sebenarnya kan
aku ada banyak benda mengarut aku nak post tapi tapi
disebabkan aku homesick
aku rasa
aku patut post pasal org yang aku rindu
wuuuuuu.... :'(
hari tu pasal Ummi. ni pasal abah pulak. ohohohohohoho
yeahhhhhhh memandangkan birthday abah 19 julai dah nak dekat da, dan dia pun tak tau aku ada blog, jadi jadi jadi
mempersembahkan
*drumroll drumroll*
hahaha comel |
wo de baba~ hen piaoliang baba~
*berjoget joget sorang2*
ini lah abah. dah nak 70 tahun da. tapi masih energetik. fuhhh! first thing is soalan yang sering orang ajukan, kenapa nama abah aku lain daripada nama hujung aku? nama aku kan berbintikan Abdullah, tapi nama facebook abah Che Hamid. so jawapannya, Abah ada dua nama, Abdullah @ Che Hamid.
tak pasai2 org fikir macam2 bila berbintikan Abdullah ni kan. haishhh.
benda paling mengingatkan aku pada Abah adalah misai dia yang perghhhhh, Hitler pun kalah. pernah jugak Abah takde misai, tapi memang nampak pelik gila sampai kawan2 dia sendiri pun takleh cam dia hahahahahaha XD jadi dia simpan dan jaga misai sampai sekarang.
pakwe gua hensem weh |
zaman muda Abah memang meriah. Abah dulu sangat aktif sukan. Bola sepak, badminton, takraw, pingpong, hoki dia pernah main sampai banyak piala dia simpan dlm stor. Silat pun Abah pernah join.
masa tu jugak la Abah pun aktif menyanyi dengan kawan-kawan. nyanyi lagu lama2 tu la. Suara Abah sedap sangat. dengan rambut panjang dengan seluar panjang kembangnya. fulamak. dari Abahlah dapat sikit2 tempias tu. Alhamdulilah. ^_^
abah as kamen rider lampu |
dari dulu aku selalu jadikan Abah idola aku. nak jadi macam dia, boleh tahan serba boleh jugak la. selalu berfikiran positif dan paling penting - be kind to people and don't forget Allah. plus, abah sangat extroverted and peramah. ramai kawan sana sini. pastu kalau bab2 bercakap depan orang ramai ni abah terer. jadi MC, jadi orang yang lead rombongan meminang, join takbir raya, jadi volunteer kena temuramah dalam TV semua. abah jenis tak segan-segan aww aww gitu.
and abah tak suka makan sayur. suka gila tengok bola dan berita kat tv. kadang2 berebut dgn dia nak conquer tv -.-
dari dulu Abah banyak sangat berkorban. sangat banyak. kalau tak kerana Abah aku takkan ada di tempat aku berada sekarang. kalau Abah tak garang dengan anak2 dulu, anak2 dia takkan berjaya ke tahap yang mereka berada sekarang ini. tapi itulah, makin besar aku ni makin hilang taring dia. dulu pandang abah nenggok pasal abah lagi besar, sekarang aku yang lagi besar dari abah. uban pun dah makin banyak, gigi pun dah tak ada. (damn I crieddddd)
ailebiu |
kadang-kadang kalau aku share masalah dengan abah, abah tak pernah cakap benda yang negatif pasal masalah tu. Abah mesti cakap benda positif. pandang positif pada masalah tu.
contohlah kalau aku sakit perut, cirit birit, ulang alik ke tandas, aku ngadu kat abah. abah cakap
"alaaaa, itu bukan sakit... tu nak cuci perut, kasi perut kita bersih sikit"
Abah pun dah makin tua, tapi masih kuatkan diri demi anak2 dan cucu2. :(
soalan lazim yang Abah selalu tanya dekat aku
"dah makan ke belum? makan apa?"
masa tu tengah diet. kadang2 stress sebab Abah macam risau aku control makan.
T___________T
aduihhhhh rasa nak nangislah pulak~
..........
hope one day my future husband will have some characteristics just like him. always protect me, always remind me to Allah and positive things, caring, gentlemen and macho at the same time! ceit!
2 ulasan:
lawo misai aboh...
cool ada aboh gitu.. :)
memang cool. tiap2 hari dpt duit poket hahahahaha k merepek. XD
Catat Ulasan