aku tanya,
"masa zaman universiti ni, kalau kita menaruh perasaan kat seorang lelaki, apa yang kita perlu buat?"
orang A : bagitahu dia la yang kau suka kat dia. (confess)
orang B : buat leklek je. buat dono.
orang C: ehhh jangan... itu langkah menghampiri zina.. Astaghfirullahalazim~
orang D: just keep being friends with him okey?
orang E : sembunyikan, jangan bagitahu dia. bukannya boleh kahwin terus pun....
orang F: cari orang tengah la itu lagi afdhol.
orang G : buang perasaan tu! tu setan merasuk tu! hish!
orang H : cuba kenal dan perhati dia dulu sebagai seorang kawan...
orang I : tengah belajar lagi kan? rilek dulu..... malam masih muda...
orang J : ajak dia kahwin!! oh yeah~
orang K: pergi culik dia dan bawa lari ke Siam.
orang L : banyakkan berdoa semoga Allah jodohkan dia dengan kau...
orang M : stalk dia dalam diam. pastu ekori dia ke mana saja dia pergi. :3
orang N : tangkap gambar dia dari jauh
orang O : curi drawing tablet or handphone dia
orang P : lukis muka dia!
orang Q: update blog banyak2 pasal dia.... kihkih
orang R: nyanyi lagu jiwang, pastu pergi nyanyi kat dia. nanti dia paham la
orang S : ajak dia jogging satu round puncak perdana, pastu propose kahwin la.
orang T: bagi dia hadiah, pastu tulis "i hate you"
orang U: pergi jerit depan dia, "I LOVE YOU"
orang V: simpan perasaan tu sampai jadi belacan
orang W: just wait and see....
orang X: jadi invisible dan larikan diri daripada dia
orang Y: buat-buat tak kenal terus. (kejam la)
orang Z: eh kau dah kenapa suka laki?
amik kau. dari A sampai Z dapat macam-macam pilihan nak buat apa. kihkihkih
dah macam-macam orang kita tanya, masing-masing keluarkan jawapan yang berbeda.
tapi persoalan sekarang ni, yang mana satu pilihan kalbu??
aku dah mula conpius ni X'D
ada certain jawapan tu aku dah try buat tapi kebanyakannya tak berjaya pun.
then, apa yang perlu aku buat ni??
aku bukannya nak kapel dengan orang tu pun. -.-
at last aku biarkan. buat dono. tapi still, sakitnya tuh disini dong~ :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan