meow meow #2

hari tu kemain post pasal kucing2 kesayangan... 

previous post pasal diorang ---> meow meow #1

selalu kita mendengar, yang terindah hanya sementara...

saat gembira juga akan hilang juga...

kucing2 aku pergi macam tu je

ini dah kali ke berapa? oh why why why??????

*nanges berbaldi baldi*

tsumiki nak share... kan hari tu duk cerita pasal 5 ekor kucing yang aku bela. 3 ekor dah mati, sekor mati tak tau sebab apa, 2 ekor lagi mati sebab kena virus (parvo kot)

nak cakap aku tak pandai jaga kucing, tak tahu la kot. bila diorang lapar, bagi makanan. bila diorang sakit, bawak pi jumpa vet. bukan tak care langsung. biasalah kan, dah ajal diorang nak buat camne haa

T_____T

dalam kenangan

sekarang dah tinggal 2 ekor, nama si Puteh Fernando Jose dan Luna Carina. yang mati tu Pupu Capunto, Pipi Papaya dan Lunina Noni... Pupu dah nak jadi adult cat da, memang manja gila dengan aku. time aku tengah duduk rilek2 boleh je dia naik atas kerusi duk purr2 sebelah aku. haishhh aku sayang betul ngn dia ni. Pastu ada satu masa ni, dalam 3 hari Pupu tak balek rumah. aku takde la risau sangat masa tu, sebab dah biasa kan jaga kucing jantan, biasanya kalau dah lama tak balik tu sibuk menggatai la cari betina. bak kata abang

"Pupu dah besar kan.. dah jadi anak teruna da dia.. biar la dia berdikari sikit cari pasangan"

= ="

okey fine aku rileks je la. pastu beberapa hari kemudian dia tak balik2, tetiba aku dikejutkan dgn berita yang Pupu dah mati oleh kakak aku. rupa-rupanya kakak aku terjumpa bangkai dia kat belakang rumah! pelik betul! macam mana leh mati tuuuu? aayooooooo dah kembung dah berulat semua dah tak jadi apa da tuuuuuuuu. aku scan betul2, haah la memang ya la tu Pupu Capunto yang kusayangi

*tadi nangis tadah baldi. tukar besen pulak*

si Pipi dan si Luni ni plak lain ceritanya. sehari lepas Pupu mati, diorang macam berkabung dan termenung plak da. tak lalu makan la, dah tak ceria la. pastu bulu2 semua dah macam tak terurus sgt. pastu pi la bawak jumpa vet, kasi suntik sikit, vet kata diorang kena virus infection. hmmm

mula2 nampak si Pipi tu lagi teruk, si Luni tu nampak okey lagi. tapi esoknya tu si Luni mati dulu. adoi

si Pipi survive boleh tahan lama jugak la. memang kaw2 jaga dia ni. paksa makan, paksa minum, bagi ubat yang vet suruh bagi, memang betul2 nak selamatkan dia. dah nak hampir sembuh tapi at last tiba2 menghilangkan diri ntah ke mana. sampai ke hari ni tak balik. memang dah assume yang dia ni dah mati rasanya. T_T

sampai la abah pernah berkata

"kucing kalau dia nak mati, dia takkan mati dalam rumah"

betul tu. betul sangat tu. T___T

sekarang dah tinggal 2 ekor je kucing Tsumiki. si Luna Carina tu plak sarat bunting. kali ni dah kali kelima dia bunting. lepas ni dia beranak tengah consider nak letak nama apa plak. Papa ke, Popia la kot?

tapi kesian tengok dia macam sepi je lepas semua anak dia mati. memang susah nak kasi semua survive sampai ke tua kan.

masih blur dgn keadaan sekarang
sian luna. duduk pun dah macam org tak betul

aduihhh, rindu sangat dengan mendiang kucing2 kesayangan kita ni. sampai termimpi2 diorang duk celah kaki kita. pencinta kucing je faham betapa sedihnya bila kucingnya mati.

*sambung nangis*

huwaaawaaaa
10

jom main edit2 gambar

hantu

ni antara gambar yang Tsumiki edit la. mostly gambar yang diedit ada warna warni. suka warna warni dan almost semua warna.
suka jugak ala-ala pop art gitu. kadang2 suka cartoonizekan gambar tu. jerawat pun tak nampak hahaha

aku suka gila edit2 ni. time2 boring memang syiok edit semua gambar dalam laptop ni. sebab dah takde keje lain huahuahua

kawan2 suka jugak ke edit gambar? suka cantikkan gambar? suka gila main edit2?

jom main scroll2 and try photo editors kat bawah ni.

banyak la jugak photo editor yang aku discover. cuba jangan tak cuba~


2) Pixlr

3) Fotor

4) iPiccy

5) Ribbet


7) BeFunky

8) Phixr

9) PicFull

selain daripada photo editor yang kat atas ni, aku suka jugak pakai Adobe Photoshop. buat masa ni Adobe Photoshop CS5 je la. laptop tak mampu nak pergi CS6

kalau nak lagi photo editor, try la google sendiri. actually banyak lagi.tapi cuma yang 9 ni je suka pakai dan melekat di hati. cehs

antara pics that were edited by me;

gambar kucing pun nak diedit skali lols

abah Tsumiki yg suka posing
okey tu je nak cakap. haha. selamat mencuba rakan2 :D
dah cuba tu share2 la nanti ye
3

#throwback

tengah boring belek2 gambar DSLR abang ipar ni

saje la nak trobek sikit kenduri tunang dengan kahwin kakak. 


nah amik muka aku sebesor alam hahaha. candid


time kenduri hhmmmph rumah bersepah derr


ni Tsumiki ngn kakak. dia tunang masa ni. oopsie! wearing tudung indon look so fat maaaa. terpaksa pakai sebab susah nak cari tudung bawal kaler cam gitu


ni my daddy. daddy tau youalls. dia memang suka senyum macam ni lol


aku dengan anak sedaraku, Adawiyah namonyo. budak ni rileks je. mak sedara dia plak melebih kikiki


aku dengan ibuku. tak sangka plak sesat muka ummi kat situ. 


muka sentiasa akan menjadi pelik ketika ambik gambar.



yang ni anak sedara aku. Afiqah namanya. comel budak ni, chinese look gitew




yang dua orang mamat hensem ni la abang2 aku. dah kahwin dah diorang ni kahkahkah

sorry laaa saja post gambar gini sebab boring.
aku pun tak tau la apa la pasai background blog ni takleh nak edit balek. header dah tukar baru, background plak yang jadi masalah :(

tengah renovate blog lagi ni. tapi banyak pulak masalahnya

*winks*

12

tips kulit bersinar-sinar

halu~ tengah syiok pakai memanjakan muka ni nak share sikit tips la untuk kamu2 semua. tips biasa2 je. muka aku tak ada gebu putih mana pun tapi jerawat tu, Alhamdulilah kureng la.


mahukan kulit seperti ini?

here some tips cara aku jaga muka ni...

1) pakai masker yang sesuai

aku selalu pakai masker campuran putih telur dengan perahan limau nipis. takpun masker mustika ratu yang berkunyit tu. takpun masker air perahan ubi kayu. air basuhan beras, air lemon pun boleh.

kesan dia, ehem, memang tak sepantas produk2 mahal tu. kena usaha dan sabar sket la

MALASNYA!!!
banyak betui petua tradisional kan? manfaatkan la sebaik-baiknya. memang berkesan macam produk mahal2 tu. memang berbaloi dan jimatkan duit. =)

2) kurangkan penggunaan make up

perempuan dgn makeup memang ibarat pinang dibelah dua. honestly this is the biggest factor that you need to be concerned about la. you should know that make up kan ada chemical, kadang2 bila nak buang make up tuuu boleh jugak menyebabkan clogged pores kat muka (kalau cara remove makeup tu tak berapa betul la)

ada sesetengah orang kurang yakin dgn muka berjerawat, so dia terpaksa makeup untuk menutup jerawat tu. oooooo TIDAKKKKK!!! jangan buat camtu! T___T

be proud of your natural face, girls! :)

3) rajin2 la basuh muka

before tidur, selalunya aku akan basuh muka. setiap minggu akan scrub muka. depends la jenis produk apa yang kamu pakai. Garnier ke, Loreal ke, lantak pi la. kalau rasa sesuai, pakai je hehe :)

kadang2 pakai produk mahal2 pun tak berkesan jugak. hmm. cuba tengok balik camne penjagaan kulit kamu. selalu basuh muka tak? tangan selalu main2 muka tak?

macam aku, aku memang tak bagi langsung sapa2 yang nak sentuh ke, nak cubit ke, nak main2 ke muka aku ni,  (bukan nak perasan muka cantik la hehe) tapi mmg banyak probabilities boleh kotorkan muka dan mengakibatkan jerawat.

orang selalu kata air wuduk pun menyerikan muka. :) bangun solat Subuh pun dikurniakan wajah yang berseri, tp malangnya kadang2 selalu terlepas solat Subuh. 

Astaghfirullahalazim

4) menjaga batasan dengan jerawat

ni biggest problem yang aku selalu buat. suka sentuh muka ni. kekadang boleh je tangan ni menggatai sgt naik ke muka pastu picit apa yg patut.

yeah, perbuatan itu sungguh tak elok bukan.

*nasihat utk diri sendiri juga

5) apa yang kamu makan?

tengok jenis suppliments. kalau aku, aku just ambil supplimen vitamin C je. vitamin C bukan setakat untuk kesihatan kulit semata2 tapi untuk mengurangkan risiko demam ke selsema ke..

macam aku dari darjah berapa ntah dah makan supplimen vitamin C dgn royal jelly. kesannya mmg memuaskan. pastu terbehenti sekejap. pastu start makan balik uhuk uhuk

makan pun kena jaga jugak. pastu, air putih! haa! itu jangan tinggal langsung! makan sayur banyak2, makan buah... dulu aku memang benci gila makan sayur, sekarang untuk mengamalkan gaya hidup sihat aku dah belajar makan sayur dan berkempen minum air putih setiap hari.

cantik tak kitew?

jangan amik botox sudah. hehe XD

orait, itu saja yang Tsumiki Hajira nak share. ni pendapat dan amalan peribadi, so kalau rasa okey, cubalah. i hope it helps! *winks*

6

interview. next week!

masuk je 13hb disember i'm very sure that portal kemasukan uitm menjadi siput sedut bukan?
hahaha. tak pun. tengah online pukul 2 pagi pada 13hb disember ni terus terfikir nak check hebahan temuduga tu.

dah masuk ic semua pastu check la. dia cakap 

"harap maaf, permohonan anda tidak berjaya"

T___________T

okey mata dah berair. cuba lagi, pun tak dapat, mata dah jadi lopak air tengah jalan. cuba punya cuba pun sama jugak. okey mata dah jadi kolam renang

terus amik handset msg BFF tanya pasal hebahan ni. dia kata 

"maybe tak bukak lagi kot. pukul 3 ptg baru boleh check"  

hhmmm ayat nak sedapkan hati. okey fine. tunggu sampai keesokannya, memang malam tu insomnia terus. pastu esoknya check fb, tengok2 ada org dah update pasal hebahan tu siap print screen lg. aku pun terus check.

okey... masuk portal, taip ic semua pastu check. jantung macam tercabut

satu, dua, tigaaaaaaaa

yeayy!!!! Alhamdulilah, dapat pergi temuduga!!!!!! :)

yeay yeay

fuhhh.... next week je. tak lama lagi kot! XD aku kena prepare betul utk temuduga tu. serius tak tau temuduga tu macam mana. tapi katanya ada ujian melukis. melukis tu insyaAllah bleh lepas la, tapi interviewnya?? agak2 bleh ke tak tu.

one of my skethceshecehs

since primary school lagi minat bidang ni. cuma tak tau la kenapa tak terfikir sangat nak ambik bidang ni masa diploma. kalau ada pun kat uni swasta kan. ragu2 la nak amik jugak kadang2, tapi minat ada sebenarnya. dulu diploma amik Pengurusan Industri Kreatif kat fakulti yang sama. tak sambung bidang ni sebab half-hearted sangat. tak suka mengurus dan tak pandai mengurus. pengurusan mengurus teater, event dan sebagainya. honestly, aku lebih suka menonton sebuah teater daripada menguruskan sebuah teater. dan aku introvert sangat, tak kuasa nak layan orang diva2 hahahaa

ohyeahh!!!

but sekarang dah nak masuk degree, so apa lagi? nampak je ada degree for Animasi terus kejar peluang untuk masuk bidang ni walaupun bidang ni agak sukar sesetengah kata. yeahh, memang susah, tapi selagi minat, insyaAllah boleh. 

pengalaman interview pun. ada laa dalam 3 kali... paling susah interview masa apply masuk TESL kat ipg dulu. speaking bohh. berdarah idung wo

interview UiTM ni pun rasanya speaking jugak kan? hmm.. have no idea for that. just prepare 2 sketchbook aku suka lukis2 tu, dokumen2 penting yang dia suruh bawak, pastu my resume sket. pastu attire yang sesuai, takkan tak pakai pape plak kan XD hmm interview yang ni macam lain sket so rasa blanko jugak kadang2

kawan2 ada idea? ada jugak baca entry2 pasal interview kat Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM ni. banyak yang penulisan artistik. animasi tarak. ayyo.

T______T

wish me the best heh? aamin InsyaAllah boleh! :D Allah knows the best for me, I'll always believe in Him.

chaiyokkk chaiyokk!

9

voice dub gila

macam biasa memang suka youtube walking (macam blogwalking) berjalan2 tetibe ternampak video ni.

korang pernah tengok music video Rebecca Black lagu Friday tak?

actually aku baru dengar lagu tu. patutlah duk heboh2, rupanya bila dengar lagu ni aku rasa bagus sangat.

in bracket, ntah pape la.

lagu original pun aku rasa kelakar sgt. tengah youtube walking tetiba nampak pulak versi voice dub.



adoi nak pecah usus oi. parents aku pun naik hairan tengok aku gelak macam nak rak depan laptop.

HAHAAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA


korang tolonglahhh tengok. aku rasa benda ni mengarut dan kelakar, memang boleh merosakkan lagu orang la kan tapi tapi

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA

aku tak tahan la. serius

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHA



sorry2 aku dah tak betul. kbai
10

macam mana nak berhenti mencarut

suka mencarut? suka dicarut? suka sangat mencarut carut sehingga semput?

hoi!
nak stop mencarut dak? kalau taknak okey jangan scroll dah! *eh eh, gurau je*

meh sini nak share sikit. ada la sikit idea nak stop sebut perkataan tak elok tu.
bila sebut pasal mencarut je mulalah terfikir pasal banyak situasi yang pernah dihadapi sebelum ni.

seriously bila aku dengar orang mencarut sesuka hati ni, aku akan rasa negatif. ye. SANGAT NEGATIF. bila dia dah cakap perkataan negatif macam tu, dia dah jadi negatif, dan aku yang mendengar ni turut menjadi negatif. berjangkit jangkit.

bila dah jadi negatif, aku geram dan aku nak tegur kan nanti kena pulak.

honestly aku tak pernah la nak sebut words ba*i ke, p**imak ke selama hidup ni. yang tersebut pun banyak yang english words hahaha. 

Astaghfirullah hal azim..

baru-baru ni berborak dengan abang sulung aku. dia ada bagitau pasal mencarut2 ni. dan dia jugak ada bagitau idea untuk mengelakkan diri daripada mencarut.

okey, get ready untuk scroll! get set go!

1) pasang niat

pasang niat dan cita-cita yang tinggi gunung untuk BERHENTI mencarut. bernazar ke, berikrar ke, apa-apa je la. berjanji dengan diri sendiri katanya. kena la jugak motivate yourself.

2) banyakkan zikir

sangat membantu kan? kalau dah tersebut tu, segera zikir. Astaghfirullahal azim terutamanya. bila dah biasakan berzikir, memang boleh elakkan insyaAllah. ada sorang kawan ni suka berzikir kalau terlatah pun. nak jadi cam dia la.

T___T

3) gantikan perkataan

daripada menyebut sumpah seranah sampah tu, cuba fikirkan cara yang lebih kreatif. macam abang bagi idea hari tu, cuba gantikan dengan perkataan makanan.

banyak je kan perkataan makanan yang boleh dipinjam? it works tau! aku dah cuba da pun haha

perkataan dari makmal sains atau kemahiran hidup pun boleh. ni idea masa duk kat asrama dulu. contoh

what the f*ck???? aku geram gila tahap c*b*i!!!!
boleh ditukar menjadi
what the test tube bell jar???? aku geram gila tahap senggerek tukul besi gergaji screwdriver!!!!

pun boleh pakai words sendiri. suka hati la, asalkan tak pakai words asal!!! hmph!

4) reverse psychology? hmmmh?

aku pun tak tau apa maksud sebenar 'reverse psychology'. tapi yang aku tau maksud dia ;berlawanan' atau 'sebaliknya' dengan apa yang kita buat. contoh

b*d*h betul kau ni. = pandai betul kau ni.
b*tch. = perempuan baik.

macam sarcasm la plak kan? takpe, try je cari words yang berlawanan dengan words mencarut tu. gerenti beressss.

meh sama-sama stop sebut perkataan tak baik tu ye. 
i hope it helps!!! =)

:)

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pengeji, pencaci.” 
(Surah al-Humazah, ayat 1)
0

are you right-brained or left-brained?

haa. tengah layan youtube ternampak pulak video yang satu ni.

it's a test kawan2! kena cuba nihhh!

are you right-brained or left-brained?

..atau, takde brain? atau otak berlobang? atau otak masuk air?

=="

takpe2, cuba try test dalam video kat bawah ni. ade 9 soalan, pilih antara dua jawapan saja. and taadaaaa! that's enough to prove whether you're rightie or leftie.



aku pun dah try. got 5bs and 4as! nasib baik dia tak kata takde brain! ahhaha

 yelah, aah, betul la tu.

so, apa lagi. cuba jangan tak cuba!

hihihiihihihihiihihihiihihi
5

top 6 best things ever

sejak dah pindah rumah baru ni dekat pulak dengan kawasan semak dgn kawasan lembu beristirehat... rumah kat hujung dunia, so memang selalu la encounter dgn macam2 jenis haiwan. 

hari tu biawak, pastu mentadak mentadu, pastu ulor, pastu pok kor pastu bla bla bla lalalla hahahaha.

kadang2 nak mandi ada je serangga dalam toilet. lipas tu biasalah, tebuan la apa la. menjerit2 dalam toilet macam orang tak betul da.

aaaaaaakekeekeoekekkeokoe

aku ni sebenarnya takut geli dengan benda2 merayap ni. ada orang tak geli langsung. ada org suka. ada org takut sampai lompat tebus siling

jadi. dengan itu mempersembahkan

1) lipas



kesukaan kaum hawa di dunia ini. aah. in bracket hihi.majoriti kawan2 aku suka sangat dengan benda alah ni sampai tahap lari tebus dinding.

aku? takdelah takut sangat. cuma kalau lipas in flying mode, aku pun cabut la. hahahaha. apepun benda ni kotor, pastu dia boleh je kencing mana2. kencing tu la bahaya.

kalau yang merayap2 kat atas darat tu aku berusaha la cari apa2 untuk memenyek lipas ni jadi dodol.

2) tebuan



aku paling takut dengan benda ni. fobia gila!  dah la dulu pernah dia gigit bontot aku. kuang ajar betul!
sekarang ni nampak je dia tengah bersiar2 area berhampiran aku terus angkat kaki ohohohohoo

tak pun terus grab ridsect sembur kat dia

3) lipan 



aaawwwuhhhh kalau yang kecik, boleh tahan lagi, tapi still berbisa. kalau yang besar yang warna merah menyala tu perghhh, aku serah kat abah la untuk settlekan. ummi dan abah tak takut sangat serangga merayap macam ni. aku yang melebih lari masuk bilik hiihihihi.

4) cengkerik




benda ni tak berbisa kan? selalunya kalau aku nampak dia ni meloncat aku pun turut meloncat2. takut jugak la katakan. yang aku serahkan dengan kucing2 aku. diorang suka main2 cengkerik ni.

nasib baik ada kucing. heee

5) ulat berengga


ewwwwwwwww wwewyewywywywywekkwkk~!

selalu ada kat sampah yang dah terlalu lama diperap. kat dapur la selalunya. kat sampah yang basah2 tu. eeeeeeee geli. bahaya tau benda ni. kecik2 boleh je masuk dalam badan kita eeeewwwww

6) lintah



berlendir melekit eeee. benda ni time2 hujan pun ada jugak. dalam sawah.. kat hutan.. pernah la kena cekik darah dengan dia ni. tak rasa apa2, tapi terus menangis bila nampak banyak darah keluar. eeeeeee

nasib baik tak berbisa. orang siap buat terapi lagi dengan lintah sekarang ni

dah2. makin lama makin tak berani nak tulis entry sebab ngadap gambar2 ni. geli jugak tengok adoi! saje je nak bagitau senarai benda yang paling best ni. wew


so, what say you? :D

8

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com