masuk tahun ni kiranya dah genap 4 tahun cik Tsumiki Hajira berblog.
HOHOHOHOHOHOHO |
uhhhhhh?? lama jugak tu. kuikuikui
bermula daripada Disember 2010, lepas lega dari penjara besi SPM bertahun-tahun lamanya, bila balik umah online, terbaca banyak blog2 yang ada. ada blog2 yang memang cantik dihias dan entri yang memang menarik sangat2.
pastu terus teringin nak buat satu.
akhirnya dapat juga buat. belajar hias dan tambah widget lagu semua.
OH BELOG YANG KU SAYANG. YEAHHHHHHH~ \(*T▽T*)/
selama berblog ni kan, sebenarnya ada beberapa sebab kenapa aku bukak blog.
antaranya ialah
1) Tsumiki Hajira suka bercerita.
memang suka bercerita especially tentang diri sendiri. bukan angkat bakul ye tuan2 dan puan2, bercerita. tak kisahlah pasai apo pun
2) Tsumiki Hajira saja nak hiburkan orang.
sejak dari kecik memang suka hiburkan orang dan suka tengok orang terhibur. suka tengok orang happy dan gelak2. bila kita happy semua akan jadi bahagia.
ya, bahagia.
3) Tsumiki Hajira nak kongsi pendapat dan luahan hati.
kat sini juga tempat untuk kongsi segala apa yang terlintas di fikiran dan hati. kadang-kadang bila orang komen kat bawah tu pun mungkin boleh exchange pendapat kan kan kan?
4) Tsumiki Hajira tak suka memendam rasa.
ni memang masalah sejak dari azali. memang tak reti dan tak suka memendam rasa. memang boleh memendam tapi tak tahan lama. pasti akan terluah juga. buwek.
eit muntah ke apa?
5) Tsumiki Hajira boleh hilangkan bosan bila berblog.
Tsumiki ni suka online, memang selalu ngadap laptop. dengan dalam keadaan tengah study pun kena ngadap laptop, maka muka memang officially melekat kat laptop. jadilah muka laptop.
dengan berblog dapatlah meluangkan masa yang terluang ye anak2.
6) Tsumiki Hajira boleh dapat kawan baru.
bila dah ada blog, bila ada orang follow, bila ada orang komen2 dan tinggalkan jejak, maka terjadilah penukaran link blog.
dengan cara ini boleh tambah kenalan. yeayyyy!!! ヽ(*≧ω≦)ノ
7) Tsumiki Hajira seorang introvert dan agak pendiam.
introvert amende plak ni. sejenis penyakit mental ke? haha. introvert ni orang yang jenis tak reti nak berkenalan atau amik first step untuk mulakan perbualan dengan org yg tak dikenali. maksudnya jenis pemalu jugaklah. pastu bila dah kenal, rasa nak lempang pun ada.
ehh?? |
tapi memang betul, Tsumiki seorang introvert dan jenis yang suka memerhatikan, tak banyak bercakap. hanya merapu dengan orang yang dikenali dan dipercayai sahaja.
k propa gila
8) Tsumiki Hajira penakut orangnya.
hahahaa. penakut la sangat. memang pun. dengan blog inilah dapat suarakan apa yang patut. kalau face to face memang sembunyi bawah meja.
9) Tsumiki Hajira suka membebel.
tak tau lah apa kaitan dengan blog. error 404
10) Tsumiki Hajira nak prektis menaip.
daripada melongong tergolek berenang atas katil, baik menaip dan share apa yang patut kan. saje nak develop otak untuk buat ayat yang ntah pape.
* * *
* * *
tetibe je nak post pasal ni. lepas 4 tahun berblog baru nak bagitau kenapa? aiyooo.
sebenaqnya takde idea dah. bila kata takde idea time tulah idea datang mencurah2
kikikikikikikiikikikiki
saya lari dulu~ |