Pages

Memaparkan catatan dengan label ijazah sarjana muda animasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ijazah sarjana muda animasi. Papar semua catatan

Cosplay di Puncak

again. pengalaman first time buat benda

buat benda apa plak ni... -.-

selama bertahun teringin nak try, akhirnya masa ni jugak la dapat peluang

konon berangan nak jadi pwinshes. puihh


ayooooo

ohoh, ni under subjek Lakonan Animasi untuk semester 2 ni. ni kira penilaian akhir la. dah la buat kat DATC. aku boleh terima lagi la buat kecik2. kalo buat kat stage besar gedabak tu, memang aku patung cendana la kat situ

mula-mula ingat nak jadi Elsa citer Frozen tu, tapi rasa macam orang dah slalu tengok. lagipun last sem dah de orang buat. pastu ingat nak buat Cruella De Vil dalam citer 101 Dalmatians tu. alaaaaa yang rambut hitam putih muke huduh tu.

rasa macam dia terlampau huduh jadi last-last pilih nak jadi Anna. citer Frozen jugak... haih 

sorrryyy aku terlampau minat cerita tu. lagipun boleh nyanyi2 sket.

kalau duk atas stage aku prefer menyanyi la. siyes aku tak berani berlakon. walaupun dah pernah tapi still, aku lebih rela menyanyi la. tapi menyanyi pun badan stret je la. takpun pandang belakang, x nampak muka, and orang pun dengar suara je. gittewwww

kena buat sketsa dalam 2-3 minit cam tu la. dapat pair yang pilih jadik Lily Munster cerita femes yg lama tu.

semua cuak terus nak naik stage. kikikikikiki

maleficient dan bfnye
hantu nk gigit org

abis je show atas stage semua nak crossplay. tukar prop la. tukar rambut la.

k teruja gila

costum tu Ummi yang buatkan. punyelah beriya nak bercosplay, sebulan sebelum tu dah tempah awal2 dah. adoi

nampak x semangat kekospleyan di situ

classmates and da lecturers

masa ni memang nampak semua dah jadik orang lain
hilang stress sket time ni. dptlah happy2 ngn kengkawan

hope next time ade lg chance join cosplay. mwehehehehhe


2

GRAFFITI DI PUNCAK

ni hah. first time Tsumiki Hajira buat graffiti... cehhh puihhhh!


cenggini rasanya

dah basi baru nak post. biase ler. busy cm retissss

tp tak tau la nak panggil mural ke graffiti

baru-baru ni Sofy (syarikat tuala wanita tu) ada buat collabration project dgn fakulti aku untuk hasilkan graffiti... tak kisah design apa, tp tema dia "Excitement Never Dies"

paling best, aku berpeluang untuk sumbangkan sedikit idea design untuk graffiti... uhuhh memang speechless nak buat tu. tak pernah design apa-apa lagi sebelum ni rasanya.

best giler kot buat benda ni. lagi ramai lagi best. tetiba duk bayangkan kalau dapat buat graffiti yang panjang gila tu.... so that semua orang turun buat sekali..

ni namanya kenangan manis.. uhuhuhuhuhuhuk

design yg aku buat. agak baby2 kt disitu

aku memang suka lukis jantung. sebab dia ada maksudnya tersendiri.

berangan jap

sempat fikir pasal assignment yang dah macam bukit tonggek tu. dengan kelasnya aku escape. teruk betul

memang berserabut time ni tapi hilang terus bila enjoy habis

panjat tinggi2 yg takleh blaa tu

kesimpulannya, bagi aku dan rakan2 lain yang first timer ni, memang happy la dapat belajar sikit dari orang-orang pro. orang yang banyak membantu ialah Kenji Chai, yg merupakan salah sorang artis graffiti yang sangat pro. siap ada equipment bagai untuk lukis graffiti. then aku perasan rasanya dia boleh lukis pakai dua-dua belah tangan. uyoooooo

rasanya sempat lagi promote tuala wanita Sofy dekat orang yang lalu lalang kat situ. ohohohoho

dah siap.

warna warni. tu aku memang suka. kaler is a must!!!

da crews. aku yg baju merah kakton tu

rasa best dia lain macam dan lebih best lagi dari diploma. uyooooo
dengan lecturers yang sporting habis!
dengan classmates! walaupun tak cukup orang... :(

looking forward for next activities together gether.... mwehehehehehehe~

jadi sesiapa yang dah belajar kat Puncak tu, kalau tertengok grafiti ni ingatlah Tsumiki ye. hehehehe

2

FiTA Animation Showcase '14.

fuhhhh~ baru bleh hembus nafas lega. hembus sikit la. bukan sepenuhnya. sebab banyak lagi benda yang menanti wehhhhh.

macam biasalah, setiap sem Fakulti Filem Teater & Animasi kesayangan gue ni memang akan ada event. tu yang best tu. :P

setiap sem memang akan adakan Minggu KaryaOne, di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM. event ni merangkumi macam-macam event kecik2, alaaaa macam festival citrawarna aneka warna warni negara tu. Event ni memang diuruskan oleh pelajar dibantu oleh lecturers, memang khas untuk pelajar, untuk meraikan karya-karya pelajar, dan ada juga exhibition yang ada di sini. So memang aku takkan lepaskan peluang la kalau ada event macam ni. hohohohohoho mesti kena pergi beb.

fuhh aku kan suka pergi mencapab kat event orang. memang sukaaaaaaaa sangat

tapi aku bukan mencapab je. memang kena ada kat situ. kalau tak tunjuk muka memang siap la. kena laser weh. hihihihi. *k merepek

dari opening yang dah macam siti di alam fantasi

antara salah satu event kecik bawah Minggu KaryaOne ni ada exhibition dan final showcase khas dari pelajar Degree Animasi part 6. selain tu ada jugak beberapa showcase dari pelajar sem 5 dan sem 3. so kiranya setiap batch main peranan. macam kami sem 1 tolong-tolong sikit la. ada jugak final projek under subjek Visual Culture yang kena pamer kat sini, dan akulah antara orang yang mempamer di situ. 

bosan weh
yelah duduk bertepek je kat situ. last2 aku lah pameran kat situ.

macam macam adoooo

ramai jugak la manusia kat sini. dari pagi sampai malam berkampung kat sini 2 hari jaga booth masing-masing. tahap kebosanan tu... hmm takyah cakap. dah biasa da since Diploma dulu jaga event. nasib baik dah terbiasa. 
NASIB BAIK. =..=

selain exhibition bla bla bla so on ada jugak cosplay. pun under subjek "Acting For Animation". 

budak animation pun belajar berlakon jugak ghupenye. ohoho

yang ini pelajar sem 2 yang buat. mereka akan pair2 lepas tu pilih karakter kesukaan untuk dilakonkan bersama kostumnya sekali. pastu apaaa lagi, macam2 aksi aku tengok la kat atas stage tu. fuhhhh. plg takleh bla naruto lawan itachi. pastu ada ryu ngn ken. pastu kirito. pastu elsa let it go let it go pun ada.  dialog pun rojak abis lol XD

ryu ngn ken buat show
elsa muslimah. hoho

next sem aku pulak. yeahhh cumanya tak tau nak karakter apo

ada jugak pameran lukisan. serius weh..... lukisan semua cantik2! pun under subjek jugak

aku pun tak mampu lukis camni -.-

apepun best sebenarnya dapat join apa2 event fakulti. iyelah tambah2 lagi dah degree ni kena longgar2kan sendi2 tulang belulang belalang tu sikit. hohohohohhoho

mensibukkan diri = hidup seksa tapi bahagia

habis final project ni satu legalah sikit. tapi masih lagi pending beberapa assignment yang lain.

serabut jugak tapi macam best

oh yeah


0

Degree Animasi.

bila sebut chinese new year, teringat dulu aku lahir masa chinese new year. 23 januari 1993. yepp. pastu masa form 3, 23 januari 2008 tu hari thaipusam pulak. mau tak kena sindir hari jadi aku ni hari satu malaysia hahahak.

jadi, selamat menyambut HAPPY CHINESE NEW YEAR!

kuda hikkkkhok

dalam badan ni ada lah sikit2 darah campuran Cina sebelah arwah moyang, tapi takdelah kita ni nampak cina sangat. cakap cina pun tak reti. takpe2, nanti nak belajar bahasa cina.

sedang masyarakat Cina gembira dan teruja menyambut hari yang sungguh bermakna ini, aku pula mengalami anxiety attack.

anxiety attack mende plak ni hoi. tengok calender henpon tunjuk dah masuk 30 januari. oh no. keputusan permohonan degree yang aku pi temuduga hari tu. oh no. oh mai. oh no no. oh no sha la lalalalala na nanana.

ayyo
selalunya kalau nak bukak result exam ke, result ape2 saja ke mesti beberapa jam sebelumnya tu tidur tak lena, mandi tak basuh. tak taulah apa jenis penyakit la ni tapi aku panggil anxiety attack. memang satu attack la kan sampai gila menggigil depan laptop bukak result online macam ni. serius, memang takut gila kebaboom. bukaknya sekejap je, toing! terus terpampang kat skrin. 

( ^ _^ )

oiiihihihiihihihiiii legaaaa. Alhamdulilah Alhamdulilah dapat jugak. Ijazah Sarjana Muda Animasi :D
fuhhhhh memang jantung yg tadi dah nak tercabut tak jadi nak tercabut

amboi

acano tak takut, time interview hari tu memang gelabah gila la. interview pun melalui phone je. pastu interviewer tanya lain, aku jawab lain. melalut je semua. soalan dia lebih kurang macam ni,

"apa pendapat awak tentang animation industry kat Malaysia ni"

lepas abis je interview terus rasa down sebab tak mampu nak suarakan apa yang aku patut suarakan. pastu interviewer kata, 

"ok, biar saya tengok lukisan2 you dulu, kalau lukisan okey, boleh la saya masukkan you ni"

nak hantar lukisan, portfolio dgn dokumen ke fakulti pun satu hal. punyalah paranoid sgt nak pos takut tak sampai pada masanya, pegi sana terus hantar by hand. fuhhhh selain tu memang struggle tau nak masuk bidang ni. nak kena master software itu, software ini. to be honest, aku tak terer mana pun, setakat tau buat 2d animation, edit dan photoshop gambar, pandai lukis2 je. penat tak penat tapi dah minat, betul2 nak belajar so that nanti boleh la hasilkan karya sendiri. 

i know it is a little bit late la utk belajar tapi bagi it's never too late to belajar. lagipun aku teringin sangat nak belajar animation! harap tercapai insyaAllah :)

happy sgt yeay! same campus yeay! i miss Puncak Perdana so bad! :''D

UiTM ke, UPM ke USM ke ape saje U tak kisah la asalkan kau belajar! menuntut ilmu tu kan satu jihad jugak.. wajib bagi seluruh umat Islam tau.

tempat kat mana kita belajar tu tak kisah, mana2 pun kita boleh berjaya asal ada semangat dan cita-cita! :)

hmm.. to those yang tak dapat, jangan sedih. try again and again! teruskan kejar cita-cita dan jgn putus asa. Allah knows the best for us!


tajuk post mcm tak kena je hahaha lols

15

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com