RT: Lipas ke babi?

just nak mengadu lah. ada satu masalah peribadi aku yang sangat kritikal sekarang ni.
ya, sangat kritikal.

sejak kebelakangan ini memang dah banyak kali nampak benda alah ni



suatu malam yang sepi



rumah pun dah sunyi





maka tinggallah diri ini sendiri




sebelum tidur mestila kena basuh muke gosok gigi.



tiba-tiba


 nampak satu benda rare


oh, bergerak2.
okey dh tau apa tu


ya Allahhh

ohh no ohh nooo



aik? tak bergerak pon??
tido ke hape



okey sampai jarak tu je paling dekat boleh ambik.

sebelum dia mengibarkan sayap keramatnya baik aku cabut dulu

apepun aku agak cuak untuk stay lebih lama kat dalam rumah yg sunyi sepi ni sebab lipas dah mula bermaharajalela kat dalam jamban.

cemana nak mandi cengginiiiiiiiiii???? help meeeee

cemana nak buang takut kat lipas ni?? eeeeee gelilaaaa. tengok pun dah geli eeeeeee

ayyyoooo


2

Cosplay di Puncak

again. pengalaman first time buat benda

buat benda apa plak ni... -.-

selama bertahun teringin nak try, akhirnya masa ni jugak la dapat peluang

konon berangan nak jadi pwinshes. puihh


ayooooo

ohoh, ni under subjek Lakonan Animasi untuk semester 2 ni. ni kira penilaian akhir la. dah la buat kat DATC. aku boleh terima lagi la buat kecik2. kalo buat kat stage besar gedabak tu, memang aku patung cendana la kat situ

mula-mula ingat nak jadi Elsa citer Frozen tu, tapi rasa macam orang dah slalu tengok. lagipun last sem dah de orang buat. pastu ingat nak buat Cruella De Vil dalam citer 101 Dalmatians tu. alaaaaa yang rambut hitam putih muke huduh tu.

rasa macam dia terlampau huduh jadi last-last pilih nak jadi Anna. citer Frozen jugak... haih 

sorrryyy aku terlampau minat cerita tu. lagipun boleh nyanyi2 sket.

kalau duk atas stage aku prefer menyanyi la. siyes aku tak berani berlakon. walaupun dah pernah tapi still, aku lebih rela menyanyi la. tapi menyanyi pun badan stret je la. takpun pandang belakang, x nampak muka, and orang pun dengar suara je. gittewwww

kena buat sketsa dalam 2-3 minit cam tu la. dapat pair yang pilih jadik Lily Munster cerita femes yg lama tu.

semua cuak terus nak naik stage. kikikikikiki

maleficient dan bfnye
hantu nk gigit org

abis je show atas stage semua nak crossplay. tukar prop la. tukar rambut la.

k teruja gila

costum tu Ummi yang buatkan. punyelah beriya nak bercosplay, sebulan sebelum tu dah tempah awal2 dah. adoi

nampak x semangat kekospleyan di situ

classmates and da lecturers

masa ni memang nampak semua dah jadik orang lain
hilang stress sket time ni. dptlah happy2 ngn kengkawan

hope next time ade lg chance join cosplay. mwehehehehhe


1

GRAFFITI DI PUNCAK

ni hah. first time Tsumiki Hajira buat graffiti... cehhh puihhhh!


cenggini rasanya

dah basi baru nak post. biase ler. busy cm retissss

tp tak tau la nak panggil mural ke graffiti

baru-baru ni Sofy (syarikat tuala wanita tu) ada buat collabration project dgn fakulti aku untuk hasilkan graffiti... tak kisah design apa, tp tema dia "Excitement Never Dies"

paling best, aku berpeluang untuk sumbangkan sedikit idea design untuk graffiti... uhuhh memang speechless nak buat tu. tak pernah design apa-apa lagi sebelum ni rasanya.

best giler kot buat benda ni. lagi ramai lagi best. tetiba duk bayangkan kalau dapat buat graffiti yang panjang gila tu.... so that semua orang turun buat sekali..

ni namanya kenangan manis.. uhuhuhuhuhuhuk

design yg aku buat. agak baby2 kt disitu

aku memang suka lukis jantung. sebab dia ada maksudnya tersendiri.

berangan jap

sempat fikir pasal assignment yang dah macam bukit tonggek tu. dengan kelasnya aku escape. teruk betul

memang berserabut time ni tapi hilang terus bila enjoy habis

panjat tinggi2 yg takleh blaa tu

kesimpulannya, bagi aku dan rakan2 lain yang first timer ni, memang happy la dapat belajar sikit dari orang-orang pro. orang yang banyak membantu ialah Kenji Chai, yg merupakan salah sorang artis graffiti yang sangat pro. siap ada equipment bagai untuk lukis graffiti. then aku perasan rasanya dia boleh lukis pakai dua-dua belah tangan. uyoooooo

rasanya sempat lagi promote tuala wanita Sofy dekat orang yang lalu lalang kat situ. ohohohoho

dah siap.

warna warni. tu aku memang suka. kaler is a must!!!

da crews. aku yg baju merah kakton tu

rasa best dia lain macam dan lebih best lagi dari diploma. uyooooo
dengan lecturers yang sporting habis!
dengan classmates! walaupun tak cukup orang... :(

looking forward for next activities together gether.... mwehehehehehehe~

jadi sesiapa yang dah belajar kat Puncak tu, kalau tertengok grafiti ni ingatlah Tsumiki ye. hehehehe

2

baby Arsyad

saje menggedik nak share

bulan 8 aritu dapat sorang lagi anak sedara.

yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaa *lompat tembus siling*

Alhamdulillah

tido pun stail

ini budak comel gila. booolat gila muka dia. kahkah

comel melampau

nama arjuna beta ni Che Muhammad Hasif Arsyad. oh men, nama macho, serius. ni anak sulung kakak. kiranya ni anak sedara yg kelima. 

uuuuuuuuuuu meriah la lepas ni.

hensem gila

budak ni memang senang nak jaga. sempat dengar dia kentut, merengek dan menangis semua. paling best bila dia menangis kita dodoi dia nyanyi sket2 terus dia lentok balek.

bila tido kadang-kadang mata macam x tutup rapat. kira cool la jugak. haha

sekarang tgh habiskan sisa2 sem 2 yg dah masuk minggu 12. tunggu 3 minggu lagi nak balek. sabar je la ya Allah.

busy sgt sekarang. dgn hampir 10 kerja nak kena siapkan. 3 final project.

huhhhh, dah nama pun pelajar yg sedang belajar, buat cara macam pelajar la. assignment tetap assignment. kemana ku lari ku tetap kena buat juga. ohyeah babeyh.


posing abes chuolls.

sebenarnya aku homesick kbai.
3

just be yourself

"kalau duk asyik bandingkan kelebihan diri dgn org lain, sampai bila nak maju.
Allah dah buat cantik2 dah tu. nak dengki pasaipa? just be yourself ok. kalau nak jadi yg terbaik, kau takkan jadi yg terbaik kat dunia ni. kat celah mana pun pasti ada yang lebih hebat dari kau."

luahan hati seorang sahabat..

gua angguk je sampai kepala pun nak tercabut.

problem yg sama aku hadapi. hmm bukan nak kata kita ni hebat sgt la sampai org nak lawan, tidakkk, cumanya kenapa benda ni boleh berlaku.



apa2 pun berbalik pada diri sendiri jugak. aku pun pernah jugak ada feels yg sama, yg mana aku rasa geram bila ada org lagi upp dari aku.

buang rasa tu ye, buang.

berbalik pada Quran, sumber segala benda, Allah dah ciptakan kita sebaik2 kejadian. that means kelebihan kekurangan sudah diletakkan oleh Allah secara adil dan bijaksana. Allah yang letak ye, bukan kita sendiri. jadi setiap apa yg ada pada kita adalah ketentuan Allah. malah jasad, roh, dan segala benda yg ada tu pun milik Allah one hundred percent beb.

just to make us celik akal sket, guna mata, telinga ngn hati tu elok2.

kadang2 kita tengok kawan2 lagi terer or lagi pandai dari kita, kita pun rasa jeles semacam dan mula rasa macam nak up dari dia. lagi teruk bila time kita nak up tu boleh plak hancurkan prestasi dia.

ayoyo... itu mmg salah sgt. kau nak up, kau up jela janganlah duk kacau idop org lain. adoi

aku pun pernah la alami benda ni. pengkhianatan, tikam belakang tu semua dah berbekas dalam kamus idup aku ni. sedangkan aku tak mintak apa2 pun dari mereka yang berbuat tu. apa yg aku buat, aku tak aim pujian dan pengiktirafan manusia.

NO. lama2 boleh jadi riak pastu mula2 nak bermegah-megah. 

so sekarang pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah perkara ini berlaku. orang nak dengki, memang takleh halang. itu hal dia, kita pun takleh nak bash dia sukahati. tapi tulah kan, sakit hati memang sakit hati, apakan daya manusia pun tak sempurna dan ada cacat cela.

the conclusion is, tak payahla dengki2 dgn kelebihan yang ada pada org lain. cukuplah kamu hisab diri sndiri kamu. bersyukur dengan apa yg ada, dan buat apa yg Allah suruh tu. tu pun kira okey la.

Hamka prnah kata, syukur lebih besar makamnya dari sabar. means that syukur tu lah benda yang amat penting untuk kita semai dalam diri. bukan setakat hang bersabor lama2 je.

bila aku perasan benda tu ada di sekeliling, aku buat dono je. biar orang baling taik, kita baling bunga-bunga cinta yg mewangi. kalau dulu aku baling bunga juga, termasuk la dengan pasu2nya sekali. but now, i keep practicing to not membalas dendam dengan orang2 sebegini.

Rasulullah pun tak balas dendam kan. orang buat apa kat dia pun dia rilek je. sampai tahap orang nak cuba bunuh dia. perghhhhh cam mana tu??? XD

waaaaaarghhhhhhh




buat sesuatu tu jangan fikir nak orang puji, nak lecturer puji, nak kawan2 semua sayang. you know what, PANDANGAN MANUSIA takkan berkekalan. apa yang berkekalan? 

PANDANGAN ALLAH juga.

jadi, buat benda tu ikhlaskan hati kerana Allah. contohlah, buat artwork ke, buat assignment ke, buat dengan niat contohnya..

ya Allah, aku buat ni untuk kau, aku tak mntak apa2 pun cuma usaha ini untuk Kau sahaja ya Allah.. permudahkanlah urusanku dan permudahkan usaha aku untuk aku menjadi lebih baik demi masa depan aku.......

dan sekian2.

dan segala rasa jahat tu akan perlahan2 hilang dan no more usaha untuk impress orang lain semata2.

kuatkan diri! kuatkan keikhlasan! bila timbul je rasa dengki tengok org lain lebih berjaya, cepat2 tepis rasa tu! tu semua setan! fuhhhhh fuhhh!!! XD

#selfreflection

0

masalah peribadi

alkisahnya
level bar kegeraman dah nak mencecah paras bahaya.
dah macam termometer mercury yg nak menggelegak blub blub blub
*konon sound efek


KEBAAAAABOOOOOMMMMM

dgn assignment berhabok dan berkemul2 atas kepala
dah macam kena hempap, penyek teros!

*tapi sempat plak update blog =="

oh em geeeee~ *buat suara gedik

nampak dah masuk minggu 7 sem dua ni, memang kesabaran diuji agak bykla.

ya Rabb... cam mana anger aku dah datang balik ni T_T

dengan byk benda nk kena improve..

drawings ntah ke mana. dgn masalah lain nye.
byk benda berterabor dalam otak..
haish.. tetibe je rasa macam ni..

BOOOYEAHHHH!

POYO LAAA

*dan stress pun hilang mcm tu je

2

Liebster Award #6 - by Cik Kee

OH EM GEE! KENA TAG OH EM GEE OH EM GEE.

sepak! hikhok! sepakkkk

TELAH DITAG OLEH CIK KEE.

HAHAHAHAHAHA TEROS CANCEL BUAT ASSIGNMENT. -.-




Peraturan tagging main game game kuci-kuci ni.

1. Kena mention orang yang tag korang tu ye. dgn link2 blog dia sekali.
2. Tsumiki tanyo 11 soklan. tak jawab siap ah. XD
3. tag balik 11 orang yang lain korang rse nak tag.
4. Gitau diorang, "korang kena troll."
5. jawab 11 soalan yang orang yg tag kita tu dan post sekali.
6. dan 11 facts about kita.

haaaa gitew jerw caghenye.

11 soalan yang Tsumiki ajukan pada orang yang bertuah gila kena tag tu;

1) siapa nama ibu
2) ciri2 lelaki idaman
3) perkara paling pelik yang pernah korang buat.
4) idola anda.
5) suka kucing tak.
6) tengah buat apa sekarang. belajar ke. kerja ke. kat mana dan course apa.
7) apa yg menarik di blog tsumiki hajira.
8) pandai masak tak. share satu resipi.
9) filem/drama apa yang paling menyedihkan pernah korang tengok sampai menangis meleleh2.
10) ceritakan tentang crush anda (kalau ada la.)
11) jenis darah.

pelik tak pelik soklan ni, tak kira! JAWAB JUGAK.

orait. next. 11 facts about me.
baru haritu post 20 facts about me. tak lama nanti semua org dh tahu secret aku -.-

1) suka dengar and follow up kisah cinta orang. dah selalu jadi 'org tengah'
2) suka layan lagu melayu tradisional
3) choose to be unique and tak suka disama2 kan dgn org lain.
4) susah sikit nak tunjuk perasaan melalui perbuatan.
5) suka karaoke dan buat aksi melampau
6) tak berapa gemar makan nasi lemak kecuali air tgn ummi
7) dah selalu minat orang dan kena reject
8) suka pakai baju besar sampai org ckp kita gemok.
9) suka warna pink, ungu dan hitam
10) cepat terasa, cepat down, cepat mengamok. tapi cepat cool. teeheee ^^
11) mabuk darat.

okeyhhhhh. fuhhh. next ni tsumiki menjawab soklan cik Kee kita ni...

1. Aktif sukan ke tak..??
tak langsung. suka main badminton ngn bowling saja kbai

2. apa impian korang..??
berjaya dunia dan akhirat (klisenya aaii)

3. Keja ke tak..?? kalau keja..Keja apa skang nie..??
tak kerja lagi. tengah belajar kt UiTM. Degree.

4. korang dah like tak page Kee..kalau belum tolong like lah..
dah like dah. hoho

5.korang suka ke tak ngan blog Kee..kalau suka Terima Kasih..kalu tak suka..bagi tau lah..Kee boleh perbaiki..
suka. COMEL TAHAP MENANGIS.

6. Suka chocolate ke tak..??
TERAMAT. kalau bleh nak semua benda yg dimakan tu ada chocolate.

7. Korang suka selfie.??
tak suka sgt sebenarnya. so jarang la. kdg2 selfie pon sebab nak check jerawat kt muka.

8. benda apa paling best korang rasa.??
rasa bahagia disisiNya. (sekarang pun bahagia)

9. umur brapa..??
89.. ehhhh tak. 21.

10. sapa bestfriend korang??
so far takde best friend yg diiktiraf. lebih suka berkawan dgn semua org. i dont believe in bestfriends thingy.

11. last..suka k-pop..??//k-drama??
sukaaaaa gilaaaaaaaaaaaaaa tapi dulu la. sekarang dah suka balik

HAAAAAAA TUDIAAAAAA. SIAP SUDAH MENAIP DGN JARI KEBAS2 NI.

apepun thanks cik Kee kita ni tag kita. singgah2 ler blognya. aawww malu kita taw =..=

so orang2 yg bertuah yg bakal menyambung legasi ini adalah;

BUAT YE. JGN TAK BUAT. TEMBAK NGN PISTOL AIR KANG. HEHE

HWHEHWEHWHEHWHEHEE.

3

hidup semasa degree

boooyeah

haaaaahahahahaa, satu benda je nk cakap,
SEMPUT WOI SEMPUT.

berdebor2 jantong macam nak tercabot pecah pastu meninggal.

Degree ni, sem 1 okey laa, bleh tahan lagi laa. masuk je sem 2 terus kemengongan bertambah2 tahap infiniti.

okey dah nampak da dah nampak da.

baru first day kelas dah dpt assignment 3D gila laaa wehhhh wehhhh adoi
*hempok kepala kat meja*

first week dah de assignment, wow. takpe takpe, ni namanya CABARAN.

apepun harap sem ni boleh perform laa.. sem 1 haritu masyaAllah.. tergolek2 frust tapi sokaylah biasalah tu.

aku ni dahlah takde basic fine arts drawing digital drawings semua tu... memang gila la aku kali ni.

SERIUS. SERIUS.


AKU MEMANG AKAN GILA KALI NI. YEAH.

itulah... masa cuti sem hari tu duk merungut bosan bosan bosan. bila dah masuk belajar balik terus nak cuti balik.

tiap2 hari kena buat drawing. nak praktis semua. skills teramatlah terok dan amat senang sekali kalah dengan budak tadika yg masok prtandingan melukis poster tu

tapi apepun lebih bersyukur dapat tempat tidur yang selesa.

katil pwinshes. byk betul kwn sekatil.
*tukar topik tetibe

macam biasalah, kita balut semua benda yang tak berbalut. nasib baik pembalut kecik, kalau dak dah lama dengan dinding2 rumah tu sekali gua balut.

tmpal dot dot dot.


pon ade kawan jugak kat situ.

dgn loker2 skali aku balut.

semoga berjaya la

0

kenapa aku blog

masuk tahun ni kiranya dah genap 4 tahun cik Tsumiki Hajira berblog.

HOHOHOHOHOHOHO

uhhhhhh?? lama jugak tu. kuikuikui

bermula daripada Disember 2010, lepas lega dari penjara besi SPM bertahun-tahun lamanya, bila balik umah online, terbaca banyak blog2 yang ada. ada blog2 yang memang cantik dihias dan entri yang memang menarik sangat2.

pastu terus teringin nak buat satu.

akhirnya dapat juga buat. belajar hias dan tambah widget lagu semua. 

OH BELOG YANG KU SAYANG. YEAHHHHHHH~ \(*T▽T*)/

selama berblog ni kan, sebenarnya ada beberapa sebab kenapa aku bukak blog.

antaranya ialah

1) Tsumiki Hajira suka bercerita.

memang suka bercerita especially tentang diri sendiri. bukan angkat bakul ye tuan2 dan puan2, bercerita. tak kisahlah pasai apo pun

2) Tsumiki Hajira saja nak hiburkan orang.

sejak dari kecik memang suka hiburkan orang dan suka tengok orang terhibur. suka tengok orang happy dan gelak2. bila kita happy semua akan jadi bahagia. 



ya, bahagia.

3) Tsumiki Hajira nak kongsi pendapat dan luahan hati.

kat sini juga tempat untuk kongsi segala apa yang terlintas di fikiran dan hati. kadang-kadang bila orang komen kat bawah tu pun mungkin boleh exchange pendapat kan kan kan?

4) Tsumiki Hajira tak suka memendam rasa. 

ni memang masalah sejak dari azali. memang tak reti dan tak suka memendam rasa. memang boleh memendam tapi tak tahan lama. pasti akan terluah juga. buwek.

eit muntah ke apa?

5) Tsumiki Hajira boleh hilangkan bosan bila berblog.

Tsumiki ni suka online, memang selalu ngadap laptop. dengan dalam keadaan tengah study pun kena ngadap laptop, maka muka memang officially melekat kat laptop. jadilah muka laptop.

dengan berblog dapatlah meluangkan masa yang terluang ye anak2.

6) Tsumiki Hajira boleh dapat kawan baru.

bila dah ada blog, bila ada orang follow, bila ada orang komen2 dan tinggalkan jejak, maka terjadilah penukaran link blog.

dengan cara ini boleh tambah kenalan. yeayyyy!!! ヽ(*≧ω≦)ノ

7) Tsumiki Hajira seorang introvert dan agak pendiam.

introvert amende plak ni. sejenis penyakit mental ke? haha. introvert ni orang yang jenis tak reti nak berkenalan atau amik first step untuk mulakan perbualan dengan org yg tak dikenali. maksudnya jenis pemalu jugaklah. pastu bila dah kenal, rasa nak lempang pun ada.


ehh??
tapi memang betul, Tsumiki seorang introvert dan jenis yang suka memerhatikan, tak banyak bercakap. hanya merapu dengan orang yang dikenali dan dipercayai sahaja.

k propa gila

8) Tsumiki Hajira penakut orangnya.

hahahaa. penakut la sangat. memang pun. dengan blog inilah dapat suarakan apa yang patut. kalau face to face memang sembunyi bawah meja.

9) Tsumiki Hajira suka membebel.

tak tau lah apa kaitan dengan blog. error 404

10) Tsumiki Hajira nak prektis menaip.

daripada melongong tergolek berenang atas katil, baik menaip dan share apa yang patut kan. saje nak develop otak untuk buat ayat yang ntah pape.

*                *             *

tetibe je nak post pasal ni. lepas 4 tahun berblog baru nak bagitau kenapa? aiyooo.

sebenaqnya takde idea dah. bila kata takde idea time tulah idea datang mencurah2

kikikikikikikiikikikiki

saya lari dulu~

0

reunion geng rumah

setelah hampir 2 tahun berpisah
kini cinta bersatu kembali

JEJAK KASIH. WAWAWAWAWAAAA~

oh no~

baru-baru ni dengan izin Allah aku dapat jugak jumpa ex housemates aku masa diploma dulu.
yeaaaa yeyeyeye yeaaa nanananana 7 orang semuanya. cik yati, cik zati, cik rina, cik raihan, cik asha, cik madie dan cik ekin.

7 org memang lawa semua dan perangai pun beraneka warna.

flashback balik, sampai sekarang aku masih teruja dan hairan apa pasai aku sorang je sesat. iyelah, since sem 1 aku ditempatkan dengan 7 org bidadari yang cantik tiada tolok bandingnya, (sailormoon pun kalah uolls,) dan mereka semua turun dari planet namrock ke bumi untuk belajar akaun supaya mereka dapat menyelamatkan segala duit di atas muka bumi ni. dan aku pula manusia yang loser macam sawada tsunayoshi juga telah bertukar menjadi bidadari setelah mereka bertujuh mentransfer kuasa mereka kepada aku.

????????

k merepek gila

aaagrhghrghh ceritanya macam ni je, masa masuk diploma dulu kat UiTM Puncak Perdana, kami berlapan randomly ditempatkan dalam satu rumah. however aku sorang je budak FiTA dan yang lain semua budak Perakaunan. tapi itu tak jadi masalah besar gedabak buat aku sebab kami boleh kamcing gila sampai tahap nak gi beli makan pun beli makan sama2. gi mana2 pun pegi sama2. dalam umah pun buat bulatan makan sama2. kekadang solat jemaah sama2 (kekadang la haha). dan borak pun dalam bilik sama2.

ape yg buat aku rasa terharu, perpaduan antara kami yang sungguh menakjubkan mengalahkan 1Malaysia. memang syiok gila duk dgn diorang sebenarnya. ingatkan skema nak mampuih rupanya sporting sgt. kitorang rapat bukan macam BFF tapi macam adik beradik. ingatlah lagi kononnya akulah mak diorang (aku pun taktau pasaipa) yang len semua baby2 lagi la kot. haha. yang plg best diorang je yang sudi panggil aku dengan nama manja aku. nama manja aku? uhhhhh? uhhhhhhghghghgh?

dan setelah 2 tahun bersama bersatu akhirnya terpaksa berpisah. sebab diorang kan budak akaun fast track abis diploma setakat sem 4 jerr uolls. jadi masa aku sem 5 memang terkapai2 gila la. takde kawan k. siann aku.

k penat membebel jadi baru2 ni sempatlah aku reunion. tak lama pun. tak sampai sehari.

diorang plak sambung degree kat induk, duduk Kolej Melati. memang gi terjah la. tapi problem diorang tak duk sekali dah. semua bersepah. sorang kat tingkat 1. sorang kat tingkat 3 dan sebagainya. hahahaha. macam nak cari puzzle pon ado.

abis semua nak selfie -.-

kumpul kat bilik salah sorang pastu bercerita bagai nak rak. menangis melatah tergelak tercium lantai semua la masa tu. nak gtau la dah banyak betul perubahan dalam tempoh 2-3 tahun ni. paling ketara semua duk kata aku makin kurus. OH MAI GOSH~ =3

aku pun cakaplah, "haa yelah, sejak korang takde kat puncak, tak lalu makan dah. hihi"

iftar pulak kat somewhere kat seksyen 7. sorang pulak xdak. haiyo. pun rasa x lengkap juga. memang x pueh hati. next time memang nak kena terjah lagi diorang ni

okey semua comel
i love them so much actually. and nobody can replace them to be friends with in Puncak. NOBODY!

rasa agak menyesal sebab sem 4 tak duk sebilik ngan diorang. sebab masa tulah hidup memang betul2 berubah. dengan kawan2 yg ntah pape. aaarghhhh! sakit otok mok! bor! bor!

kesimpulannya puncak memang sepi tanpa pelajar akaun.

TILL JANNAH. <3

4

menahan kentut

korang pernah tak rasa macam nak kentut?

errrrrrr mesti la korang pernah kan.

k tak senonoh

lorh asal tetibe cakap pasai kentut plak ni????????
semua orang kena kentut. kalau tak kentut boleh mati tau.
lagi2 kalau ditahan kentut tu lama2 seksa beb

eh berani plak aku cakap kat sini

yes yes oh eayeayh. oeehahahayeah~

astaghfirullahalazimmmmm fuhhh fuhhh. fufhfhhhhhhh~
 *tiup diri sendiri*

memang kdg2 tak tertahan menahan kentut. kembung perut rasa nak meletop kebabom.


but

i'd rather enduring my fart than enduring my true feelings.
like...seriously. seriously XD

*merah muka duk menahan*

nah hamekaw

k tu je nak cakap sekian terimakasheh
2

#throwback SPM 2010

ULALAAA~

jadi sentimental gilaaaaaa bilaaaaaa terbelek gambar2 masa sibuk SPM dulu..
yeahh, batch SPM 2010! masa tu memang sibuk gila tahap tak ingat benda lain daaa.

Alhamdulilah. belajar kat boarding school memang best sebenarnya. tambah2 time2 SPM orang semuad ah cuti, kita masih bertepek kat asrama. pagi petang siang malam subuh pagi buta malam buta mata memang keras gila la ngadap buku sains tulen belaka.

kalau balik semula pada zaman tu memang x snggup sbnarnya. sebab memang xleh gi ngan sains especially maths. ya Allah, bagi jelah apepun soalan maths memang selalunya tak dpt jawab dgn baik. kutak sanggup bebeh!

tapi Alhamdulilah result masih waras. heheehehe.

elsa frozen kah?

hai

beberapa saat kemudian
asal kelas maths ngn sejarah je terus tersengguk. mmg nakal gila laaa masa tu. pastu kena marah ngn cikgu. pastu buat lagi. adoi

memang kaki tidur dalam kelas. sleeping beauty yang mengalahkan segala koala di bumi. raaaaawwwrrr

plg best siap kena baling marker dgn cikgu addmath. fuhhh.

bila terkenang balek, gelak je. sedangkan sekarang bukan main serius dalam kelas. cehhs =..=

surau AnNur - antara tempat yg dirindui.

selamba je pakai cadar lain XD

awwww. kad ucapan

ni memang tradition kat TKC la. setiap kali ada exam besar (PMR, SPM) semua students tak kira juniors ataupun seniors, diorang akan buat kad ucapan atau banner untuk kawan2 rapat dan adik beradik angkat mereka. yang kat atas ni salah satu kad yang diterima. heheheheheheheks.

huhu. mentang2 all girls school kan... ada sistem 'adik beradik angkat' bagai. aku pun adalah dalam 4 org adik angkat ngn 3 kakak angkat.

*k poyo gila

alatan perang

medan berperang

masa SPM ni memang buat2 rajin habes la. lepas SPM balik cuti terus main game sampai ke sudah

teruk bebenor peghangai nyer.

apepun kenangan tetap kenangan. walaupun dah jadi belacan tapi tetap harum baunya.

to be honest - aku agak terseksa belajar kat TKC ni. kena push, kena buat apa yg aku tak suka, kena buat2 rajin dan sebagainya. memang mula2 okey lagi. tapi bila dah masuk exam period, memang dah jadi jeruk aku dibuatnya~ 

LIFE IN PRISON.

suka ke tak, tapi habis jugak belajar. Alhamdulilah. ^_^

memang kat sinilah hidup aku berubah hampir 360 darjah pusing bumi. daripada seorang budak nakal hot tempered yang sombong gila akhirnya dah menjelma menjadi seorang budak yang dah boleh la control perangai berok dia sikit2. so baru sedar betapa banyaknya hikmah Allah bagi bila Dia tempatkan aku di sini. hihi.

yaaaaaaaaaaaaargghghghhhhhh~
0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com