Pages

kerosakan FB

FB aku rosak dahhhhh

rosak kenapa? dah kenapa rosak? haiyyaaaa. bukannya rosak laaaaaa

rupanya aku baru tersedar something. kat ruangan Settings > Language kat FB tu ada bahasa English (Pirate). jadi, dengan rendah hatinya aku try la tukar bahasa.

terus poooopp! dia jadi cam gini

memang lanun betul ni.
nampak gaya macam takdela rosak. kepala otak kita macam nak rosak baca bahasa lanun ni. arr!
muka merah tahan gelak. try to figure out ape aku buat sebenarnya ni.
pastu aku log out


bahasa ni memang wujud ek

okey aku gelak kehkehkehkeh. aku cuba berfikiran positif yang Mark Zuckerberg ni cuba menghargai kewujudan lanun2 yang mungkin ada akaun FB di dunia ini

derrrr. lanun ada FB jugak ke?
okey2 log in balek.

tak paham

apa semua ni?

pastu bukak notification plak

tetibe rasa cool gila ayat dia

eh aku baru sedar ke ape??
aku baru tahu ke pasal ni???

??

share post je pun. lol.

eh sejak bila aku ada kapal?

korang cubalah. macam best jugak. hmm, selain daripada bahasa lanun, ada jugak bahasa tonggang terbalik.

=="

kena baca satu2 ni. nasib baik da slalu bukak fb, lagipun dah trhafal posisi ayat dia *cehh* pastu tukar balik bahasa lanun. nak cuba pakai dalam masa seminggu. kot2 la boleh gelak2 menggila sorang2 dalam bilik. cuti pun dah nak abis, so ini je peluang nak main2. hehe

oklah. Tsumiki dah nak masuk degree dah 1hb mac ni. nak kena berangkat ke KL dari ganu 28hb feb. semoga urusan kita dipermudahkan, amin! :)

2

gudbai mee segera.

heshhhhhh update lambat2 lagi haaaaa!
pemalas betul punye budakkkkkkk.

tengok tajuk. mee maggi. mee segera. insten nudels. rambut alleycats. haaaa. sheshedap maner pown makanan nieyhhhh, tapi tahu tark ia sangat dangerous utk uolls? *gediks siot

aku pun suka makan. boleh dikatakan hampir setiap hari maggi akan dijadikan santapan untuk perutku yang sungguh besar mcm mulut gajah ni. tapi sekali makan, kenyangnya sekejap. so makan satu lagi paket maggi.

perghhhhhh ketagih ke tak ketagih namanya tu?? :O

biasalah. university student. hidup tak menentu. cari makanan, asal dpt makan je la. jimat pitih katanya. but sekarang tengah cuti kat rumah ni. makan maggi jugak. kadang2 ummi masak lauk pun makan maggi jugak. lol

so, by the way korang tahu kan pasal fakta ni?

perasan

scary de mary kan. sejauh mana kebenarannya tu, mungkin aku tak berapa tahu sgt. lagipun aku bukan nutriologist. tapi yang mmbuatkan aku percaya bila ada jugak kes2 beberapa orang yang mengalami masalah kesihatan yg mungkin berpunca dari pengambilan makanan segera ni - especially MEE SEGERA. organ dalaman rosak la, kena kanser la.

well, memang semua tu kita tak jangka, sakit mungkin akan dtg bila2, only God knows kan. tapi kena ada usaha untuk elakkan juga la ek ^_^

kesan buruk pengambilan mee segera ni pun bukan terjadi kat orang lain saja malah kat aku sendiri. rambut banyak gugur, kurang air, pelupa, sakit perut, sakit pinggang, cepat letih etc etc. paling teruk effect kat rambut aah. mau tak kering rambut gua. memang takde beza dengan sabut kelapa! T_T

jadi!!! sekarang.. dah nak hampir 2 bulan Tsumiki Hajira memutuskan hubungan chenta dengan mee segera. 

T_T

2 bulan? oh mai gawdddd. 2 bulan dah tau. 2 bulan bunyi mcm sekejap, realitinya macam 2 tahun.

T________T

phewww ramai jugak org terkezut bila dapat tau kita dah tak makan mee segera. iyelah, kita femes dgn mee segera je. memang takde mee segera yang kita tak penah mamam.

so cara-cara nak jadi macam Tsumiki ni senang je.

1) tahu bahaya makan mee segera

macam yang aku dok membebel kat atas ni haaaa - itulah antaranya. try to search for more. kalau rasa masih sayangkan maggi, try la search kat google "kebaikan makan mee segera".

terima kasih google

so cubalah baca setiap info yang ada. macam aku, aku ni cepat gelabah sikit bila cakap pasal benda2 berkaitan kesihatan ni. 

2) jangan beli satu pack pun. puihhh.

dulu, setiap kali pergi shopping dgn ummi, mesti, WAJIBBBUULLLLL GHUNNAHHH beli satu pek maggi mee kari. perghghghgh hhohohoooii! dalam masa seminggu rasanya memang boleh habis satu pek tu.

sekarang dah lain. kat pasaraya nampak je mee segera jeling je. memang dah takde perasaan dah kat mee segera ni, sorry mee segera, i don't love u anymore. :'(

tapi masa awal2 nak stop makan dulu, ayoyoyoyoo memang seksa laaa. nampak mee segera berbaris kat rak tu macam nak taknak je ambik. so lari je la. :'(

*alahai, macam filem putus cinta lols


3) gantikan dengan makanan yg lebih baik.


makanan yang berkhasiat memang la kadang2 tak sesedap mee segera tapi demi kesihatan, kena makan jugak camne pun. untuk aku, aku just try makan oat, roti, minum susu, makan sayur banyak2 untuk gantikan mee segera ni. oat pun boleh tahan jugak, kat kedai tu pun ade je oat segera dalam pelbagai perisa. yelah, bila cakap pasal makanan segera tak semuanya berkhasiat.. tapi at least boleh la gantikan mee segera yang sungguh tak berkhasiat tu.


ini antaranya

one more thing, aku pun minum protein drink jugak untuk alas perut. 
lagi penting lagi, minum air putih banyak-banyak tau.

#               #              #                 #                 #

simple kan, tu je caranya. senang kan? 
*senangla sangat -.- *
cuba try la. gerenti menjadi punye. tiga je cara, yang selebihnya terletak pada diri sendiri.
sekarang ni tengah paksa diri untuk bersenam pulak.

hari tu post pasal kulit bersinar. hari tu jugak post pasal diet. nampaknya blog ni dah boleh jadi blog under kementerian kesihatan.

5

diet caraku

sedap bak hang!!!

dari dulu lagi berusaha untuk kuruskan badan dan turunkan sikit berat badan supaya tak terlebih berat.
usaha punya usaha gila gila research kat internet. cuti memang lama, so duduk kat rumah memang cari macam2 cara utk menyihatkan badan kembali, sebelum beberapa minggu lagi nak masuk degree.

bila dah masuk degree memang dah tak layan diet2 utk turunkan badan ni haaa. apa je kat depan mata terus sapu je. confirm.

tapi dengan cara diet ni memang agak berkesan tanpa aku sedari. daripada berat 56kg sehingga sekarang dah 49kg. dan akan diturunkan lagi sampai tinggal tengkorak. uhuk uhuk

meh nak share la sikit diet cara Tsumiki Hajira yang tak berapa nak diet sangat ni.

*drumroll*

1) waktu dan kuantiti makan yang sesuai

bagi aku, first thing nak ubah adalah waktu aku makan. kadang2 makan lepas tu tidur. kadang2 makan lepas tu mandi. tidur atau mandi lepas makan boleh buncitkan perut. sapa yang nak perut buncit omey2 boleh la cuba ye.

orang selalu ingat diet ni TAK PAYAH MAKAN LANGSUNG supaya boleh kurus dengan sekelip mata. oh no, you're wrong bebeh! berat badan lagi la cepat naik kalau buat macam tu. cara yg betul berdasarkan apa yg aku research ialah makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. bukan TAK MAKAN LANGSUNG. contohnya, makan roti sekeping ke dua keping ke. jangan makan sekali 3 pinggan nasik pastu makan lagi dan lagi sampai perut dah jadi belon yang meletop kebaboom tu.

aku trylah buat macam tu, dan dapatlah kawal diri yang nafsu makan tinggi ni kan. haha. biasanya dalam sekali sehari je aku makan makanan berat, macam nasi berlauk ke, nasi goreng ke. yang lain makan roti sekeping, makan oat ke, cereal ke, nestum ke ataupun produk2 shake yg mengenyangkan.

sekali dah makan, berhentilah sebelum kenyang. asal perut tu terisi dan tak berlubang disebabkan byk asid dalam tu. ingat! makan ketika lapar je. bila dah makan, tunggu minimun 4 jam kemudian baru boleh makan lagi. bila dah makan, jangan terus tidur! hahahhahahahhaha

2) minum air kosong

hahaha
masa berat badan aku 56kg dulu, aku sedar masa tu aku suka gila minum air manis2. air berkarbonat macam 100plus ngn mirinda tu. perghhhh aku ni memang suka gila gila gila minum air tu sampai kadang2 tiap2 hari rasa nak minum dah mcm ketagih

bila dah ada kat rumah, stok air kosong memang banyak. mula2 memang tak suka minum air kosong sebab bila minum, rasa hidup aku ni kosong sgt -.- aku paksa diri minum air kosong je setiap hari sampai sekarang, air manis tak sentuh dah, sebab apa, utk turunkan berat badan dengan cepat, memang kena minum air kosong banyak2. tapi ingat, kalau 24 jam minum air kosong pun kekadang takleh juga, sebab body pun perlukan gula utk tenaga. kalau tak minum air kosong, aku minum fresh milk atau air milo.

3) hentikanlah makan maggi

okehhhhh this is the TOUGHEST part. aku ni dahlah peminat fanatik maggi, semua jenis maggi mamee cintan cintun citiok cucuk semua aku pernah sapu since duk asrama sekolah menengah. sampai kawan panggil aku ratu maggi dan Masterchef Maggi. memang sedap makan maggi, dan senang dihidangkan. bila tiap2 hari dapat makan maggi aku rasa bahagia sangat seolah2 di syurgaaaaa

sampailah aku dikejutkan dengan fakta yang mengatakan maggi memang bahaya utk kesihatan. mula2 buat2 tak kisah, sebab I will never leave u my maggi sayang buchuk buchuk. I akan buat apa saja asal I dapat makan u.

pastu ada plak fakta maggi boleh menyebabkan kegemukan...

omg

maka dengan itu, aku stop. aku tahan dan tahan, memang seksa gila la bagi seorang pemakan maggi tegar macam aku ni. ohh

4) motivasi itu penting



nak berdiet biarlah motivated. jangan sekejap diet, pastu makan banyak2, pastu diet balek. bak kata Ummi, tak istiqomah ler tu. nak diet ni biar istiqomah! jangan on off! biar dah start, habiskan sampailah dah capai berat badan yang diidam2kan tu.

macam aku, aku niat nak turunkan badan sebab diri sendiri. bukan sebab nak body cantik pastu nak tonjol2 kat org. just want to preserve my healthy lifestyle pastu nak berlatih makan benda2 yg menyihatkan.

jangan ikutkan nafsu. nampak cheesecake, air liur meleleh. nampak big apple, air liur mengalir macam air paip. nampak pizzahut air liur dah macam air terjun. bawak bersabar nah! air liur meleleh okey lagi tapi jangan makan sudah la. nak makan boleh, tapi lebih baik jangan hahahahahah XD

5) sayur, I LOVE YOU.

kawan2, jom makan saya!

fuhhhhh dulu aku memang tak sentuh sayur ni. bila tak makan sayur, body pun tak cukup nutrien, rambut rosak la, luka susah nak sembuh la dan sebagainya. aku cubalah berusaha melatih diri ni makan sayur sikit. Alhamdulilah, sekarang dah boleh makan daa.

kadang2 latih diri untuk pastikan dalam satu hidang makanan yg akan dimakan mesti cukup segalanya. protein, sayur, karbohidrat semua. *perghh dah mcm doktor* kalau ikut cara yg selalu dibuat, aku akan cuba makan nasi berlauk dengan ulam-ulaman cicah budu. perghhh dah la sedap pastu bagus utk kesihatan. :)

(^ ___________ ^)

jadi tu jelah caranya. tak susahpun sebenarnya. kalau nak turunkan berat badan, kena kuat semangat nah.

LET'S LOSE SOME WEIGHT. AYUH!

*winks*



6

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com