Pages

(REVIEW TH) Yadah!

tiba-tiba blog Tsumiki dah jadi beauty blog lol XD

takpe... sekali sekala nak kongsi benda yang merepek
(nampak sgt tak ada idea di situ) T_________T

sejak mula nak ambil kisah pasal kecantikan diri ni, memang dah mula kenal beberapa jenama produk kecantikan. pastu entah kenapalah Tsumiki suka sangat jenama dari Korea :P

Salah satunya adalah YADAH!

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

empat produk pilihan hati.

tak habis-habis dengan NARUKO tu..
ahh jap jap, yang pencuci muka ni memang favourite Tsumiki lahh!

pencuci muka namanya YADAH Bubble Deep Cleanser (yang botol putih tu). Dia macam foam cleanser, dan yang bestnya pasal pencuci ni, lepas cuci tak rasa ketat je muka ni. memang kekal lembap walaupun dia mampu membersihkan mekap.

Memang sesuai untuk kulit muka yang sensitif dan kering. Buih-buih dia lembut dan lebih kecik2 berbanding pencuci lain. yeahhhh

PROS
Bau dia tak terlalu artificial, tak menusuk hidung
Buih dia lembut, tak menyebabkan iritasi
Tak rasa kering lepas pakai

CONS
Terlalu simple/lembut untuk bersihkan mekap/sunblock
Takut tak cuci
Buih dia cair sikit

Yang botol pink kecik tu pula YADAH All Day Tint. kiranya dia macam lip tint la. Warna magenta. memang warna dia tahan lama dan bau dia macam bau beri2 gitu.
Cuma Tsumiki pakai sekali sekala je. Sebab warna dia terang sgt untuk Tsumiki. Tapi suka je produk ni. heeeeeee

PROS
Bau macam strawberi
Warna dia terang benderang (dah macam darah aku tengok)
Tak mengeringkan bibir
Warna tahan lama

CONS
Susah nak letak sekata kat bibir (cepat menyerap)
Kalau tak pandai letak boleh jadi huduh

Yang botol silver tu pulak YADAH Oh My Sunblock. Yup, sunblock! Memandangkan Tsumiki jenis tak pakai bedak atau apa-apa foundation yang ada SPF atas muka, Tsumiki pakai sunblock ni je. SPF 35+. Cukup la untuk muka Tsumiki yang agak sensitif ni. Pastu kan, dia cuma krim sunblock yang bukan macam foundation tu. Dia macam moisturizer, lepas pakai tak perlu basuh dengan makeup remover :) Takut juga muka cepat berkedut kalau tak diberi pelindungan dari cahaya matahari. Lagi-lagi hari dah makin panas~ >_<

PROS
Macam moisturiser, tak rasa berat
Muka tak rasa melekit sangat
Kadar sunburn dapat dikurangkan
Bau dia tak kuat sangat menusuk hidung

CONS
Muka boleh jadi berminyak lepas dah lama pakai

Yang tiub berbaring tu pulak YADAH Anti Trouble Spot. Yang ni krim untuk jerawat. Baru je beli krim ni sebab hari tu ada sale kat Hermo.my. Krim ni so far okey juga untuk merawat jerawat degil Tsumiki. Walaupun lambat kesannya, tapi sekurang-kurangnya dia bertindak juga.

PROS
Berkesanlah jugak halau jerawat
Bau teatree sedap, takdelah bau macam ubat tengik

CONS
Ambil masa lama nak keringkan jerawat
Pedihnya tak terhingga (rasanya sama macam pakai T3 gel)
Melekit


Mana Tsumiki dapat semua ni? HAHAHAHAHA
Tsumiki beli online dari Hermo.my. Kalau ada sale sampai nak gila memang Tsumiki pun menggila nak beli apa yang patut. Kat SASA pun ada jugak brand YADAH ni.
Oh lupa nak gitau, YADAH ni brand dari Korea dan brand ni lebih ke arah mengeluarkan produk yang organik, bebas kimia berbahaya. Jadi sebab tulah nak cuba-cuba sikit.

hahahahaa. thanks for reading~ =)



Tiada ulasan:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com