Pages

Degree Animasi.

bila sebut chinese new year, teringat dulu aku lahir masa chinese new year. 23 januari 1993. yepp. pastu masa form 3, 23 januari 2008 tu hari thaipusam pulak. mau tak kena sindir hari jadi aku ni hari satu malaysia hahahak.

jadi, selamat menyambut HAPPY CHINESE NEW YEAR!

kuda hikkkkhok

dalam badan ni ada lah sikit2 darah campuran Cina sebelah arwah moyang, tapi takdelah kita ni nampak cina sangat. cakap cina pun tak reti. takpe2, nanti nak belajar bahasa cina.

sedang masyarakat Cina gembira dan teruja menyambut hari yang sungguh bermakna ini, aku pula mengalami anxiety attack.

anxiety attack mende plak ni hoi. tengok calender henpon tunjuk dah masuk 30 januari. oh no. keputusan permohonan degree yang aku pi temuduga hari tu. oh no. oh mai. oh no no. oh no sha la lalalalala na nanana.

ayyo
selalunya kalau nak bukak result exam ke, result ape2 saja ke mesti beberapa jam sebelumnya tu tidur tak lena, mandi tak basuh. tak taulah apa jenis penyakit la ni tapi aku panggil anxiety attack. memang satu attack la kan sampai gila menggigil depan laptop bukak result online macam ni. serius, memang takut gila kebaboom. bukaknya sekejap je, toing! terus terpampang kat skrin. 

( ^ _^ )

oiiihihihiihihihiiii legaaaa. Alhamdulilah Alhamdulilah dapat jugak. Ijazah Sarjana Muda Animasi :D
fuhhhhh memang jantung yg tadi dah nak tercabut tak jadi nak tercabut

amboi

acano tak takut, time interview hari tu memang gelabah gila la. interview pun melalui phone je. pastu interviewer tanya lain, aku jawab lain. melalut je semua. soalan dia lebih kurang macam ni,

"apa pendapat awak tentang animation industry kat Malaysia ni"

lepas abis je interview terus rasa down sebab tak mampu nak suarakan apa yang aku patut suarakan. pastu interviewer kata, 

"ok, biar saya tengok lukisan2 you dulu, kalau lukisan okey, boleh la saya masukkan you ni"

nak hantar lukisan, portfolio dgn dokumen ke fakulti pun satu hal. punyalah paranoid sgt nak pos takut tak sampai pada masanya, pegi sana terus hantar by hand. fuhhhh selain tu memang struggle tau nak masuk bidang ni. nak kena master software itu, software ini. to be honest, aku tak terer mana pun, setakat tau buat 2d animation, edit dan photoshop gambar, pandai lukis2 je. penat tak penat tapi dah minat, betul2 nak belajar so that nanti boleh la hasilkan karya sendiri. 

i know it is a little bit late la utk belajar tapi bagi it's never too late to belajar. lagipun aku teringin sangat nak belajar animation! harap tercapai insyaAllah :)

happy sgt yeay! same campus yeay! i miss Puncak Perdana so bad! :''D

UiTM ke, UPM ke USM ke ape saje U tak kisah la asalkan kau belajar! menuntut ilmu tu kan satu jihad jugak.. wajib bagi seluruh umat Islam tau.

tempat kat mana kita belajar tu tak kisah, mana2 pun kita boleh berjaya asal ada semangat dan cita-cita! :)

hmm.. to those yang tak dapat, jangan sedih. try again and again! teruskan kejar cita-cita dan jgn putus asa. Allah knows the best for us!


tajuk post mcm tak kena je hahaha lols

15 ulasan:

Izzati Aisyah berkata...

Salam.

saya singgah dan follow blog ini.

tahniah sbb dapt smbung belajar...:)

tsumiki hajira berkata...

thanks @izzati aisyah !!
thanks sbb sudi komen tau ^_^

Unknown berkata...

tahniah...blajar elok2

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/2nd-giveaway-by-nabilamedan.html

Teena Tna berkata...

Tahniah! Tiba2 tumpang rasa gembira. Coz now i'm also applying the penerapan. Mybe the results will be out on june. Lots of luck for you yeah!

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

tahniah dear
wow...bestnya ada mix =)

sobri yaacob berkata...

owh..good luck..satu cabaran yg baru..memasuki fasa baru.. pasti boleh lakukan he..he.. :)

Khursyid berkata...

Good luck,
Lakukan terbaik sebab dpt berjuang dlm bidang yg diminati..
Saya pon minat animator,tapi cita2 xkesampaian.. ^^

tsumiki hajira berkata...

masya Allah thanks sgt for the wishes semuanya ^_^ delighted sgt2!
@Teena Tna just do what you can do, and pray3 :D
@Kusyt D.Luffy selagi minat teruskan kejar! jgn putus asa ye! :)

Syazana berkata...

tahniah! & all the best. majulah animasi untuk negara :D

fatin aziz berkata...

tahniah dpt sambung belajar.. uitm hebat apa..yg penting masuk u. bukan sng nak masuk IPTA skrg ni..btw kita serupa ada darah cina dari arwah moyang.nak tgok cina senang je tgok mata saya yg sepet.hahahaha

LeenNajib berkata...

Wow! congratessssss.

tsumiki hajira berkata...

@Syazana yeahhhh majulah animasi!! :D
@fatin aziz betul tu... kita serupa? *high five*
@LeenNajib terima kasih awak :D

tsumiki hajira berkata...

@Muhammad Taufiq, terima kasih! insyaAllah :D

M H S berkata...

Hai bole share tips temuduga dip animasi ?

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com