Oraittt. Ada gak masa untuk blog. Baru-baru ni Tsumiki dapat pertanyaan dari dua orang adik pasal course animasi kat UiTM. hee. Terima kasih kerana sudi bertanya ye dik! I appreciate it so much :)))
(taknak share drawings ngn hasil kerja. buwokk :( hee)
Untuk pengetahuan adik-adik (cehh bajet tuaanye), Tsumiki ni pelajar semester 5 Ijazah Animasi kat UiTM Puncak Perdana. So, Tsumiki pun baru dapat tahu katanya Diploma Animasi dah buka (yeke?) soo Tsumiki rasa macam nak kongsi dengan adik-adik tentang course ni.
1) First thing first, adik2 kena mohon dulu kat UPU ye. cari course Diploma Teknologi Kreatif Animasi atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Animasi kat UiTM. Tapi Tsumiki tak pasti laa kalau dia dah bertukar nama, sebab Tsumiki dah lama masuk. So at least try cari betul2, pastikan course yang betul adik pilih tu. Sebab dah banyak sgt da kes kawan-kawan akak tersilap pilih course, pastu tak pasal-pasal dia berhenti sebab takleh bawak. Jadi hati-hati ye.
2) Make sure peka dengan pengumuman kat internet ke apa, kalau dia suruh check, check. Pastu pastikan bila tarikh temuduga tu bila dan kat mana. JANGAN TERLEPAS tau.... :3
3) Pengalaman temuduga pulak, secara jujurnya Tsumiki takde pengalaman temuduga secara berhadapan. Tsumiki dapat temuduga melalui perbualan telefon, dan Tsumiki pun tak tau kenapa (ingat aku jauh sgt agaknyaaa haha).
4) Menurut rakan rapat Tsumiki, adik2 kena datang kampus yang adik kena datang, pastu bawak dokumen yang patut dibawa, etika pakaian kena menepati sahsiah rupa diri, pastu jangan lupa bawak alatan untuk melukis seperti kertas A3 dan pensil atau apa2 jelah. Adik2 kena cari file PDF pasal syarat2 temuduga ni, sebab dalam tu ada lah dia mention pasal semua ni.
5) Lepas tu, bila tiba waktu temuduga, adik2 akan ditemuduga ikut giliran oleh para pensyarah dari Jabatan Animasi la. Biasanya diorang akan tanya isu semasa tentang industri animasi tempatan. Pastu dia akan tanya kenapa adik2 nak masuk course ni dan apa yang adik2 nak sumbangkan pada industri nanti. Get ready yeeeeeee (^________^)
6) Lastly diorang akan buat ujian melukis. Fuhhh. yang ni memang adik2 kena tunjuk bakat melukis sepenuh hati tau! Diorang akan bagi masa, pastu letak barang atau orang kat depan dan lukis lah. Tapi Tsumiki tak tau la kalau kali ni dah lain cara ujian melukis nya. Things change kan? mweehhehee~
7) Cakap pasal melukis, korang kena asah dari sekarang bakat melukis tu, dan BIASAKAN melukis pakai traditional style (atas kertas gitu ler) dan digital style (guna drawing tablet). sangat penting tau. Ada masa ni, berlatih tiap2 hari, dan kalau boleh, beli drawing tablet siap2! Tsumiki rekemen jenama Wacom Intuos atau Huion. Saiz tu, lagi besar lagi mahal. Kalau ada banyak duit, belilah Wacom Cintiq terus. teeheeeeee XD
8) Pastu paling paling penting. Laptop/PC adik2. kalau boleh, pastikan laptop/pc adik2 power dan RAM atleast 4 gb ke atas. Brand tak kisah. Janji spec power. Tsumiki rekemen beli yang gaming terus. Mahal memang mahal, tapi senang sikit buat kerja. Kalau yang minat animasi 3D lagilahh kena power. Serius Tsumiki cakap. untuk memudahkan kerja adik2. Laptop adalah nyawa, dan jantung hati adik2 sepanjang pengajian. Rata2 rakan2 Tsumiki tertewas/extend semester di tengah jalan sebab laptop/pc buat hal atau rosak. Ini memang sangat menyedihkan dan menyusahkan adik2. Tapi kadang kalau power tetibe jeng juga apa boleh buat. Musibah bila2 boleh berlaku. Tsumiki kalau laptop mula buat hal sket memang boleh berair mata ohh. Sakitnya tu di sini~~
9) Pasal software pula, buat masa ni, untuk animasi 2D, pensyarah akan ajar Adobe Photoshop dan Toon Boom Studio 5. Kalau untuk animasi 3D, software yang diajar adalah Autodesk 3Dsmax 2010 atau Blender. So kenal2 la software ni sebelum masuk ye. Time belajar pun adik2 boleh je nak pakai software yang memudahkan kerja adik2, tapi yang 4 software ni mesti kena tahu at least. Untuk memudahkan adik2 faham interfacenya. Para pensyarah takkan ajar semua, ada sesetengah adik2 kena cari tutorial sendiri kat mana2 dan belajar sendiri.
10) Last sekali..... ni yang Tsumiki nak pesan kat adik2 yang berminat nak ambil course nih. Adik2 kena ada KESABARAN, KERAJINAN dan KETELITIAN yang tinggi untuk menghadapi course ni. Sebab assignments dia mungkin banyak, bertulis pun ada, melukis pun ada, pakai software pun ada. Adik2 kena tekun, kena rajin, jangan malas2. Jangan sesekali tangguh kerja. Sekali tertangguh, memakan diri. Pastikan kerja ikut minggu yang pensyarah dah tetapkan. Kerja kena kemas, jangan comot-comot.
Alriteeeee. Rasanya uhhhh penat gak menaip huh. Banyak sebenarnya nak kongsi, tapi Tsumiki prefer adik2 alami la sendiri dan rasailah sendiri perjalanan bergelar pelajar Animasi ni. Tak susah pun kalau kita betul2 gigih usaha. Lagi2 kalau adik2 dah minat, Teruskan! jangan mengalah tau... jangan rasa takut nak ambil.. Kalau minat, suka melukis, suka buat cerita, suka buat komik, suka animate, teruskan dengan bidang ni! Abaikan kalau org cakap bidang animasi ni tak hebat macam bidang lain la apalah.... It's your choice, not theirs! Good luck ye adik2. :P
MAJULAH ANIMASI NEGARAAAAAAAAAAAAAAAAA AARGRHHHHH XD
102 ulasan:
asslaamualaikum saya nak tanyer skit, asik saya dapat temuduga untuk sarjana muda teknologi kreatif animasi dan teknologi skrin? sbgai senior tsumuki ade ape2 tips x nak kasi dia?huhuhu
Assalamualaikum tsumiki :) um, mknenye bila dah daftar dekat uitm nnti, mmg dah kene ad laptop sendiri ke?
waalaikumussalam. sorry late reply. yup dear. ada je makmal komputer, tp susah sebab adik boleh masuk masa waktu lecture sahaja. jadi sgtlah penting utk ada laptop/pc sendiri. :)
waalaikumussalam dear, sorry Tsumiki dulu tak kena interview depan2. sebab Tsumiki dpt interview dari telefon. tapi biasanya ada dua sesi, sesi temuduga mcm soal jwab tu dan sesi ujian melukis. adik kena persiapkan diri utk tahu tentang animasi tempatan dan apa yg adik nak sumbangkan pada industri. :)
kalau kos pembelajaran overall berapa ehh animation ni ?
@wiwyd ikut semester. range dalam RM500-RM700 gitu setiap semester. Kalau ijazah, ada enam semester kesemuanya (untuk lepasan STPM, Matrik, lepasan Diploma kursus lain/u lain).
uitm still pakai software yg akak mention atau dah tukar?
@edilnaquib akak tak pasti kalau diorang nak tukar yang baru. tapi memang itu yang akak belajar. :)
Wacom bila start pakai? Wacom ada jenis lain ke untuk 2d dgan 3d? Atau satu wacom tu boleh pakai dua2 sekali?
wacom start pakai dari sem1 ijazah lagi. wacom mmg khas utk lukis2 buat 2d animation. 3d animation tak perlu lukis, tapi kena modelling + sculpting pakai klik2 mouse je. wacom dia ada saiz berbeza dan ada yg tablet mcm touch pad je dan ada yg mcm touch screen. yg touch pad tu Wacom Intuos, harga sekitar rm300-800 ikut saiz, manakala yg touch screen tu Wacom Cintiq, harganya sangat mahal dik. apa yg akak igt, brand wacom boleh masuk dgn Mac dan Windows. :)
Assalam akak tsumiki, saya takde blajar pasal pendidikan seni visual time spm, dan baru habis matrik blajar sains. Senang citer dlm akademik x pernah terlibat dengan seni. Tapi saya minat sangat. Selalu melukis. Saya mohon diploma animasi utk kemasukan november 2016. Agak2 akak saya ada peluang tak nak lepas interview?
wasalam adik luffy, itu tak jadi masalah. selagi adik mempunyai minat dan kerajinan yg tinggi, insyaAllah boleh je nak lepas dik, jgn risau. Senior akak ada je yg sama mcm adik (asal matrix) dah jadi best student dan dah hasilkan karya yg bagus. Adik kena yakin dgn potensi diri adik dan apa yg adik nak capai dlm bidang ni. Ada je org yg terer melukis tp tak pandai animate dan ada juga org yg pandai animate tp tak pandai melukis sgt. :)
Huhu terima kasih kak...takut
sama sama dik. wish you all the best!
Layak atau tidak, akak pun tak pasti. Tapi boleh je nak masuk. Pastikan adik tahu pasal animasi dan ada sedikit portfolio (lukisan hasil karya adik yg terdahulu, pengetahuan tentang animasi dan software dll). Paling penting adik at least kena ada basic melukis.
Hmm saya tak sure , pening , takut nak buat pilihan sbb takut menyesal buat pilihan yang salah . Saya minat melukis bende2 seni , tapi di sekolah ( menengah ) saya tak ambik subjek yg melibatkan seni . Dan takut saya lukis tk sehebat orang lain . Minat ada tapi tak yakin . Takut orang lain lagi terer . Kalau tkda bende 2d tablet tu mcm mana ? Adakah saya dalam masalah ? . Dan kak ? Kelayakan nak masuk ni grade spm kene macam mana ? . Hahah banyak soalan . Saya risau je hahah sorry byk tanya . Terima kasih kak
@nik asyraaf kenapa perlu takut ada org lain lagi terer.. pergi bidang mana pun tetap akan ada orang yg lagi terer dari kita. Adik kena yakin dengan diri sendiri, buat istikharah kalau boleh.. Kalau takut sebab lukis tak sehebat org lain tu, akak dulu pun mula-mula masuk, akak rasa skill melukis akak la yg antara yang paling teruk. Tapi boleh improve dari semasa ke semasa. Pasal drawing tablet pula, pihak fakulti ada sediakan untuk dipinjam, tapi akak tetap rekemenkan adik beli satu untuk diri sendiri supaya mudah nak buat kerja kat rumah, tak perlu nak pergi makmal sebab nak pinjam tablet tu, lagipun adik hanya boleh masuk makmal waktu kelas sahaja. Pasal kelayakan tu pulak mungkin adik boleh check dekat UiTM punya website tentang apa syarat kelayakan untuk jadi pelajar UiTM. Masuk bidang seni ni jangan fikirkan tentang orang lain, nanti adik akan tertekan kalau asyik tengok orang lain. Itu pesanan akak berdasarkan pengalaman la. :)
Akak saya ada dapat temuduga diploma animasi di uitm puncak ni !
Tapi x pasti nk pergi ke x ? Sbb portfolio tentang animasi...lukis2 pun cincai2 je...24 sept temudga..ade ke yang xthu langsung pasal animasi dpt bawak course ni...dh lah xpandai english..mmg hancur...mcm mne ni ?
adik @muhd zhafri, firstly akak cakap congrats! nak proceed atau tidak, itu terpulang pada adik sendiri. Adik kena tau apa yg adik minat. Kalau adik betul2 minat animasi, go for it tapi kalau tak, better cari bidang yg adik minat la. Kalau pasal lukis cincai2 tu, janji adik boleh lukis. Sebab memang biasa la kalau mula2 masuk kita tak tau byk benda. Dah nama pun nak sambung belajar kan? English tak pandai pun jangan risau, kawan2 akak pun ramai je yg tak terer english. Tapi akak nasihatkan, sementara ada masa ni, kalau betul adik nak terima tawaran tu, adik berlatihlah cakap english sikit dan perbanyakkan portfolio, hasil lukisan adik, dan perbanyakkan pengetahuan tentang industri animasi dan jgn lupa, apa yg adik nak sumbangkan kepada industri nanti. be confident, and good luck dik! :)
Ade ke orang yang xminat tapi die tetap ambim gak course ni ?
nak tanya portfolio ni apa benda eh? kalau tak ada tak boleh ke? temuduga guna bahasa english sepenuhnya ke?
satu lagi nak tanya bidang animasi ni hanya boleh buat kartun je atau game pun boleh?
tolong balas secepat mungkin🙏🙏🙏
Terima kasih :) kak . Saya betul2 hargai kata2 akak ni .
Tapi saya memang xde jiwa melukis kak mcm mne ni ?
buat tenang je la nak
ada je dik... tapi mostly kalau diorang tak boleh bawak diorang akan quit.
portfolio ni merangkumi benda2 yang adik dah buat sebelum ni. macam contohnya adik pernah masuk pertandingan melukis ke, buat animation ke, takpun adik pernah buat animation sendiri ke, lukis2 ke, pendek kata benda yg adik dah buat sebelum ni yg berkait dgn animasi. mungkin boleh jd bukti kepada kebolehan adik jugak la. temuduga... yup, fully english.
alamak sorry late reply, akak tgh busy dgn tesis dan projek akhir hehe. Bidang animasi ni sebenarnya luas dik, bukan setakat buat cerita mcm Upin Ipin jer, adik boleh buat iklan, game, music video, motion graphics, montage untuk drama + filem, buat CGI/special effects utk drama + filem... lepas tu kalau nak fikir psl job tu, banyak je cabang adik boleh pergi, tak semestinya animator je. boleh jadi background designer, character designer dan sebagainya.
Assalamualaikum sis :) nak tanya, apa beza diploma animasi ni dengan diploma seni reka grafik dan media digital? Or takda beza pun? Hehe mmg minat betul dgn bidang seni ni, and inspiration kbnykannya dari anime jepun. Lagi satu, kelayakan untk kos animasi uitm perlukan sbjek addmath tak ye? Sbb dkt uthm perlukan at least C addmath untk masuk kos multimedia. Hope akak dpt jawab soalan saya :)
@Mochi waalaikumussalam dik :) agak berbeza jugak dua course tu. Animasi lebih kepada buat karakter, buat cerita, belajar software, gerakkan benda, belajar sedikit asas tentang perfileman... Kalau course grafik tu pula, menurut kawan Tsumiki la, ia lebih kepada graphic design, buat logo, poster, packaging brg, iklan, dan sebagainya, adalah sikit subjek lukis-lukis gitu ler. Kalau adik minat bercerita, buat karakter dan memang minat animasi, akak cadangkan animasi. Tapi kalau minat lukis, design itu design ini, go for graphic design. To be honest, peluang pekerjaan tu banyak tapi kena pandai carilah. Pasal kelayakan uitm tu, akak cadangkan adik tengok kat lamanweb uitm atau lamanweb Fakulti Filem, Teater & Animasi, atau Fakulti Seni Reka untuk maklumat lanjut ye. sebab akak degree, takut ada beza dengan diploma.
Ok thanks kak! :))
Assalamualaikum.
Akak, boleh bagi suggestion untuk apps apa biasa pakai untk editing? Instead of Photoshop
Assalamualaikum.
Akak, boleh suggest apps apa bagus untk editing? Contoh edit video dll
Akak saya pelajar STPM kemanusia(pengajian am,ekonomi,BM,sej)& mngambil seni visual sebagai tambahan masa spm.
1.saya kene reject kos animasi masa interview :(
2.bolehkah saya mohon kos ini lagi selepas stpm
3.berapakah kos saya perlukan utk setiap kelengkapan
4.apakah yg saya perlu jawab apabila sesetengah individu mengatakan kos pilihan saya tiada masa depan yg cerah?
Assalamualaikum akak... Maaf mngganggu.. sya nk tnya utk kos animasi ni kan peluang pekerjaan ape yang ditawarkan nnti? Ipta mna shja yg menawarkan kos ni selain uitm? Sya hrap akak boleh share.. Terima kasih..
Apa syarat kelayakkan spm klu nk amik course ni ?
assalamualaikum akak!~ akak kata kat U nnti belajar animation 2d guna toon boom studio??? kalau guna adobe flash tak boleh ker????? kalau tak boleh susah lah saayaaa!!~~
salam akak, saya sangat appreciate dengan jawapan akak sebab kos ni mmg byk sgt kekeliruan.Saya cuma nak tanya, biasanya graduan sarjana muda uitm animasi ni bekerja di mana ye? Terima kasih...
Will the interview be in english? What do you mean by knowledge on local animation?
What she meant is that you should know some or maybe all of the local animation industry in our country. It may be asked during the interview. I hope that helps :)
Assalamualaikum,akak. saya ni berminat dengan CGI tapi saya ni baru je lepasan spm jadi saya tak berapa faham ttg kos-kos. saya nak tahu kalau in future nanti saya nak involve kan diri saya dengan CGI, akk rase first step saya kene amik diploma animasi ke? n saya ni pelajar sains, tapi saya tertarik bila tngok orang buat cgi untuk movie or drama. so basically, saya ni mmg zero lah ilmu dlm perkara" ni. Akak ada tips tak untuk saya?
Berapa kos/harga Kena bayar semua semester?Klau x tahu pasal animation mcm mna sbb sya xde Masa?Kalau gagap bahasa inggeris mcm mana?
Tahun ni sy bakal ambik spm,dan semata2 untuk ambil diploma dalam course ni kelak,sy ambil subjek PSV sebagai subjek ekstra walaupun sibuk sebagai science stream student. Saya nak tau,berapa A dan subjek apa yg diperlukan (gred) untuk mohon jurusan ni? Saya ingat nak mohon Uni yg ada course animation. Kalau bab planning ni saya memang k.o,jadi sy harap akak bagi rujukan supaya saya bolah plan carefully . harap cepat reply,sebab ramai yg dah tanya & x tau nak jawab apa (╥_╥)
wahh kak...details sngt dah akak bagi.... saya memang minat sesangat bidang animasi nih,bukan setakat minat di mulut je..saya dah buat animation blajar slow dri drjah 6 da..main photoshop..main blnder..main adobe flash,main maya,cinema 4d dll...tp masa tu saya blur lgi...budk lgi...tp dan saya buke mmg makan pn x...best animate nih! ...btw kak..saya agak nervous bile saya bce komen kat atas nih yang interview die fully english...ya allah....saya mmg pandai eng...x la terror....tp nk speaking tu ya allah.... kak kalau grammer slh sikit2 tu..gagap2 time speaking tu xpew kan??? hmmm tu je problem saya... nk ckp melukis tuh...mmg terror hahaha bkn nk riak tp dpat la A spm...sya pn mmg ambik aliran ni..sastera... okey...cmne ye gak..soalan saya tu..kalau speaking tu gagap2 grammer broken sikit2 ...?? die berang x?? atau ditolak???? mohan balas cepat..saya lpasan spm 2016
saya memang minat sesangat bidang animasi nih,bukan setakat minat di mulut je..saya dah buat animation blajar dekat ikm sik kedah sijil sahaja kak klu boleh saya nk smbung blajar saya dah..main photoshop..main blnder..main adobe flash.akak boleh cerita sikit x pembelajaran kat sana, pas 2 ada x subjek tambahan...saya lemah klu bab subjek inggeris ni
Kalau interview memang kene cakap english~ but tak perlu lah fasih sangat macam orang putih tu.. as long korang boleh cakap and jawab soalan die, yang penting korang buat research sikit pasal animasi ni sebelum pergi interview, sebab kadang2 diorang tanya..siapa tokoh animasi la?, siapa orang pertama yang cipta animasi la?, waktu interview saya lagi teruk! die tanya siape siapa nama pm pertama malaysia?, udah mane pulak aku nak ingat XD!! BUt diorg selalu nak sycho korang je... bagi vibrate satu badan, takut. and ofcourse kene ade folio korang kene/MUST tunjuk diorg..jgn terkejut cause time interview saya.. ade yang bawak canvas sebesar badan diorang nak tayang kat interviewer punye pasal, !!saya bawak folio a4 size je lol. kalau diorang tak tanya mane folio.. korang yang kene berlagak tunjuk diorg tau XD! cakap mcm ni "do you wanna take a look at my artworks" and jadi poyo skit bangga tayang/explain lukisan korg,"nanti korg dengar interviewer tu puji..aduii kembang kat situ.. slalu ye yg diam diam ni diorg x berkenan.. kata senior la. and btw kadang2 interviewer malas cakap english diorg cakap melayu je XDD tapi jangan hope sangat la tak semua orang bernasib baik.
and waktu sesi melukis tu jangan la tak pandai lukis sangat, atleast pandai la sikit sikit XD ade shading sikit ade la bentuk ye. ikutla... rase ye setiap interview lain2 macam tahun saya kitorg kene lukis kerusi disalut kain ahaha memang pelik tapi bantai jela.
and paling penting make sure pilih course yang betul! and good luck!! hope this help btw.
peluang pekerjaan bagi course animasi ni sentiase ade ke? ade sesiapa boleh bagi pencerahan?
Assalamualaikum!kak i checked my upu result and i got diploma animasi in uitm but actually saya kalau boleh nak art and design but still animation ni second choice saya. Masa interview haritu takde pulak diorang bagi kertas untuk senaraikan pilihan utama kedua and sebagainya tu yang rasa agak terkilan jugak la sekarang sebab ttiba dpt course yang tak dijangka ni ahahaha but i still go for it ;)
okaayyy boleh check post baru Tsumiki letak pasal soalan2 ni.
http://tsumikihajira.blogspot.my/2017/04/faqs-tentang-program-animasi-uitm.html
Assalam.. Tsumiki San... Nk tnya..klu x ambik addmath spm bole ke nk apply bhgian animasi? Sbb sya x ambik addmath Dan sya brmint nk smbung kos animsi slpas stpm ni.. Sya pljr seni/ict stpm... Tpi sni pon xambik addmth.. Trima ksih ^^
Tsumiki kalau saya mengambil bidang animasi ini apakah peluang pekerjaan yang akan diperoleh
Assalamualaikum. Nak tnya, klu untuk first2 animation nih sesuai pakai wacom yg jenis apa ye? Wacom intuos klu xsilap ad bnyak jenis. Boleh spesifik x mna yg better utk animation? Terima kasih ^_^
Assalamualaikum..Waaaaa...hi kak ! saya budak lepasan spm 2017 dan saya ambik course animasi sebba saya sangat suka melukis dan sangat sangat suka anime ! lepas saya baca blogger akak ni..saya terus rasa gementar kak ! huhu saya tak pandai bab komputer ni..saya tak pandai hok pasal software..huhu and saya cuma lukis guna pensel jer..digital saya tak try lagi..sebab saya cari pen digital tu susah lah kak..akak boleh recommend kan tak ? kat terengganu ke ? and kak..doakan saya dapat course animasi ni ye kak ? impian saya selama ni..
Haii.. Saya pum minat jugak kos animasi tpi xtau lah nti lps bljr byk tak peluang kerja. Minat ada lagi cumanya bakat hampir hilang slps setahun tak fokus dgn melukis, lagipun sya x ambik subjek psv mse sklh 😭
Aslm. Akak, sy lpasan diploma art&design grafik nak ambil degree animasi 2D bulan sep akan dtg ni. Tentang software yg akak britahu tu, pakai tak yg adobe AI, flash, After effect, premier, smua tu?
Assalamualaikum Tsumiki-nee san, wajib ke kena ada portfolio?
Hai kak tsumikii. Nak tanya, kalau dh amik diploma animasi ni, bleh further untk sarjana muda course apa ye? Lpstu, yg akak kene temuduga tu, itu untk programme apa ye? diploma atau ijazah?
peluang pkerjaan untuk course ni bnyak ke kat malaysia?
Assalam kak. .Saya baru dapat tawaran dip animasi. .Saya sebenarnya lebih minat dalam buat video. .sesuai x kursus ini dgn saya?
As salam akak. Memang kena pandai melukis ke untuk berjaya dalam bidang animasi ni/?
Salam akak cmne sy NK contact akak nk tnya pasal subjek animasi...boleh tgglkan links FB ka
Laskar Creative Studio di Jitra, Kedah tengah cari student praktikal bahagian animasi 2D, simple animation menggunakan After Effect, elaun bulanan RM300, boleh hantar resume ke LaskarCreative88@gmail.com atau whatsapp direct ke 019-775 7045, moga dapat dipanjangkan kepada geng2 simple animation/infographic style yg nak intern di kedah :)
kak.. saya tak amik seni time skola tapi saya minat animasi but saya tak berapa pandai lukis.. dan animate tu boleh la sikit..agak-agak akak boleh go ke say ni...pastu uni mana yang bagus untuk course ni
thanks akak !
Nak tny mcmmn Dr segi kerjaya ye...tksh
Saya pun minat bidang ni tapi takde kelulusan seni visual spm sbb tak ambil...huhuhu ruginya bakat tersia
Akak...kalau ambik course ni...bleh ke kalau nk jadi director mcm nizam razak tu?
Assalamualaikum kak. Saya nak Tanya kalau lepasan spm nak masuk uitm animasi ni syarat kemasukan tu macam mana? Saya memang teringin sangat nak masuk kursus animasi tapi saya tak ambil seni masa sekolah menengah. Boleh ke, kak? Saya pelajar kelas sains.
Awak bole check di laman web Selangkah Uitm...awak isi semua maklumat yang dia mintak.Dan terus check...nanti awak bole la tgok awak layak ke tak masuk bidang animasi ni.
Assalamualaikum , abestu awak sekarang study course ape?
Assalamualaikum kak, saya student animation yang sekarang tengah semester 4...nak tanya, boleh tak recommend tempat2 practical 2d ?
Assalamualaikum, kak. Utk drawing tu memang overall pakai laptop ke macam mna?
Akak cumi cumi,nk tnye klw interview online tu die buat secara live ke and... apa persiapan utk interview online
Assalamualaikum,kak. Saya nak tanya kalau Kita nak course Ni tapi x mohon waktu upu camna ya,kak masih Ada harapan lagi x dan apa result untuk masuk couse Ni,kak. Saya berminat sangat nak masuk couse Ni tapi mak saya takut kalau x Ada peluang pekerjaan untuk couse kak.sy harap sangat kak boleh reply
kak saya suka sangat melukis anime tapi saya boleh lukis muka je lah yang bandan hancur T_T. camne nak jadi pandai lukis cam akak
Ni maybe luar tpoic but, akak rasa kalau nak jadi digital artis, perlu ambil dip ape?
assalammualaikum, nak tanye kalau masuk f6 then nak apply animasi ni nak sambung masok diploma ke degree ?
Assalammualaikum akak nk masuk university ni kan nk berkelulusan ape ye? Maksud saya subjek ape yg nk kena lulus?
aku dah check ,kelayakan masuk uitm mesti ada 5 kepujian,tak kira apa bidang kau ambil.maksudnya termasuk ngan animasi ni sekali
Kalau x ambik seni kat sek men, boleh ke nak gi bidang ni?
Beli yang murah dulu mula2, train, alatan cuma alatan. Skill adalah alatan yang sebenarnya.
Wacom intuos selalunya lebih murah dari cintiq(cekik darah)
Salam bro, aku nak tanya. Kalau spm aku tak ambik PSV adakah aku still boleh masuk course animasi ni?
Weh, kalau tak ambik PSV masa SPM still boleh mohon me?
Apa beza Diploma Filem dgn Diploma Animasi...
Bole kot
Asalam akak tsumuki, yg psl bende tablet lukis digital tu kalau xde tak pe kan? Ke mmg wajib ade?
Hello kak! Saya nak tanya, kalau saya guna Ipad Pro boleh ke selain Wacom Cintiq?
Aslm tsumiki tq sebab bagitahu pasal melukis tu ,saya ingat kan animation kan x semua kena tahu melukis ....mujur ada masa
Assalamualaikum nak tanya kalau tak geti lukis memang kene start dari sekarang ke 😭:'(
Salam tn. Selepas selesai diploma animasi, bolehbtak sambung terus ke degree animasi.
asslaamualaikum, saya nak tanye kalau macbook sesuai tak untuk animasi? Lepas tu betul ke kena pakai pc?
Saya pon nk tahuu
Assalamualaikum kak...kalau mcm bhgian interview tu kak kan..kalau bakat melukis saya kurang tapi saya nak juga blaja animasi ni boleh ke..
hi saya fiqri.....saya pun minat melukis and minat jugak nak jadi animator saya bakal ambil spm tak lama lagi and teruja dan takut jugak sebenarnya tapi bila dah tengok pesan akak/makcik saya terus ada semangat semula untuk latih bakat saya semula and jadi animator yang berjaya macam akak suatu hari nanti
Catat Ulasan