Pages

Memaparkan catatan dengan label temuduga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label temuduga. Papar semua catatan

FAQs tentang program Animasi UiTM

Salam peeps! Adoi ni baru sempat Tsumiki update blog. Setelah berbulan-bulan tak update dan blog pun dah bersawang... Lepas habis belajar ingat dah percuma tapi ada job pulak nak kena buat. Jadi bertambah sibuk lagi lah!


Hari tu Tsumiki ada post pasal tips masuk program Animasi UiTM... Tsumiki terkejut gila post views nak dekat 5k lepas tu ramai betul yang tanya soalan kat ruangan komen! Sampai Tsumiki pun tak terbalas komen pertanyaan awak-awak semua. Maaf sangat-sangat sebab memang kadang-kadang tak terpandang notifikasi kat emel atau memang tak selalu renung handphone. Hihi. Siap ada tanya personal lagi tu. :')

Tapi kalau nak minta emel-emel tu, nanti dah nak kerja jangan buat macam tu tau. It seems weird haha

Since Tsumiki hanya berasal dari Degree Animasi sahaja, jadi untuk Diploma, Tsumiki tak tahu banyak sebab  Diploma baru buka. Kebanyakan trivia yang Tsumiki kongsi adalah berdasarkan Degree, tapi masih relatable dengan program Diploma koootttt

Kalau adik tanya pasal syarat-syarat2 kelayakan memang tak reti nak jawab sendiri. Sebab takut setiap semester berbeza-beza. Boleh check kat link ni. Harap membantu~
Jadi, untuk post kali ni, Tsumiki buat FAQ ringkas berdasarkan pertanyaan adik-adik yang berminat untuk tahu lebih lanjut pasal program Animasi UiTM ni... Ramai juga yang berminat ni yeeee XD

Okey.. start scrolling~

Q: Interview macam mana?
A: Tsumiki tak pernah join interview sebenar sebab dulu masa nak masuk kursus ni Tsumiki dapat interview melalui telefon sebab rumah jauh (alaa tak ada la jauh sangat ekekeke). Tapi ada tanya kawan kelas yang pernah kena, mereka akan interview dalam English, selalunya tanya pasal perkembangan industri animasi tempatan, pengetahuan am tentang asas-asas animasi, software dan sebagainya. Lepas tu tak silap ada ujian melukis jugak (jadi kena bawa alat lukis laa yee)

Q: Kalau tak pandai English, macam mana eh?
A: Sejujurnya, tak semestinya tak pandai English tak boleh lepas. Sebab ada je kawan kelas yang tak terer English pass interview :'). tapi Tsumiki nasihatkan lebih baik awak-awak berlatih la siap-siap bercakap English. Jangan merungut merintih tak reti2 pun tiada guna juga. Usaha dik, usaha. :) Broken english pun janji pastikan interviewers tu faham tau.

Q: Masa interview kena bawa apa je?
A: Bawa diri, pakai kemas-kemas (UiTM selalunya prefer bagi lelaki; pakai baju kemeja berkolar, bertali leher, seluar slack bagai, perempuan; baju kurung etc etc), bawa dokumen penting, bawa porfolio, alat tulis untuk ujian melukis.

Q: Portfolio tu apa?
A: Portfolio adalah hasil kerja/karya (artworks) adik yang terdahulu, nak tunjuk kat para interviewers bukti yang adik ni tahu lukis, tahu animate, tahu itu ini semua la. Lagi bagus kalau ada showreel (satu video yang menggabungkan petikan-petikan kerja adik), kalau banyak kerja dulu berbentuk video la. Tunjuk je walaupun cincai-cincai. Nampaklah progress tu sikit kan. hehe 

Q: Saya tak tahu melukis tapi saya minat animasi, boleh ke?
A: Tsumiki tak ada jawapan tepat untuk soalan ni. Tapi apa yang Tsumiki boleh cakap, kalau awak minat, teruskanlah. Tsumiki dulu pun tak reti melukis jugak. Kalau untuk Diploma, Tsumiki rasa okey je, tapi kalau Degree, kena fikir banyak kali. Degree ni advanced sikit... Kalau tak reti melukis nak masuk Degree punya memang susah sikit. T_T

Q: Susah tak belajar bidang animasi ni?
A: Ya sangat susah (jujur jelah cakap). Tapi kalau rajin berlatih, pandai susun masa, tak buat kerja last minute, rajin discover itu ini, insyaAllah kesusahan dapat dibendung perlahan-lahan (pandai cakap je lol). Semua bidang ada susah senang ya. Susah pun kalau awak malas berusaha untuk memajukan kemahiran sendiri. Bidang ni memerlukan kesabaran dan fokus yang sangat tinggi. Kalau hangat-hangat tahi ayam je, lebih baik jangan ambil.

Q: Boleh dapat kerja ke dengan bidang ni?
A: Terus terang cakap, banyak peluang kerja yang ada. Cuma tak nampak je. Satu lagi jangan ingat animasi ni adalah untuk buat kartun + cerita kanak-kanak semata. Animasi ni luas bidangnya dan banyak cabangnya (kalau cerita pun tak habis). Malah contohnya, iklan Ribena di TV pun adalah animated. Zaman sekarang iklan-iklan, video muzik pun nak animated, filem-filem pun nak kena ada CGI, kesan khas bagai. Bidang ni bidang berasaskan teknologi, lagi maju teknologi lagi senang nak buat kerja. Tapi itulah, nak pesan satu je, rajin-rajinkan diri kumpul hasil kerja, dokumen mana yang patut, letak kat YouTube ke, Deviantart ke (one of my biggest weaknesses). Kebanyakan syarikat animasi memandang lebih kepada portfolio berbanding gred awak.

Q: Program Animasi UiTM ambil masa berapa tahun?
A: Untuk Diploma, 2 setengah tahun (5 semester). Sama dengan Degree, 3 tahun juga. 

Q: Berapa kadar yuran pengajian program ni?
A: Dalam satu semester (untuk Degree), Tsumiki rasa dalam RM400-500 per semester, plus yuran kolej (caj berdasarkan jenis bilik). Kalau Diploma, tak pasti.

Q: Kampus UiTM mana yang ada program ni?
A: Buat masa ni, ada di UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor, sahaja. Jangan tertukar dengan Kampus Puncak Alam pula ya. Jauh beza dua-dua tu. Dah banyak kes kawan-kawan lain masa hari pendaftaran dia tersesat sampai ke Puncak Alam. Tengok label betul-betul tau.

Q: Peralatan yang diperlukan untuk course ini?
A: Berdasarkan pengalaman, Tsumiki guna Wacom Intuos model lama (sekarang dah ada model baru). 

ni yang Tsumiki pakai. (harga sekitar RM300+)

Nak tahu lebih lanjut tentang tablet2 dari Wacom, boleh klik gambar di atas. Kalau laptop/pc pula, cubalah cari yang okey terus. Yang bilangan RAM dia tinggi, sekitar 4-8 gb pun dah memadai (lagi banyak lagi bagus). Fikir gini je, lagi bagus spec peralatan yang awak pakai, kerja lebih senang, tak banyak masalah. Tapi jaga betul-betul, nanti ada orang terliur karang kena curi (serius tau). 

Jenama tu tak penting sangat. Tsumiki pakai gaming laptop, yang besar punya tu (skrin saiz 15.6 inci), which has cost me around RM3000-RM4000.

Q: Kak, saya dulu course (sila isi tempat kosong), boleh ke saya sambung course animasi?
A: Yang ni pun Tsumiki tak reti nak jawab... Sebab ada je budak matriks, budak course biotechnology la, course teater la, course textiles la (macam-macam lagi) ambil. Tak perlu risau sangat, kalau minat teruskan je. Believe in yourself. Tsumiki dulu pun course pengurusan je.

Q: Apa perisian (software) yang selalu digunakan?
A: Tsumiki suka pakai kebanyakannya dari keluarga Adobe (Photoshop, Illustrator, Premiere Pro, After Effects, Audition). Kalau masa belajar dulu ada belajar Toon Boom Studio, Toon Boom Harmony (untuk animasi 2D), Autodesk 3DsMax, dan Blender (Animasi 3D). Tapi tak silap sekarang dah mula pakai Autodesk Maya.

Kalau awak cuak pasal tak pernah pakai software ni, boleh belajar slow-slow. Nanti nak kerja pun belum tentu awak akan pakai software yang awak dah tahu. Lapangkan dada untuk belajar software baru, take it positively to enrich your skills, for you own benefits. Lagi banyak software awak tahu lagi bagus.

Q: Apakah yang saya perlu jawab apabila sesetengah individu mengatakan kos pilihan saya tiada masa depan yang cerah?
A: Tiada masa depan yang cerah? (Ingat Kassim Selamat ke apaaaaa XD). Cakap kat dia, tak baik cakap macam tu, rezeki semua tu terletak di tangan Tuhan. You never know what will you get in the future though. Bukan takde masa depan, sebab bidang animasi ni masih tengah nak naik kat Malaysia (berbanding di Jepun, Korea, Eropah sana tengah maju). Jadi sekarang ni kita boleh jadi di antara yang menaikkannya. Satu lagi, kat Malaysia kebanyakan animasi tu diorang akan fikir kartun untuk kanak-kanak je. Padahal banyak lagi awak boleh buat, cuma awak kena carilah cabang yang mana yang awak selesa dan minat untuk didalami. 

Awak kena rajin la kumpul portfolio semua. To impress your potential employers.. The most important thing is your skills. I don't have an exact answer for this question, but if you had the chance to meet the lecturers, be free to ask for their opinions. They are more experienced. (tetibe speaking)

The sad truth is... susah nak dapat kerja kalau skills tak seberapa.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

for further information about this course, boleh klik

Boleh jugak jenguk sorang blogger ni (Dia tengah ambil Diploma Animasi sekarang ni)

THANKS FOR READING~ =D

Tsumiki tau cakap je dik. Tsumiki pun takdelah bagus mana pun. Hahahahaha


26

tips untuk bakal pelajar Animasi UiTM~

Oraittt. Ada gak masa untuk blog. Baru-baru ni Tsumiki dapat pertanyaan dari dua orang adik pasal course animasi kat UiTM. hee. Terima kasih kerana sudi bertanya ye dik! I appreciate it so much :)))

(taknak share drawings ngn hasil kerja. buwokk :( hee)

Untuk pengetahuan adik-adik (cehh bajet tuaanye), Tsumiki ni pelajar semester 5 Ijazah Animasi kat UiTM Puncak Perdana. So, Tsumiki pun baru dapat tahu katanya Diploma Animasi dah buka (yeke?) soo Tsumiki rasa macam nak kongsi dengan adik-adik tentang course ni.

1) First thing first, adik2 kena mohon dulu kat UPU ye. cari course Diploma Teknologi Kreatif Animasi atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Animasi kat UiTM. Tapi Tsumiki tak pasti laa kalau dia dah bertukar nama, sebab Tsumiki dah lama masuk. So at least try cari betul2, pastikan course yang betul adik pilih tu. Sebab dah banyak sgt da kes kawan-kawan akak tersilap pilih course, pastu tak pasal-pasal dia berhenti sebab takleh bawak. Jadi hati-hati ye.

2) Make sure peka dengan pengumuman kat internet ke apa, kalau dia suruh check, check. Pastu pastikan bila tarikh temuduga tu bila dan kat mana. JANGAN TERLEPAS tau.... :3

3) Pengalaman temuduga pulak, secara jujurnya Tsumiki takde pengalaman temuduga secara berhadapan. Tsumiki dapat temuduga melalui perbualan telefon, dan Tsumiki pun tak tau kenapa (ingat aku jauh sgt agaknyaaa haha). 

4) Menurut rakan rapat Tsumiki, adik2 kena datang kampus yang adik kena datang, pastu bawak dokumen yang patut dibawa, etika pakaian kena menepati sahsiah rupa diri, pastu jangan lupa bawak alatan untuk melukis seperti kertas A3 dan pensil atau apa2 jelah. Adik2 kena cari file PDF pasal syarat2 temuduga ni, sebab dalam tu ada lah dia mention pasal semua ni.

5) Lepas tu, bila tiba waktu temuduga, adik2 akan ditemuduga ikut giliran oleh para pensyarah dari Jabatan Animasi la. Biasanya diorang akan tanya isu semasa tentang industri animasi tempatan. Pastu dia akan tanya kenapa adik2 nak masuk course ni dan apa yang adik2 nak sumbangkan pada industri nanti. Get ready yeeeeeee (^________^)

6) Lastly diorang akan buat ujian melukis. Fuhhh. yang ni memang adik2 kena tunjuk bakat melukis sepenuh hati tau! Diorang akan bagi masa, pastu letak barang atau orang kat depan dan lukis lah. Tapi Tsumiki tak tau la kalau kali ni dah lain cara ujian melukis nya. Things change kan? mweehhehee~

7) Cakap pasal melukis, korang kena asah dari sekarang bakat melukis tu, dan BIASAKAN melukis pakai traditional style (atas kertas gitu ler) dan digital style (guna drawing tablet). sangat penting tau. Ada masa ni, berlatih tiap2 hari, dan kalau boleh, beli drawing tablet siap2! Tsumiki rekemen jenama Wacom Intuos atau Huion. Saiz tu, lagi besar lagi mahal. Kalau ada banyak duit, belilah Wacom Cintiq terus. teeheeeeee XD

8) Pastu paling paling penting. Laptop/PC adik2. kalau boleh, pastikan laptop/pc adik2 power dan RAM atleast 4 gb ke atas. Brand tak kisah. Janji spec power. Tsumiki rekemen beli yang gaming terus. Mahal memang mahal, tapi senang sikit buat kerja. Kalau yang minat animasi 3D lagilahh kena power. Serius Tsumiki cakap. untuk memudahkan kerja adik2. Laptop adalah nyawa, dan jantung hati adik2 sepanjang pengajian. Rata2 rakan2 Tsumiki tertewas/extend semester di tengah jalan sebab laptop/pc buat hal atau rosak. Ini memang sangat menyedihkan dan menyusahkan adik2. Tapi kadang kalau power tetibe jeng juga apa boleh buat. Musibah bila2 boleh berlaku. Tsumiki kalau laptop mula buat hal sket memang boleh berair mata ohh. Sakitnya tu di sini~~

9) Pasal software pula, buat masa ni, untuk animasi 2D, pensyarah akan ajar Adobe Photoshop dan Toon Boom Studio 5. Kalau untuk animasi 3D, software yang diajar adalah Autodesk 3Dsmax 2010 atau Blender. So kenal2 la software ni sebelum masuk ye. Time belajar pun adik2 boleh je nak pakai software yang memudahkan kerja adik2, tapi yang 4 software ni mesti kena tahu at least. Untuk memudahkan adik2 faham interfacenya. Para pensyarah takkan ajar semua, ada sesetengah adik2 kena cari tutorial sendiri kat mana2 dan belajar sendiri.

10) Last sekali..... ni yang Tsumiki nak pesan kat adik2 yang berminat nak ambil course nih. Adik2 kena ada KESABARAN, KERAJINAN dan KETELITIAN yang tinggi untuk menghadapi course ni. Sebab assignments dia mungkin banyak, bertulis pun ada, melukis pun ada, pakai software pun ada. Adik2 kena tekun, kena rajin, jangan malas2. Jangan sesekali tangguh kerja. Sekali tertangguh, memakan diri. Pastikan kerja ikut minggu yang pensyarah dah tetapkan. Kerja kena kemas, jangan comot-comot.

Alriteeeee. Rasanya uhhhh penat gak menaip huh. Banyak sebenarnya nak kongsi, tapi Tsumiki prefer adik2 alami la sendiri dan rasailah sendiri perjalanan bergelar pelajar Animasi ni. Tak susah pun kalau kita betul2 gigih usaha. Lagi2 kalau adik2 dah minat, Teruskan! jangan mengalah tau... jangan rasa takut nak ambil.. Kalau minat, suka melukis, suka buat cerita, suka buat komik, suka animate, teruskan dengan bidang ni! Abaikan kalau org cakap bidang animasi ni tak hebat macam bidang lain la apalah.... It's your choice, not theirs! Good luck ye adik2. :P


MAJULAH ANIMASI NEGARAAAAAAAAAAAAAAAAA AARGRHHHHH XD

102

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com