Pages

how to deal with your crush

kali ni, pakar cinta fail datang kembali bersama tips cintanya yang hambar.

hahahahaha hambar gila la kan~

zaman belajar di universiti ni memang banyak ujian dan dugaan. ujian itulah yang menggugatkan fokus dan minat anda ketika anda belajar tu kadang-kadang. antaranya ialah.... crush.

boooyeahhhhhhh

yeahhhh. yup yup. crush. bila terminat pulak kat seseorang kan. haiyaaaaa wachaaaaaa! *sepak laptop

ada kawan pernah tegur

"kau minat dia, asal kau tak layan dia dowh?"
"kalau suka dia, cakap je la, kenapa nak simpan2?"
"macammanaaaaa kau boleh tahan geram dan simpan rasa suka tuuuuuu oh em geeeeeeeee"

hahaha. nampak rileks kan. tapi dalam hati, ya Allah, masyaAllah, astaghfirullah, Allah je yang tahu bolak balik hati gua wo.

tengah belajar takkan nak kahwin kot. nak kahwin tu pun lambat lagi. takpe. meh sini Tsumiki nak share sedikit tips untuk menghadapi masalah ini.

kalau orang lain beriya nak mendekati dan berusaha merapatkan diri dengan crushnya supaya hubungan cinta dapat diikat, walhal Tsumiki pulak secara automatiknya akan terbuat semua benda kat bawah ni.

sapa yang mampu buat cara Tsumiki, kita geng ah. hahahahahahaaha -.-

1) jangan banyak cakap dengan dia

kalau boleh, jangan approach pun dia tu. jangan cakap pun. bukanlah takleh cakap langsung. tapi bergantung pada situasi la. kalau dia tanya pasal assgnment pun jawab ah.

2) jangan selalu pandang dia 

bak kata orang tuo tuo dari mata jatuh ke hati. jadi kalau taknak hati tu jatuh gedebuk, janganlah cuba mengskodeng si dia tu lama-lama. kan jatuh dalam longkang, padan muka.

3) jangan kacau dia

kalau boleh, biarkan dia. don't be so nosy about what's he/she doin, just be natural. (nak jadi natural tu yang payah tu)

biarkan dia dengan dunianya

4) jgn memulakan langkah pertama

jangan tegur dia la. jangan. jaaaa... ajngannnnnananjangngan.

mesej ke telepon ke. biar je. biar.

5 larikan diri secepat mungkin

ni tips khas untuk lone ranger macam Tsumiki ni haa. Tsumiki suka jalan sorang-sorang daripada berjalan dalam group or crowd, bergantung pada situasi juga. Tsumiki akan selalu lari daripada yang tersayang tu, untuk mengelakkan perasaan menguasai diri.

#dramasangat

6) kurangkan fangirling

mende pulak fangirl hokoloh~

okey good2

korang mesti selalu buat benda-benda macam ni? okey okey takyah tipu eh. 
kalau boleh cuba la kurangkan gejala ni. kalau duk buat setiap hari, memang tak habis sampai ke sudah.

7) "ingatlah ku dalam doamu"

doakan semua orang tersayang termasuk dia. agar sentiasa diberkati Allah dan dapat capai apa yang dia nak dalam hidup dia. korang pun happy kalau dia happy kan. ecehhhh

orait. serius. kalau selalu buat tips-tips yang Tsumiki bagi ni, memang jadik sebenarnya. cuma kadang-kadang ia agak diluar batas kemanusiaan sikit la. macam taknak bagi muka. tsundere la konon. bwek. bleghghhghhghghghh.

ada sebab kenapa Tsumiki buat cam ni sebenarnya. Tsumiki tak nak fokus belajar terganggu dengan masalah macam ni, yup, perasaan untuk ada pasangan tu memang selalu membuak-buak tambah-tambah lagi Tsumiki selalu menyendiri. rasa suka kat orang lain jantina tu fitrah, jangan risau. kalau suka kat org sama jantina, itu kena risau. haha

tapi Tsumiki percaya, kalau betul la orang yang Tsumiki suka tu jodoh Tsumiki suatu hari nanti, insyaAllah la. no need to worry. tapi jangan duduk bertenggek je tunggu jodoh datang. usahalah sikit eh. suka jugak kadang-kadang buat benda merepek.

aaarghhhh geramnya


apapun, jangan risau. kalau ada jodoh, tak ke mananya.

huehuehuehuehuehuehue

2 ulasan:

hazirah izzati berkata...

yay,kak.. kita geng!! give me five sekali.. ^__^

tp susah la kn nak elakkn diri dr stare crush tu..menawan sgt... huhu

tsumiki hajira berkata...

yeahhhhh. bener sekali buk!

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com