Pages

kerosakan FB

FB aku rosak dahhhhh

rosak kenapa? dah kenapa rosak? haiyyaaaa. bukannya rosak laaaaaa

rupanya aku baru tersedar something. kat ruangan Settings > Language kat FB tu ada bahasa English (Pirate). jadi, dengan rendah hatinya aku try la tukar bahasa.

terus poooopp! dia jadi cam gini

memang lanun betul ni.
nampak gaya macam takdela rosak. kepala otak kita macam nak rosak baca bahasa lanun ni. arr!
muka merah tahan gelak. try to figure out ape aku buat sebenarnya ni.
pastu aku log out


bahasa ni memang wujud ek

okey aku gelak kehkehkehkeh. aku cuba berfikiran positif yang Mark Zuckerberg ni cuba menghargai kewujudan lanun2 yang mungkin ada akaun FB di dunia ini

derrrr. lanun ada FB jugak ke?
okey2 log in balek.

tak paham

apa semua ni?

pastu bukak notification plak

tetibe rasa cool gila ayat dia

eh aku baru sedar ke ape??
aku baru tahu ke pasal ni???

??

share post je pun. lol.

eh sejak bila aku ada kapal?

korang cubalah. macam best jugak. hmm, selain daripada bahasa lanun, ada jugak bahasa tonggang terbalik.

=="

kena baca satu2 ni. nasib baik da slalu bukak fb, lagipun dah trhafal posisi ayat dia *cehh* pastu tukar balik bahasa lanun. nak cuba pakai dalam masa seminggu. kot2 la boleh gelak2 menggila sorang2 dalam bilik. cuti pun dah nak abis, so ini je peluang nak main2. hehe

oklah. Tsumiki dah nak masuk degree dah 1hb mac ni. nak kena berangkat ke KL dari ganu 28hb feb. semoga urusan kita dipermudahkan, amin! :)

2

gudbai mee segera.

heshhhhhh update lambat2 lagi haaaaa!
pemalas betul punye budakkkkkkk.

tengok tajuk. mee maggi. mee segera. insten nudels. rambut alleycats. haaaa. sheshedap maner pown makanan nieyhhhh, tapi tahu tark ia sangat dangerous utk uolls? *gediks siot

aku pun suka makan. boleh dikatakan hampir setiap hari maggi akan dijadikan santapan untuk perutku yang sungguh besar mcm mulut gajah ni. tapi sekali makan, kenyangnya sekejap. so makan satu lagi paket maggi.

perghhhhhh ketagih ke tak ketagih namanya tu?? :O

biasalah. university student. hidup tak menentu. cari makanan, asal dpt makan je la. jimat pitih katanya. but sekarang tengah cuti kat rumah ni. makan maggi jugak. kadang2 ummi masak lauk pun makan maggi jugak. lol

so, by the way korang tahu kan pasal fakta ni?

perasan

scary de mary kan. sejauh mana kebenarannya tu, mungkin aku tak berapa tahu sgt. lagipun aku bukan nutriologist. tapi yang mmbuatkan aku percaya bila ada jugak kes2 beberapa orang yang mengalami masalah kesihatan yg mungkin berpunca dari pengambilan makanan segera ni - especially MEE SEGERA. organ dalaman rosak la, kena kanser la.

well, memang semua tu kita tak jangka, sakit mungkin akan dtg bila2, only God knows kan. tapi kena ada usaha untuk elakkan juga la ek ^_^

kesan buruk pengambilan mee segera ni pun bukan terjadi kat orang lain saja malah kat aku sendiri. rambut banyak gugur, kurang air, pelupa, sakit perut, sakit pinggang, cepat letih etc etc. paling teruk effect kat rambut aah. mau tak kering rambut gua. memang takde beza dengan sabut kelapa! T_T

jadi!!! sekarang.. dah nak hampir 2 bulan Tsumiki Hajira memutuskan hubungan chenta dengan mee segera. 

T_T

2 bulan? oh mai gawdddd. 2 bulan dah tau. 2 bulan bunyi mcm sekejap, realitinya macam 2 tahun.

T________T

phewww ramai jugak org terkezut bila dapat tau kita dah tak makan mee segera. iyelah, kita femes dgn mee segera je. memang takde mee segera yang kita tak penah mamam.

so cara-cara nak jadi macam Tsumiki ni senang je.

1) tahu bahaya makan mee segera

macam yang aku dok membebel kat atas ni haaaa - itulah antaranya. try to search for more. kalau rasa masih sayangkan maggi, try la search kat google "kebaikan makan mee segera".

terima kasih google

so cubalah baca setiap info yang ada. macam aku, aku ni cepat gelabah sikit bila cakap pasal benda2 berkaitan kesihatan ni. 

2) jangan beli satu pack pun. puihhh.

dulu, setiap kali pergi shopping dgn ummi, mesti, WAJIBBBUULLLLL GHUNNAHHH beli satu pek maggi mee kari. perghghghgh hhohohoooii! dalam masa seminggu rasanya memang boleh habis satu pek tu.

sekarang dah lain. kat pasaraya nampak je mee segera jeling je. memang dah takde perasaan dah kat mee segera ni, sorry mee segera, i don't love u anymore. :'(

tapi masa awal2 nak stop makan dulu, ayoyoyoyoo memang seksa laaa. nampak mee segera berbaris kat rak tu macam nak taknak je ambik. so lari je la. :'(

*alahai, macam filem putus cinta lols


3) gantikan dengan makanan yg lebih baik.


makanan yang berkhasiat memang la kadang2 tak sesedap mee segera tapi demi kesihatan, kena makan jugak camne pun. untuk aku, aku just try makan oat, roti, minum susu, makan sayur banyak2 untuk gantikan mee segera ni. oat pun boleh tahan jugak, kat kedai tu pun ade je oat segera dalam pelbagai perisa. yelah, bila cakap pasal makanan segera tak semuanya berkhasiat.. tapi at least boleh la gantikan mee segera yang sungguh tak berkhasiat tu.


ini antaranya

one more thing, aku pun minum protein drink jugak untuk alas perut. 
lagi penting lagi, minum air putih banyak-banyak tau.

#               #              #                 #                 #

simple kan, tu je caranya. senang kan? 
*senangla sangat -.- *
cuba try la. gerenti menjadi punye. tiga je cara, yang selebihnya terletak pada diri sendiri.
sekarang ni tengah paksa diri untuk bersenam pulak.

hari tu post pasal kulit bersinar. hari tu jugak post pasal diet. nampaknya blog ni dah boleh jadi blog under kementerian kesihatan.

5

diet caraku

sedap bak hang!!!

dari dulu lagi berusaha untuk kuruskan badan dan turunkan sikit berat badan supaya tak terlebih berat.
usaha punya usaha gila gila research kat internet. cuti memang lama, so duduk kat rumah memang cari macam2 cara utk menyihatkan badan kembali, sebelum beberapa minggu lagi nak masuk degree.

bila dah masuk degree memang dah tak layan diet2 utk turunkan badan ni haaa. apa je kat depan mata terus sapu je. confirm.

tapi dengan cara diet ni memang agak berkesan tanpa aku sedari. daripada berat 56kg sehingga sekarang dah 49kg. dan akan diturunkan lagi sampai tinggal tengkorak. uhuk uhuk

meh nak share la sikit diet cara Tsumiki Hajira yang tak berapa nak diet sangat ni.

*drumroll*

1) waktu dan kuantiti makan yang sesuai

bagi aku, first thing nak ubah adalah waktu aku makan. kadang2 makan lepas tu tidur. kadang2 makan lepas tu mandi. tidur atau mandi lepas makan boleh buncitkan perut. sapa yang nak perut buncit omey2 boleh la cuba ye.

orang selalu ingat diet ni TAK PAYAH MAKAN LANGSUNG supaya boleh kurus dengan sekelip mata. oh no, you're wrong bebeh! berat badan lagi la cepat naik kalau buat macam tu. cara yg betul berdasarkan apa yg aku research ialah makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. bukan TAK MAKAN LANGSUNG. contohnya, makan roti sekeping ke dua keping ke. jangan makan sekali 3 pinggan nasik pastu makan lagi dan lagi sampai perut dah jadi belon yang meletop kebaboom tu.

aku trylah buat macam tu, dan dapatlah kawal diri yang nafsu makan tinggi ni kan. haha. biasanya dalam sekali sehari je aku makan makanan berat, macam nasi berlauk ke, nasi goreng ke. yang lain makan roti sekeping, makan oat ke, cereal ke, nestum ke ataupun produk2 shake yg mengenyangkan.

sekali dah makan, berhentilah sebelum kenyang. asal perut tu terisi dan tak berlubang disebabkan byk asid dalam tu. ingat! makan ketika lapar je. bila dah makan, tunggu minimun 4 jam kemudian baru boleh makan lagi. bila dah makan, jangan terus tidur! hahahhahahahhaha

2) minum air kosong

hahaha
masa berat badan aku 56kg dulu, aku sedar masa tu aku suka gila minum air manis2. air berkarbonat macam 100plus ngn mirinda tu. perghhhh aku ni memang suka gila gila gila minum air tu sampai kadang2 tiap2 hari rasa nak minum dah mcm ketagih

bila dah ada kat rumah, stok air kosong memang banyak. mula2 memang tak suka minum air kosong sebab bila minum, rasa hidup aku ni kosong sgt -.- aku paksa diri minum air kosong je setiap hari sampai sekarang, air manis tak sentuh dah, sebab apa, utk turunkan berat badan dengan cepat, memang kena minum air kosong banyak2. tapi ingat, kalau 24 jam minum air kosong pun kekadang takleh juga, sebab body pun perlukan gula utk tenaga. kalau tak minum air kosong, aku minum fresh milk atau air milo.

3) hentikanlah makan maggi

okehhhhh this is the TOUGHEST part. aku ni dahlah peminat fanatik maggi, semua jenis maggi mamee cintan cintun citiok cucuk semua aku pernah sapu since duk asrama sekolah menengah. sampai kawan panggil aku ratu maggi dan Masterchef Maggi. memang sedap makan maggi, dan senang dihidangkan. bila tiap2 hari dapat makan maggi aku rasa bahagia sangat seolah2 di syurgaaaaa

sampailah aku dikejutkan dengan fakta yang mengatakan maggi memang bahaya utk kesihatan. mula2 buat2 tak kisah, sebab I will never leave u my maggi sayang buchuk buchuk. I akan buat apa saja asal I dapat makan u.

pastu ada plak fakta maggi boleh menyebabkan kegemukan...

omg

maka dengan itu, aku stop. aku tahan dan tahan, memang seksa gila la bagi seorang pemakan maggi tegar macam aku ni. ohh

4) motivasi itu penting



nak berdiet biarlah motivated. jangan sekejap diet, pastu makan banyak2, pastu diet balek. bak kata Ummi, tak istiqomah ler tu. nak diet ni biar istiqomah! jangan on off! biar dah start, habiskan sampailah dah capai berat badan yang diidam2kan tu.

macam aku, aku niat nak turunkan badan sebab diri sendiri. bukan sebab nak body cantik pastu nak tonjol2 kat org. just want to preserve my healthy lifestyle pastu nak berlatih makan benda2 yg menyihatkan.

jangan ikutkan nafsu. nampak cheesecake, air liur meleleh. nampak big apple, air liur mengalir macam air paip. nampak pizzahut air liur dah macam air terjun. bawak bersabar nah! air liur meleleh okey lagi tapi jangan makan sudah la. nak makan boleh, tapi lebih baik jangan hahahahahah XD

5) sayur, I LOVE YOU.

kawan2, jom makan saya!

fuhhhhh dulu aku memang tak sentuh sayur ni. bila tak makan sayur, body pun tak cukup nutrien, rambut rosak la, luka susah nak sembuh la dan sebagainya. aku cubalah berusaha melatih diri ni makan sayur sikit. Alhamdulilah, sekarang dah boleh makan daa.

kadang2 latih diri untuk pastikan dalam satu hidang makanan yg akan dimakan mesti cukup segalanya. protein, sayur, karbohidrat semua. *perghh dah mcm doktor* kalau ikut cara yg selalu dibuat, aku akan cuba makan nasi berlauk dengan ulam-ulaman cicah budu. perghhh dah la sedap pastu bagus utk kesihatan. :)

(^ ___________ ^)

jadi tu jelah caranya. tak susahpun sebenarnya. kalau nak turunkan berat badan, kena kuat semangat nah.

LET'S LOSE SOME WEIGHT. AYUH!

*winks*



6

Degree Animasi.

bila sebut chinese new year, teringat dulu aku lahir masa chinese new year. 23 januari 1993. yepp. pastu masa form 3, 23 januari 2008 tu hari thaipusam pulak. mau tak kena sindir hari jadi aku ni hari satu malaysia hahahak.

jadi, selamat menyambut HAPPY CHINESE NEW YEAR!

kuda hikkkkhok

dalam badan ni ada lah sikit2 darah campuran Cina sebelah arwah moyang, tapi takdelah kita ni nampak cina sangat. cakap cina pun tak reti. takpe2, nanti nak belajar bahasa cina.

sedang masyarakat Cina gembira dan teruja menyambut hari yang sungguh bermakna ini, aku pula mengalami anxiety attack.

anxiety attack mende plak ni hoi. tengok calender henpon tunjuk dah masuk 30 januari. oh no. keputusan permohonan degree yang aku pi temuduga hari tu. oh no. oh mai. oh no no. oh no sha la lalalalala na nanana.

ayyo
selalunya kalau nak bukak result exam ke, result ape2 saja ke mesti beberapa jam sebelumnya tu tidur tak lena, mandi tak basuh. tak taulah apa jenis penyakit la ni tapi aku panggil anxiety attack. memang satu attack la kan sampai gila menggigil depan laptop bukak result online macam ni. serius, memang takut gila kebaboom. bukaknya sekejap je, toing! terus terpampang kat skrin. 

( ^ _^ )

oiiihihihiihihihiiii legaaaa. Alhamdulilah Alhamdulilah dapat jugak. Ijazah Sarjana Muda Animasi :D
fuhhhhh memang jantung yg tadi dah nak tercabut tak jadi nak tercabut

amboi

acano tak takut, time interview hari tu memang gelabah gila la. interview pun melalui phone je. pastu interviewer tanya lain, aku jawab lain. melalut je semua. soalan dia lebih kurang macam ni,

"apa pendapat awak tentang animation industry kat Malaysia ni"

lepas abis je interview terus rasa down sebab tak mampu nak suarakan apa yang aku patut suarakan. pastu interviewer kata, 

"ok, biar saya tengok lukisan2 you dulu, kalau lukisan okey, boleh la saya masukkan you ni"

nak hantar lukisan, portfolio dgn dokumen ke fakulti pun satu hal. punyalah paranoid sgt nak pos takut tak sampai pada masanya, pegi sana terus hantar by hand. fuhhhh selain tu memang struggle tau nak masuk bidang ni. nak kena master software itu, software ini. to be honest, aku tak terer mana pun, setakat tau buat 2d animation, edit dan photoshop gambar, pandai lukis2 je. penat tak penat tapi dah minat, betul2 nak belajar so that nanti boleh la hasilkan karya sendiri. 

i know it is a little bit late la utk belajar tapi bagi it's never too late to belajar. lagipun aku teringin sangat nak belajar animation! harap tercapai insyaAllah :)

happy sgt yeay! same campus yeay! i miss Puncak Perdana so bad! :''D

UiTM ke, UPM ke USM ke ape saje U tak kisah la asalkan kau belajar! menuntut ilmu tu kan satu jihad jugak.. wajib bagi seluruh umat Islam tau.

tempat kat mana kita belajar tu tak kisah, mana2 pun kita boleh berjaya asal ada semangat dan cita-cita! :)

hmm.. to those yang tak dapat, jangan sedih. try again and again! teruskan kejar cita-cita dan jgn putus asa. Allah knows the best for us!


tajuk post mcm tak kena je hahaha lols

15

dah 21 ye?

ayuh kawan2 hari ini adalah

HARI JADI KITAAAAAA WOHOOOO YEAHHHHHH

yeayyyyyyyyyyyy

UMUR KITA DAH 21 YEAHHHHHHHHH

*lompat sampai tebus bumbung*

tak sampai bumbung pun

seperti biasa, masuk je pukul 12 malam 23 januari ni, memang happy gila tak terkata. pastinya senyum sorang-sorang macam orang gila. seperti biasa, akan melekat depan laptop ngadap facebook balas semua ucapan selamat hari jadi kat timeline, tunggu sapa bagi hadiah, akan syiok ngadap henpon membalas msg dan call dan juga msg dari maxis yg mengatakan saya dapat call free pada hari ini!!!!!!!

dan proses ini akan berulang setiap tahun.

google pun wish jugak

hahahhaa sebenarnya tak kisah pun siapa wish siapa bagi hadiah tu. cukuplah sekadar mengingati saya dalam doa anda... *ceh ayat please la

apepun, bersyukur sangat sebab diberi peluang lagi menghirup udara yg semakin tercemar di dunia ini. thanks Allah, Alhamdulilahhh. rasa macam tak percaya dah umur 21. rasa tua sangat. rasa macam baru tengah sekolah lagi. rasa macam tengah hisap susu lagi.

rasa macam tengah makan aiskrim paddle pop lagi. rasa macam tengah naik basikal pakai shorts rambut pendek lagi. rasa macam.. haish penat la pulak

seperti biasa juga, mesti adalah goals yang ingin dicapai sejak dah berumur 21 tahun ni


#be better person and be closer to Him
#struggling more for success in world and for afterlife
#harap jadi lbih matang dalam kehidupan 
#belajar rajin2 masuk degree nanti 
#try to do more healthy lifesytle 
#last sekali, sebagai seorang perempuan sudah tentu ingin maintain kurus.



woi takleh imagine kalau dah gemok cenggini

Alhamdulilah berat badan dah stabil. bila berisi sikit memang nampak kat muka. setelah healthy diet dan kurangkan makan banyak

yang bestnya pada malam hari jadi aku ni Luna mengiau2 macam mintak tolong. dia pergi mengiau dekat Putih dulu tapi Putih buat donno je. Luna mengiau2 kat aku, pastu trpandang macam ada sesuatu je kat buntut dia. toing mentol menyala, okey budak ni nak beranak! yeahhhhh. terus grab kotak cepat2. Memang aku temankan dia la masa nak beranak tu. tengok sekor2 keluar semuanya warna putih. T_T

warna putih lagi? T_T

yeay kawan baruuuuu

kesian Luna, macam biasa bila kucing beranak kan dah jadi termengah2, penat sangat kan. T_T

Luna mesti nak bagi hadiah kat mama dia ni. dia tak tahu nak bagi hadiah ape so dia 'hadiahkan' kita 3 ekor newborn kittehs~~ :') thanks Lunaaaa :D sekarang ni tengah fikir nak bagi nama ape pulak.

pastu abah ngan umi pulak duk tanya2, nak hadiah apa? aku segan lah nak cakap walaupun ada bnyak benda aku nak. tengah borak2 pasal hadiah besday ni boleh plak abah kata

"hey budak ni dah 21 tahun da ni. boleh kena heret pergi pejabat pemilih daftar pemilih ni"

hmmm okeylah abah


*winks*
11

childhood please come back

mengelamun mengelamun dan mengelamun sampailah teringat zaman kecik dulu macam2 hal.
ya Allah rindu gila masa kecik2 dulu! T_T how i wish childhood please come back to mehhhhhhh

jangan tipu laa kalau korang pun rindukan benda yang samaaaaa

jom naik mesin masa doraemon jommmmmm! :D

1) cartoons.

zaman2 tadika dgn sekolah dulu. pagi2 kekadang ada kartun. Tom and Jerry, Bunny, Tweety, Felix semua tu la. kekadang Dragon Ball. kekadang Sailormoon. pastu Cardcaptor Sakura. Pokemon. Digimon. Shin Chan. Doraemon. fuhhhhhh memang aku beku depan tv masa pagi Jumaat ngan Sabtu.

pingu

Teletubbies pun aku layan jugak. hahahahahahhaa ^ ^"

Usop Sontorian, Anak-anak Sidek, Kluang Man. INGAT LAGI TAK?
perghhhhhhh memang aku dah jadi patung cendana depan tv :D

hahaha teringat dulu pernah berangan nak jadi Bezita.

2) wuxia and chinese dramas.

dont tell me you dont know what wuxia is. mungkin ramai tak tau term ni tapi orang suka cuma tak tau apa benda tu sebenarnya. ok, wuxia tu cerita cina zaman dahulukala. alaaaaa yang kungfu2 terbang situ sini tuuuu XD ya Allah aku rindu sangat nak tengok cerita2 cina ni dulu!!!! warghhghghhh

ada 3 sebab kenapa aku mengagumi wuxia ni. i) jalan cerita menarik. aksi pun menarik. kadang2 ade unsur humor. ii) kostum and set cantik! it looks real and amazing. iii) pelakon dia mantoppp. yang hensem tulah yang aku tak tahan T_T

yang aku ingat, aku tengok sampai habis cerita2 ni. cerita favourite kita - Square Peg. Perish in the Name of Love. Witness of Prosecution. Gods of Honour. A Step in The Past. Storm Rider (ni syiokkkk gilaaaaa). The Legend of Condor Hero. Whatever It Takes. Lofty Waters Verdant Bow. Wars of In Laws. My Fair Princess. aaaarghhhhh dan banyak lagi laa. yang bukan wuxia pun best juga.

bapak besar hahahaha

tepat pukul 6 ptang, isnin-khamis. balik je dari kelas kafa terus bukak tv3 hahahahaha. ish3 -_-
best sangat cerita dulu2. padat dgn mesej dan action yang smart2. walaupun masa tu HD pun tak wujud lagi. Astro pun family tak subscribe lagi.

tapi.. asal sekarang dah tak best haa? :'(

3) dramas and tv shows.

dulu aku minat gila tengok drama Melayu. sekarang dah kureng sangat. yelah, asyik2 adaptasi novel, asyik2 cinta kahwin paksa lepas kahwin cinta korporat la ape benda la. aku pun suka baca novel Melayu tapi not these type of novels... konsep klise sangat... maaf cakap (just an opinion, jangan marah Tsumiki ek :p )

adaptasi novel memang banyak agak trending sekarang ni but only love stories. why don't buat adaptasi novel thriller pulak. Tombiruo tu ke, Bagaikan Puteri tu ke, Semangat Hutan ke (fulamak Ramlee Awang Murshidddd sangattttt)

drama english pun. aku sangat suka tengok Honey I Shrunk The Kids, Nightman, Night Vision, Charmed, Angel bla blalalallaa dadidu didadu.

still remember drama Cinderella, Romeo dan Juliet, Salam Taj Mahal, Cili Padi, Senario and many more.. haiyooooo makin disebut makin rindu der. Ahmad Idham hensem sangat masa tu lol. and ingat lagi tak ada sorang artis budak2 ni nama dia Siti Musliha? dia pun memang femes la masa tu. ada satu drama dia berlakon, cerita dia sedih bangetttt T___T

hmmm what about rancangan kat tv. A,L,O,N,G, ALONG! pastu Siti Sifir. thanks Siti Sifir, i got sifir in my heavy brain because of youuuuuu hahahaha X'D

i wish i can marry Along

4) video games

tak payah cakap aahhhh pasal video games. sori lah perempuan ke laki ke main jugak video games ni. cuma beza laki main lagi hebattt (true story kan)

anyone has tried Duck Hunt? Mario? pastu game sukan2 tu?

tembak itik tak kena pastu dia gelak -.-

pastu game gaduh2 tu. haihhhhh. ce check blog ni. mostly video games yang aku pernah main tu ada kat sini ^_^

5) gajet

dalam kita leka dibuai arus modenisasi ni sebenarnya kita terlupa DISKET sudahpun lenyap dari pandangan (CEHHH AYAT STAILOOO)

wehhhh dulu suka nor pakai nak simpan file tapi tak muat. pergi download pun kat cybercafe aje. sekarang Alhamdulilah dah ada laptop

henpon pun besor2. radar siap boleh tarik panjang pendek lagi tuuuuuu. brick game, video game, pastu ada satu benda ni. macam telur, kita panggil tamagotchi tapi tak tau apa nama melayu dia. 

bajet cangggih ha tu.

6) makanan dan cikedis

kat tempat kita orang panggil cikedis. ada orang panggil jajan. dalam kamus english dia panggil junk food. ummi marah memang tak elok tapi makan jugak. haha

banyak lagi. tak larat nak carikkkk huwaaaa

dulu masa sekolah rendah naik basikal pergi balik. emangnya selalu ke kedai membeli benda2 yang tak sepatutnya... memang tak reti nak simpan duit. duit lebih belanja sekolah beli air la, beli gula2 la, beli jajan la. sampai tauke kedai pun dah kenal muka kita ni haa

gi mana2 pun naik basikal. memang rindu nak naik basikal. rumah kat dalam pekan tepi muara laut Kuala Besut je, senang nak pergi kedai semua tu. sekarang dah pindah, rumah kat taman perumahan yang sunyi sangat. hanya boleh dengar bunyi lembu dengan kambing jeee

T____T

takpelah. life must go on

4

anak sedara

hahhhh! terhegeh2 lagi nak update. dah ada blog tak gheti2 nak update ke???

*tak pasai2 marah diri sendiri kan? heee

just nak post pasal anak sedara. yeay! Tsumiki Hajira dapat baby lagi tanggal 7 Januari lepas.

hahaha bukan kita yang beranak. dia anak sedara baru kita ler! XDXD

sumpah kiut gila
nama dia Che Muhammad Akid Farish~ <3

ohh, saja nak gtau, keluarga aku ada gelaran 'Che' kat pangkal nama... so nama betul aku pun ada 'Che' jugak la.

Adawiyah, anak sedara pertama.
 budak ni femes dengan rambut maggi dia. macam buat kat kedai uolls. suka benor ngadap galaxy tab tengok kartun atau main game. tapi sayang rambut dia kena potong sebab kepala asyik gatai2

Afiqah, anak sedara kedua. adik Adawiyah.
suka betul dengan rambut dia ni. curly hujung2. lain sikit dari kakak dia berambut kerinting habis. muka kpop sangat. dia ni dengar muzik je terus berjoget. hehe 


Afif, anak sedara ketiga. 

baby Afif ni pulak anak sulung kepada abang yang merupakan anak sulung dalam family Tsumiki. budak ni banyak songeh tapi handsome. besar nanti hebat budak ni. lol

so.. sekarang ni, termasuk dengan baby Akid sekarang dah ada 4 orang anak sedara! 2 laki, 2 perempuan! Adawiyah, Afiqah, Afif dan Akid! yahooo yabababaribaaa! dah boleh buat group kpop dah ni. bukannya apa, teruja terlebih sebab rasa meriah la family bila bertambah2 orang baru.. nampak lah kat situ family kita berkembang2 kan. daripada 6 orang adik beradik Tsumiki, 4 orang sudah selamat mendirikan rumah tangga. tinggal aku dengan my dyslexic sister. 

first time dapat anak sedara memang happy gila tahap terjun kolam la. ingat lagi masa tu tengah ting tong fikir pasal result SPM. hari selepas amik result SPM, memang keciwa sangat lo. tapi keciwa tu hilang pabila dapat anak sedara lol

mula2 kekok la dengan bebudak2 uwek2 dalam rumah ni. sejak dah ada anak sedara ni dah pandai la main2 dengan baby dan budak2 kecil. time takde anak sedara, tak reti jaga budak. dukung pun tak reti. alaaa biasalah, anak bongsu kan :p asalnya aku memang tak suka budak2. nampak je budak yang mengada2 aku terus marah. haaa menangis budak tu, aku tak kisah langsung. kalau aku jadi cikgu, confirm murid2 semua berhenti sekolah. bekeng katanya.

no wonder la budak menangis.

bila dah ada anak sedara, dah makin sabar la layan budak2. haihh, hikmah Tuhan kurniakan anak sedara ni kan, banyak benda baru kita belajar. kita belajar dari orang lain, bolehlah kumpul2 sikit2 nanti dah ada anak sendiri nanti insyaAllah.

lepas ni kakak Tsumiki Hajira, Cikgu Mah bakal menyusul pula.. insyaAllah bulan 8 ni dapat sorang lagi.

rezeki Allah siapa tahu kan.

syukur padaMu Ya Allahhhhhh :D

nak letak gambar baby kita jugak.
2

Luna seakan sepi

fikir masa depan

Luna Carina semakin sarat bunting sekarang. ni dah kali kelima dia bunting, semua anak2 dia tak hidup lama. cian Luna. isk isk

Luni Carini, Pupu Capunto, Kabi Ricardo, Labu Ronaldo, Lunina Noni, Pipi Papaya, Puma Kadana..
ramai lagi tapi mati sebelum nak daftar nama kat jpn

takpe la Luna, beranaklah selagi kau boleh. haha

taulah sexy tak payah nak tunjuk body sgt la

perut dah bulat sangat. lebih besar dari biasa. nak masuk rumah, lalu celah lubang pintu gril pun sangkut. sebab perut besar sangat. 4-5 ekor jugak la ni

macam biasa, Abah dan aku akan sediakan satu kotak khas utk dia beranak nanti. lapik dengan tuala buruk pastu letak kat tempat yang tersembunyi sket. kekadang kat luar rumah. kekadang kat dalam rumah.

satu hari letak kotak dekat luar rumah. tengok-tengok Luna dah beranak dalam tuuuuu XDXDXD
awwwwww happy gila! ada 4 ekor wo! memang happy sangat dah ni sampai nak angkat kotak tu dan baling



nak try gosok2 dan ingin zoom lebih dekat then bila tengok dia berpaling padaku...



OH, KUCING LAIN RUPANYA.

rasa macam pernah tengok ibu kucing ni. corak kat body pun saling tak tumpah dengan Luna.

(GARU KEPALA)

sooo nak jadikan cerita, nama kucing ni Meknab. ni kucing betina datang dari mana ntah. sebelum ni dia selalu curi2 datang rumah pastu gaduh dengan si Luna. akhirnya aku find out yang dia ada affair dengan si Putih. kiranya Meknab ni macam orang ketiga la dalam rumahtangga Luna dan Putih.

pernah sekali Meknab tengah lepak dengan Putih bawah kereta Ummi. sekali Luna ternampak, pastu apa lagi, Luna mengamuk la. terus gadoh dengan Meknab tu. Putih pula undur diri, tengok dua-dua bini gaduh macam tengok wayang

Meknab ni mungkin boleh jadi sedara Luna jugak la kot. Sebab corak bulu nak dekat sama, dan muka pun. Yelah, Luna ni pun asalnya liar jugak, kena bela dengan orang pastu kena buang pastu kita jaga sama dia. Meknab pula dapat nama Meknab sebab Ummi yang kasi nama Meknab tu. Dia nakal sangat sampai Ummi marah-marah terus panggil dia Meknab.

amboihhh punya la lawa nama Luna Carina, yang ni pulak namanya Meknab. Meknab? bunyi dia macam hape

takpelah, dah terberanak dalam tu nak buat macam mana kan. cari kotak yang lain la utk mu Luna. takut jugak si Luna nampak Meknab nanti dia mengamuk lagi haha

sabar ye luna
5

#throwback Diploma

pun tengah membelek2 gambar dalam hardisk lagi.
boring sgt dah ni, tengah nak tunggu ambik lesen, degree masuk bulan mac 2014 *insyaAllah
aduihhhh
penantian itu satu penyiksaan! grrrrrr -.-

nak kerja tapi tak tau plak nak kerja apa, family suruh amik lesen dulu la plak. so sekarang ni tengah struggle amik lesen grrrr!

haihhh rindu la plak dengan kampus. and also my faculty - Fakulti Filem Teater & Animasi (FiTA) UiTM. after almost 3 months holidays :'D

gonna share some of trobekshshshshsh 

katil, bilik dan bilik kuliah.

tempat tidurnya perghhh Alhamdulilah boleh tahan. cadar bertukar2 tiap2 sem. macam rumah gitu. belajar kat FiTA ni bukan belajar dalam bilik kuliah je, dalam studio uolls. hehe

meja aku dan lappy kesayangan yg boleh bercakap. k tipu je
meja pun bertukar tiap2 sem. dah tiap2 sem kena tukar rumah memang la bertukar2. memang akan hias meja ni. takleh tengok benda kosong. nak jugak kena ada kaler2 gitu. samalah dgn perut. kena isi selalu. hahahaa. 

*semua benda nak letak dialog =="

semangat kolej uitm

takleh blaaa setiap akhir sem memang gelabah nak kumpul kupon. yelah, takde tempat berteduh la kalau tak dapet kolej UiTM ni. terima kasih UiTM. teehee

geng baru
kat UiTM Kampus Puncak Perdana nihh memang femes dengan bilangan kucing yang tak terkira banyaknya. mula2 terkejut jugak sampai tahap tak sedar diri sebab excited sgt tengok kucing2 comel ni. cuba bayangkan, pergi kelas nampak kucing, balik kelas pun nampak kucing, mana2 pun sekitar kampus ada je kucing. time tengah lecture pun ade je kucing masuk nak join sekali. lols XD sapa yang suka gila kucing tu, meh la masuk UiTM Kampus Puncak Perdana. *promote*

sekor yang sesat -,-
yang ni comel gila. anak kucing. nengok dia sorang2, kesiaannnnn. kawan bawak balik terus bagi nama dia Tot Tot. dia ni suka betul lepak atas katil aku. pastu hilang mana ntah. T_T

okey. teringat mendiang kucing2 aku sekalian. T_T

ni baru sikit.
lagi satu, awal2 masuk sini banyak betul event. Puncak Got Talent la ape la, aku join je. best! pengalaman tuuuu. Masuk flashmob (tarian beramai2) la, join teater la, join produksi, best gilerrrrrr. menang tiap2 sem ade je event yang best. pastu lepak2 kat kedai makan. kat kampus aku kedai makan yang ala2 food court mesra dipanggil kandang. hahahaha

classmates 2011-2013
benda yang takleh dilupakan -  classmates la uolls. Diploma Pengurusan Seni 2011-2013. macam2 kerenah diorang semua ni. suka duka pahit manis tawor pedas semua ada dengan diorang. buat event sama2, buat presentation2, gelak2 time lecture semua. aishhh rindu la plak

teater teater dan teater. <3
paling penting.. once you're a FiTA student, memang tak menang kaki tengok teater... mula2 blur tak tau mende la pasal teater ni, bila dah selalu tengok show teater, rehersal semua, terus suka tengok. sanggup tau beli tiket tu! memang tiap2 sem akan ada pertunjukan teater dan memang aku akan pergi tengok la kalau aku ada masa terluang. :D but believe me, you're gonna fall in love with theatres! and used to have a crush on a theatre student wakakakakaka XD

lagi paling penting...

kawan kawan
kawan2 yang banyak support dari belakang, tepi, atas, bawah. ni lah kawan2 aku yang sentiasa bersama dengan aku tak kira guruh mahupun ribut, presentation, assignment bersama2. degree nanti sorang je yg tak sambung course yang sama, termasuk la aku, but still akan jumpa insyaAllah. friends forever la katakan

tengah tunggu tawaran degree nih. mintak2 la dapat, aaamiinn :D

9

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com