Kolej Jasmine.

"Kolej Jasmine, Kolej disayangi, Kolej Warna Alam"

yeahhh itu diaaaa tagline kolej UiTM saya.

hehehehe sapa duk menghuni Kolej Jasmine UiTM Puncak Perdana ni memang akan ingatlah tagline ni. yelah, mana taknya. Dengar announcement mesti ada intro ni dulu. Ni pun bukan nak hafal tapi dah terhafal~ hoo

Sejak Mei 2011 sampai tahun 2016 ni sekarang, Tsumiki menghuni kolej Jasmine ni. Lama jugak tu.... cehhh. Lama-lama pun, ntahlah, masih rasa enjoy dan bersyukur sebab dapat kolej ni. Sebab apa? hehhe. Sebab... mehhhhh mehhh Tsumiki nak cerita sikit.

Sebab kolej ni dah macam rumah dah. dia bukan macam asrama macam kebanyakan kolej kat kampus UiTM lain. bersyukur sangat sebab serba serbi lengkap fasilitinya. Yang rosak, yang hilang, yang dah lama tu tak yang kiralah, tapi Tsumiki masih gembira tinggal sini. Sebab dapat merasa duk rumah dengan beberapa orang dalam ni. Syukur sangat-sangat. :)

Haa nak tahu kenapaaa?

Secara originalnya Kolej Jasmine ada 6 blok kesemuanya - 5 blok untuk dihuni, satu blok khas untuk fakulti Filem, Teater, & Animasi. Blok fakulti warna warni sikit, riang ria macam blok tadika. heehehe takdelah macam tadika pun, nampak ceria la kiranya mwehehe

5 blok ni ada dua blok untuk siswa, tiga blok untuk siswi. Lepas tu, tak tau cemana sekarang sebab nampaknya mungkin akan ada satu blok saja untuk siswa. Itu Tsumiki tak tahu kenapa. =="

dari jauh boleh nampak

Jadi... setiap blok ni dilabel J1, J2, J3, J4, dan J5. Tsumiki dah merasa tinggal di semua blok kecuali blok J1 (memang taklah aku duk blok laki). Setiap blok ada 5 laman. Setiap laman ada 5 tingkat. Setiap tingkat ada empat rumah. Setiap rumah ada 3 bilik tidur, dua bilik air, satu ruang tamu, satu ruang jemur baju, satu beranda depan, dan satu lagi beranda belakang. Dalam 3 bilik tidur tu, ada 2 bilik yang muat 2 orang, dan satu bilik untuk empat orang. Jadi satu rumah muat 8 orang la kesemuanya. Pening sudah orang yang membaca ni. ehehehe. Tapi nampaklah, memang dah macam rumah, bukan dorm. :) Katil doubledecker ye adik-adik.

Dari dulu Tsumiki duk sini, memang berubah-ubah rumahnya. Tapi selalu dapat tingkat 2, 3, 4, 5. Tingkat 1 tak pernah. hehehee. Yang tu tak tahu naper, tapi rasanya tingkat 1 biasanya khas untuk pegawai penghubungan pelajar (FELO, macam warden asrama la kiranya) dan pelajar yang ada sakit serius. Ada juga beberapa blok ada pejabat khas macam, Unit Kesihatan, Pejabat Fasiliti, Pejabat ACIS, Pejabat Pentadbiran Kolej, Pejabat FELO dan sebagainya. Pastu tidak lupa, kita ada kedai serbaneka kat sini yeeee :D

Perpustakaan pun mesti ada... Tapi dia kat hujung nun jauh di sana. Yang best pasal perpustakaan ni dia ada aircond, sejuk. kahkah

perpustakaan

Orait, bercerita pasal dalam rumah. Suasana dia best, lantai berjubin, sejuk tau :) Dalam rumah ada meja untuk setiap pelajar, rak dinding, locker, dan juga ada rak kasut. Tempat sidai dan jemur baju pun ada :)

Memang dah macam rumah dah. Jangan risau.

1

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com