halu~ tengah syiok pakai memanjakan muka ni nak share sikit tips la untuk kamu2 semua. tips biasa2 je. muka aku tak ada gebu putih mana pun tapi jerawat tu, Alhamdulilah kureng la.
mahukan kulit seperti ini? |
here some tips cara aku jaga muka ni...
1) pakai masker yang sesuai
aku selalu pakai masker campuran putih telur dengan perahan limau nipis. takpun masker mustika ratu yang berkunyit tu. takpun masker air perahan ubi kayu. air basuhan beras, air lemon pun boleh.
kesan dia, ehem, memang tak sepantas produk2 mahal tu. kena usaha dan sabar sket la
MALASNYA!!! |
banyak betui petua tradisional kan? manfaatkan la sebaik-baiknya. memang berkesan macam produk mahal2 tu. memang berbaloi dan jimatkan duit. =)
2) kurangkan penggunaan make up
perempuan dgn makeup memang ibarat pinang dibelah dua. honestly this is the biggest factor that you need to be concerned about la. you should know that make up kan ada chemical, kadang2 bila nak buang make up tuuu boleh jugak menyebabkan clogged pores kat muka (kalau cara remove makeup tu tak berapa betul la)
ada sesetengah orang kurang yakin dgn muka berjerawat, so dia terpaksa makeup untuk menutup jerawat tu. oooooo TIDAKKKKK!!! jangan buat camtu! T___T
be proud of your natural face, girls! :)
3) rajin2 la basuh muka
before tidur, selalunya aku akan basuh muka. setiap minggu akan scrub muka. depends la jenis produk apa yang kamu pakai. Garnier ke, Loreal ke, lantak pi la. kalau rasa sesuai, pakai je hehe :)
kadang2 pakai produk mahal2 pun tak berkesan jugak. hmm. cuba tengok balik camne penjagaan kulit kamu. selalu basuh muka tak? tangan selalu main2 muka tak?
macam aku, aku memang tak bagi langsung sapa2 yang nak sentuh ke, nak cubit ke, nak main2 ke muka aku ni, (bukan nak perasan muka cantik la hehe) tapi mmg banyak probabilities boleh kotorkan muka dan mengakibatkan jerawat.
orang selalu kata air wuduk pun menyerikan muka. :) bangun solat Subuh pun dikurniakan wajah yang berseri, tp malangnya kadang2 selalu terlepas solat Subuh.
Astaghfirullahalazim
4) menjaga batasan dengan jerawat
ni biggest problem yang aku selalu buat. suka sentuh muka ni. kekadang boleh je tangan ni menggatai sgt naik ke muka pastu picit apa yg patut.
yeah, perbuatan itu sungguh tak elok bukan.
*nasihat utk diri sendiri juga
5) apa yang kamu makan?
tengok jenis suppliments. kalau aku, aku just ambil supplimen vitamin C je. vitamin C bukan setakat untuk kesihatan kulit semata2 tapi untuk mengurangkan risiko demam ke selsema ke..
macam aku dari darjah berapa ntah dah makan supplimen vitamin C dgn royal jelly. kesannya mmg memuaskan. pastu terbehenti sekejap. pastu start makan balik uhuk uhuk
makan pun kena jaga jugak. pastu, air putih! haa! itu jangan tinggal langsung! makan sayur banyak2, makan buah... dulu aku memang benci gila makan sayur, sekarang untuk mengamalkan gaya hidup sihat aku dah belajar makan sayur dan berkempen minum air putih setiap hari.
cantik tak kitew? |
jangan amik botox sudah. hehe XD
orait, itu saja yang Tsumiki Hajira nak share. ni pendapat dan amalan peribadi, so kalau rasa okey, cubalah. i hope it helps! *winks*
6 ulasan:
kulit saya ni tak bersinar-sinar pun.. hehe
asal tak ada kawah bulan pun da okey dear, :D
hihi.nice sharing :D
muka tak bersinar-sinar dari luaran xpe, biar bersinar dalam iman.kikiki.
betul tu conan. aik? conan comment blog kita la!! *teruja
make up kalau tak kena jenis kulit boleh mrosakkan kulit :D
yep, that's also right! :D
Catat Ulasan