makan saya!

fuhhhhh dulu aku memang tak sentuh sayur ni. bila tak makan sayur, body pun tak cukup nutrien, rambut rosak la, luka susah nak sembuh la dan sebagainya. aku cubalah berusaha melatih diri ni makan sayur sikit. Alhamdulilah, sekarang dah boleh makan daa.

kadang2 latih diri untuk pastikan dalam satu hidang makanan yg akan dimakan mesti cukup segalanya. protein, sayur, karbohidrat semua. *perghh dah mcm doktor* kalau ikut cara yg selalu dibuat, aku akan cuba makan nasi berlauk dengan ulam-ulaman cicah budu. perghhh dah la sedap pastu bagus utk kesihatan. :)

(^ ___________ ^)

jadi tu jelah caranya. tak susahpun sebenarnya. kalau nak turunkan berat badan, kena kuat semangat nah.

LET'S LOSE SOME WEIGHT. AYUH!

*winks*



6 comments:

fiqah said...

good tips.. brp lama ambk masa utk turun ???

http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/kepentingan-tidur.html

amiraqramazizi said...

pergh. dah kurus watpe nak kurus agi???

tsumiki hajira said...

@fiqah dalam 3 bulan macam tu lah.
@amir kurus amendenye org semua duk kata kita gemok. T_T

fiqah said...

wah.. camne brtmbah smgat sya nak kurus sbb sya terget pn dalam 3 bln

http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/komen-pertama.html

Azhafizah Md Nor said...

kena gigih berusaha..jiwa kena kental hadapi dugaan makanan depan mata..huhu..

tsumiki hajira said...

@fiqah betul tu! semoga awak mncapai berat yg diidamkan! goodluck :D
@Azhafizah agree with you... kena byk sabar.. :'(

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com