JERAWAT!
ada je dia nak naik. tapi kadang-kadang jelaaa. haaa
ni nak beritahu apa yang Tsumiki buat kat jerawat yang datang bertenggek kat muka ni. geram tak geram nak picit je depa ni tapi tak elok buat gitu sebenarnya (tapi buat jugak kadang-kadang haaaa :P)
Tsumiki nak kongsi review tentang beberapa produk yang katanya membantu mengeringkan jerawat, membunuh jerawat dan memastikan jerawat tak meninggalkan parut pelik atas muka. yeahh
TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA
Mesti pernah nampak kan diorang semua ni? hehe. Boleh tahan la juga diorang ni. Membantu jugakla Tsumiki untuk melupuskan jerawat tak guna ni. Tapi tak adalah guna sekali gus. Ikut turutan yee
INNISFREE Jeju Volcanic Pore Clay Mask
So far ni salah satu wash off mask yang paling best Tsumiki pernah pakai. Tsumiki ni jenis fetish kat mask muka jugak tapi selalu best yang cotton sheet yang basah tu. Tapi yang ini, best! Sesuai sangat untuk sapa-sapa yang muka berminyak dan selamat juga dipakai kalau muka anda kering. Tapi jangan pakai lama sangat ye. 15 minit sahaja.
Kalau datang jerawat besar bapak tu, tetiba meletup, Tsumiki basuh2 sikit pastu keringkan. Letak sikit clay mask ni kat jerawat tu sebelum tidur. Esok pagi basuh. Pergh. Memang kemerahan tu kurang, pastu jerawat macam reda sikit, tak bengkak macam semalam. Yeeeehaaaaaaaaa. Tapi satu bendalah yang kurang best - dia buat muka jadi kering. Tsumiki pakai sekali seminggu jeee.
(Tak sempat habiskan sebab biar lama-lama dia jadi kering, susah nak letak atas muka, jadi Tsumiki berhenti pakai).
OXY Anti-Bacterial Acne Patch
Sebenarnya pertama kali cuba, sebelum Tsumiki selalu pakai yang jenama NEXCARE punya. nak buat perbandingan tu... hmm... macam lebih kurang sama je. Fungsi dia sama saja, tempek kat jerawat - dia sedut segala benda putih lebih tu - kurangkan bengkak - melindungi jerawat daripada disentuh (sebab Tsumiki jenis gatal tangan suka nak pegang-pegang haha).
OXY yang ini dia ada beberapa jenis, ada yang nipis, yang tebal, tapi yang Tsumiki suka, dia siap ada penyepit khas untuk kita guna nak letak patch tu kat muka (lebih bersih la kiranya). Jadi lepas dah guna banyak kali, Tsumiki rasa OXY punya ni lebih baik dari NEXCARE. hehe
Sexy Look Blackhead Pore Cleanser Set
Yang ini pun Tsumiki beli kat Hermo juga. Tsumiki selalu juga pakai mask tarik-tarik macam ni, sebab kadang-kadang ada bintik hitam/putih yang hanya boleh tanggal dengan mask jenis ni.
Dah pakai banyak kali tapi lama-lama tu dia tak berapa menjadi sangat....Pastu Tsumiki berhenti pakai sebab takut memberi iritasi pada kulit. Lagi satu, dia ada beberapa bahan kimia yang agak kuat juga la heheh =="
Okey, itu je review untuk produk-produk ni. Saja bosan-bosan nak kongsi pengalaman. Rajin sangat beli, cuba rajin pakai, pastu cuba jugak untuk rajin membuat review (sebab dah tak ada idea nak taip apa lol XD)