Random thoughts #3

Truth is like the sun, you can shut it for a time, but it ain't going away!


Sukar menjadi orang yang menyimpan rahsia yang sepatutnya menjadi rahsia. Bila dibuka, orang akan kata ianya membuka aib. Jika rahsia dibuka untuk kebaikan, aku tak rasa benda tu adalah aib. Kalau benda tu sudah berbaur jenayah dan ketidakjujuran, aku lebih rela buka rahsia tu.

Something bad happened to me a few months ago, and it really affects me until today. I always think that I should be more open to telling everyone about my problem.

What will you do if there was someone tried to takes advantage of your weakness, someone who takes your trust for granted?

 Case is not as serious as you think, but the impact was like - a spark of fire that falls on a puddle of oil, and burns everything - every piece of my happiness in my life. I was just started to work during that time, but I couldn't believe that my work performance fell drastically due to that incident. It hurts very deeply in time. The problem is I admit that I don't have enough courage and support to open up about it.

BUT. WHO CARES THOUGH?

 This led me to bottle up every anger, every frustration in myself, which slowly killing me inside - yelah orang suruh berlapang dada, tapi bukan senang nak berlapang dada bila kita dah biasa berterus terang tentang benda yang sepatutnya diluahkan. Aku simpan je semua benda.

Perasaan bercampur baur tau. Anxiety, traumatic, pressure, semualah.... Which contributes to grudge. Yeah grudge is very bad for you, that's why orang suruh berlapang dada banyakkan berzikir bila kemarahan meluak2 nampak orang yang buat jahat kat kita, tapi susahnya nak buang bila benda tak settle dengan cara betul, lepas tu orang tu berlakon baik je depan orang lain, pijak lipas pun lipas takde, meluat aku. Siap tak mengaku pulak tu (siapa nak mengaku berak tepi jalan)...

A lie told often enough becomes the truth!

While I am hurting, I tried and tried to heal myself and stay strong, I always pray that one day the truth will be prevailed.

 We all really need to be careful and please take care of yourself. AND NOT EVERYONE CAN BE TRUSTED.


What hurts me the most is DISHONESTY!!

1

(REVIEW TH) Mary Jardin

Dah beberapa kali juga cuba produk luar negara, apa kata kita cuba produk tempatan pula.

TBH.. Tsumiki agak skeptikal dan sangsi terhadap produk kecantikan tempatan... Yelah, banyak kes pelik2 sampai memudaratkan diri sendiri, sebab kebanyakan produk ini ada merkuri la, ada hydroquinone la dan sebagainya.

Kita pun curious jugak dengan produk kecantikan tempatan. Dalam banyak2 yang orang kata tak okey, mesti ada beberapa yang okey dan yang tak bahaya. Setelah baca review dan research sikit pasal jenama kecantikan Malaysia, Tsumiki ditemukan dengan jenama MARY JARDIN.

Wow. Nama pun ada class. Ingat jenama luar negara ke. Padahal tempatan je. Berdasarkan apa yang Tsumiki baca, jenama ni menekankan bahan-bahan organik sebagai bahan utama dalam produk. Rasanya sekarang bukan setakat produk kecantikan je, malah ada jugak produk2 lain yang mungkin korang boleh usha.

MARY JARDIN sebenarnya perkataan Perancis bermaksud Mary garden. Founder brand ini adalah seorang pakar estetik, Dr Maryam, yang memang specialized dalam bidang kecantikan.

Tsumiki banyak tahu pasal Mary Jardin ni pun daripada IG dan FB. Jadi kebetulan muka tengah sibuk breakout dan rasa macam nak cuba produk ni. Jadi Tsumiki hubungi salah seorang agen Mary Jardin dan beli satu basic set yang merangkumi facial soap, clay mask, serum dan face oil.

<boleh klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut>

Produk Mary Jardin

Packaging macam ni, memang lawa bak hangggg

Packaging memang terbaik. Daripada kotak dia yang dah macam kotak hadiah hantaran kahwin sampai lah container dia. Even the design..... As a graphic designer, I really approve the concept, the theme, the watercolor handdrawn flowers. Memang lawa gila.
 So far bekas-bekas dia tak menyusahkan la. 
Lepas Tsumiki berhenti pakai apa2 produk dan mula cuba produk Mary Jardin ni.
Bermula dengan facial soap dia, serum, face oil dan clay mask setiap minggu. 

First impression - Produk dia sangat wangi, bau lavender yang takdelah terlalu artificial bagi Tsumiki, rasa damai la bila pakai tu. Sebab nak bagi facial soap tahan lama, Tsumiki potong kecil2 dan guna satu-satu. Dalam facial soap ni ada skrub, tapi skrub tu takdelah kasar sangat untuk kulit. Tapi memang kuasa mencuci dia tu bagus jugak takdelah sampai mengeringkan kulit.

Tsumiki pakai satu set ni hampir 3 bulan sampai habis, dan memang ada kesan yang positif jugak kat kulit, Alhamdulilah. Jadi rasa macam nak pakai secara konsisten, selagi bajet ada, Tsumiki beli lagi untuk kali kedua. Kebetulan lipbalm nya baru keluar, jadi Tsumiki belilah sama-sama.

My Mary Jardin.

So, basically, based on my 6 months experience, these are my final verdict;

Mary Jardin Facial Soap

Pros:
Bau wangi lavender yang sangat therapeutic!
Kadar mencuci muka yang tidak terlalu kuat
Rawat jerawat (sebab ada clay)
Rasa segar lepas pakai
Tidak terlalu mengeringkan kulit

Cons:
Sabun mungkin tak tahan lama
Tak travel friendly sebab nak kena letak dalam bekas

------------------------------------------------------------------

Mary Jardin Clay Mask

Pros:
Muka tak breakout
Rasa segar lepas pakai
Blackheads semakin kurang
Minyak berlebihan semakin kurang
Bagus untuk pores

Cons:
Agak comot bila nak pakai ehehheehe
Orang pemalas mungkin tak suka kot... XD
Kena cuci betul2 lepas pakai
I wish this come out with a special mask brush or device?

-------------------------------------------------------------------

Mary Jardin Facial Oil

Pros:
Bau sangat therapeutic
Muka rasa best bila kena urut
Merawat jerawat dengan bekas jerawat yang baru popped out
Tak melekit

Cons:
KENAPA SIKIT SANGAT (15 ml jeee) T_T
Cepat habis :3

-----------------------------------------------------------------------

Mary Jardin Face Serum

Pros:
Bau pun best jugak
Agak hydrating
Senang menyerap

Cons:
Kesan tak berapa nampak
Too costly for me (>_<)


And finally, out of these 4 products, my favorite product will be the FACIAL OIL.

Tengok ni. Kecik je tau. XD
Of course we've got dropper as well.

Facial oil dia sangat mujarab untuk kulit jerawat dan jugak untuk kulit terbakar ke, melecur ke.
Awal-awal tu takut gak nak pakai, sebab takut lagi banyak jerawat tumbuh... TAPI TAK! Sebelum nak cuba tu, bermacam cara Tsumiki buat untuk meyakinkan diri. Lepas cuba memang tak menyesal la. Muka Tsumiki jenis kombinasi, lepas pakai tu takdelah pulak muka makin berminyak ke apa. 

Cuma tu la. Bagi Tsumiki, produk-produk ni agak bagus tapi satu la, harga dia agak mahal tak berapa padan dengan kandungan dia. Macam facial oil, 15 ml dah harga rm50+ (rasanya standard la kot kan) tapi yelah bila dah suka pakai rasa macam terkilan la jugak kalau tiba-tiba dah tak mampu nak beli secara konsisten T__________T


Yang di atas ni antara produk terbaru Mary Jardin. 
Belum cuba tapi rasa macam nak cuba gak. Insya Allah.

Last but not least, Mary Jardin ROCKS.

Korang patut cubaaaa!!

1

Kolej Jasmine.

"Kolej Jasmine, Kolej disayangi, Kolej Warna Alam"

yeahhh itu diaaaa tagline kolej UiTM saya.

hehehehe sapa duk menghuni Kolej Jasmine UiTM Puncak Perdana ni memang akan ingatlah tagline ni. yelah, mana taknya. Dengar announcement mesti ada intro ni dulu. Ni pun bukan nak hafal tapi dah terhafal~ hoo

Sejak Mei 2011 sampai tahun 2016 ni sekarang, Tsumiki menghuni kolej Jasmine ni. Lama jugak tu.... cehhh. Lama-lama pun, ntahlah, masih rasa enjoy dan bersyukur sebab dapat kolej ni. Sebab apa? hehhe. Sebab... mehhhhh mehhh Tsumiki nak cerita sikit.

Sebab kolej ni dah macam rumah dah. dia bukan macam asrama macam kebanyakan kolej kat kampus UiTM lain. bersyukur sangat sebab serba serbi lengkap fasilitinya. Yang rosak, yang hilang, yang dah lama tu tak yang kiralah, tapi Tsumiki masih gembira tinggal sini. Sebab dapat merasa duk rumah dengan beberapa orang dalam ni. Syukur sangat-sangat. :)

Haa nak tahu kenapaaa?

Secara originalnya Kolej Jasmine ada 6 blok kesemuanya - 5 blok untuk dihuni, satu blok khas untuk fakulti Filem, Teater, & Animasi. Blok fakulti warna warni sikit, riang ria macam blok tadika. heehehe takdelah macam tadika pun, nampak ceria la kiranya mwehehe

5 blok ni ada dua blok untuk siswa, tiga blok untuk siswi. Lepas tu, tak tau cemana sekarang sebab nampaknya mungkin akan ada satu blok saja untuk siswa. Itu Tsumiki tak tahu kenapa. =="

dari jauh boleh nampak

Jadi... setiap blok ni dilabel J1, J2, J3, J4, dan J5. Tsumiki dah merasa tinggal di semua blok kecuali blok J1 (memang taklah aku duk blok laki). Setiap blok ada 5 laman. Setiap laman ada 5 tingkat. Setiap tingkat ada empat rumah. Setiap rumah ada 3 bilik tidur, dua bilik air, satu ruang tamu, satu ruang jemur baju, satu beranda depan, dan satu lagi beranda belakang. Dalam 3 bilik tidur tu, ada 2 bilik yang muat 2 orang, dan satu bilik untuk empat orang. Jadi satu rumah muat 8 orang la kesemuanya. Pening sudah orang yang membaca ni. ehehehe. Tapi nampaklah, memang dah macam rumah, bukan dorm. :) Katil doubledecker ye adik-adik.

Dari dulu Tsumiki duk sini, memang berubah-ubah rumahnya. Tapi selalu dapat tingkat 2, 3, 4, 5. Tingkat 1 tak pernah. hehehee. Yang tu tak tahu naper, tapi rasanya tingkat 1 biasanya khas untuk pegawai penghubungan pelajar (FELO, macam warden asrama la kiranya) dan pelajar yang ada sakit serius. Ada juga beberapa blok ada pejabat khas macam, Unit Kesihatan, Pejabat Fasiliti, Pejabat ACIS, Pejabat Pentadbiran Kolej, Pejabat FELO dan sebagainya. Pastu tidak lupa, kita ada kedai serbaneka kat sini yeeee :D

Perpustakaan pun mesti ada... Tapi dia kat hujung nun jauh di sana. Yang best pasal perpustakaan ni dia ada aircond, sejuk. kahkah

perpustakaan

Orait, bercerita pasal dalam rumah. Suasana dia best, lantai berjubin, sejuk tau :) Dalam rumah ada meja untuk setiap pelajar, rak dinding, locker, dan juga ada rak kasut. Tempat sidai dan jemur baju pun ada :)

Memang dah macam rumah dah. Jangan risau.

1

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com