(REVIEW TH) CosRX Skincare

Lepas beberapa produk tak berapa cocok dengan muka, Tsumiki ada juga cuba satu jenama dari Korea ni. nama dia CosRX.
awal2 tak tahu macam mana nak sebut sebab terbelit belit lidah cosssrssrs rsssxxskxsx gitu la
kan dah teringat cos dengan sin yang kita duk belajar add math dulu (benci gila addmath haha).

blog is getting fabulussss

CosRX ni... produk dia lebih ke arah bahan-bahan yang lebih minimal, malah reka bentuk packaging dia pun memang ringkas gilaaaa. nampak pelik macam fresh baru keluar dari makmal. bahan dia lebih berasaskan chemical yang berasaskan tumbuhan (ayat pun dah terbelit dah).

Terdetik nak pakai sebab blemishes dan jerawat bertambah teruk. Tsumiki pernah tak pakai apa-apa produk selama sebulan sebab muka ni macam tak kena je. Nak consult dermatologist jauh sangat (pasal duk kat area bukan bandar kan), jadi ambil inisiatif untuk mencuba lagi. Berani cuba pun sebab katanya sesuai dengan kulit sensitif. Kulit Tsumiki tak sensitif, tapi dia macam dah tak seimbang macam dulu. Apa yang best pasal CosRX ni, bahan-bahan dia tidak ada pewarna dan pewangi tiruan, dan bahan pengawet yang merbahaya.

Sebab tulah nak cuba dulu. Alang-alang dah terbeli ni, dah cuba berbulan-bulan (dalam 3-4 bulan jugak la), apa kata Tsumiki review sikit produk-produk ni. 

(Padahal dah takde idea nak update blog XD)

Jadi Tsumiki pun belilah beberapa produk CosRX ikut keperluan kulit ni. Melayang duit aku sebab nak jadi ploless... 
Mereka yang bertuah dibeli adalah;

packaging dia ringkas gila.

bermula dari kiri dalam gambar, kita review satu-satu ya.

1) CosRX Honey Ultimate Moisturizing Overnight Mask

Ini produk mask muka yang perlu dibasuh keesokan harinya. Konsistensi dia macam jeli, tak berminyak. Warna kuning cair, bau memang bau macam beeswax yang ada dalam lipbalm, pastu bila letak kat muka dia licin je. Pastu lama-lama dia menyerap macam air, bila dah pakai tu kawasan yang ada jerawat tu ada rasa sedikit sensasi yang mencucuk pedih sikit la. Mungkin sebab madu kot. Antibakteria.

Tsumiki berjaya habiskan, pakai setiap malam sebelum tidur. Best la juga pakai sebab dia membantu untuk legakan jerawat yang merah-merah bengkak tu, kuranglah sikit. Tapi ambil masa. Cuma dah lama pakai tu, kadang-kadang jerawat kecik naik, tak taulah kalau disebabkan benda ni.

PROS
Rasa berangin sikit
Tak berminyak
Pakai sikit pun dah cukup untuk satu muka (jimat la)

CONS
Bangun keesokannya muka macam melekit 
Ada rasa pedih bila pakai
Ambil masa untuk legakan jerawat

2) CosRX Low PH Good Morning Gel Cleanser

Yang ini pula pencuci muka, katanya sesuai jugak untuk orang yang berkulit sensitif. Masa awal-awal pakai, best la jugak, sebab Tsumiki pakai pagi dan malam, rasa segar je muka ni. Kadar cucian dia tu lagi bagus la dari Yadah, walaupun buih dia tak banyak. Bau teatree.

Tapi lama-kelamaan pakai Tsumiki perasan muka semakin merah-merah kat bahagian jawline dan pipi. Lepas tu rasa ada gatal-gatal sikit, terus berhenti pakai. Tak sesuailah kot, sebab dia ada BHA bagai tu.

PROS
Kadar mencuci tu bagus, muka memang cuci la
Bau teatree nyaman
Kurang buih
Bintik hitam berkurangan

CONS
Muka mengalami iritasi setelah beberapa bulan pakai
Muka kering lepas cuci, kena terus pakai benda lain

3) CosRX Snail 96 Mucin Power Essence

Ini pulak essence, lebih kurang macam serum, tapi dia lagi cair lah. Jangan terkejut kalau Tsumiki cakap essence diperbuat dari 96 peratus lendir siput babi (macam pelik je translate BM ni lol). Diorang panggi snail mucin la, sebab snail mucin ni padat dengan khasiat dan kandungan kolagen dia tinggi, sesuai sangat untuk muka yang ada jerawat, parut dan kedut.

Rasanya dalam banyak-banyak produk CosRX yang ini kesukaan Tsumiki, memang hampir habis jugakla Tsumiki pakai. Sekali pakai dua pam je, pasal snail mucin ni sangatlah berlendir dan tacky habis. 

PROS
Sangat melembapkan kulit
Membantu legakan jerawat

CONS
Ambil masa nak menyerap dalam muka

4) CosRX AHA BHA Clarifying Treatment Toner

Haa yang ini pulak toner, memang konsistensi dia macam air, tak berminyak, tak pekat. Memang cair betul la. Packaging dia pun dalam bentuk botol spray. Tsumiki pakai sekali je sehari, pakai dengan cotton pad, pasal dia punya power sikit nak buang kotoran kat muka (aku pun tak paham apa benda aku cakap ni).

Best ke tak? Hmm... Dari segi keselesaan pakai tu tak sangat sebab dia keringkan kulit. Yalah, dalam toner ni ada acid, tapi kandungan asid tu rendah jelah, cuma rasa macam kulit Tsumiki ni tak sesuai dengan baha berasid kot? Nak kata hilang bintik hitam bintik putih tu, hilang la jugak, cuma Tsumiki perasan bila pakai benda ni, muka macam lagi cepat sunburn walaupun dah pakai sunblock.

PROS
Bintik hitam/putih berkurangan

CONS
Bau dia macam hhmmmmm hhmm
Dia tak efek jerawat pun
Muka lagi cepat sunburn (Seriussss)

5) CosRX One Step Pimple Pad

Yang ni spesel semacam jeee... Pasal dia sebenarnya cotton pads banyak-banyak, dah direndam dengan bahan-bahan dia, duk dalam satu bekas bertutup. Tsumiki pakai sekali seminggu je, bila pakai benda ni, Tsumiki tak pakai toner (pasal dua-dua ada BHA, takut karang terbakor muka aku ni). Tujuan dia rasanya... lebih ke arah chemical peeling? Selalu kita dengar orang selalu pakai physical peeling/scrub macam pakai skrub, peeling gel semua tu... Tapi yang ni stail dia chemical peeling, dia bergantung kat chemical untuk buang segala kotoran dari muka kita (eh betul ke aku ni?).

Satu benda yang Tsumiki suka, lepas pakai tu memang adalah kesan hitam-hitam kat pad tu, pastu, kalau tengah ada jerawat, lepas pakai benda ni, keesokannya tu jerawat macam surut sikit. Tapi itulah Tsumiki tak pakai selalu. haha

PROS
Kotoran memang hilang
Jerawat surut lepas pakai
Bau dia sedap la jugak
Senang nak pakai (pasal aku pemalas, ambik pastu tepek je)

CONS
Kadang-kadang naik jerawat kecik jugak

6) CosRX Honey Ceramide Eye Cream (takde dalam gambar).

Tub dia kecik je, tapi masyaAllohhh memang tahan berbulan-bulan pakai tak habis (patutlah mahal nak mampos). Ni produk yang Tsumiki setia pakai, konon berusaha nak habiskan tapi itulah, tak mampu nak habiskan sebab tak nampak kesan sangat. Sebenarnya tengah cari eye cream untuk legakan lingkaran hitam bawah mata ni, tapi dia tak berapa menjadi la.

Tapi okey je eye cream ni, dia tak timbulkan jerawat atau biji2 putih bawah mata. Konsistensi dia pun okey lah, takdelah pekat sangat.

PROS
Mata sembab berkurangan
Eyebag berkurangan
Melembapkan bawah mata
Bau takdelah kuat sangat

CONS
Tak berkesan untuk legakan lingkaran hitam

Wokehh!! Penat gak menaip ni hahahaahaha~ Banyak jugak produk cuba dari tahun lepas, sebab Tsumiki memang tengah cari produk yang sesuai dengan kulit....Kadar menyesal tu tinggilah jugak tapi apa salahnya mencoba. Konon bajet nak jadi gadis Korea gitewww tapi hmm hahaha XD Risau jugak duk tukar-tukar, tapi nak buat cemana? Kalau tak cuba plak tak tahu. Kalau tak pakai pun muka problem. Dilema oh dilema T_T

Sekarang dah tukar produk lain dah, jangan risau. =D
Nantikan review seterusnya, thanks for reading!

mmmhmhmhmm

No comments:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com