Dah beberapa kali juga cuba produk luar negara, apa kata kita cuba produk tempatan pula.
TBH.. Tsumiki agak skeptikal dan sangsi terhadap produk kecantikan tempatan... Yelah, banyak kes pelik2 sampai memudaratkan diri sendiri, sebab kebanyakan produk ini ada merkuri la, ada hydroquinone la dan sebagainya.
Kita pun curious jugak dengan produk kecantikan tempatan. Dalam banyak2 yang orang kata tak okey, mesti ada beberapa yang okey dan yang tak bahaya. Setelah baca review dan research sikit pasal jenama kecantikan Malaysia, Tsumiki ditemukan dengan jenama MARY JARDIN.
Wow. Nama pun ada class. Ingat jenama luar negara ke. Padahal tempatan je. Berdasarkan apa yang Tsumiki baca, jenama ni menekankan bahan-bahan organik sebagai bahan utama dalam produk. Rasanya sekarang bukan setakat produk kecantikan je, malah ada jugak produk2 lain yang mungkin korang boleh usha.
MARY JARDIN sebenarnya perkataan Perancis bermaksud Mary garden. Founder brand ini adalah seorang pakar estetik, Dr Maryam, yang memang specialized dalam bidang kecantikan.
Tsumiki banyak tahu pasal Mary Jardin ni pun daripada IG dan FB. Jadi kebetulan muka tengah sibuk breakout dan rasa macam nak cuba produk ni. Jadi Tsumiki hubungi salah seorang agen Mary Jardin dan beli satu basic set yang merangkumi facial soap, clay mask, serum dan face oil.
<boleh klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut>
Produk Mary Jardin |
Packaging macam ni, memang lawa bak hangggg |
Packaging memang terbaik. Daripada kotak dia yang dah macam kotak hadiah hantaran kahwin sampai lah container dia. Even the design..... As a graphic designer, I really approve the concept, the theme, the watercolor handdrawn flowers. Memang lawa gila.
So far bekas-bekas dia tak menyusahkan la.
Lepas Tsumiki berhenti pakai apa2 produk dan mula cuba produk Mary Jardin ni.
Bermula dengan facial soap dia, serum, face oil dan clay mask setiap minggu.
First impression - Produk dia sangat wangi, bau lavender yang takdelah terlalu artificial bagi Tsumiki, rasa damai la bila pakai tu. Sebab nak bagi facial soap tahan lama, Tsumiki potong kecil2 dan guna satu-satu. Dalam facial soap ni ada skrub, tapi skrub tu takdelah kasar sangat untuk kulit. Tapi memang kuasa mencuci dia tu bagus jugak takdelah sampai mengeringkan kulit.
Tsumiki pakai satu set ni hampir 3 bulan sampai habis, dan memang ada kesan yang positif jugak kat kulit, Alhamdulilah. Jadi rasa macam nak pakai secara konsisten, selagi bajet ada, Tsumiki beli lagi untuk kali kedua. Kebetulan lipbalm nya baru keluar, jadi Tsumiki belilah sama-sama.
My Mary Jardin. |
So, basically, based on my 6 months experience, these are my final verdict;
Mary Jardin Facial Soap
Pros:
Bau wangi lavender yang sangat therapeutic!
Kadar mencuci muka yang tidak terlalu kuat
Rawat jerawat (sebab ada clay)
Rasa segar lepas pakai
Tidak terlalu mengeringkan kulit
Cons:
Sabun mungkin tak tahan lama
Tak travel friendly sebab nak kena letak dalam bekas
------------------------------------------------------------------
Mary Jardin Clay Mask
Pros:
Muka tak breakout
Rasa segar lepas pakai
Blackheads semakin kurang
Minyak berlebihan semakin kurang
Bagus untuk pores
Cons:
Agak comot bila nak pakai ehehheehe
Orang pemalas mungkin tak suka kot... XD
Kena cuci betul2 lepas pakai
I wish this come out with a special mask brush or device?
-------------------------------------------------------------------
Mary Jardin Facial Oil
Pros:
Bau sangat therapeutic
Muka rasa best bila kena urut
Merawat jerawat dengan bekas jerawat yang baru popped out
Tak melekit
Cons:
KENAPA SIKIT SANGAT (15 ml jeee) T_T
Cepat habis :3
-----------------------------------------------------------------------
Mary Jardin Face Serum
Pros:
Bau pun best jugak
Agak hydrating
Senang menyerap
Cons:
Kesan tak berapa nampak
Too costly for me (>_<)
And finally, out of these 4 products, my favorite product will be the FACIAL OIL.
Tengok ni. Kecik je tau. XD |
Of course we've got dropper as well. |
Facial oil dia sangat mujarab untuk kulit jerawat dan jugak untuk kulit terbakar ke, melecur ke.
Awal-awal tu takut gak nak pakai, sebab takut lagi banyak jerawat tumbuh... TAPI TAK! Sebelum nak cuba tu, bermacam cara Tsumiki buat untuk meyakinkan diri. Lepas cuba memang tak menyesal la. Muka Tsumiki jenis kombinasi, lepas pakai tu takdelah pulak muka makin berminyak ke apa.
Cuma tu la. Bagi Tsumiki, produk-produk ni agak bagus tapi satu la, harga dia agak mahal tak berapa padan dengan kandungan dia. Macam facial oil, 15 ml dah harga rm50+ (rasanya standard la kot kan) tapi yelah bila dah suka pakai rasa macam terkilan la jugak kalau tiba-tiba dah tak mampu nak beli secara konsisten T__________T
Yang di atas ni antara produk terbaru Mary Jardin.
Belum cuba tapi rasa macam nak cuba gak. Insya Allah.
Last but not least, Mary Jardin ROCKS.
Korang patut cubaaaa!!
1 ulasan:
Tsumiki... mahal lar bahannya bagus..kalau produk kilonnya pun mahal tapi taknelok pada kulit....
Catat Ulasan