SAFI skincare

tak tau nak update apa, makanya kita tiru sikit ala-ala beauty blog giteww

kita student lagi, takdak duit nak beli mahal2 punya.

well, kita guna SAFI jer..... :3

sapa pakai SAFI gak? meh high fiveeeeee

geng-geng muka Tsumiki
yeahh. SAFI SAFI SAFI.

Sejak sekolah menengah, Tsumiki mula pakai rangkaian produk SAFI ni, sebab itulah yang paling mampu nak beli pun. Mula pakai pencuci muka dengan pencuci muka jenama CNI (tak taulah korang tau ke tak heee), dan agak bagus jugalah pencuci tu, dia macam okeylah dengan semua jenis muka.

Bagi Tsumiki, SAFI okey gak. ni salah satu jenama dari Malaysia yang Tsumiki percaya. lagi-lagi Tsumiki pulak jenis tak berani nak cuba jenama lain. Kulit Tsumiki pun jenis yang agak sensitif jugak la (kena sunburn sikit dah gatai2 adoih -_- )

Tsumiki pernah try Garnier masa awal nak masuk Diploma, tapi mashaAllah daripada muka tak berjerawat tetiba wujud pula jerawat, terutamanya atas dahi. uyooooo masa tu gelabah betoi O_O

pastu tukar SAFI balik, terus okey sikit. tapi jerawat tu masih ada kadang-kadang terutamanya masa datang bulan. haishhh. jerawat oii. stress

lama sangat pakai SAFI ni. mungkin Tsumiki kena look forward kat jenama lain pulak. Kena korban duit sikitlah untuk produk kecantikan, sebab Tsumiki bukan jenis yang pakai makeup. Makan pun dah makin tak terjaga balik, mungkin sebab tu lah kot muka Tsumiki tak selamanya okey. dengan stress management yang tak terurus bila dah nak habis degree ni. grrr

baru sedar jenis kulit Tsumiki ni combination skin. tapi takut juga bila dia dah makin kering, dengan usia dah nak dekat 25. OMGGGGGGGGGG O_O *lompat tingkap*

lagi Tsumiki sedih, beberapa produk SAFI terkandung paraben, alkohol dan mineral oil. T___________T

takpalah. insyaAllah nanti Tsumiki kongsilah jenama apa yang Tsumiki nak try nanti.

apapun, bagi Tsumiki, SAFI adalah salah satu jenama tempatan yang bagus jugak tau. :)


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

*tetibe bengong





2 comments:

shalimar yusof said...

akak pun pakai safi manggis tu

tsumiki hajira said...

hehehe. best kan kak? rasa lembut je kan. :)

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com