Pages

(REVIEW TH) Yadah!

tiba-tiba blog Tsumiki dah jadi beauty blog lol XD

takpe... sekali sekala nak kongsi benda yang merepek
(nampak sgt tak ada idea di situ) T_________T

sejak mula nak ambil kisah pasal kecantikan diri ni, memang dah mula kenal beberapa jenama produk kecantikan. pastu entah kenapalah Tsumiki suka sangat jenama dari Korea :P

Salah satunya adalah YADAH!

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

empat produk pilihan hati.

tak habis-habis dengan NARUKO tu..
ahh jap jap, yang pencuci muka ni memang favourite Tsumiki lahh!

pencuci muka namanya YADAH Bubble Deep Cleanser (yang botol putih tu). Dia macam foam cleanser, dan yang bestnya pasal pencuci ni, lepas cuci tak rasa ketat je muka ni. memang kekal lembap walaupun dia mampu membersihkan mekap.

Memang sesuai untuk kulit muka yang sensitif dan kering. Buih-buih dia lembut dan lebih kecik2 berbanding pencuci lain. yeahhhh

PROS
Bau dia tak terlalu artificial, tak menusuk hidung
Buih dia lembut, tak menyebabkan iritasi
Tak rasa kering lepas pakai

CONS
Terlalu simple/lembut untuk bersihkan mekap/sunblock
Takut tak cuci
Buih dia cair sikit

Yang botol pink kecik tu pula YADAH All Day Tint. kiranya dia macam lip tint la. Warna magenta. memang warna dia tahan lama dan bau dia macam bau beri2 gitu.
Cuma Tsumiki pakai sekali sekala je. Sebab warna dia terang sgt untuk Tsumiki. Tapi suka je produk ni. heeeeeee

PROS
Bau macam strawberi
Warna dia terang benderang (dah macam darah aku tengok)
Tak mengeringkan bibir
Warna tahan lama

CONS
Susah nak letak sekata kat bibir (cepat menyerap)
Kalau tak pandai letak boleh jadi huduh

Yang botol silver tu pulak YADAH Oh My Sunblock. Yup, sunblock! Memandangkan Tsumiki jenis tak pakai bedak atau apa-apa foundation yang ada SPF atas muka, Tsumiki pakai sunblock ni je. SPF 35+. Cukup la untuk muka Tsumiki yang agak sensitif ni. Pastu kan, dia cuma krim sunblock yang bukan macam foundation tu. Dia macam moisturizer, lepas pakai tak perlu basuh dengan makeup remover :) Takut juga muka cepat berkedut kalau tak diberi pelindungan dari cahaya matahari. Lagi-lagi hari dah makin panas~ >_<

PROS
Macam moisturiser, tak rasa berat
Muka tak rasa melekit sangat
Kadar sunburn dapat dikurangkan
Bau dia tak kuat sangat menusuk hidung

CONS
Muka boleh jadi berminyak lepas dah lama pakai

Yang tiub berbaring tu pulak YADAH Anti Trouble Spot. Yang ni krim untuk jerawat. Baru je beli krim ni sebab hari tu ada sale kat Hermo.my. Krim ni so far okey juga untuk merawat jerawat degil Tsumiki. Walaupun lambat kesannya, tapi sekurang-kurangnya dia bertindak juga.

PROS
Berkesanlah jugak halau jerawat
Bau teatree sedap, takdelah bau macam ubat tengik

CONS
Ambil masa lama nak keringkan jerawat
Pedihnya tak terhingga (rasanya sama macam pakai T3 gel)
Melekit


Mana Tsumiki dapat semua ni? HAHAHAHAHA
Tsumiki beli online dari Hermo.my. Kalau ada sale sampai nak gila memang Tsumiki pun menggila nak beli apa yang patut. Kat SASA pun ada jugak brand YADAH ni.
Oh lupa nak gitau, YADAH ni brand dari Korea dan brand ni lebih ke arah mengeluarkan produk yang organik, bebas kimia berbahaya. Jadi sebab tulah nak cuba-cuba sikit.

hahahahaa. thanks for reading~ =)



0

tips untuk bakal pelajar Animasi UiTM~

Oraittt. Ada gak masa untuk blog. Baru-baru ni Tsumiki dapat pertanyaan dari dua orang adik pasal course animasi kat UiTM. hee. Terima kasih kerana sudi bertanya ye dik! I appreciate it so much :)))

(taknak share drawings ngn hasil kerja. buwokk :( hee)

Untuk pengetahuan adik-adik (cehh bajet tuaanye), Tsumiki ni pelajar semester 5 Ijazah Animasi kat UiTM Puncak Perdana. So, Tsumiki pun baru dapat tahu katanya Diploma Animasi dah buka (yeke?) soo Tsumiki rasa macam nak kongsi dengan adik-adik tentang course ni.

1) First thing first, adik2 kena mohon dulu kat UPU ye. cari course Diploma Teknologi Kreatif Animasi atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Animasi kat UiTM. Tapi Tsumiki tak pasti laa kalau dia dah bertukar nama, sebab Tsumiki dah lama masuk. So at least try cari betul2, pastikan course yang betul adik pilih tu. Sebab dah banyak sgt da kes kawan-kawan akak tersilap pilih course, pastu tak pasal-pasal dia berhenti sebab takleh bawak. Jadi hati-hati ye.

2) Make sure peka dengan pengumuman kat internet ke apa, kalau dia suruh check, check. Pastu pastikan bila tarikh temuduga tu bila dan kat mana. JANGAN TERLEPAS tau.... :3

3) Pengalaman temuduga pulak, secara jujurnya Tsumiki takde pengalaman temuduga secara berhadapan. Tsumiki dapat temuduga melalui perbualan telefon, dan Tsumiki pun tak tau kenapa (ingat aku jauh sgt agaknyaaa haha). 

4) Menurut rakan rapat Tsumiki, adik2 kena datang kampus yang adik kena datang, pastu bawak dokumen yang patut dibawa, etika pakaian kena menepati sahsiah rupa diri, pastu jangan lupa bawak alatan untuk melukis seperti kertas A3 dan pensil atau apa2 jelah. Adik2 kena cari file PDF pasal syarat2 temuduga ni, sebab dalam tu ada lah dia mention pasal semua ni.

5) Lepas tu, bila tiba waktu temuduga, adik2 akan ditemuduga ikut giliran oleh para pensyarah dari Jabatan Animasi la. Biasanya diorang akan tanya isu semasa tentang industri animasi tempatan. Pastu dia akan tanya kenapa adik2 nak masuk course ni dan apa yang adik2 nak sumbangkan pada industri nanti. Get ready yeeeeeee (^________^)

6) Lastly diorang akan buat ujian melukis. Fuhhh. yang ni memang adik2 kena tunjuk bakat melukis sepenuh hati tau! Diorang akan bagi masa, pastu letak barang atau orang kat depan dan lukis lah. Tapi Tsumiki tak tau la kalau kali ni dah lain cara ujian melukis nya. Things change kan? mweehhehee~

7) Cakap pasal melukis, korang kena asah dari sekarang bakat melukis tu, dan BIASAKAN melukis pakai traditional style (atas kertas gitu ler) dan digital style (guna drawing tablet). sangat penting tau. Ada masa ni, berlatih tiap2 hari, dan kalau boleh, beli drawing tablet siap2! Tsumiki rekemen jenama Wacom Intuos atau Huion. Saiz tu, lagi besar lagi mahal. Kalau ada banyak duit, belilah Wacom Cintiq terus. teeheeeeee XD

8) Pastu paling paling penting. Laptop/PC adik2. kalau boleh, pastikan laptop/pc adik2 power dan RAM atleast 4 gb ke atas. Brand tak kisah. Janji spec power. Tsumiki rekemen beli yang gaming terus. Mahal memang mahal, tapi senang sikit buat kerja. Kalau yang minat animasi 3D lagilahh kena power. Serius Tsumiki cakap. untuk memudahkan kerja adik2. Laptop adalah nyawa, dan jantung hati adik2 sepanjang pengajian. Rata2 rakan2 Tsumiki tertewas/extend semester di tengah jalan sebab laptop/pc buat hal atau rosak. Ini memang sangat menyedihkan dan menyusahkan adik2. Tapi kadang kalau power tetibe jeng juga apa boleh buat. Musibah bila2 boleh berlaku. Tsumiki kalau laptop mula buat hal sket memang boleh berair mata ohh. Sakitnya tu di sini~~

9) Pasal software pula, buat masa ni, untuk animasi 2D, pensyarah akan ajar Adobe Photoshop dan Toon Boom Studio 5. Kalau untuk animasi 3D, software yang diajar adalah Autodesk 3Dsmax 2010 atau Blender. So kenal2 la software ni sebelum masuk ye. Time belajar pun adik2 boleh je nak pakai software yang memudahkan kerja adik2, tapi yang 4 software ni mesti kena tahu at least. Untuk memudahkan adik2 faham interfacenya. Para pensyarah takkan ajar semua, ada sesetengah adik2 kena cari tutorial sendiri kat mana2 dan belajar sendiri.

10) Last sekali..... ni yang Tsumiki nak pesan kat adik2 yang berminat nak ambil course nih. Adik2 kena ada KESABARAN, KERAJINAN dan KETELITIAN yang tinggi untuk menghadapi course ni. Sebab assignments dia mungkin banyak, bertulis pun ada, melukis pun ada, pakai software pun ada. Adik2 kena tekun, kena rajin, jangan malas2. Jangan sesekali tangguh kerja. Sekali tertangguh, memakan diri. Pastikan kerja ikut minggu yang pensyarah dah tetapkan. Kerja kena kemas, jangan comot-comot.

Alriteeeee. Rasanya uhhhh penat gak menaip huh. Banyak sebenarnya nak kongsi, tapi Tsumiki prefer adik2 alami la sendiri dan rasailah sendiri perjalanan bergelar pelajar Animasi ni. Tak susah pun kalau kita betul2 gigih usaha. Lagi2 kalau adik2 dah minat, Teruskan! jangan mengalah tau... jangan rasa takut nak ambil.. Kalau minat, suka melukis, suka buat cerita, suka buat komik, suka animate, teruskan dengan bidang ni! Abaikan kalau org cakap bidang animasi ni tak hebat macam bidang lain la apalah.... It's your choice, not theirs! Good luck ye adik2. :P


MAJULAH ANIMASI NEGARAAAAAAAAAAAAAAAAA AARGRHHHHH XD

102

5th semester


auwwcak~

sikit je lagi nak habis.

sikit je lagi.

aawuhhhhhhhh makin lama makin berdebu blog Tsumiki ni.
sorry sangat bloggie sekalian.

takpelah, Tsumiki cuba gak cari masa. padahal banyak je masa tu. tapi itulah. apahallaaaaa malas sangat. bukak blog pandai, tapi nak update, pemalas. puihhh kat diri sendiri. hee.

Sedar tak sedar, Tsumiki dah masuk semester 5 degree Animasi UiTM! Yeahhhhhh. That feels! Rasa mcm mak aiii tak sabor benor nak habis degree dan kerja. Pastu nak sambung master lagi. Pastu nak kahwin la apelah. adehhh. Banyak benda lagi nak kena rancang.

Sekarang Tsumiki rasa stabil sikit la dengan pelajaran semua. Alhamdulilah last sem Tsumiki dapat capai target Tsumiki. Sekarang ni tengah nak tingkatkan lagi. Sementara masih bergelar pelajar, memang Tsumiki kena laksanakan tanggungjawab belajar sebaiknya. yehooo

Lagi pun subjek dah makin berkurang, dan dah mula bekerja untuk thesis dan final year project. Yeahh. Alhamdulillah idea cerita dan konsep visual animasi yang Tsumiki buat dah diterima dan diluluskan oleh penyelia dan para pensyarah lain. Yeahhhh lg. :D

Untuk projek final tak berseorangan. yeahh kita ada partner yang sudi bekerjasama dengan dia. Walaupun dia berlawanan jantina dengan kita tapi kita suka kerja dengan dia. Aumm. (gedik plak tetibe) --"

Saja nak mengada tunjuk ni. Tengok la sikit.
Penat lukis beribu kali. Konsepnya simple je.

alaa tomey2nyeeeee XD

HAHAHAHAHAHAHAHHAA
sambil buat sambil kikkikkikiki.

MENATANG APA AKU LUKIS NI.

okey bai sambung buat assignment. luls


1

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com