sebagai seorang bekas pelajar management, aku berpendapat bahawa
dalam banyak2 management di dunia ni, ada satu management yang paling susah nak manage
yeeeee apa dia ye? apa diaaaaaaa?
hohohohoohohohohooh *gelak perempuan jahat*
so we called that as 'ANGER MANAGEMENT.'
nak wat cemane kalau dah perangai macam tu. naik angin pun ada sebab. bukannya saja2 nak jadi cmtu pun. bukannya suka sangat marah2 orang nih hmph
kekadang marah memang tak ingat kan. bila rasa nak marah, marah je. kekadang rasa macam nak baling pisau pun ada.
1) jangan terlalu ikutkan perasaan
setiap manusia kat dunia ni bukannya maksum. ada iblis dalam diri masing2. but kalau terlalu ikutkan sgt perasaan tu memang iblis suke.
macam aku ni lah, kalau dah marah sgt kat seseorang, aku memang nak marah marah marah je. sampai org lain yg tak terlibat pun terasa dengan kemarahan yg membara-bara tu.
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” (surah Al ‘Araf ayat 199)
2) sabar sabar
inilah nasihat yang katanya cliche untuk org yang sedang marah ni. ye memang cliche tetapi memang mujarab. sabar memang susah nak buat, tambah2 pulak bagi orang yang dah hilang sabar.
so memang kena sabar dan ingat Tuhan time macam tu
3) elakkan melakukan vandalisme
k over gile |
ini katanya antara cara melepaskan marah yang terbaik tapi sebenarnya tak. memang best hempas barang semua, baling barang sampai barang abis semua rosak meletop kababom semua, tapi semua tu sebenarnya memenatkan sahaja. and at the same time vandalism occurs.
jenis macam aku kalau marah melampau memang boleh tangan ni automatik cari barang atau penyapu atau kayu pergi pukui org tu. bhaya wehhhh -.-
4) elakkan menjerit
groroororooaaaaaaaaaaaaaaaaaar |
ni pun satu lagi. asal marah je jerit. asal jerit je marah. melalak laaaa kau kat situ
pastu tak pasai2 orang lain pulak yang marah. hampeh
5) ignorance is bliss katanya
ini yang aku selalu buat. bila marah, aku try untuk ignore apa yang membuatkan aku marah. ignore means kau hanya berdiam diri dan tak ambik peduli.
especially bila deal dengan sesetengah orang yang annoying, bila dah marah kat org tu, aku ignore terus. tu je.
6) senyum
sooooooo itu cara aku la. mungkin dah ramai style gini tapi still sama2 kita boleh amalkan.
demi menghapuskan gejala kemarahan ni.
7) sedar diri
kadang2 kalau dah termarah kat orang lain, kadang2 tak sedar kita pun pernah jugak buat orang lain marah.
kita ingat diri kita purrrrrrfect sangat sampai kesalahan sendiri pun tak nampak.
so pandai2 lah muhasabah diri, don't blame others ok? :)
8) wuduk dan minum air banyak2
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedang syaitan diciptakan dari api, dan yang dapat memadamkan api hanyalah air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk.” (HR Ahmad).
kalau aku.. aku slalu bawak air botol gi mana2. sebab bukan sekadar nak buat minum untuk energy selain tu kalau tgh bengang ke. rasa macam nak lempang org je aku cepat2 minum air banyak2. boleh tahan la jugak
9) jangan MENCARUT
yang ini aku takleh terima. so farrrr kalau aku marah gila gila tahap nak terjun sungai selangor tu perkataan plg over pun "bodoh" la. tapi itu pun still sgt x elok
yang mencarut pung pang pung pang tu memang sangat buruk okay. bukan kau je yang marah, orang yang mendengar ni pun berjangkit sekali.
jadi mencarut tak menyelesaikan masalah pun. mungkin carutan itu takkan sampai pada org yang kita tujukan tapi still bersarang2 dalam diri kita sendiri. maksudnya kalau duk kata bangang bodoh, kitalah yang akan jadi bangang bodoh tu.
=_________________=
post ni sebenarnya untuk aku. kalau nak bandingkan dengan dulu memang sangat teruk sifat pemarah aku ni, tapi Alhamdulilah dengan izin Dia aku dari tahun ke tahun. sampai sekarang memang dah jarang marah. kalau marah pun tak buat perangai macam dulu. marah pun ignore je. istighfar byk2 mohon Allah hilangkan marah tu.
apapun kena ingat kita manusia, memang selalu lupa.
Rasulullah S.A.W. pun pernah bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
fuhhhhh T_T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan