Salam peeps! Adoi ni baru sempat Tsumiki update blog. Setelah berbulan-bulan tak update dan blog pun dah bersawang... Lepas habis belajar ingat dah percuma tapi ada job pulak nak kena buat. Jadi bertambah sibuk lagi lah!
Hari tu Tsumiki ada post pasal tips masuk program Animasi UiTM... Tsumiki terkejut gila post views nak dekat 5k lepas tu ramai betul yang tanya soalan kat ruangan komen! Sampai Tsumiki pun tak terbalas komen pertanyaan awak-awak semua. Maaf sangat-sangat sebab memang kadang-kadang tak terpandang notifikasi kat emel atau memang tak selalu renung handphone. Hihi. Siap ada tanya personal lagi tu. :')
Tapi kalau nak minta emel-emel tu, nanti dah nak kerja jangan buat macam tu tau. It seems weird haha
Tapi kalau nak minta emel-emel tu, nanti dah nak kerja jangan buat macam tu tau. It seems weird haha
Since Tsumiki hanya berasal dari Degree Animasi sahaja, jadi untuk Diploma, Tsumiki tak tahu banyak sebab Diploma baru buka. Kebanyakan trivia yang Tsumiki kongsi adalah berdasarkan Degree, tapi masih relatable dengan program Diploma koootttt
Kalau adik tanya pasal syarat-syarat2 kelayakan memang tak reti nak jawab sendiri. Sebab takut setiap semester berbeza-beza. Boleh check kat link ni. Harap membantu~
Jadi, untuk post kali ni, Tsumiki buat FAQ ringkas berdasarkan pertanyaan adik-adik yang berminat untuk tahu lebih lanjut pasal program Animasi UiTM ni... Ramai juga yang berminat ni yeeee XD
Okey.. start scrolling~
Q: Interview macam mana?
A: Tsumiki tak pernah join interview sebenar sebab dulu masa nak masuk kursus ni Tsumiki dapat interview melalui telefon sebab rumah jauh (alaa tak ada la jauh sangat ekekeke). Tapi ada tanya kawan kelas yang pernah kena, mereka akan interview dalam English, selalunya tanya pasal perkembangan industri animasi tempatan, pengetahuan am tentang asas-asas animasi, software dan sebagainya. Lepas tu tak silap ada ujian melukis jugak (jadi kena bawa alat lukis laa yee)
Q: Kalau tak pandai English, macam mana eh?
A: Sejujurnya, tak semestinya tak pandai English tak boleh lepas. Sebab ada je kawan kelas yang tak terer English pass interview :'). tapi Tsumiki nasihatkan lebih baik awak-awak berlatih la siap-siap bercakap English. Jangan merungut merintih tak reti2 pun tiada guna juga. Usaha dik, usaha. :) Broken english pun janji pastikan interviewers tu faham tau.
Q: Masa interview kena bawa apa je?
A: Bawa diri, pakai kemas-kemas (UiTM selalunya prefer bagi lelaki; pakai baju kemeja berkolar, bertali leher, seluar slack bagai, perempuan; baju kurung etc etc), bawa dokumen penting, bawa porfolio, alat tulis untuk ujian melukis.
Q: Portfolio tu apa?
A: Portfolio adalah hasil kerja/karya (artworks) adik yang terdahulu, nak tunjuk kat para interviewers bukti yang adik ni tahu lukis, tahu animate, tahu itu ini semua la. Lagi bagus kalau ada showreel (satu video yang menggabungkan petikan-petikan kerja adik), kalau banyak kerja dulu berbentuk video la. Tunjuk je walaupun cincai-cincai. Nampaklah progress tu sikit kan. hehe
Q: Saya tak tahu melukis tapi saya minat animasi, boleh ke?
A: Tsumiki tak ada jawapan tepat untuk soalan ni. Tapi apa yang Tsumiki boleh cakap, kalau awak minat, teruskanlah. Tsumiki dulu pun tak reti melukis jugak. Kalau untuk Diploma, Tsumiki rasa okey je, tapi kalau Degree, kena fikir banyak kali. Degree ni advanced sikit... Kalau tak reti melukis nak masuk Degree punya memang susah sikit. T_T
Q: Susah tak belajar bidang animasi ni?
A: Ya sangat susah (jujur jelah cakap). Tapi kalau rajin berlatih, pandai susun masa, tak buat kerja last minute, rajin discover itu ini, insyaAllah kesusahan dapat dibendung perlahan-lahan (pandai cakap je lol). Semua bidang ada susah senang ya. Susah pun kalau awak malas berusaha untuk memajukan kemahiran sendiri. Bidang ni memerlukan kesabaran dan fokus yang sangat tinggi. Kalau hangat-hangat tahi ayam je, lebih baik jangan ambil.
Q: Boleh dapat kerja ke dengan bidang ni?
A: Terus terang cakap, banyak peluang kerja yang ada. Cuma tak nampak je. Satu lagi jangan ingat animasi ni adalah untuk buat kartun + cerita kanak-kanak semata. Animasi ni luas bidangnya dan banyak cabangnya (kalau cerita pun tak habis). Malah contohnya, iklan Ribena di TV pun adalah animated. Zaman sekarang iklan-iklan, video muzik pun nak animated, filem-filem pun nak kena ada CGI, kesan khas bagai. Bidang ni bidang berasaskan teknologi, lagi maju teknologi lagi senang nak buat kerja. Tapi itulah, nak pesan satu je, rajin-rajinkan diri kumpul hasil kerja, dokumen mana yang patut, letak kat YouTube ke, Deviantart ke (one of my biggest weaknesses). Kebanyakan syarikat animasi memandang lebih kepada portfolio berbanding gred awak.
Q: Program Animasi UiTM ambil masa berapa tahun?
A: Untuk Diploma, 2 setengah tahun (5 semester). Sama dengan Degree, 3 tahun juga.
Q: Berapa kadar yuran pengajian program ni?
A: Dalam satu semester (untuk Degree), Tsumiki rasa dalam RM400-500 per semester, plus yuran kolej (caj berdasarkan jenis bilik). Kalau Diploma, tak pasti.
Q: Kampus UiTM mana yang ada program ni?
A: Buat masa ni, ada di UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor, sahaja. Jangan tertukar dengan Kampus Puncak Alam pula ya. Jauh beza dua-dua tu. Dah banyak kes kawan-kawan lain masa hari pendaftaran dia tersesat sampai ke Puncak Alam. Tengok label betul-betul tau.
Q: Peralatan yang diperlukan untuk course ini?
A: Berdasarkan pengalaman, Tsumiki guna Wacom Intuos model lama (sekarang dah ada model baru).
ni yang Tsumiki pakai. (harga sekitar RM300+) |
Nak tahu lebih lanjut tentang tablet2 dari Wacom, boleh klik gambar di atas. Kalau laptop/pc pula, cubalah cari yang okey terus. Yang bilangan RAM dia tinggi, sekitar 4-8 gb pun dah memadai (lagi banyak lagi bagus). Fikir gini je, lagi bagus spec peralatan yang awak pakai, kerja lebih senang, tak banyak masalah. Tapi jaga betul-betul, nanti ada orang terliur karang kena curi (serius tau).
Jenama tu tak penting sangat. Tsumiki pakai gaming laptop, yang besar punya tu (skrin saiz 15.6 inci), which has cost me around RM3000-RM4000.
Q: Kak, saya dulu course (sila isi tempat kosong), boleh ke saya sambung course animasi?
A: Yang ni pun Tsumiki tak reti nak jawab... Sebab ada je budak matriks, budak course biotechnology la, course teater la, course textiles la (macam-macam lagi) ambil. Tak perlu risau sangat, kalau minat teruskan je. Believe in yourself. Tsumiki dulu pun course pengurusan je.
Q: Apa perisian (software) yang selalu digunakan?
A: Tsumiki suka pakai kebanyakannya dari keluarga Adobe (Photoshop, Illustrator, Premiere Pro, After Effects, Audition). Kalau masa belajar dulu ada belajar Toon Boom Studio, Toon Boom Harmony (untuk animasi 2D), Autodesk 3DsMax, dan Blender (Animasi 3D). Tapi tak silap sekarang dah mula pakai Autodesk Maya.
Kalau awak cuak pasal tak pernah pakai software ni, boleh belajar slow-slow. Nanti nak kerja pun belum tentu awak akan pakai software yang awak dah tahu. Lapangkan dada untuk belajar software baru, take it positively to enrich your skills, for you own benefits. Lagi banyak software awak tahu lagi bagus.
Q: Apakah yang saya perlu jawab apabila sesetengah individu mengatakan kos pilihan saya tiada masa depan yang cerah?
A: Tiada masa depan yang cerah? (Ingat Kassim Selamat ke apaaaaa XD). Cakap kat dia, tak baik cakap macam tu, rezeki semua tu terletak di tangan Tuhan. You never know what will you get in the future though. Bukan takde masa depan, sebab bidang animasi ni masih tengah nak naik kat Malaysia (berbanding di Jepun, Korea, Eropah sana tengah maju). Jadi sekarang ni kita boleh jadi di antara yang menaikkannya. Satu lagi, kat Malaysia kebanyakan animasi tu diorang akan fikir kartun untuk kanak-kanak je. Padahal banyak lagi awak boleh buat, cuma awak kena carilah cabang yang mana yang awak selesa dan minat untuk didalami.
Awak kena rajin la kumpul portfolio semua. To impress your potential employers.. The most important thing is your skills. I don't have an exact answer for this question, but if you had the chance to meet the lecturers, be free to ask for their opinions. They are more experienced. (tetibe speaking)
The sad truth is... susah nak dapat kerja kalau skills tak seberapa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
for further information about this course, boleh klik
Boleh jugak jenguk sorang blogger ni (Dia tengah ambil Diploma Animasi sekarang ni)
THANKS FOR READING~ =D
Tsumiki tau cakap je dik. Tsumiki pun takdelah bagus mana pun. Hahahahaha