HAI NARUKO! BUKAN NARUTO YEEE!
|
guide untuk anda. lain warna, lain fungsinya. PILIH PILIH |
Boleh klik gambar kat atas ni kalau nak tau lebih lanjut pasal range produk NARUKO.
dari bulan Mac hari tu Tsumiki tukar skincare baru setelah bertahun pakai SAFI. agak pening juga nak pilih yang mana yang sesuai dengan kondisi kulit Tsumiki. Masa pakai SAFI hari tu, kulit Tsumiki jadi kering dan jerawat tiba-tiba tumbuh dengan gembiranya.
Stres sangat agaknya. Lepas tu makan tak jaga sangat. Air kosong pun kurang. Hmm
Jadi Tsumiki research banyak2 tentang skincare set di internet. Pastu nak cari yang organik dan bebas kimia berbahaya tu pun susah nak cari. Tambahan pula banyak yang harga dia terlampau mahal.
Kondisi kulit Tsumiki adalah combination skin. Berminyak di T-zone, dan agak kering di bahagian pipi dan dagu. sobs
Tsumiki jenis suka beli skincare, nak pakai satu set kalau boleh. yang ada pencuci, toner, moisturizer, serum dan krim malam. taknak bergantung pada pencuci semata.
Pastu Tsumiki cari-cari dekat laman web Watsons atau Hermo.my terjumpa jenama NARUKO.
pergi google pasal skincare NARUKO, ada pulak terjumpa Naruto. ahahahah bongok
NARUKO adalah jenama dari Taiwan. ada cawangan besar di Singapura dan di Malaysia, cawangan dia kat Johor. Menurut apa yang Tsumiki baca, jenama ni banyak gunakan ekstrak tumbuhan dan bunga dalam produknya. Organic, free of parabens, artificial fragrance, mineral oil, and animal cruelty. Harga pun agak berpatutan dan tak adalah terlalu mahal sampai sebotol lebih rm100. botak kepala gitu.
Selepas baca banyak review tentang produk NARUKO, Tsumiki rasa nak cuba. Nak cari trial set tak ada la pulakk T_T Jadinya, Tsumiki ambil risiko beli satu set terus, online shop dari cawangan NARUKO sendiri. sebab masa tu NARUKO belum ada di Watsons.
Tsumiki beli set Rose & Botanic HA Aqua Cubic punya range, yang dikhususkan untuk kulit kering. teehee
|
tadaaaaaaaaaa >_< |
Botol dia warna magenta. Bukak2 bau bunga ros segar. Dia bukan bau rose macam perfume tu, tapi bau ros yang bunga segar tu yang orang buat hadiah bagi masa konvo tu. Best gila!
Tsumiki cuba pencuci, toner, moisutrizer, serum, dan night gelly dari range ni sejak bulan Mac hari tu. Hasilnya, okey dan sesuai sangat dengan kulit Tsumiki~ Pencuci muka dah habis awal jadi Tsumiki beli pencuci muka lain. Bukan NARUKO punya. Sebab pencuci dia Tsumiki tak berapa suka sangat, dia agak keringkan muka. tak selesa. Jadi Tsumiki dah berhenti pakai pencuci muka dia.
|
Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrator EX aka toner :3 |
|
senarai bahan-bahan yang ada. sorry tak nampak kat tepi. haa |
Bahan dia so far tak nampak lagi ada paraben dalam ni. alcohol takde, tapi ada
retinyl palmitate dan
butylene glycol yang agak bahaya sikit la, menurut CosDNA.
Dari segi tekstur, toner dia nampak clear macam air tapi dia macam sedikit pekat dan melekit bila mula-mula pakai. Cara pakai adalah dengan letak setompok kat cotton pad pastu sapu2. Kalau nak buat sapu pakai tangan rasa macam melekit pulak :( Tapi yang bestnya dia memang bagi hidrasi pada kulit dengan bau-bauan ros segar yang wangi. Kalau korang jenis tak suka bau ros, jangan beli. heheheh lols
|
Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Moisturizer EX. |
Huh, lelah gak menyebutnya hahaha. panjang sangat nama dia ni (baru terfikir). Yang atas ni pulak moisturizernya. Dah pakai nak dekat 4 bulan tapi takat tu je dia habis. hahaha XD
|
bahan-bahan dalam moisturizer ni. |
Dari segi tekstur, dia macam bersusu dan warna putih. pun melekit jugak tapi tak berminyak. macam water-based la kot. Tapi secara jujurnya Tsumiki tak berapa sangat moisturizer ni. Dia melekit sangat pastu bila dah lama pakai tu, muka rasa berminyak. Jadi Tsumiki rasa..... mungkin dia terlalu melekit sangat sampai rasa camtu. hmm I dont know
Sudah terang lagi bersuluh, range ni masih tak sesuai dengan keadaan kulit Tsumiki. Jadi, sapa-sapa yang betul-betul ada kulit kering gila tu cubalah. Sebab yang ini memang sangat memberi hidrasi.
Tsumiki tak recommend orang yang ada masalah jerawat yang teruk untuk cuba.
|
yang ini Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Complex EX. serum rasanya. kehkeh. |
Yang kat atas ni pulak serumnya. Tsumiki tak pastilah dia ni serum atau essence, tapi Tsumiki pakai je lepas pakai toner. Teksturnya macam serum biasa, dia clear dan pekat sangat. Tapi bila letak kat muka, dia mula-mula melekit pastu bila dah menyerap dia okey la. Yang ni Tsumiki okey la, dia memang bantu kulit kering.
|
Yang ni pulak... bacalah sendiri. HAHA XD (jahat) |
Yang kat atas ni pulak night jelly, macam lebih kurang krim malam atau sleeping mask. Yang ni Tsumiki suka pakai. Memang rasa damai dan sejuk je atas muka bila masa nak tidur.
|
dan tekstur dia macam gini. Jelly! nyumnyum~ |
tiap-tiap malam pakai, esok pagi rasa macam dia dah menyerap masuk. rasa lembut je muka.
sebab suka sangat pakai jelly ni, Tsumiki sanggup cuba jelly dari range lain. hahahah.
|
range lain, tapi still, JELLY! |
|
lebih clear dari jelly yang satu lagi. |
yang range merah ni nama dia Raw Job's Tears, yang ni lebih pada brightening dan pore minimizing. Raw Job's Tears tak silap nama lain untuk barli kot. Jadi jelly atas ni memang bau macam barli. XD
rasa muka tak kering dah macam dulu sampai tahap satu hari tu kalau tak letak apa-apa muka dah rasa lembap dan selesa. Alhamdulilah.
Dah suka sangat NARUKO ni sampai beli mask dia pulak. Beli satu set jugak. Gila sudah Tsumiki ni
Tapi mask dia LAGI best. :)
Mula-mula pakai memang tak nampak hasil dia, tapi lepas berbulan-bulan pakai baru rasa kesan dia tu sikit-sikit. Disebabkan set ini khas untuk hydrating, jadi dia memang hydrating betul la. Duk dalam aircond, muka langsung tak kering. kekal lembap sentiasa. heeee :)
Tsumiki tak kisah kalau set ni tak buat menyerikan kulit, walaupun jerawat masih tumbuh, tapi jerawat xdelah tumbuh banyak macam dulu. Dengan penjagaan makan dan minum air kosong secukupnya okey la sikit. hahahahaha. Kalau boleh memang sampai bila-bila nak pakai yg ni jer. Malas dah nak tukar. lagipun tak elok tukar-tukar selalu. kesian kulit kita kejutan budaya. Tapi malangnya, kalau tak sesuai jugak, kenalah cari yang lain pulak. ddeyyy
Dan...Set ni memang bertahan berbulan-bulan. Jimat kat situ.
Malu nak tunjuk wajah muka sekarang, Bukan apa, memang malu nak letak gambar la. kihkih
|
harapan setiap wanita |
Konklusinya, bagi Tsumiki, produk ni kira macam best jugak, worth trying tapi kalau nak repurchase tu kena fikir banyak kali. Maybe after this, Tsumiki nak cuba range yang warna merah kot.
Pros:
Memang hydrating
Bau dia segar (sebab takde artificial fragrance)
Kurang bahan kimia berbahaya
Harga berpatutan dan jimat
Packaging cantik dan hygenic
Tiada bahan aktif (nggak ada BHA, AHA semua tu la)
Cons:
Tekstur produk melekit sikit...
Kesan tak berapa nampak :(
Nama panjang sangat dan agak mengelirukan
Info kat produk dalam bahasa lain. Tak paham, hehehe XD
Okeylah. saja nak kongsi untuk sapa-sapa yang nak cuba produk Naruko ni. SEKARANG DAH BOLEH DAPAT KAT DRUGSTORE BERDEKATAN!! Kbai >_<