Lovetopia

Alhamdulilah

tak sangka karya yang tidak seberapa ni dapat perhatian dan pengiktirafan. yeay!

Dua semester lepas, Tsumiki buat satu video stopmotion animation pakai papercut style, untuk 1 minit je. Ni sebenarnya untuk assignment, tapi masa buat tu memang betul-betul curahkan segala rasa la dalam ni T___________T

Nak buat benda alah punya tak tidur berhari-hari. Pastu kawan serumah duk pelik tengok budak sorang ni main anak-anak atas meja dengan kamera DLSR yang tak ada tripod. sedih! buatlah tripod pakai tupperware. haha



Gatal tangan pergi hantar video ni untuk masuk bertanding dalam anugerah KaryaOne.
ohhh anugerah KaryaOne tu sebenarnya fakulti punya 'grammy awards' untuk mengiktirafkan pelajar FiTA yang suka berkarya.

Curious jugak apa jadi kalau Tsumiki cuba hantar yang ini

Tsumiki masuk laaa untuk kategori Video Eksperimental.

Tapi malam anugerah tu, perghh tak sangka menang! hahahaha T____T

ni je gambar yang ada. T_T

memang tak sempat nak ambik sebab Tsumiki jalan laju sangat macam nak cepat pergi mana ntah.
hahahahahahhaha macam lipas kena sembur je.

syukur sangat. sebab first time dapat hoooo

Nampaklah Tsumiki jiwang. hahahahaha jiwang gila babun. Bagi satu kelas tengok masa presentation, semua dah macam ehem ehem. Yang ditarget pun senyum simpul je. Tapi bila tanya balik dia faham video tu. Terus rasa nak tercabut jantung tapi gembira sangat bila dia dapat faham metafora dalam video merepek tu hehehehe

Dalam video merepek nilah Tsumiki curahkan angan-angan Tsumiki nak bina keluarga yang bahagia suatu hari nanti. Tsumiki nak kecap Lovetopia tu dalam hidup. Yang mana Tsumiki pun perlulah sayang diri sendiri, sayang Tuhan, dan orang-orang yang banyak memberi sokongan pada Tsumiki. Tsumiki tak ramai kawan tau :p Tapi Tsumiki bersyukur Tsumiki ada keluarga yang harmoni, dan beberapa rakan yang sangat memberi sokongan.

Khas untuk adik-adik yang ambil bidang seni. Just do what you love to do and ignore the people who hate you.

*tetiba berubah jadi pakar motivasi pulak haha*

Yup, mungkin video ini tak seberapa dan banyak kesilapan sini sana. Tapi, bagi Tsumiki, content itu yang penting. Teknikal boleh dilatih lagi~

peaceeee

4 comments:

Kina Yasnain said...

Tahniah, Hazirah! Dah nampak dah masa depan tu~ ^_^

tsumiki hajira said...

hee! thanks Kina for the support! InsyaAllah :D

Muhammad Junairi said...

Akak .. ade facebook tak .. kalau ade adik nak add bleh sbb adik banyak nak tanyr soalan dgan akak ni.. kalau ade nom. Whatapps pon xpe.. please akak... penting sagat nih... kalau xde kedu due tu ig pon bleh..

taejinnies miyako said...

Tahniah kak.. Terbaiklah><

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com