setelah hampir 2 tahun berpisah
kini cinta bersatu kembali
JEJAK KASIH. WAWAWAWAWAAAA~
oh no~ |
baru-baru ni dengan izin Allah aku dapat jugak jumpa ex housemates aku masa diploma dulu.
yeaaaa yeyeyeye yeaaa nanananana 7 orang semuanya. cik yati, cik zati, cik rina, cik raihan, cik asha, cik madie dan cik ekin.
7 org memang lawa semua dan perangai pun beraneka warna.
flashback balik, sampai sekarang aku masih teruja dan hairan apa pasai aku sorang je sesat. iyelah, since sem 1 aku ditempatkan dengan 7 org bidadari yang cantik tiada tolok bandingnya, (sailormoon pun kalah uolls,) dan mereka semua turun dari planet namrock ke bumi untuk belajar akaun supaya mereka dapat menyelamatkan segala duit di atas muka bumi ni. dan aku pula manusia yang loser macam sawada tsunayoshi juga telah bertukar menjadi bidadari setelah mereka bertujuh mentransfer kuasa mereka kepada aku.
???????? |
k merepek gila
aaagrhghrghh ceritanya macam ni je, masa masuk diploma dulu kat UiTM Puncak Perdana, kami berlapan randomly ditempatkan dalam satu rumah. however aku sorang je budak FiTA dan yang lain semua budak Perakaunan. tapi itu tak jadi masalah besar gedabak buat aku sebab kami boleh kamcing gila sampai tahap nak gi beli makan pun beli makan sama2. gi mana2 pun pegi sama2. dalam umah pun buat bulatan makan sama2. kekadang solat jemaah sama2 (kekadang la haha). dan borak pun dalam bilik sama2.
ape yg buat aku rasa terharu, perpaduan antara kami yang sungguh menakjubkan mengalahkan 1Malaysia. memang syiok gila duk dgn diorang sebenarnya. ingatkan skema nak mampuih rupanya sporting sgt. kitorang rapat bukan macam BFF tapi macam adik beradik. ingatlah lagi kononnya akulah mak diorang (aku pun taktau pasaipa) yang len semua baby2 lagi la kot. haha. yang plg best diorang je yang sudi panggil aku dengan nama manja aku. nama manja aku? uhhhhh? uhhhhhhghghghgh?
dan setelah 2 tahun bersama bersatu akhirnya terpaksa berpisah. sebab diorang kan budak akaun fast track abis diploma setakat sem 4 jerr uolls. jadi masa aku sem 5 memang terkapai2 gila la. takde kawan k. siann aku.
k penat membebel jadi baru2 ni sempatlah aku reunion. tak lama pun. tak sampai sehari.
diorang plak sambung degree kat induk, duduk Kolej Melati. memang gi terjah la. tapi problem diorang tak duk sekali dah. semua bersepah. sorang kat tingkat 1. sorang kat tingkat 3 dan sebagainya. hahahaha. macam nak cari puzzle pon ado.
abis semua nak selfie -.- |
kumpul kat bilik salah sorang pastu bercerita bagai nak rak. menangis melatah tergelak tercium lantai semua la masa tu. nak gtau la dah banyak betul perubahan dalam tempoh 2-3 tahun ni. paling ketara semua duk kata aku makin kurus. OH MAI GOSH~ =3
aku pun cakaplah, "haa yelah, sejak korang takde kat puncak, tak lalu makan dah. hihi"
iftar pulak kat somewhere kat seksyen 7. sorang pulak xdak. haiyo. pun rasa x lengkap juga. memang x pueh hati. next time memang nak kena terjah lagi diorang ni
okey semua comel |
i love them so much actually. and nobody can replace them to be friends with in Puncak. NOBODY!
rasa agak menyesal sebab sem 4 tak duk sebilik ngan diorang. sebab masa tulah hidup memang betul2 berubah. dengan kawan2 yg ntah pape. aaarghhhh! sakit otok mok! bor! bor!
kesimpulannya puncak memang sepi tanpa pelajar akaun.
TILL JANNAH. <3
4 ulasan:
selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-)
hehehe. thanks! selamat hari raya jugaa :D
selamat hari raya.. semoga persahabatan itu kekal dalam mencari syurga Allah.. :D
insyaAllah amin. terima kasih! :D
Catat Ulasan